relation&26

Upload: afidatul-azwa

Post on 04-Jun-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Relation&26

    1/6

    2 Prinsip penting :

    Pekongsi menentukan kaedah dan peraturan dalam mengendalikan perkongsian

    S 21 - Hak/ kewajipan sesama pekongsi ditentukan melalui persetujuan semua pekongsi

    * bahagikan tugas ; kontrak ada dan pekongsi terikat dengan perjanjian yang dibuat

    Perkongsian uberimae fidei

    - Kontrak yang memerlukaln kejujuran setulkusnya daripada semua pihak.

    Perkara penting dalam perhubungan antara pekongsi

    Keperluan berlaku jujur

    S 27 - Tidak boleh mengusir pekongsi mengikut majoriti melainkan dinyatakan secara

    perjanjian.

    - sikap jujur seharusnya dituntut ke atas pekongsi dan pihak yang sedang berunding

    mewujudkan perkongsian.

    Kes : FAWCETT vs WHITEHOUSE

    Huraian : Satu rundingan telah diadakan antara pekongsi untuk membeli harta bagi firma

    yang akan ditubuhkan. Mereka akan menerima komisen atau bonus dari pembelian harta

    tersebut.

    Keputusan : Komisen/ bonus hendaklah diserahkan kepada firma apabila firma ditubuhkan

    kelak.

    Kejujuran secara spesifik mengikut AP 1961

    S 30 - Setiap pekongsi wajib menyerahkan akaun yang betul.

    * Akaun yang betul dan tepat, maklumat yang sahih dan terperinci

  • 8/13/2019 Relation&26

    2/6

    Contoh : Yasotha tidak memberitahu kepada Janu dan Kohila bahawa saham mempunyai

    gadaian.

    Keputusan mahkamah : Gadaian terbatal.

    S 31 (1) - Pekongsi mesti menerangkan faedah yang diterima

    - Memberitahu sebarang faedah yang diterima, yang mana tanpa pengetahuan

    pekongsi lain, daripada sesuatu transaksi perkongsian yang dilakukan.

    S 31 (2) - Terpakai bagi transaksi yang dijalankan setelah perkongsian dibubarkan atas

    kematian pekongsi.

    Kes : PATHIRANA vs ARIYA PATHIRANA

    Huraian : Plaintif dan defendan adalah dua orang rakan kongsi dalam sebuah

    perkongsian yang menjalankan perniagaan menjual petrol di Ceylon. Firma mereka

    menjadi ejen penjualan petrol bagi syarikat minyak Caltex Ceylon. Semasa menjalankan

    perniagaan, telah berlaku perselisihan faham antara mereka di mana defendan telah

    memberi notis untuk menamatkan perkongsian. Perjanjian perkongsian antara mereka

    memperuntukkan bahawa notis selama 3 bulan hendaklah diberikan sebelum perkongsian

    ditamatkan. Pihak defendan, sebelum notis yang diberikan olehnya kepada pihak plaintif,

    telah memberitahu Syarikat Caltex bahawa perkongsian antaranya dengan plaintif telah

    tamat dan seterusnya meyakinkan syarikat tersebut untuk mengadakan satu perjanjian

    agensi yang baru antara mereka berdua sahaja, iaitu antara syarikat dengan defendan.

    Keputusan : Pihak defendan telah menggunakan nama baik goodwill perniagaan firma

    tersebut dalam memperoleh perjanjian yang baru dengan syarikat Caltex atas namanya

    sendiri. Segala keuntungan yang diperoleh adalah keuntungan firma kerana belum lagi

    tamat.

  • 8/13/2019 Relation&26

    3/6

    S 32 - Perniagaan lain yang dilakukan dan sama dengan perniagaan perkongsian, tanpa

    persetujuan pekongsi lain, perlulah menjelaskan/ membayar pada firma

    keuntungan dari perniagaan lain itu mengikut syarat- syarat S 32 iaitu :

    a) Perniagaan bersendirian adalah sejenis dan bersaing

    b) Mesti dijalankan tanpa pengetahuan pekongsi

    - Jika mendapat kebenaran firma perkongsian, maka tidak melanggar peruntukan

    S 32,dan keuntungan tidak perlu diserahkan.

    Peraturan mengenai hubungan sesama pekongsi

    - terpakai sekiranya tiada apa-apa peruntukan dalam perjanjian

    S 26 - Sembilan (9) peraturan mengenai hak/kewajipan setiap pekongsi

    S 26 (a) - Hak sama rata kepada modal/ keuntungan

    - Sumbangan modal yang lebih oleh seseorang pekongsi boleh mendapat balik

    sumbangan modal berdasarkan nisbah sumbangan, dengan mewujudkan

    peruntukan dalam perjanjian mengikut nisbah sumbangan modal.

    - Jika sumbangan modal sama, maka penerimaan keuntungan adalah sama antara

    pekongsi.

    - Jika sumbangan modal tidak sama, tetapi tiada peruntukan dalam perjanjian,

  • 8/13/2019 Relation&26

    4/6

    maka pembahagian keuntungan juga dianggap sama.

    Kes : STEWART vs FORBES

    Keputusan : Peruntukan mengenai pengagihan keuntungan secara sama rata tidak

    boleh digunakan kerana telah wujud perjanjian antara pekongsi yang menetapkan

    bahawa penerimaan keuntungan adalah berdasarkan kepada jumlah sumbangan modal.

    S 26 (b) - Pekongsi berhak menuntut wang persendirian yang digunakan bagi

    urusan perniagaan yang mana tiada wujud fraud/ cuai.

    Kes : ONG KENG HUAT vs HONG KONG UNITED CORPORATIONS

    Huraian : Pihak perayu ialah pengurus besar yang mempunyai kuasa pentadbiran dan

    kawalan.Dalam perjanjian, telah memperuntukkan pihak perayu ditugaskan mengurus

    pawagam, dan mengadakan insurans bagi alat-alat yang dipasang. Pihak perayu telah

    gagal mengadakan insurans bagi alat-alat tersebut. Pada tahun 1957, pawagam

    mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran.. Berlaku perselisihan, maka perkongsian t

    telah dibubarkan. Responden mendakwa bahawa kerugian akibat kebakaran itu mestilah

    ditanggung sendiri oleh pihak perayu kerana dia tidak mengadakan insurans mengikut

    perjanjian perkongsian. Pihak responden, sebagai pekongsi boleh mengelak daripada

    bertanggungan bersama pihak perayu.

    Keputusan : Pada peringkat pertama, responden berjaya. Perayu bertanggungan kerana

    kegagalan mengadakan insurans. Mahkamah rayuan memutuskan tanggungan

    keseluruhannya bagi sesuatu kerugian yang ditanggung oleh firma akan dikenakan

    terhadap seorang pekongsi sahaja jika kerugian itu timbul daripada fraud/ cuai. Dengan

    itu, pihak perayu hanya melakukan pecah kewajipan, maka pihak responden juga akan

  • 8/13/2019 Relation&26

    5/6

    bertanggungan terhadap kerugian tersebut.

    S 26 (c) - Bayaran pendahuluan yang melebihi modal, pekongsi berhak mendapat

    faedah 8% setahun

    - Kadar faedah yang diberikan ke atas jumlah sumbangan yang melebihi modal

    itu dianggap sebagai pinjaman kepada firma, bukannya modal tambahan.

    Contoh : A, B, dan C memerlukan modal sebanyak RM1,500. Tetapi B tidak

    mempunyai wang untuk membayar modal tersebut. A telah menolong B dengan

    membayar modal tersebut di atas nama pinjaman B. Setiap tahun, A berhak

    menerima faedah 8% setahun sehingga B selesai membayar hutang kepada A.

    S 26 (d) - Tidak berhak dapat faedah sekiranya keuntungan belum dikira

    - Sekiranya keuntungan belum dikira, semua pekongsi tidak berhak mendapat

    faedah atas modal yang disumbangkan, melainkan wujud peruntukan sebaliknya

    dalam perjanjian.

    S 26 (e) - Boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan

    - Semua pekongsi berhak menguruskan dan memainkan peranan dalam

    perniagaan, kecuali diperuntukkan sebaliknya terhadap pihak - pihak tertentu,

    S 26 (f) - Tiada perkataan upah / gaji bagi pekongsi

    - Pekongsi bukanlah pekerja yang layak mendapat gaji/ upah tetapi berkongsi

  • 8/13/2019 Relation&26

    6/6

    keuntungan dari perniagaan, kecuali wujudnya peruntukan seumpamanya di

    dalam perjanjian.

    S 26 (g) - Kemasukan pekongsi baru tidak dibenarkan tanpa persetujuan semua

    pekongsi

    - Kemasukan pekongsi baru tidak dibenarkan seandainya pekongsi lain tidak

    bersetuju.

    S 26 (h) - i) Sebarang pertikaian hendaklah merujuk suara majoriti

    ii ) Keputusan membubarkan/ pertukaran perniagaan, sebulat suara

    (semua bersetuju)

    Kes : THAM KOK CHEONG & ORS vs LOW PUI HENG

    Huraian : Empat rakan kongsi telah menjalankan perniagaan. Tiga daripada mereka telah

    menjual perniagaan kepada syarikat berhad, tetapi pekongsi keempat tidak mengetahui

    sehinggalah diberitahu oleh salah seorang daripada pekongsi lain. Pekongsi keempat

    telah mengambil tindakan guaman terhadap ketiga-tiga pekongsi dan syarikat berhad itu.

    Keputusan : Pengambil alih perkongsian oleh syarikat berhad itu adalah tidak sah dan

    syarikat mesti mengembalikan semula syer pihak yang menuntut.

    S 26 (i) - Buku-buku berkaitan perniagaan hendaklah disimpan di tempat yang sama

    semua pekongsi berhak memeriksa