rekod kerja jahitan blaus

32
PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di Negara ini. Selain mudah dijahit, blaus juga mudah didapati. Blaus bermaksud baju pendek b agi orang perempuan di mana ukurannya da ri leher ke punggung. Blaus boleh dipadankan dengan skirt, seluar panjang (slack) dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal. Dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja. Pada peringkat pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Blaus rekaan saya menampilkan konsep ‘Santai dan Selesa”. Blaus ini menggunakan fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri- ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini ialah ia mempunyai kolar lurus, len gan padanan rata, belah kelepet sama lebar, jahitan bu tang dan lisu pemadan.

Upload: maria-williams

Post on 11-Oct-2015

389 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RBT

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional. Walaubagaimanapun, pakaian kasualturut diminati oleh kebanyakan masyarakat di Negara ini. Selain mudah dijahit, blaus juga mudah didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus boleh dipadankan dengan skirt, seluar panjang (slack) dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal.

Dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja. Pada peringkat pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.

Blaus rekaan saya menampilkan konsep Santai dan Selesa. Blaus ini menggunakan fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini ialah ia mempunyai kolar lurus, lengan padanan rata, belah kelepet sama lebar, jahitan butang dan lisu pemadan.

REKA CIPTA STAIL PAKAIAN

Pengenalpastian masalah:

a. Faktor iklim : Negara Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Ramai penduduk lebih memilih pakaian yang ringkas supaya lebih santai dan selesa untuk dipakai setiap hari. Pakaian yang selesa dipakai ketika cuaca panas untuk menyerap peluh dan mudah dikeringkan ketika musim tengkujuh. Stail yang sesuai adalah blaus yang ringkas dan sesuai dipakai di mana jua.

b. Demografik : Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini mempunyai pekerjaan. Mereka lebih menggemari pakaian yang ringkas serta selesa untuk dipakai ketika bekerja mahupun di rumah. Blaus ialah stail pakaian yang bertepatan dan sesuai dipakai untuk pelbagai peringkat umur. Blaus boleh digayakan dengan aksesori tambahan mengikut kreativiti pemakainya. Jenis fabric yang boleh digunakan untuk menghasilkan blaus terdapat banyak di pasaran dengan harga yang berpatutan.

c. Psikografik : Blaus juga sesuai dipakai oleh masyarakat Bandar ataupun luar Bandar kerana rekaannya yang ringkas . Bagi masyarakat Melayu, blaus boleh direka mengikut adat bagi menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat Timur. Bagi masyarakat Bandar yang lebih mementingkan penampilan, blaus sentiasa tampak kasual, selesa dan bergaya untuk dipadankan pada tubuh pemakainya.

LAKARAN PAKAIAN BLAUS

HURAIAN STAIL PAKAIAN

Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur, garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.

Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu kuning muda. Warna lembut sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.

Corak blaus ini berbunga kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang yang gempal itu akan kelihatan lebih kurus dan langsing.

Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.

Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu garis lengan yang dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang rendah dan gempal supaya kelihatan kurus dan kecil.

Kolar yang dipadankan pada blaus ini adalah kolar lurus. Kolar lurus ini sesuai untuk orang yang bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan kurus.

Lisu dijahit pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok dengan tubuh pemakai. Lisu yang digunakan ialah lisu pemadan.

Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan ringkas.Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar atau berehat di rumah.

FABRIK, BAHAN DAN ALATANFABRIK Fabrik juga dikenali sebagai tekstil yang berasal daripada perkataan textilis yang bermaksud tenunan. Secara amnya, perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan fabrik bernet. Fabrik terbahagi kepada dua iaitu fabric asli dan fabric buatan. Fabric yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabric sederhana tebal bercorak atau tanpa bercorak. Jenis fabric yang digunakan untuk menghasilkan pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabric yang digunakan ialah fabric kapas campuran. Corak pada fabric yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai. Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabric kapas campuran bercorak bunga-bunga halus. Warna yang dipilih ialah warna kuning lembut. Fabrik kapas campuran ini merupakan gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabric kapas campuran. Kelebihan menggunakan fabric ini ialah: tahan lasak. mudah dikendalikan. tahan panas dan tidak mudah mengembang. mudah dijahit.

LANGKAH KERJAMINGGUPERKARACATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail pakaian Dijalankan secara individu dan bertema Pakaian mempunyai ciri-ciri seperti:i. Kolar lurusii. Lisuiii. Penjuru lipat tindihiv. Lengan padanan rata

2 Membuat pakaian Mengambil ukuran badan Menyediakan rekod ukuran badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan Pola dilakar dengan merujuk ukuran badan yang telah diambil

4 Membuat pakaian Ubahsuai pola mengikut pilihan stail yang telah direka Hasil Pola yang telah diubahsuai

5 Membuat pakaian Membentang dan menyusun atur pola Menggunting pola dan kain Memindah tanda-tanda pola Mengemas bahagian tepi fabrik dengan jahitan kemasan tepi Membuat rujukan mengenai proses-proses jahitan

6 Membuat pakaian Belah sama rata

7 Membuat pakaian Lisu pemadan

8 Membuat pakaian Menyediakan lengan padanan rata Hasil Cantuman lengan pada bahagian badan baju.

9 Membuat pakaian Menjahit butang dan lubang butang

Hasil Butang dan lubang butang yang telah siap

10 Membuat pakaian Mengemaskan penyudah tepi Hasil Penyudah tepi yang telah siap dikemaskan

BAHAN DAN ALATANAlatan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf, menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain. Jadual di bawah menunjukkan pemilihan alatan jahitan yang digunakan dalam mereka bentuk projek ini.1.ALATAN MENGUKURPita ukur dan pembaris ialah alatan mengukur yang digunakan dalam kerja menjahit.Alatan MengukurPenggunaan

Pita Ukur

Mengukur dengan tepat pada fabrik dan bahan lain.

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola Mengukur fabrik

2. ALATAN MENDRAFPembaris sesiku dan pembaris melengkung adalah antara alat yang digunakan untuk mendraf.Alatan MendrafPenggunaan

Pembaris sesiku

Membuat garisan tepat dan garisan lurus pada pola atau fabric. Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris melengkung

Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki seluar semasa mendraf pola.

3. ALATAN MENANDAAlatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama karbon tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabric.Alatan MenandaPenggunaan

Roda surih dan karbon tukang jahit

Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik

Kapur tukang jahit

Menandakan garis pemadan dan fabric Memindahkan garisan tanda pola pada fabrik

4. ALATAN MENGGUNTINGGunting dan sniper ialah menggunting yang diperlukan untuk menggunting fabric dan kertas pola. Sniper digunakan untuk memotong bahagian penjuru fabrik.Alatan MengguntingPenggunaan

Gunting fabric

Menggunting fabric

Sniper

Digunakan untuk menggunting benang jahitan

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan.

5. ALATAN MENEKANAlatan menekan digunakan untuk menekan fabric yang cantik semasa proses menjahit. Proses ini menghasilkan kerja yang cantik dan kemas. Alatan yang biasa digunakan ialah seterika dan bod seterika.Alatan MenekanPenggunaan

Seterika

Menekan dan menggosok setiap proses pada semua peringkat jahitan supaya kemas dan rata.

Bod seterika

Memudahkan proses menggosok dan menekan jahitan.

6. BAHAN UNTUK MEMBUAT PAKAIANBahanPemilihan

Fabrik

Jenis fabric yang digunakan ialah daripada fabric kapas Anggaran yang digunakan ialah sepanjang 2 meter iaitu anggaran bagi wanita dewasa bersaiz sederhana.

Benang

Bahan yang digunakan untuk mencantum dan menyambungkan

Butang (4 lubang/ 2 lubang)

Digunakan sebagai kancing untuk menutup belahan pada baju.

Interlining

Sejenis kain keras yang berwarna putih sama ada bergam atau tidak. Digunakan untuk membentuk bahagian pinggang, kolar atau mansit.

7. ALATAN MENJAHITMesin jahit dan jarum tangan ialah alat yang digunakan untuk menjahit. Jarum tangan merupakan alatan asas untuk menjahit.Alatan MenjahitPenggunaan

Mesin jahit

Menjahit dan mencantumkan fabric. Menjahit jahitan sulaman Menjahit lubang butang Mengemas tepi fabrik

Mesin Jahit Tepi

Menjahit dan mengemas tepi fabrik

Jarum Tangan Jenis tajam

Untuk jahitan biasa seperti menjahit jelujur dan menyembat kelepet. Sesuai untuk semua jenis fabrik.

Jenis antara

Digunakan untuk kerja halus seperti menjahit sembat. Sesuai untuk fabric tebal.

8. ALATAN LAINAlatanPenggunaan

Jarum peniti

Digunakan untuk menetapkan pola pada fabric semasa menggunting atau menjahit. Untuk menandakan kedudukan

Pencucuk benang

Digunakan untuk membantu memasukkan benang ke lubang jarum atau mesin

Jidal

Mengelakkan jari daripada tercucuk ketika menjahit Digunakan pada jari tengah tangan kanan.

UKURAN BADAN

Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut :

Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pitaukur tidak kendur di bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju.

Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran yang tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian menegak.

Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian asas yang sama sendatnya.

Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran hendaklah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.

Rekodkan ukuran yang diambil

MENGAMBIL UKURAN BADANBILBAHAGIAN BADANCARA MENGUKUR

1Lebar bahu

Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan.

2DadaUkur dada dengan meletakkan pita ukur longgar sedikit di kelilingnya dengan menyelitkan dua jari pada pita itu supaya tidak diukur terlalu ketat.

3PinggangJangan ditarik pita ukur ketat benar di keliling pinggang tetapi biarkan secukup sendat supaya pakaian selesa dipakai.

4PunggungUkur dengan meletakkan pita ukur longgar sedikit di keliling punggung dengan menyelitkan dua jari pada pita itu. (ukur kira-kira 20.3cm di bawah daripada pinggang)

5Bahagian hadapan badanUkur dari tengah bahu ke pinggang melalui bahagian dada yang terpenuh sekali.

6Bahagian belakang badanUkur daripada pangkal tengkuk menyusur tulang belakang terus ke pinggang.

7Bidang dadaUkur bidang belakang setengah antara bahu dan ketiak.

8Bidang belakang arasUkur bidang belakang setengah antara bahu dan ketiak.

9Lengani)Dari bahu hingga ke panjang yang dikehendaki.ii)Ukur keliling pangkal lengan

SENARAI UKURAN BADAN

BILBAHAGIAN BADAN

UKURAN (cm)

1Leher38 cm

2Bahu38 cm

3Labuh baju70 cm

4Dada88 cm

5Pinggang63 cm

6Punggung93 cm

7Labuh tangan48 cm

8Keliling lengan 13 cm

9Ketiak43 cm

MENDRAF DAN MENGUBAHSUAI POLA

SUSUN ATUR POLA

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.

Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola tersebut pada kertas pola dan semua pola perlu ditambah basi kelim sebanyak 1.5cm.

2. Memilih Bahan Jahitan Dan HiasanBahan jahitan yang digunakanuntuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas corak bunga sebanyak 1.5 meter,benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.

3. Menyediakan FabrikKenalpasti sebelah luardan sebelah dalam fabrik, Melipat dua fabrik ikut ira lurus, Menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.

4. Menyusun Atur Pola Di Atas FabrikPatuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

5. Memindahkan Tanda Pola ke Fabrik

Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar.

6.Menggunting FabrikGunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabilamenggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik.Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.

7. Jahit Kemas Tepi

Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.

8. Menjahit Blaus

a) Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka kelim.

Proses menjahit kelim belah kangkung

b) Penyediaan dan mencantum kolarI. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf: Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan Trim basi jahitan hingga 0.6cm Snip penjuru kolar dan kaf. Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan seterika Jelujur pada tepi kolar dan kaf Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan: Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cmIII. Mengemas kolar dan kaf : Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah luar Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

c) Menyedia dan mencantum lengan padanan rataI. Menyediakan dan menjahit kelim lengan: Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan jarak 0.3cm Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar Tekan garisan dengan jahitan mesin

II. Mencantum lengan: Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar bertemu Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk dengan kelim lengan Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan kelim Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan kelepet.

d) Menjahit butang dan lubang butangI. Menjahit butang: Jahit dua lapis pada kedudukan butang Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang.

II. Menjahit lubang butang: Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan lubang Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang hingga ke hujung semula.9. Selepas MenjahitI) Mencuci kemeja Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar fabrik tidak rosak. Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

II) Menggosok dan mengemaskan kemeja Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP

PENGEKOSANKOS BAHAN UNTUK MEMBUAT BLAUSBILBAHANHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIHARGA (RM)

1Kain cotton 4.00 semeter2 meter8.00

3Butang 0.40 sebiji83.20

4Benang 0.80 segelung10.80

5Kain gam3.00 semeter meter1.50

JUMLAH13.50

KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUSBILPERALATANHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIHARGA (RM)

1Pembaris sesiku2.9012.90

2Pembaris lurus2.9012.90

3Gunting fabrik9.0019.00

4Jarum peniti0.8010.80

5Kapur jahitan0.6010.60

6Pensel jahitan2.5012.50

7Penetas benang1.0011.00

8Pedeti/set gelendung/ sekoci5.0015.00

9Jarum mesin1.2011.20

JUMLAH25.90

REFLEKSI

Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yangmencabar kerana saya kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit asas tangan dan mesin sahaja. Walaubagaimana pun,untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahit menjahit ini , saya banyakmendapat tunjukajar dan membuat perbincangan bersama pensyarah, dan rakan dari kelas BMM2. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet dan bahan-bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1 dan 3juga saya aplikasikan dalam tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini, saya juga tidak malu untuk bertanya rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang lain di sekolah. Saya menjahit jenis-jenis jahitan dahulu sebelum menjahit blaus. Banyak kelemahan yang saya dapat perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran menjahit dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus dan pelbagai maklumat yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka Bentuk Pakaian yang saya peroleh pada semester ini, akan saya gunakan apabila ditugaskan untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah. Akhir kata,pengetahuan dan kaedah baru dan lama yang digabungjalinkan ini akan saya aplikasikan sepanjang perkhidmatan saya dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar.

BIBLIOGRAFI

Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 5.KBSM. Blue T Communication Sdn Bhd.Selangor.Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan BahasaDan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Robaayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains Rumahtangga.Modul Reka Bentuk Dan Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. PusatPerkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus JinggaSPM. Pelangi. Kuala Lumpur.Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani(2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran: Edu SysremSdn Bhd. Kuala LumpurNoor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa(2002).Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006).KBSM Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka