reka cipta - llm.gov.my · pdf filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau...

6
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017 1.0 PENGENALAN Program Hari Hijau Lebuhraya 2017 anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) merupakan satu program yang dirangka khas ke arah untuk mempromosikan ‘lebuhraya hijau’ di Malaysia. Pertandingan Reka Cipta yang akan dijalankan dengan tema CONNECTING PEOPLE TO NATURE diharap dapat menyemarakkan serta membudayakan amalan ‘hijau’ dan penggunaan bahan terbuang dapat diaplikasikan khususnya di dalam industri lebuh raya. 2.0 OBJEKTIF Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai Hari Hijau Lebuhraya 2017 ini diadakan untuk :- i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan peserta dalam penggunaan bahan terpakai. ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea atau pengetahuan dalam bidang lebuh raya untuk menunjukkan kemampuan mereka merekacipta dan menemui idea yang baru. iii. Membudayakan/ mengaplikasikan barangan kitar semula kepada produk yang boleh dimanfaatkan. iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan juga semua syarikat konsesi lebuh raya. REKA CIPTA

Upload: dongoc

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI

HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

1.0 PENGENALAN

Program Hari Hijau Lebuhraya 2017 anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia

(LLM) merupakan satu program yang dirangka khas ke arah untuk

mempromosikan ‘lebuhraya hijau’ di Malaysia. Pertandingan Reka Cipta yang

akan dijalankan dengan tema CONNECTING PEOPLE TO NATURE diharap

dapat menyemarakkan serta membudayakan amalan ‘hijau’ dan

penggunaan bahan terbuang dapat diaplikasikan khususnya di dalam industri

lebuh raya.

2.0 OBJEKTIF

Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai Hari Hijau Lebuhraya 2017 ini

diadakan untuk :-

i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dalam

kalangan peserta dalam penggunaan bahan terpakai.

ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea atau

pengetahuan dalam bidang lebuh raya untuk menunjukkan

kemampuan mereka merekacipta dan menemui idea yang baru.

iii. Membudayakan/ mengaplikasikan barangan kitar semula kepada

produk yang boleh dimanfaatkan.

iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari

(smart partnership) dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga

Lebuhraya Malaysia dan juga semua syarikat konsesi lebuh raya.

REKA CIPTA

Page 2: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

3.0 TEMA PERTANDINGAN

Tema pertandingan ialah CONNECTING PEOPLE TO NATURE. Pemilihan tema ini

dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian penggunaan bahan

terpakai dalam industri lebuh raya.

4.0 TEMPAT DAN MASA

i. Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)

ii. Tempat : Dewan Serbaguna LLM

iii. Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini dibuka kepada semua pegawai, kakitangan LLM dan syarikat

konsesi lebuh raya.

6.0 SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat penyertaan bagi Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai

Hari Hijau Lebuhraya 2017 adalah seperti berikut :-

i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warga LLM dan syarikat

konsesi lebuh raya yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

ii. TIADA yuran yang dikenakan untuk setiap penyertaan yang diterima.

iii. Setiap syarikat konsesi lebuh raya DI MINTA menghantar sekurang-

kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili syarikat tersebut dalam

pertandingan ini.

iv. Setiap bahagian LLM, Pejabat Wilayah LLM, syarikat konsesi lebuh raya

dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.

v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau

berkumpulan dengan bilangan ahli TIDAK MELEBIHI EMPAT (4) ORANG

dan boleh terdiri daripada gabungan bahagian yang lain.

vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-

masing.

Page 3: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

vii. Individu yang dilantik sebagai urus setia pertandingan TIDAK

dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7.0 SYARAT PERTANDINGAN

Syarat-syarat Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai Hari Hijau

Lebuhraya 2017 adalah seperti berikut :-

i. Projek reka cipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema

pertandingan.

ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan

plagiat.

iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan

sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.

iv. Projek reka cipta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai atau

kitar semula dalam penghasilan projek.

v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterimapakai selagi

aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil

kreativiti.

vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer

atau dimajukan kepada sektor pembuatan.

vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-

mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru/ menciplak

idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak

urusetia pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik

sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati

mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.

viii. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

Page 4: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

8.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

i. Panel juri akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan

memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan

dan aplikasi, potensi komersial/kebolehpasaran.

ii. Setiap penyertaan akan dihakimi mengikut skima pemarkahan.

BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS

Persembahan

(20%)

Pameran

Projek

(20%)

Keaslian / kreativiti / inovasi yang

digunakan 10%

Menggunakan komputer atau

teknikal grafik

(Penggunaan multimedia / media

cetak sebagai platform

penyebaran maklumat.)

10%

Produk

(80%)

Projek

Signifikan

(40%)

Memenuhi matlamat rekabentuk

dan tema pertandingan. 15%

Efisen (kecekapan)

(Jimat masa, jimat kos, tingkatkan

produktiviti dan mudah

digunakan)

10%

Kesan kepada kualiti alam sekitar

dan masyarakat

(Implikasi terhadap alam sekitar,

penggunaan bahan terpakai dan

mesra alam)

15%

Hasil Reka

Cipta

(40%)

Keselamatan

(Mudah, mesra pengguna, stabil,

kukuh dan selamat digunakan)

20%

Potensi Komersial/ Kos

Memenuhi kehendak pengguna,

kebolehpasaran dan dapat

meningkatkan perkembangan

teknologi dalam rangkaian

lebuhraya Malaysia.

20%

Page 5: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

9.0 HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah pertandingan rekacipta adalah seperti berikut :-

BIL TEMPAT HADIAH

1. Tempat pertama Sijil Penghargan dan

RM 1,000.00

2. Tempat kedua Sijil Penghargaan dan

RM 750.00

3. Tempat ketiga Sijil Penghargaan dan

RM 500.00

10.0 PAMERAN

Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja

lipat dan empat (4) kerusi untuk mempamerkan /demontrasi reka cipta

sepanjang pameran berlansung. Peserta perlu menyediakan bahan

keperluan untuk mempamerkan/ demontrasi reka cipta mereka. Semua label

dan penerangan ringkas mengenai reka cipta mesti dipamerkan dengan jelas

di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan

peserta sendiri.

11.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG

Hanya Jawatan Kuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah

yang diberi pada hari pertandingan.

12.0 PENAFIAN

i. Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya TIDAK akan bertanggungjawab

untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau

bahan-bahan lain yang telah disediakan oleh peserta. Jawatankuasa

Penganjur atau ahlinya juga TIDAK akan bertanggungjawab ke atas

apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

Page 6: REKA CIPTA - llm.gov.my · PDF filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau lebuhraya 2017 3.0 tema pertandingan tema pertandingan ialah connecting people to nature

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017

ii. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah

muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau

Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut

bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos

perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan

pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.

iii. Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di

kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/ pertandingan

akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-

undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan

hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya

rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa

Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan

hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau

pameran dalam penyertaan ini.

13.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

i. Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urus setia

selewat-lewatnya pada 22 September 2017 sebelum jam 12.00 tengahari.

ii. Setiap penyertaan akan dihakimi mengikut skima pemarkahan pada 24

Oktober 2017.

14.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Urus Setia Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai

Hari Hijau Lebuhraya 2017

Pejabat Wilayah Tengah

Blok C, KM. 6, Jalan Serdang-Kajang,

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 – 8738 3125

Fax : 03 – 8737 4035

E-mel : [email protected] / [email protected] / [email protected]