pertandingan reka bentuk bandar teknologi hijau · 6.5 murid-murid dibenarkan membina model sebelum...

24
PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

Upload: trancong

Post on 19-Jul-2019

321 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

PERTANDINGAN

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 2: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 1

1.0 TEMA

PEMBANGUNAN BANDAR BARU TERANCANG YANG BERKONSEPKAN

TEKNOLOGI HIJAU

2.0 PENGENALAN

Pertandingan Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau (RBTH) terbuka kepada

semua murid dari sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). Murid-murid perlu

menghasilkan sebuah model bandar terancang yang mengaplikasikan

konsep Teknologi Hijau. Reka bentuk bandar melibatkan sektor-sektor seperti;

i. Tenaga (Energy)

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)

iii. Bangunan (Building)

iv. Pengangkutan (Transportation)

v. Industri (Industry)

vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology (ICT))

Murid – murid perlu membina model bandar dengan menggunakan bahan-

bahan kitar semula sebagai bahan utama model. Model bandar juga perlu

mengandungi sekurang-kurangnya satu komponen yang boleh bergerak.

Model bandar perlu mengikut kesesuaian skala pembinaan.

3.0 OBJEKTIF

Menghasilkan sebuah model bandar terancang dengan mengambil kira

sektor-sektor Teknologi Hijau yang terdapat di dalam bandar.

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah

(Tingkatan 1 hingga tingkatan 5) dari sekolah bantuan penuh kerajaan

sahaja.

4.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri

daripada 3 orang murid dengan seorang guru pembimbing.

4.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.

Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada murid dari sekolah yang

sama.

Page 3: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 2

4.4 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan

pengetua sekolah masing-masing.

4.5 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak

penganjur pada tarikh yang ditetapkan.

5.0 KAEDAH PERTANDINGAN

5.1 Model

i. Komponen disediakan lebih awal. Proses pemasangan dilakukan

semasa pertandingan.

5.2 Pembentangan dan penghakiman

i. Dilaksanakan di ruang masing-masing yang telah ditetapkan

5.3 Laporan

i. Diserahkan kepada pihak urusetia semasa pendaftaran dalam

bentuk hardcopy.

6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model bandar yang

mengaplikasikan konsep Teknologi Hijau yang melibatkan bangunan,

pengangkutan, sumber tenaga, pertanian dan perhutanan,

pengurusan sisa dan air sisa serta ICT .

6.2 Bahan kitar semula untuk tujuan pembinaan model adalah diwajibkan.

6.3 Bahan-bahan pertandingan TIDAK akan disediakan oleh pihak

penganjur.

6.4 Semua peralatan dan bahan akan ditanggung oleh sekolah masing-

masing.

6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan

dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

yang disediakan dalam masa 3 jam.

6.6 Model bandar juga perlu mengandungi satu komponen yang boleh

bergerak.

6.7 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan

berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan

Page 4: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 3

oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang

bahan atau alatan yang digunakan.

6.8 Setiap pasukan diberi masa 3 jam untuk menyempurnakan projek dan

penyediaan model.

6.9 Sesi penghakiman dilakukan di ruang masing-masing bagi setiap

pasukan.

6.10 Sesi penghakiman akan mengambil masa selama 15 minit bagi setiap

pasukan.

6.11 Pembinaan Model

i. Pembinaan model mengikut kesesuaian skala yang ditentukan

oleh pasukan masing-masing.

ii. Saiz binaan tidak boleh melebihi 100 cm (L) x 150 cm (P) x 50 cm

(T) termasuk semua bahan sokongan binaan sama ada bahan

yang digantung di bawah atau di atas meja, dan komponen luar.

Pemotongan markah akan dibuat sebanyak 1 markah bagi setiap

1 cm sekiranya melebihi ukuran yang ditetapkan di dalam perkara

6.11 (ii).

iii. Penjanaan sumber tenaga elektrik mestilah dari model

pembinaan sendiri “must be self-contained” (litar ringkas yang

terdiri daripada bateri sel kering, suis, wayar dan lampu LED,mentol

atau motor sahaja).

iv. Tidak boleh menggunakan bekalan elektrik dari luar (seperti

sambungan suis atau powerbank).

v. Penggunaan audio sebagai komponen model adalah TIDAK

dibenarkan.

6.12 Laporan

Laporan bertulis hendaklah disediakan dalam 3 salinan terlebih dahulu

dan dihantar kepada pihak urusetia semasa pendaftaran. Laporan

haruslah mengandungi;

i. Muka hadapan (logo sekolah, tajuk, senarai ahli pasukan)

ii. Abstrak

iii. Penghargaan

iv. Isi kandungan

a) Pengenalan projek

Page 5: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 4

b) Carta organisasi

c) Carta Gantt

d) Projek (lakaran, senarai bahan dll)

e) Rujukan

7.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

7.1 Terbahagi kepada 3 kriteria:

i. Model - 52%

ii. Pembentangan - 36%

iii. Laporan - 12%

8.0 KRITERIA PENILAIAN

8.1 Model

i. Reka bentuk

a) Reka bentuk bandar

b) Perkhidmatan dan infrastruktur bandar

c) Jaringan bandar

d) Kesepadanan model dengan tema persoalan

ii. Pembinaan: Kualiti dan skala

a) Mutu kerja

b) Penampilan model

c) Kesesuaian skala

iii. Pembinaan: Bahan dan komponen bergerak

a) Pembinaan yang berinovasi dari segi bahan, teknik

b) Komponen bergerak yang berinovasi dan berkualiti

c) Penggunaan bahan kitar semula

iv. Penilaian Model

a) Bandar Teknologi Hijau yang terancang

b) Penyelesaian yang inovasi terhadap tema persoalan

c) Keberkesanan model

8.2 Pembentangan

i. Pengetahuan

a) Reka bentuk dan ciri-ciri bandar Teknologi Hijau

b) Teknologi yang digunakan dalam bandar Teknologi Hijau

Page 6: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 5

c) Perbincangan tema persoalan

d) Kejuruteraan dan proses mereka bentuk

ii. Kemahiran penyampaian

a) Kandungan pembentangan

b) Kemahiran pembentangan

c) Model sebagai alat demonstrasi

d) Kerjasama semasa pembentangan dan sesi soal jawab

iii. Penilaian Pembentangan

a) Kefahaman tentang reka bentuk dan ciri-ciri bandar Teknologi

Hijau

b) Kefahaman tentang kejuruteraan, Teknologi Hijau dan inovasi

8.3 Laporan

i. Laporan lengkap seperti terkandung di dalam syarat pertandingan

6.12.

9.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

9.1 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut

sukan semasa pertandingan dijalankan.

Page 7: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 6

SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

BIL PERKARA KUANTITI

1 Tag ahli kumpulan (satu kumpulan 3 peserta)

( PE1, PE2, PE3.......PE48) 48 unit

2 Label model bandar

(ED1....ED16) 16 unit

3 Label meja ( E1, E2, E3........E16) 16 unit

4 Hard file (hakim) 5 unit

5 Dewan/ bilik darjah 1 unit

6 *Meja (4 meja setiap kumpulan) 64 unit

7 Kerusi 20 unit

8 Pita penghadang 3 unit

9 Set mikrofon mudah alih /Sistem siaraya 1 unit

10 Alat tulis (mesin kira,stapler, pen, pembaris) 3 unit

11 Meja panjang dan kerusi (pendaftaran) 2 unit

12 Peti kecemasan 1 unit

13 Pita pelekat dwipermukaan (double sided)

14 Wire extention 20

* Ukuran meja untuk model mestilah lebih besar daripada ukuran tapak

model (100 cm x 100 cm).

Page 8: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 7

I. REKA BENTUK (16 MARKAH)

0 1 2 3 4

1. Reka bentuk bandar

Penerapan Sektor-sektor

Teknologi Hijau (TH):

(Tenaga ,Pengangkutan

Bangunan, Pengurusan sisa

dan air sisa, Industri,

Pertanian dan Perhutanan,

(ICT)

Tiada bukti

kewujudan zon;

tiada

kepelbagaian

struktur binaan.

1 zon; sedikit

kepelbagaian

struktur binaan

Sekurang-kurangya

1 sektor TH

1-2 zon; sedikit

kepelbagaian struktur

binaan

Sekurang-kurangya 3

sektor TH

2 atau lebih daripada

zon; kepelbagaian

struktur binaan; Boleh

penambahbaikan lagi.

5 sektor TH

Semua 3 zon;

kepelpagaian struktur

binaan dan jelas

dikenali

Semua sektor (6 +1)

0 1 2 3 4

2. Perkhidmatan dan infrastruktur

bandar

Meliputi kemudahan asas

(bekalan air, jaringan jalan,

bekalan elektrik, utility, dll

Meliputi perkhidmatan asas

(keselamatan, kesihatan,dll)

Tiada

kemudahan dan

perkhidmatan.

Menunjukkan

sedikit

kemudahan dan

perkhidmatan.

Menunjukkan lebih

banyak

kemudahan dan

perkhidmatan.

Mengandungi

kemudahan dan

perkhidmatan .Tidak

jelas kelihatan

hubungan antara

kemudahan dan

perkhidmatan dengan

fungsi Bandar

Mengandungi

kemudahan dan

perkhidmatan, jelas

kelihatan hubungan

antara kemudahan dan

perkhidmatan dengan

fungsi Bandar.

0 1 2 3 4

3. Jaringan bandar

(Interconnectivity)

Jaringan sambungan

antara zon ,kemudahan

asas dan perkhidmatan

Jenis pengangkutan

Tempat pejalan kaki,

Kawasan awam,dll

Tiada jaringan

pengangkutan

Menunjukkan

sedikit

jaringan

pengangkutan

Menunjukkan

jaringan

pengangkutan; akan

tetapi dengan reka

bentuk yang pelik;

Menunjukkan

beberapa jenis

pengangkutan

Jaringan pengangkutan

yang mencukupi;

menunjukkan jenis

pengangkutan yang

mencukupi.

Jaringan pengangkutan

dan illustrasi jenis

pengangkutan yang

baik dan jelas.

RUBRIK PEMARKAHAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

(MODEL)

Page 9: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 8

0 1 2 3 4

4. Kesepadanan model dengan

objektif projek

Objektif projek diterapkan

ke dalam model

Penyelesaian kepada tema

Tiada ilustrasi

terhadap objektif

projek

Sedikit ilustrasi

terhadap objektif

projek

Terdapat ilustrasi tema

dan cuba memberi

penyelesaian

Ilustasi jelas dan

terdapat penyelesaian

persoalan

Ilustrasi yang cemerlang

dan menunjukkan

penyelesaian kepada

persoalan tersebut.

II. PEMBINAAN : KUALITI DAN SKALA (12 MARKAH)

0 1 2 3 4

5. Kualiti mutu kerja serta

bersesuaian dengan umur

peserta

Kualiti sepadan dengan

umur murid, 13 -17 tahun

Kualiti pembinaan

Sepadan dengan jangka

pembinaan yang diberi

Kualiti tidak bagus Kualiti sederhana Kualiti baik

Kualiti bagus,

bersesuaian dengan

kebolehan murid

Kualiti sangat bagus,

bersesuaian dengan

kebolehan murid

0 1 2 3 4

6. Penampilan model

Penggunaan warna, grafik,

bentuk, dll

Elemen yang realistik

(flora, fauna, landskap)

Penggunaan ruang yang

bagus

Tiada estetika Estetika yang

lemah

Estetika yang

sederhana

Estetika yang bagus, Estetika yang bagus,

model sangat menonjol.

0 1 2 3 4

7. Kesesuaian Skala

Kesesuaian skala yang dipilih

untuk menghasilkan model

Bandar yang bagus

Keseragaman skala dalam

model

Mengaplikasi satah

mencancang dan mengufuk

Tidak

mengunakan

skala

Skala yang

digunakan tidak

konsisten bagi

kebanyakan model

Skala yang digunakan

bersesuaian, akan

tetapi terdapat model

yang tidak konsisten

skala

Pilihan skala yang

bagus. Skala adalah

konsisten bagi

sebahagian besar

model

Pilihan skala yang

bagus. Elemen Bandar

senang dikenal pasti.

Pengaplikasian skala

adalah konsisten bagi

semua model

Page 10: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 9

III. PEMBINAAN: BAHAN DAN KOMPONEN BERGERAK (12MARKAH)

0 1 2 3 4

8. Pembinaan yang berinovasi

dari segi bahan, teknik

Kepelbagaian bahan,

imaginative, bahan yang luar

biasa,

Kreatif dalam

pengubahsuaian dan

mengaplikasi bahan kitar

semula.

Tidak kreatif atau

inovasi

Terdapat sikit

bahan yang kreatif

atau

pengubahsuaian.

Kreatif sederhana.

Terdapat percubaan

untuk mengubahsuai

bahan yang

digunakan.

Terdapat beberapa

penggunaan bahan

yang inovatif serta

kreatif dalam

pengubahsuaian

terhadap bahan kitar

semula

Kepelbagaian dalam

penggunaan bahan

yang inovatif. Banyak

pengubahsuaian yang

kreatif terhadap bahan

kitar semula

0 1 2 3 4

9. Komponen bergerak yang

berinovasi dan berkualiti

Sekurang-kurangnya satu

komponen bergerak

Kualiti mutu kerja

Pergerakan yang berulang

Pelaksanaan yang inovasi

Tiada komponen

yang bergerak

Terdapat satu

komponen yang

bergerak. Kualiti

sederhana.

Pergerakan tidak

konsisten.

Terdapat satu

komponen yang

bergerak. Kualiti

bagus. Inovasi sedikit

sahaja

Sekurang-kurangnya

satu komponen yang

bergerak. Kualiti yang

bagus. Pergerakan yang

berulang.

Lebih daripada satu

komponen yang

bergerak.Kualiti bagus.

Pergerakan yang

berulang. Inovasi yang

tinggi.

0 1 2 3 4

10. Penggunaan Bahan kitar

semula dalam pembinaan Tiada bahan kitar

semula

Sekurang

kurangnya ada

dua bahan kitar

semula digunakan

Sekurang kurangnya

ada empat bahan

kitar semula

digunakan

Sekurang kurangnya

ada enam bahan kitar

semula digunakan

Penggunaan bahan

kitar semula lebih

daripada enam

IV. PENILAIAN MODEL (12 MARKAH)

0 1 2 3 4

11. Bandar Teknologi Hijau yang

terancang

Reka bentuk Bandar

terancang, meliputi konsep

hidup berkualiti dan seseuai

didiami ( kawasan

kejiranan, kawasan hijau,

Tiada

perancangan

Sedikit

perancangan dan

penimbangan

terhadap konsep

hidup berkualiti

Terdapat

perancangan dan

beberapa elemen

konsep berkualiti

diterap.

Reka bentuk yang

dirancang dan

digabung dengan

beberapa elemen yang

sesuai didiami

Perancangan dan reka

bentuk yang cemerlang.

Sangat sesuai didiami

Page 11: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 10

kepelbagaian zon

bercampur

Jaringan Bandar

Pembangunan mapan

Capaian pengguna

0 1 2 3 4

12. Penyelesaian yang inovasi

terhadap objektif projek

Penyelesaian inovasi

terhadap masalah yang

berkaitan dengan

pengangkutan, tenaga,

persekitaran, sisa,air,

bangunan, dll

Teknologi yang

munasabah

Tiada

penyelesaian.

Satu penyelesaian,

tidak inovatif

Satu penyelesaian,

sedikit inovatif

Lebih daripada satu

penyelesaian yang

inovatif

Beberapa penyelesaian

yang inovatif serta

munasabah

0 1 2 3 4

13. Keberkesanan model

Reka bentuk dan fungsi

model Bandar mampu

wujud tersendiri sebagai

suatu bandar yang

berfungsi

Fungsi dan kegunaan

elemen dalam model dan

hubungan antara satu

sama lain untuk

menonjolkan ciri-ciri Bandar

berteknologi hijau

Persembahan

model tidak

berkesan.

Persembahan

model kurang

berkesan. Banyak

persoalan atas

kewujudan sesuatu

elemen

Persembahan visual

model berkesan, akan

tetapi fungsi dan

tujuan elemen tidak

berkaitan dengan

bandar Teknologi

Hijau

Persembahan visual

model berkesan,

Terdapat beberapa

fungsi dan tujuan

elemen yang tidak

berkaitan dengan

model bandar Teknologi

Hijau

Persembahan visual

model sangat berkesan

untuk menunjukkan

bandar yang

berteknologi hijau.

Fungsi dan tujuan

elemen senang

difahami.

Page 12: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 11

RUBRIK PEMARKAHAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

(PEMBENTANGAN)

I. PENGETAHUAN (16 MARKAH)

0 1 2 3 4

1. Reka bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi Hijau

Lokasi, Geografi, Iklim,

Pembangunan

Jenis perkhidmatan

Ciri-ciri Bandar

Kualiti kehidupan

Keunikan kemudahan

infrastruktur dan

perkhidmatan (contoh,

pengangkutan,

tenaga,bangunan,

sisa,dll)

Tiada

penerangan

Penerangan yang

kurang jelas atau

tidak dipercayai.

Penerangan yang

sederhana,

terdapat beberapa

inovasi dan

keunikan bandar.

Penerangan yang

baik. Banyak inovasi

dan keunikan bandar

dijelaskan.

Penerangan yang

cemerlang dan jelas.

Banyak Teknologi Hijau

yang inovatif diaplikasi

dalam model.

Futuristik dan boleh

dipercayai.

0 1 2 3 4

2. Teknologi yang digunakan

dalam Bandar Teknologi Hijau

Teknologi yang berinovasi

dan futuristIK

Berbincang bagaimana

teknologi membantu

menyelesaikan masalah

dalam sektor-sektor Teknologi

Hijau. (contoh,

pengangkutan,

tenaga,bangunan, sisa,dll)

Tiada

penerangan

Penerangan yang

kurang jelas atau

tidak dipercayai.

Penerangan yang

sederhana,

terdapat beberapa

teknologi yang

digunakan di

dalam

perancangan

model bandar.

Penerangan yang

baik. Banyak Teknologi

Hijau yang digunakan

di dalam elemen

perancangan model

bandar

Penerangan yang

cemerlang tentang

penggunaan Teknologi

Hijau dalam

menyelesaikan masalah di

dalam sektor-sektor

Teknologi Hijau

0 1 2 3 4

Page 13: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 12

3. Perbincangan objektif

pembinaan model

Bincang objektif

Jelaskan bagaimana

objektif mempengaruhi

reka bentuk Bandar atau

pembangunan Bandar

Objektif tidak jelas

Penerangan

objektif Bandar

kurang jelas

Penerangan

objektif Bandar

sederhana

Penerangan objektif

Bandar baik dan

disokong dengan

model

Penerangan objektif

Bandar cemerlang dan

disokong dengan model

beserta hujah-hujah yang

menyokong objektif

0 1 2 3 4

4. Kejuruteraan dan proses

mereka bentuk

Menerangkan objektif

model

Menjelaskan aplikasi

rekaan kejuruteraan

dalam projek

Bincangkan penyelesaian

Rangka keperluan

Menunjukkan

pengetahuan tentang

peranan kejuruteraan

dalam mereka bentuk

Bandar dan operasinya.

Tidak dapat

menerangkan

reka bentuk

model

Menerangkan reka

bentuk model

dengan

pengetahuan yang

kurang jelas

Menerangkan reka

bentuk model

dengan

pengetahuan yang

sederhana yang

memberi

penjelasan

berkenaan objektif

model yang dibina

Menerangkan reka

bentuk model dengan

pengetahuan yang

baik yang memberi

penjelasan berkenaan

objektif model yang

dibina dengan jelas

Menerangkan reka bentuk

model dengan

pengetahuan yang

cemerlang yang memberi

penjelasan berkenaan

objektif model yang

dibina dengan jelas dan

terperinci

II. KEMAHIRAN PENYAMPAIAN (12 MARKAH)

0 1 2 3 4

5. Kandungan pembentangan

Pengenalan, isi, kesimpulan

Urutan yang logik,

kesinambungan idea

Bahan/info sokongan

(definisi, contoh, statistiks,

dll)

Berkaitan dan tepat

Tidak

berpengetahuan

mengenai model

yang dihasilkan

Kurang

berpengetahuan

mengenai model

yang dihasilkan

Berpengetahuan

sederhana dalam

model yang

dihasilkan dan

memberi jawapan

yang ringkas

Berpengetahuan baik

dalam model yang

dihasilkan dan

memberi jawapan dan

penerangan yang baik

Berpengetahuan dan

mampu menjelaskan

dengan cemerlang

berdasarkan model yang

dihasilkan dan memberi

jawapan dan

penerangan yang

cemerlang

0 1 2 3 4

Page 14: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 13

6. Kemahiran pembentangan

Lancar, jelas kedengaran

Tatabahasa dan bahasa

yang digunakan

Posture peserta dan cara

menggunakan bahan /alat

bantu persembahan

berkeyakinan

Tidak lancar dan

kaku semasa

membentangkan

projek

Kurang lancar dan

dan kurang arif

mengenai model

yang dihasilkan

Boleh membentang

tetapi kurang jelas

dan hanya

menghafal teks

Membentang dengan

baik dan jelas

Membentang dengan

jelas dan menarik.

Berkeyakinan dan

menggunakan semua

sumber yang ada sebagai

alat untuk membantu

persembahan.

0 1 2 3 4

7. Kerjasama semasa

pembentangan dan sesi soal

jawab

Kerjasama dan saling

membantu antara peserta

Setiap peserta mempunyai

peruntukan masa yang sama

untuk membentang

Setiap peserta mempunyai

pengetahuan

Rakan sepasukan

bersikap pasif dan

tidak membantu

di dalam proses

pembentangan

Rakan kurang

membantu di

dalam proses

pembentangan

Membantu sedikit

dalam proses

pembentangan

dan menunjukkan

reaksi yang positif

Membantu dan

menunjukkan

kerjasama yang baik

semasa proses

pembentangan

Saling bantu dan

menyokong serta

bekerjasama di antara

satu sama lain dalam

proses pembentangan

untuk menjadikan

pembentangan menjadi

lebih menarik

III. PENILAIAN PEMBENTANGAN (8 MARKAH)

0 1 2 3 4

8. Kefahaman tentang reka

bentuk dan ciri-ciri bandar

Teknologi Hijau

Memahami isu-isu, operasi,

ciri-ciri yang berkaitan

dengan Bandar

Reka bentuk yang bagus

Menunjukkan kefahaman

dalam teknologi yang

berkaitan dengan reka

bentuk Bandar serta

operasinya.

Tidak memahami

tentang reka

bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi

Hijau

Kurang memahami

tentang reka

bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi

Hijau

Mempunyai

pengetahuan yang

sedikit tentang reka

bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi

Hijau

Mempunyai

pengetahuan yang

baik tentang reka

bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi Hijau

Mempunyai pengetahuan

yang cemerlang tentang

reka bentuk dan ciri-ciri

Bandar Teknologi Hijau

dan memahami apa

yang dibentangkan

0 1 2 3 4

Page 15: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 14

9. Kefahaman tentang

kejuruteraan, Teknologi Hijau

dan inovasi

Menunjukkan kefahaman

tentang teknologi yang

digunakan dalam Bandar

Cadangan penyelesaian

adalah inovatif

Teknologi adalah futuristik,

tetapi munasabah

dilaksanakan

Tidak memahami

tentang

kejuruteraan,

teknologi hijau

dan inovasi dalam

model yang

dibentangkan

Kurang memahami

tentang

kejuruteraan,

Teknologi Hijau dan

inovasi dalam

model yang

dibentangkan

Memahami dengan

sederhana tentang

kejuruteraan,

Teknologi Hijau dan

inovasi dalam

model yang

dibentangkan

Memahami dengan

baik tentang

kejuruteraan, Teknologi

Hijau dan inovasi

dalam model yang

dibentangkan

Memahami dengan

cemerlang tentang

kejuruteraan, Teknologi

Hijau dan inovasi dalam

model yang

dibentangkan. Mampu

untuk mengulas dan

memberi pandangan

yang baik.

Page 16: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 15

BORANG PEMARKAHAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

I. MODEL

PENILAIAN/

MARKAH PERINCIAN / MARKAH

KOD KUMPULAN

01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16

I. R

ek

a b

en

tuk

(16

ma

rka

h)

1. Reka bentuk

Bandar

(4 MARKAH)

2. Perkhidmatan dan

Infrastruktur Bandar

(4 MARKAH)

3. Jaringan Bandar

(interconnectivity)

(4 MARKAH)

4. Kesepadanan

model dengan

objektif projek

(4 MARKAH)

II. P

em

bin

aa

n : K

ua

liti

da

n S

ka

la

(12

ma

rka

h)

5. Kualiti mutu kerja

serta bersesuaian

dengan umur

peserta

(4 MARKAH)

6. Penampilan model

(4 MARKAH)

7. Skala

(4 MARKAH)

Page 17: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 16

III. P

em

bin

aa

n : B

ah

an

da

n

ko

mp

on

en

be

rge

rak

(12

ma

rka

h)

8. Pembinaan yang

berinovasi dari segi

bahan, teknik

(4 MARKAH)

9. Komponen

bergerak yang

berinovasi dan

berkualiti

(4 MARKAH)

10. Hubungan

komponen

bergerak dengan

reka bentuk atau

fungsi Bandar

(4 MARKAH)

IV.

Pe

nila

ian

Mo

de

l

(12

ma

rka

h)

11. Bandar yang

terancang

(4 MARKAH)

12. Penyelesaian yang

inovasi terhadap

objektif projek

(4 MARKAH)

13. Keberkesanan

model

(4 MARKAH)

JUMLAH MARKAH /

(52 MARKAH)

Tandatangan hakim :……………………………………............ Disahkan oleh,

Nama hakim :……………………………………............ …...........................................

Tarikh :…………………………………............…. ( )

Page 18: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 17

BORANG PEMARKAHAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI

II. (PEMBENTANGAN)

PENILAIAN

/ MARKAH PERINCIAN / MARKAH

KOD KUMPULAN

01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16

I. Pe

ng

eta

hu

an

(16

ma

rka

h)

1. Reka bentuk dan ciri-

ciri Bandar

(4 MARKAH)

2. Teknologi yang

digunakan dalam

Bandar Teknologi Hijau

(4 MARKAH)

3. Perbincangan objektif

pembinaan model

(4 MARKAH)

4. Kejuruteraan dan

proses mereka bentuk

(4 MARKAH)

II. Ke

ma

hira

n

pe

ny

am

pa

ian

(12

ma

rka

h)It

5. Kandungan

pembentangan

(4 MARKAH)

6. Kemahiran

pembentangan

(4 MARKAH)

Page 19: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 18

7. Kerjasama semasa

pembentangan dan

sesi soal jawab

(4 MARKAH)

III. Pe

nila

ian

Pe

mb

en

tan

ga

n

(8 m

ark

ah

)

8. Kefahaman tentang

reka bentuk dan ciri-ciri

bandar Teknologi Hijau

(4 MARKAH)

9. Kefahaman tentang

kejuruteraan, Teknologi

Hijau dan inovasi

(4 MARKAH)

JUMLAH

MARKAH

JUMLAH MARKAH /

(36 MARKAH)

Tandatangan hakim :…………………………………… Disahkan oleh,

Nama hakim :…………………………………… ……………………......................

Tarikh :…………………………………… ( )

Page 20: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 19

BORANG PEMARKAHAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI

III. LAPORAN

KRITERIA

KOD KUMPULAN

JUMALH

(12 Markah) 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16

i. Muka hadapan

(logo sekolah, tajuk, senarai

ahli pasukan)

1 Markah

ii. Abstrak 2 Markah

iii. Penghargaan 1 Markah

iv. Isi kandungan

Pengenalan projek

Carta organisasi

Carta Gantt

Projek (lakaran, senarai

bahan dll)

2 Markah

1 Markah

1 Markah

3 Markah

v. Rujukan 1 Markah

JUMLAH MARKAH

(12 MARKAH)

Tandatangan hakim :…………………………………… Disahkan oleh,

Nama hakim :…………………………………… ……………………......................

Tarikh :…………………………………… (

Page 21: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 20

GARIS PANDUAN TEKNIKAL DAN HAKIM

BIL PERKARA CATATAN

1. Hari

pertama

Persediaan

lokasi

Teknikal memastikan ruang dan peralatan pertandingan

disediakan

Ruang pertandingan

Peralatan pertandingan seperti PA sistem, meja

pertandingan, borang-borang pertandingan,jadual

pertandingan

Taklimat

Teknikal dan

Hakim

Pertandingan

Teknikal akan menerangkan garis panduan pemarkahan

pertandingan kepada hakim dan perkara yang perlu dinilai dan

perkara yang diberi penekanan dalam penilaian model.

Penerangan tentang rubrik pemarkahan dan borang-borang

yang perlu diisi oleh hakim.

Pendaftaran

Taklimat

pasukan

Teknikal akan menerangkan sekali lagi proses pertandingan

kepada pasukan yang bertanding.

Masa pertandingan

Masa kuarantin

Masa pembentangan dan penilaian projek

Cabutan undi ruang pameran

Sesi soal jawab

2. Hari

kedua

Hari

Pertandingan

8.30 pagi-9.00 pagi

Sesi pendaftaran dan pasukan membawa masuk peralatan ke

dalam Dewan/Bilik Pertandingan

9.00 pagi- 12 tengahari

Murid di kuarantin di tempat pertandingan dan diasingkan

dengan guru pembimbing semasa menyediakan model/projek

masing-masing

Guru pembimbing dibenarkan masuk selama 5 minit pada 11.40

pagi hingga 11.45 pagi untuk memantau perkembangan projek

pasukan masing-masing tanpa membantu secara fizikal

12.00 tengahari pembinaan model/projek akan dihentikan

2.00 petang

Sesi Penilaian dan Pembentangan Projek

( satu pasukan diperuntukkan 15 minit )

5 minit untuk pembentangan, 5 minit untuk Sesi soal jawab

dan 5 minit penilaian model.

Pasukan akan membentang mengikut giliran undi yang

telah dilakukan.

Teknikal akan membuat ukuran model untuk mengenalpasti

model yang terlebih ukuran yang telah ditetapkan

Setelah selesai proses penghakiman dan pemarkahan oleh

hakim dan teknikal, pihak hakim dan teknikal perlu bersama

untuk membuat rumusan pertandingan

Ketua hakim akan membuat rumusan secara keseluruhan

kepada semua pasukan yang bertanding

3. Hari

ketiga

Lawatan Ruang pertandingan di buka kepada umum

Page 22: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 21

SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

TUGAS SPESIKASI TUGAS DAN PERANAN

Pegawai Teknikal

1. Mengurus pendaftaran peserta pertandingan sebelum

taklimat

2. Memberi taklimat penghakiman kepada hakim yang

dilantik

3. Memberi taklimat pertandingan kepada guru pembimbing

dan peserta pertandingan pada hari pertama

pertandingan

4. Membuat undian giliran untuk pasukan bertanding

5. Memastikan keperluan hakim dan pertandingan disediakan

6. Mengurus, mengatur dan melaksanakan pertandingan

secara keseluruhannya

7. Mengendalikan pertandingan mengikut kertas kerja yang

telah ditetapkan

Hakim

1. Mendengar taklimat pertandingan daripada ketua teknikal.

2. Menilai laporan pasukan yang bertanding

3. Menilai pembentangan projek semasa pertandingan dan

menilai projek yang dihasilkan oleh pasukan

4. Membincangkan rumusan penilaian bersama teknikal

5. Mengesahkan keputusan pertandingan

6. Membuat rumusan keseluruhan bersama pasukan yang

bertanding

Pembantu Teknikal

1. Menyediakan ruang pertandingan

2. Membantu menjalankan proses undian pasukan

3. Membantu hakim semasa sesi taklimat

4. Menyediakan bahan dan keperluan penghakiman semasa

pembentangan dan perlumbaan pertandingan.

5. Memastikan kawasan pertandingan bersih sebelum dan

selepas pertandingan

6. Menyediakan borang-borang yang berkaitan kepada

teknikal dan hakim

7. Memastikan pertandingan berjalan dengan lancar dan

teratur

8. Menyerahkan keputusan pertandingan kepada urusetia

induk

Page 23: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 22

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

“SUSTAINABLE ENERGIRONMENT ”

NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING

NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL SAIZ

TSHIRT

PESERTA

BIL NAMA JANTIN

A

BANGSA MYKAD

SAIZ

TSHIRT M C I L

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

Dengan ini pihak kami mengesahkan peserta tersenarai adalah murid sekolah ini dan segala

maklumat yang dinyatakan adalah benar dan tepat.

Pengesahan Pengetua:

Cop Rasmi :

...........................................................

( ) Tarikh

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

Page 24: PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU · 6.5 Murid-murid dibenarkan membina model sebelum pertandingan dan dibawa semasa pertandingan untuk dipasang di atas meja atau booth

REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU | 23

BORANG MAKLUM BALAS PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

NAMA PERTANDINGAN :

NEGERI PASUKAN :

NAMA PEGAWAI/GURU :

NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

_______________________________

NAMA :

NO. TEL :