reka bentuk pembung kusa n mi segera saarawak … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · siti...

24
REKA BENTUK PEMBUNG KAJIAN KUSAN MI SEGERA SARAWAK EZZA NABILAH BT WAHAB 46753 (Teknologi Senireka) 2017 IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN

Upload: phamdan

Post on 28-Aug-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

REKA BENTUK PEMBUNGKAJIAN KUSA N MI SEGERA SAARAWAK

EZZA NABILAH BT WAHAB

46753

(Teknologi Senireka)

2017

IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN

Page 2: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

i

KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK

EZZA NABILAH BT WAHAB

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka Grafik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2017

Page 3: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

√√

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SAWARAK

Gred: _____________

Sila Tandakan ( ) Laporan Projek Tahun Akhir

√Sarjana

Ijazah Doktor Falsafah

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

Pengisytiharan ini dibuat pada tarikh ..............… hari bulan …………….. 2017. Pengesahan Pelajar :

Saya EZZA NABILAH BT WAHAB (46753) dari FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang bertajuk KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK adalah kerja saya yang asli. Saya tidak disalin dari kerja mana-mana pelajar yang lain atau dari mana-mana sumber lain kecuali di mana rujukan sewajarnya atau pengakuan telah dinyatakan dengan jelas dalam teks, dan tidak mempunyai mana-mana bahagian telah ditulis untuk saya dengan orang lain.

____________________ ______________________________ Tarikh Penghantaran Ezza Nabilah Bt Wahab (46753) Pengesahan Penyelia:

Saya DR. SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK telah disediakan oleh pelajar yang bernama di atas, dan telah diserahkan kepada "FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF " sebagai * memenuhi sebahagian / penuh bagi penganugerahan IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI SENIREKA) (NYATAKAN IJAZAH), dan kerja yang dinyatakan di atas adalah sepanjang pengetahuan dan bimbingan saya, adalah kerja pelajar tersebut. Diterima untuk diperiksa oleh: ________________________________ Tarikh: _______________ Dr. Siti Shukhaila Bt Shaharuddin

Page 4: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

iii

Saya mengaku Projek ini / Tesis diklasifikasikan sebagai (Sila tandakan (√)): SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972) * TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan) * AKSES TERBUKA Pengesahan Projek / Tesis Oleh itu, saya disahkan dengan sewajarnya dengan kebenaran bebas dan kesediaan mengisytiharkan bahawa ini berkata Projek / Tesis hendaklah diletakkan secara rasmi di Pusat Khidmat Maklumat Akademik dengan kepentingan mematuhi dan hak-hak seperti berikut:

Projek / Tesis ini adalah harta undang-undang tunggal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan untuk tujuan akademik dan penyelidikan sahaja dan bukan untuk tujuan lain. Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk mendigitalkan kandungan untuk untuk Pangkalan Data Kandungan Tempatan. Pusat Maklumat Perkhidmatan Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan Projek / Tesis pertukaran antara institusi pengajian antara Institut Pengajian Tinggi. Tiada pertikaian atau apa-apa tuntutan akan muncul dari pelajar itu sendiri tiada pihak ketiga dalam Projek ini / Tesis apabila ia menjadi milik tunggal UNIMAS. Projek / Tesis ini atau apa-apa bahan, data dan maklumat yang berkaitan dengannya tidak boleh diedarkan, diterbitkan atau didedahkan kepada mana-mana pihak oleh pelajar melainkan dengan kebenaran UNIMAS.

Tandatangan Pelajar: ______________________ Tandatangan Penyelia: _____________________ Alamat Semasa: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Nota: * Jika Projek / Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan bersama-sama sebagai lampiran surat daripada organisasi dengan sebab dan tempoh kerahsiaan dan sekatan. [Instrumen ini telah disediakan dengan sewajarnya oleh Pusat untuk Maklumat Perkhidmatan Akademik]

No. 99, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

(Tarikh) (Tarikh)

Page 5: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

iv

Projek bertajuk “Kajian Reka Bentuk Pembungkusan Mi Segera Sarawak” telah disediakan oleh Ezza Nabilah Bt Wahab dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Grafik)

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________________ (Dr. Siti Shukhaila Bt Shaharuddin)

Tarikh:

_________________________

Page 6: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

v

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Halaman Tajuk i

Borang Pengesahan Status Tesis ii

Status Laporan iv

Isi Kandungan v

Penghargaan viii

Abstrak ix

Abstract x

xi

xii

Senarai Jadual

Senarai Rajah

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Objektif Kajian 4

1.6 Skop Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Limitasi Kajian

5

5

6

1.9 Kesimpulan 7

Page 7: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

vi

BAB 2 KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pembungkusan dan Pemasaran 10

2.3 Pembungkusan Mi Segera 13

2.3.1 Proses Pembuatan Mi Segera 14

2.3.2 Jenis Pembungkusan 16

2.4 Sejarah Mi Segera 17

2.5 Mi Segera di Pasaran 18

2.6 Latar Belakang Mi Segera 21

2.6.1 Laksa Sarawak 21

2.6.2 Mi Kolok 22

2.6.3 Mi Belacan 23

2.7 Kesimpulan 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Kaedah Kualitatif 28

3.2.1 Kaedah Pemerhatian dan Perbandingan 28

3.2.2 Kaedah Temu Bual 29

3.2.3 Data Sekunder 30

3.2.4 Analisa SWOT 31

3.3 Kaedah Kuantitatif 32

3.3.1 Borang Soal Selidik 32

3.4 Kesimpulan 34

Page 8: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

vii

BAB 4 HASIL DAPATAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisa Pemerhatian dan Perbandingan 36

4.3 Analisa Temu Bual 39

4.4 Analisa Data Sekunder 43

4.4.1 Elemen Sarawak 44

4.5 Analisa SWOT 46

4.6 Analisa Borang Soal Selidik 48

4.7 Kesimpulan 57

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Objektif 60

5.3 Sasaran Pengguna 60

5.4 Konsep 60

5.5 Cadangan Jenama 61

5.6 Cadangan Warna Pembungkusan 65

5.7 Cadangan Reka Bentuk Pembungkusan 66

5.8 Rekaan Label 69

5.9 Unique Selling Point 77

5.10 Point of Purchase 78

5.11 Strategi Promosi 79

5.12 Rumusan 81

RUJUKAN 86

LAMPIRAN 89

Page 9: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

viii

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya

menyiapkan penulisan ilmiah projek tahun akhir ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan

moral dan bantuan kewangan kepada saya. Di samping itu juga, saya amat berterima kasih kepada

ahli keluarga saya yang banyak membantu dan memberi galakkan kepada saya untuk meyiapkan

kajian ini.

Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Siti

Shukhaila Bt Shaharuddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam menyiapkan

penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain iaitu En. Mastika Lamat,

Cik Noor Haslina Senin, Dr. Salmiah dan En. Sylvester.

Saya juga ingin mengucapkan teima kasih kepada kawan-kawan yang telah memberi

bantuan dan semangat kepada saya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada orang ramai

dan sesiapa sahaja yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan kajian ini.

Page 10: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

ix

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis reka bentuk pembungkusan produk mi segera

Sarawak. Antara mi segera Sarawak yang berpotensi untuk dikormesialkan ialah Mi kolok, Laksa

Sarawak dan Mi Belacan. Kepentingan penyelidikan ini adalah untuk mencadangkan reka bentuk

pembungkusan produk mi segera Sarawak, sekaligus dapat memperkenalkan makanan Sarawak

ke pasaran yang lebih luas.

Page 11: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

x

Abstract

The aim of the study is to analyze the design of instant noodle packaging and also to purpose a

user-friendly, unique and well-functioned packaging for local Sarawak instant noodle. Sarawak is

famous with Laksa Sarawak, Mi Kolok and Beehoon Belacan that have the potential to be

commercialized.

Page 12: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

Jadual 2.1: Grid Fungsi/Persekitaran bagi menilai prestasi pakej 11 Pembungkusan

Jadual 2.2: Jenis Plastik 16

Jadual 4.1: Analisa Kaedah Pemerhatian dan Perbandingan 36

Page 13: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

Rajah 2.3: Mi Segera Terawal di Dunia 17

Rajah 2.4: Mi Segera Sarawak di Pasaran 19

Rajah 2.5: Laksa Sarawak 21

Rajah 2.6: Mi Kolok 22

Rajah 2.7: Mi Belacan 23

Rajah 3.1: Kaedah Kajian 27

Rajah 4.2: Jantina Responden yang Terlibat 39

Rajah 4.3: Umur Responden yang Terlibat 40

Rajah 4.4: Bangsa yang Terlibat 41

Rajah 4.5: Purata yang Bersetuju dengan Mi Segera Sarawak mempunyai 42 Identiti yang Tersendiri Rajah 4.6: Corak Buah Empit dan Bentuk Kunci yang Digunakan untuk Membuat 45 Beg dan Ukiran pada Kain Tenunan

Rajah 4.7: Analisa SWOT 46

Rajah 4.8: Bilangan Responden mengikut Jantina 48

Rajah 4.9: Purata Umur Responden 49

Rajah 4.10: Purata Bangsa Responden 50

Page 14: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

xiii

Rajah 4.11: Persepsi Responden terhadap Pembungkusan Produk 51 Mi Segera di Pasaran Rajah 4.12: Jenama Mi Segera yang Diminati 54 Rajah 4.13: Jenis Pembungkusan 55

Rajah 5.1: Logo yang dicadangkan bagi Produk Mi Segera Sarawak 62

Rajah 5.2: Logo yang dicadangkan 63

Rajah 5.3: Skala Logo 64

Rajah 5.4: Cadangan Warna bagi Pembungkusan 65

Rajah 5.5: Reka Bentuk Pembungkusan Cup/Cawan yang dicadangkan 66

Rajah 5.6: Bakul Sarawak 67

Rajah 5.7: Reka Bentuk Pembungkusan Pek Besar dan Kecil yang dicadangkan 68

Rajah 5.8: Rekaan Label 1 69

Rajah 5.9: Rekaan Label 2 69

Rajah 5.10: Rekaan Label 3 70

Rajah 5.11: Rekaan Label 4 70

Rajah 5.12: Rekaan Label 5 71

Rajah 5.13: Rekaan Label 6 71

Rajah 5.14: Rekaan Label 7 72

Rajah 5.15: Rekaan Label 8 73

Page 15: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

xiv

Rajah 5.16: Rekaan Label 9 74

Rajah 5.17: Rekaan Label 10 75

Rajah 5.18: Rekaan Label 11 75

Rajah 5.19: Rekaan Label 12 76

Rajah 5.20: Point of Purchase (POP) 78

Rajah 5.21: Poster yang dicadangkan 79

Rajah 5.22: Flyers yang dicadangkan 80

Page 16: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap pembungkusan memerlukan elemen yang menarik bagi memasarkan produk supaya

produk tersebut akan mendapat sambutan daripada pelanggan. Menurut Sarah Roncarelli dan

Candace Ellicott (2010), reka bentuk pembungkusan adalah gabungan kreatif yang

menghubungkan struktur, bahan, warna, imej, typografi dan elemen reka bentuk sampingan

dengan maklumat produk yang sesuai untuk pemasaran.

Laksa Sarawak, Mi Kolok dan Mi Belacan merupakan makanan tradisisonal daripada

negeri tempatan Sarawak. Makanan tersebut merupakan makanan yang popular daripada Sarawak.

Dahulunya, mi Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mi Kolok hanya boleh didapati di gerai-gerai

dan kedai makanan. Kini, mi tempatan Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok boleh didapati

dalam bentuk mi segera di pasaran dan menjadi mi segera pilihan rakyat Malaysia (Ivy Tan, 2015).

Page 17: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

2

Daripada petikan akhbar, pada tahun 2014 Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA)

telah menjalankan kajian keatas Laksa Sarawak dan Mi Kolok bagi menghasilkan produk-produk

tersebut ke dalam bentuk mi segera. Kini, kedua-dua produk tersebut telah dijual dalam pasaran

tempatan di Malaysia (Anonim, 2013).

Produk mi segera tempatan Sarawak telah diceduk oleh jenama-jenama mi segera terkenal

di pasaran. Menurut Persatuan Mi Segera Dunia (WINA), sejumlah 3.6 juta paket mi segera sehari

dibeli oleh rakyat Malaysia setiap hari dimana 1.4 juta paket adalah daripada jenama Maggi.

Jenama Maggi menguasai hampir 40% pasaran mi segera di Malaysia. Salah satu produk telah

dikeluarkan oleh Maggi yang ada di pasaran adalah mi berperisa Laksa Sarawak dan Mi Kolok

(Fadzil Zainol, 2016).

Kajian ini penting bagi mencadangkan reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak yang

beridentitikan budaya masyarakat Sarawak, selain dari sudut fungsi dan reka bentuk. Produk

makanan Sarawak ini mempunyai potensi yang besar untuk diperkenalkan kepada masyarakat luar

dan di dalam pasaran.

Page 18: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

3

1.2 Latar Belakang

Mi segera merupakan mi yang boleh dimasak dengan 2 hingga ke 3 minit dan dicampur

dengan perancah yang mempunyai pelbagai perisa. Mengikut laporan Persatuan Mi Segera

Malaysia (WINA) sebelum ini, permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak

3.6 juta paket sehari. Mi segera amat diminati oleh rakyat Malaysia dan sangat popular dikalangan

pelajar dan individu bujang kerana ia bukan sahaja boleh menjimatkan masa malah senang untuk

disediakan (Fadzil Zainol, 2016).

Mi yang popular di Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok telah dihasilkan dalam

bentuk mi segera dan menjadi salah satu aneka sajian di Malaysia. Syarikat Mee Lee Fah dan

Syarikat Maggi merupakan pengeluar yang terbesar dalam menghasilkan mi segera Sarawak.

Syarikat Maggi telah pun menghasilkan pelbagai perisa mi segera (Anonim, 2016).

Antara jenama mi segera yang sangat popular di pasaran ialah Maggi, Mamee, Indomie,

Mi Sedap dan Lee Fah. Mengikut laporan Persatuan Mi Segera Malaysia (WINA) sebelum ini,

permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak 3.6 juta paket sehari dengan

1.4 juta paket dikuasai oleh jenama Maggi (Ivy Tan, 2015).

Menurut Menteri Pelancongan Datuk Lee Kim Shin, beliau berkata makanan tempatan

merupakan antara komponen penting kepada pelancongan negeri yang berupaya menarik

pelancong asing. Makanan tempatan akan digunakan sebagai pendekatan yang lebih holistik dalam

mengembangkan promosi pelancongan negeri ini (Ivy Tan, 2015).

Page 19: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

4

1.3 Pernyataan Masalah

Persaingan dengan produk mi segera yang berjenama seperti Maggi dan Lee Fah adalah

merupakan permasalahan utama. Adalah menjadi cabaran yang besar bagi sesuatu produk yang

baru untuk menembusi pasaran. Beberapa aspek pemasaran harus dikaji seperti rekaan

pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan memainkan peranan yang penting di dalam

memperkenalkan sesuatu produk yang baru.

Terdapat beberapa jenama produk mi segera di dalam pasaran tempatan telah

mengeluarkan mi segera yang berperisa ‘Laksa Sarawak’ dan ‘Mi Kolok’. Namun, rupa sebenar

mi tersebut adalah berbeza. Produk tersebut hanya menekankan pada aspek rasa kuahnya sahaja.

1.4 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian adalah:

1. Adakah mi Sarawak mampu untuk dikomersialkan sebagai mi segera?

2. Bagaimanakah reka bentuk pembungkusan yang sesuai untuk mi segera?

1.5 Objektif Kajian

1. Untuk mengenalpasti reka bentuk yang sesuai pembungkusan mi segera.

2. Untuk menilai persepsi pengguna terhadap pembungkusan produk mi segera dipasaran.

3. Untuk mencadangkan jenama dan reka bentuk pembungkusan bagi mi segera Sarawak.

Page 20: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

5

1.6 Skop Kajian

Skop kajian bertujuan untuk menentukan ruang lingkup sesuatu kajian supaya kajian tidak

terlalu meluas. Lokasi utama penyelidikan ini ialah di sekitar Kuching, Sarawak. Skop kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang

menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mi segera Sarawak dan kepentingan

pembungkusan terhadap produk mi segera. Jenama, logo dan penggunaan elemen pada

pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk yang terdapat di pasaran.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak ini penting bagi mengenalpasti

keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Jenama, logo dan

penggunaan elemen pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk

yang terdapat di pasaran.

Justeru, dengan kajian ini usahawan-usahawan tempatan akan dapat mengambil peluang

ini bagi mengusahakan perniagaan mi segera tempatan di samping dapat meningkatkan ekonomi

negara dan mempromosikan makanan tempatan Sarawak didalam dan diluar negara.

Page 21: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

6

1.8 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya difokuskan kepada reka bentuk pembungkusan mi segera yang ada

dipasaran sahaja. Reka bentuk pembungkusan yang dikaji adalah merangkumi dari sampel-sampel

produk yang ada dipasaran sebagai bahan ujikaji.

Lokasi utama kajian ini adalah di sekitar Kuching dan sekitar Kota Samarahan iaitu

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Responden

untuk kajian ini adalah dikalangan pelajar dan orang umum.

Page 22: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

7

1.9 Kesimpulan

Mi yang popular di Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok telah dihasilkan dalam

bentuk mi segera dan menjadi salah satu aneka sajian di Malaysia. Tetapi, mi segera Sarawak telah

diceduk oleh jenama-jenama pengeluar mi segera yang terkenal seperti Maggi dan Lee Fah. Mi

segera Sarawak mempunyai persaingan dengan jenama-jenama pengeluar mi segera yang sudah

terkenal di pasaran.

Persaingan dengan produk mi segera yang berjenama seperti Maggi dan Lee Fah adalah

merupakan permasalahan utama. Adalah menjadi cabaran yang besar bagi sesuatu produk yang

baru untuk menembusi pasaran. Beberapa aspek pemasaran harus dikaji seperti rekaan

pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan memainkan peranan yang penting di dalam

memperkenalkan sesuatu produk yang baru. Terdapat beberapa jenama produk mi segera di dalam

pasaran tempatan telah mengeluarkan mi segera yang berperisa ‘Laksa Sarawak’ dan ‘Mi Kolok’.

Namun, rupa sebenar mi tersebut adalah berbeza. Produk tersebut hanya menekankan pada aspek

rasa kuahnya sahaja.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti reka bentuk yang sesuai bagi

pembungkusan mi segera dan menilai persepsi pengguna terhadap pembungkusan produk mi

segera yang ada dipasaran. Selain itu juga, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan jenama

dan reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak.

Page 23: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

8

Skop kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan jenama dan reka bentuk

pembungkusan yang menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mi segera Sarawak dan

kepentingan pembungkusan terhadap produk mi segera. Jenama, logo dan penggunaan elemen

pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk yang terdapat di

pasaran. Reka bentuk pembungkusan yang dikaji adalah merangkumi dari sampel-sampel produk

yang ada dipasaran sebagai bahan ujikaji.

Sebagai kesimpulan, kajian reka bentuk pembungkusan ini penting bagi mengenalpasti

keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Jenama, logo dan

penggunaan elemen pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk

yang terdapat di pasaran.

Justeru, dengan kajian ini usahawan-usahawan tempatan akan dapat mengambil peluang

ini bagi mengusahakan perniagaan mi segera tempatan di samping dapat meningkatkan ekonomi

negara dan mempromosikan makanan tempatan Sarawak didalam dan diluar negara.

Page 24: REKA BENTUK PEMBUNG KUSA N MI SEGERA SAARAWAK … reka bentuk pembungkusan (24pgs).pdf · SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk

9

BAB 2

KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan

Kajian lepas merupakan satu laporan yang terdapat dalam kesusasteraan yang menjadi

sebahagian dari disiplin penulisan penyelidikan bagi menyokong topik kajian. Selain itu, kajian

lepas ini dapat membantu setiap kupasan dan hujah bagi mengukuhkan penyelidikan dengan

bantuan penyataan atau fakta yang digunakan adalah bersesuaian dan perspektif yang sama dari

pelbagai buku atau penyelidikan yang telah dilakukan sebelum ini.

Oleh itu, kajian lepas ini akan dapat membantu dalam kajian reka bentuk pembungkusan

agar kajian ini tidak terpesong daripada tajuk kajian. Kajian lepas ini akan dapat membantu

penyelidikan ini dari segi pengukuhan terhadap huraian dan hujah yang diutarakan dalam kajian

ini melalui buku dan untuk mencapai objektif kajian ini.