reka bentuk

Upload: khalid-yazit

Post on 16-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nahu

TRANSCRIPT

Reka bentuk

Reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah dirangka dan merupakan idea Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley.Masjid ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 126 Kaki serta dikelilingi kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali.

Bentuk dinding masjid ini menunjukkan sebuah bangunan berkubah induk besar ditengahnya.Disekililingnya pula,terdapat empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada setiap pertengahan setiap anjung,lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara di ambil sempena aturan gelaran gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

6

Ruang solat yang indah

Masjid Ubudiah mempunyai ruang solat yang luas dan diperindahi dengan cahaya lampu yang menyinari di setiap ruang. Tambahan pula,Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil yang berwarna keemasan itu memang cukup menarik. Ruang solat ini juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan para muslimin dan muslimah yang berkunjung dan beribadah disini. Cahaya lampu disetiap ruang menambahkan keceriaan ruang solat ini. Selain itu, karpet yang digunakan sebagai pelapik lantai ini sungguh selesa.

7

Ruang mimbar yang penuh dengan nilai kesenian

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas,tiang ruang mimbar ini diperbuat daripada batu marmar yang berwarna coklat manakala dindingnya mempunyai reka bentuk yang melambangkan agama islam.Di ruangan dalaman mimbar ini, terdapat hiasan lampu dan dinding yang pelbagai warna manakala mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu tinggi berukiran warisan tradisional dan Kesultanan Melayu. Pada bahagian atas mimbar ini pula, terdapat sebuah lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil.Di bahagian silingnya pula,ruang imbar ini dihiasi dengan kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu unik.

8

Ruang letak kereta yang luas dan cantik

Ruang letak kereta ini dibina luas bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Ruang letak kereta ini juga dijadikan persinggahan dan tempat untuk berehat bagi kebanyakan pengunjung selain berniat melawat dan solat di masjid ini. Ruang letak kereta yang luas memudahkan pengunjung yang berkunjung terutamanya ketika musim perayaan dan ketika majlis-majlis rasmi memuatkan bilangan pengunjung yang ramai. Sebuah pondok di bina di belakang masjid untuk kemudahan pengunjung berehat sambil menikmati kedamaian.Di bahagian hadapan masjid pula, dibina sebuah kolam dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung.Di bahagian luar masjid yang menelan belanja kira-kira RM2.9 juta itu dihiasi batu marmar air yang bersih dan bercahaya

9

Gubahan Landskap disekeliling Masjid yang mengekalkan konsep flora dan fauna

Di bahagian luar pagar masjid pula, masjid ini dihiasi tumbuh-tumbuhan hijau sepanjang laluan pejalan kaki manakala papan tanda pula dibuat dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik.Reka bentuk pagar yang berkonsepkan ala istana dengan menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam.Rumput hiasan ditanam di beberapa bahagian luar masjid serta pokok pinang.

Ruang untuk upacara - upacara rasmi

Ruang ini digunakan untuk kemudahan dalam mengendalikan upacara rasmi seperti pengebumian,tempat berehat,mesyuarat dan tempat berkumpul untuk kegiatan gotong royong.

Ruang ini menjadi salah satu tempat yang menjadi menarik perhatian para pelawat.Hal ini kerana reka bentuknya yang unik dan kemas.

Rumusan

Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang

bertapak kukuh di Malaysia ini. Ia juga merupakan satu sumber inspirasi bagi pencinta

seni bina tradisi melayu dan satu sumber yang boleh dianggapkan oleh anak watan tanah

air Malaysia yang tercinta ini. Selain daripada itu, ia juga dapat membangkitkan rasa

takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang.

MELAKA bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di Nusantara.

Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-Quran.

Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.

Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.

Terbaru dan terkini, Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.

Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.

Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

Menurut Pemandu Pelancong, Shaukani Abbas, masjid tersebut penting kerana ia dapat meniup semangat baru kepada seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

Ini kerana, katanya, masjid berkenaan terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan eksklusif selain perumahan yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Beliau memberitahu, selain untuk tujuan solat, rakyat dan para pelancong juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar masjid.

"Pembinaan masjid tersebut di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Bandar Hilir adalah mercu tanda baru di negeri ini serta menunjukkan usaha kerajaan negeri yang sentiasa meningkatkan syiar Islam.

"Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka, baru-baru ini.

Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham daripada Ali Rustam yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Jika kita meninjau masjid ini dengan lebih dekat lagi, pastinya seribu ketenangan jiwa tercipta bagi melupakan sebentar segala cengkaman masalah dunia.

Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Bersujud di dalamnya sambil dihembus angin selat yang bertiup pastinya menjadikan solat tarawih sempena bulan Ramadan ini misalnya adalah terbaik pernah kita laksanakan.

Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.

Rumah Api yang mengeluarkan cahaya amaran kepada perahu-perahu sehinggalah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka itu. Memberikan juga panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.

Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah.

Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.

Siri lawatan ke Melaka kini tidak akan lengkap jika kita tidak mengunjungi Masjid Selat.

Walaupun mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan nostalgia sejarah dengan keunikan-keunikan Masjid-masjid lain seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Peringgit dan sebagainya.

Rekaan masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu. Ini apabila kita dapati elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan.

Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Iaitu kubah besar yang indah dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter.

Masjid Selat begitu lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi segala fungsi dan aktiviti yang mengimarahkan masjid.

Selain Dewan Solat, terdapat Dewan Serba Guna, Perpustakaan, Kelas-kelas Pengajian dan sebagainya.

Namun pandangan mata begitu tertumpu juga kepada keindahan seni buatan mimbar masjid ini. Berasaskan kepada kayu jati, mimbar tersebut diukir dengan seni ukiran yang sangat halus bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga.

Seni-seni kaligrafi, ayat-ayat suci al-Quran turut memenuhi ruang dan dinding masjid.

Seni muqarnas di bahagian atas mihrab terdiri dari jubin-jubin yang terpilih namun dibina dengan paten-paten geografi dengan kedalaman yang berbeza bagi menghasilkan sistem bunyi akustik baik dan mengurangkan gema.

Untuk kenal lebih dekat, marilah ke Masjid Selat bagi memperhebatkan lagi ibadat dan menyuntik lagi semangat Ramadan tahun ini!