refleksi reka bentuk dan teknologi e

4
7/28/2019 Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-reka-bentuk-dan-teknologi-e 1/4 REFLEKSI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI E-DAGANG OLEH : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima pada 1 Mac 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu puan Malar Arasi a/p Sundaram. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdagangan elektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah kekurangan sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya telah mencari maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama lainnya e-dagang

Upload: lia-nadeshiko

Post on 03-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

7/28/2019 Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-reka-bentuk-dan-teknologi-e 1/4

REFLEKSI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI E-DAGANG

OLEH : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee

Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima

pada 1 Mac 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu puan Malar Arasi a/p Sundaram.

Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan

beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan

terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam

melaksanakan tugasan ini.

Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang

dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya

apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan

tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan

perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya

dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka.

Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdaganganelektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang

melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat

gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya

telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata

dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya

beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam

melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah kekurangan

sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya telah mencari

maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama lainnya e-dagang

Page 2: Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

7/28/2019 Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-reka-bentuk-dan-teknologi-e 2/4

dalam bentuk sumber buku termasuklah mencari di perpustakaan IPG Kampus Pulau

Pinang, namun segala usaha adalah hampa.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan

dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi

mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan kelebihan, kekurangan e-

dagang, serta cara mengatasi kelemahannya. Keadaan semakin sukar apabila sumber 

rujukan dalam bahasa melayu adalah kurang dan lebih banyak sumber dalam bahasa

Indonesia dan bahasa inggeris.

Oleh itu, saya terpaksa melakukan tugas lebih iaitu saya mencari maklumat

berkenaan dengan tajuk tersebut dalam bahasa inggeris. Sumber rujukan berkenaan

dengan e-dagang adalah daripada laman web bahasa inggeris dan telah menggunakan

Google Translate bagi tujuan penterjemahan. Selain daripada itu, saya juga turut

merujuk beberapa orang rakan daripada aliran TESL dan pelajar kampus untuk

membantu saya dalam menterjemahkan makna yang saya tidak faham dalam

penggunaan istilahnya.

Saya dan rakan sekumpulan juga banyak merujuk googlebook kerana

sesetengah maklumat berkenaan dengan e-dagang dapat ditemui di googlebook,

namun jumlah maklumat yang dibekalkan tidaklah begitu banyak dan terhad. Hal ini

kerana kebanyakkan maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik adalah

dalam bentuk bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi saya untuk melakukan

penterjemahan kerana istilah-istilah atau laras bahasa ekonomi adalah tidak sama dan

khuatir juga sekiranya istilah yang saya gunakan dalam menterjemahkan struktur ayat

tersebut tidak tepat.

Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha

dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi

pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun

bahan ilmiah yang ditemui di dalam googlebook. Dengan merujuk beberapa maklumat

lain dalam beberapa laman sesawang yang berbeza, pembacaan yang dilakukan

Page 3: Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

7/28/2019 Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-reka-bentuk-dan-teknologi-e 3/4

akhirnya membuahkan hasil apabila saya mula faham perkara yang hendak

disampaikan.

Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan

berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada

saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman

dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu

perdagangan khususnya perdagangan elektronik. Hasil pembacaan daripada pelbagai

sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui

terutamannya berkenaan dengan pendapat tokoh tentang e-dagang, konsep, definisi,

skop, kekurangan, kelebihan dan segalanya berkenaan dengan e-dagang.

Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten

sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya

berkenaan dengan e-dagang, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri

individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang

dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja

memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam

kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak

terbantut.

Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan

yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi

dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli

kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli

kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan

sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka.

Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti

kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan

kebijaksanaan serta penelitian terhadap sumber-sumber yang telah dibaca dan ianya

bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi

terutamanya ketika saya membuat penterjemahan daripada bahasa inggeris ke bahasa

Page 4: Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

7/28/2019 Refleksi Reka Bentuk Dan Teknologi e

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-reka-bentuk-dan-teknologi-e 4/4

Melayu. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam

menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana

ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam terutamanya dalam

pengenalpastian masalah yang dihadapi dalam e-dagang yang mana saya juga perlu

meneliti penyelesaian masalah bagi masalah-masalah yang dihadapi. Sebagai seorang

bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara

kritis dan berusaha dalam mencari ilmu dalam pelbagai sumber agar ilmu-ilmu atau

pengetahuan yang diperolehi itu adalah fakta daripada sumber yang boleh dipercayai.

Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka

terhadap peranan saya sebagai guru yang bakal mengajar kemahiran hidup. Hal ini

kerana dalam subjek elektif tersebut, saya juga akan mengajar murid-murid saya

berkaitan dengan perniagaan. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri saya dalam

bidang ini bagi membantu dalam penyampaian ilmu yang lebih mantap dan berkesan

kepada murid-murid. Keperluan guru dalam memantapkan pengetahuan dalam bidang

pengajarannya ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai

keupayaan pengetahuan yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada

antarabangsa.

Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah

mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu perniagaan elektronik. Sebagai seorang

bakal guru, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan dan

perdagangan kerana penguasaan tersebut bukan sahaja membantu murid-murid saya

dalam percambahan ilmu, sebaliknya saya juga turut menyediakan mental mereka

dalam berhadapan dengan dunia futuristik, yang mana perdagangan elektronik iniadalah kaedah satu perniagaan yang akan berkembang dengan lebih pesat pada masa

akan datang. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah

berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk

perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.