refleksi program bengkel pertolongan cemas

5
Refleksi Individu Sebagai seorang guru prasekolah, adalah amat penting untuk melengkapkan diri dengan ilmu atau kemahiran asas pertolongan cemas kerana kemalangan boleh berlaku tidak mengira masa dan tempat khususnya di pusat prasekolah. Menurut Jean Piaget, secara fitrahnya kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Faktor ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan kemalangan yang melibatkan kecederaan. Sebagai seorang guru prasekolah, kita tidak boleh menghalang sifat ingin tahu kanak-kanak ini kerana sifat ini merupakan aset penting dalam penerokaan dan pembelajaran persekitaran mereka. Sebagai langkah menghadapi situasi yang melibatkan kecederaan kanak-kanak di prasekolah, guru sendiri haruslah mempelajari dan menguasai ilmu serta kemahiran asas pertolongan cemas. Bukan hanya guru, kanak juga boleh didedahkan dengan kemahiran ini agar mereka boleh menangani sendiri kecederaan- kecederaan kecil yang melibatkan diri mereka sekiranya perlu. Sehubungan dengan itu, kumpulan pengajian kami telah menganjurkan satu bengkel pertolongan cemas kepada kanak-kanak di prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dengan tujuan utama untuk mendedahkan kanak-kanak di prasekolah tersebut dengan ilmu dan kemahiran asas pertolongan cemas. Secara peribadi saya dapat simpulkan bahawa program ini mempunyai manfaat dan kekuatannya tersendiri. Dari sudut diri saya sendiri, program ini memberi pendedahan kepada diri saya berkenaan dengan cara-cara untuk menguruskan sesebuah program bengkel pertolongan cemas khususnya di prasekolah. Pengurusan ini melibatkan tiga fasa utama yang melibatkan fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa pendokumentasian. Pengalaman ini amat berguna sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran di sekolah kelak. Tidak mustahil saya akan

Upload: nick-o-larry

Post on 12-Jan-2016

285 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Refleksi Program Bengkel Pertolongan Cemas yang diadakan di prasekolah.

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi program bengkel pertolongan cemas

Refleksi Individu

Sebagai seorang guru prasekolah, adalah amat penting untuk melengkapkan diri

dengan ilmu atau kemahiran asas pertolongan cemas kerana kemalangan boleh berlaku

tidak mengira masa dan tempat khususnya di pusat prasekolah. Menurut Jean Piaget,

secara fitrahnya kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai rasa ingin tahu yang

tinggi. Faktor ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak mempunyai

risiko yang tinggi untuk terlibat dengan kemalangan yang melibatkan kecederaan. Sebagai

seorang guru prasekolah, kita tidak boleh menghalang sifat ingin tahu kanak-kanak ini

kerana sifat ini merupakan aset penting dalam penerokaan dan pembelajaran persekitaran

mereka. Sebagai langkah menghadapi situasi yang melibatkan kecederaan kanak-kanak di

prasekolah, guru sendiri haruslah mempelajari dan menguasai ilmu serta kemahiran asas

pertolongan cemas. Bukan hanya guru, kanak juga boleh didedahkan dengan kemahiran ini

agar mereka boleh menangani sendiri kecederaan-kecederaan kecil yang melibatkan diri

mereka sekiranya perlu.

Sehubungan dengan itu, kumpulan pengajian kami telah menganjurkan satu bengkel

pertolongan cemas kepada kanak-kanak di prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus

Batu Lintang dengan tujuan utama untuk mendedahkan kanak-kanak di prasekolah tersebut

dengan ilmu dan kemahiran asas pertolongan cemas. Secara peribadi saya dapat simpulkan

bahawa program ini mempunyai manfaat dan kekuatannya tersendiri. Dari sudut diri saya

sendiri, program ini memberi pendedahan kepada diri saya berkenaan dengan cara-cara

untuk menguruskan sesebuah program bengkel pertolongan cemas khususnya di

prasekolah. Pengurusan ini melibatkan tiga fasa utama yang melibatkan fasa perancangan,

fasa pelaksanaan dan fasa pendokumentasian. Pengalaman ini amat berguna sebagai

bekalan untuk menghadapi cabaran di sekolah kelak. Tidak mustahil saya akan diminta

untuk mengurus program seumpama program bengkel pertolongan cemas ini di sekolah

kelak. Maka, di sinilah pengalaman dan ilmu yang telah ditimba dapat digunakan semula.

Selain daripada itu, apa yang lebih penting adalah kanak-kanak yang terlibat dapat

menguasai atau setidak-tidaknya mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam

situasi sebenar sekiranya perlu. Di prasekolah misalnya, guru prasekolah ada untuk

mengambil tindakan segera bagi mengurus kanak-kanak yang mengalami luka ringan akibat

kemalangan. Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mempunyai akses

kepada bantuan orang yang levih dewasa? Setidak-tidaknya kanak-kanak tahu apa yang

perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya mereka mengalami luka iaitu membersihkan luka

tersebut dengan air bersih. Ini dapat mengurangkan risiko luka tersebut menjadi lebih serius

Page 2: Refleksi program bengkel pertolongan cemas

akibat jangkitan bakteria contohnya. Dalam bengkel ini, kanak-kanak telah diajar dengan

beberapa cara balutan menggunakan kain anduh dan pembalut luka (bandage).

Kekuatan yang seterusnya ialah, melalui program ini sifat bekerjasama dan bertolak

ansur dapat dipupuk dalam kalangan pihak yang terlibat. Pihak-pihak yang terlibat

termasuklah guru prasekolah, pembantu pengurusan murid, penceramah jemputan, kanak-

kanak prasekolah dan ahli dalam kalangan kumpulan pengajian kami. Program seperti ini

tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya semua pihak di atas tidak

memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menjayakan objektif program.

Sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan, ‘berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing’. Setiap pihak atau setiap individu memainkan peranan masing-masing tidak kira

sekecil mana peranan tersebut, semuanya adalah penting. Selain daripada hubungan

kerjasama yang padu, hubungan komunikasi juga semakin teguh. Misalnya, melalui program

ini, kumpulan kami mendapat peluang untuk membina satu hubungan yang lebih baik

khususnya dengan guru prasekolah di prasekolah tersebut memandangkan beliau adalah

seorang guru yang baru menggantikan guru prasekolah sebelum ini. Program ini

menyediakan satu laluan jalinan kerjasama antara kami dengan guru prasekolah tersebut.

Selain daripada kekuatan yang telah dinyatakan di atas, dari segi input pengetahuan

dan kemahiran saya dapat memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai

pertolongan asas kecemasan. Sebelum ini saya memang telah banyak didedahkan dengan

kemahiran-kemahiran pertolongan cemas ini namun setelah sekian lama tidak digunakan,

ilmu dan kemahiran ini semakin pudar dalam ingatan. Sebagai fasilitator yang mengajarkan

kemahiran ini kepada kanak-kanak prasekolah, saya terpaksa belajar semula dan

menguasai kemahiran-kemahiran tersebut sebelum diajarkan kepada kanak-kanak di

prasekolah. Secara tidak langsung saya dapat mengimbas serta memperkukuhkan lagi ilmu

dan kemahiran berkaitan dengan pertolongan cemas.

Itu adalah antara beberapa kekuatan utama yang dapat saya jelaskan. Banyak lagi

sebenarnya kekuatan lain jika diteliti dan difikirkan sedalam-dalamnya.

Walaubagaimanapun, setiap perkara yang dilaksanakan pasti akan ada kekurangan atau

cacat celanya. Begitu juga dengan pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas ini.

Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah dari segi pengurusan masa. Terdapat

beberapa orang kanak-kanak yang datang lewat menyebabkan perjalanan program bengkel

pertolongan cemas pada hari tersebut bermula sedikit lewat. Semasa aktiviti mengajar

kemahiran asas pertolongan cemas kepada kanak-kanak sedang dijalankan, ada segelintir

kanak-kanak juga dibiarkan bermain tanpa kawalan yang cukup, menyebabkan gangguan

kepada kanak-kanak lain yang sedang belajar. Kanak-kanak tersebut sepatutnya berada

Page 3: Refleksi program bengkel pertolongan cemas

dalam kumpulan masing-masing namun kanak-kanak ini dibiarkan berlegar-legar ke

kumpulan yang lain sehingga mengganggu konsentrasi kanak-kanak lain. Jarak yang kecil

antara kumpulan juga mungkin adalah antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Jarak yang kecil antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain memudahkan kanak-

kanak tersebut mengacau kumpulan berhampiran.

Oleh itu, cadangan bagi mengatasi masalah atau kelemahan-kelemahan yang telah

dinyatakan ialah, di masa yang akan datang ibu bapa kanak-kanak boleh diberitahu terlebih

dahulu perihal program yang akan dijalankan dan meminta supaya mereka menghantar

anak mereka lebih awal. Ini adalah bagi cadangan penambahbaikan bagi mengatasi kanak-

kanak yang datang lewat. Bagi masalah kanak-kanak prasekolah yang mengganggu rakan-

rakannya, pemantauan yang lebih harus diberikan oleh para fasilitator yang mengambil alih

satu-satu kumpulan kanak-kanak tersebut. Perkara ini boleh ditekankan semasa

penerangan mengenai tugas setiap bahagian masing-masing. Selain daripada itu, jarak

antara kumpulan juga harus ditambah supaya menyukarkan sedikit kanak-kanak yang ingin

mengganggu rakan di kumpulan berhampiran.

Kesimpulannya, pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas ini mempunyai

banyak kekuatan daripada kelemahan. Maka, program-program seumpamanya harus

digalakkan dan diperbanyakkan lagi khasnya di prasekolah. Bagi cadangan untuk

pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas yang akan datang, ibu bapa boleh

dilibatkan sekali sebagai fasilitator yang berperanan sebagai tenaga pengajar. Selain

daripada kanak-kanak, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut juga akan memperoleh

manfaat yang besar kerana pada masa yang sama ibu bapa juga akan dapat mempelajari

kemahiran asas pertolongan cemas tersebut. Akhir kata ‘melentur buluh biarlah dari

rebungnya, membentuk insan biarlah dari kecilnya’.