refleksi penyelidikan tindakan (amar)

2
Nama Pelajar : Muhammad Amar Safwan Bin Hashim Pensyarah Penyelia : Pn. Kamarian Bt. Bujang Refleksi: 1. Berapa kali anda berjumpa dengan pensyarah penyelia sepanjang tempoh menyediakan proposal penyelidikan tindakan anda? Sepanjang tempoh menyediakan proposal penyelidikan tindakan, saya telah berjumpa dengan pensyarah penyelia sebanyak 5 kali. 2. Adakah sukar untuk berjumpa dengan penyelia anda? Huraikan. Saya merasakan tidak sukar untuk berjumpa dengan penyelia saya kerana beliau sangat mudah untuk dihubungi. Selain itu, beliau sentiasa sudi meluangkan masa bersama saya untuk membincangkan draf yang telah saya hasilkan untuk sebarang pembetulan. Tambahan pula, pensyarah penyelia saya merupakan pensyarah pembimbing untuk praktikum saya, jadi lebih mudah untuk saya berjumpa dengan beliau. 3. Bagaimana cara anda berkomunikasi dengan penyelia anda? email, tel, bersemuka....huraikan Saya berkomunikasi dengan pensyarah penyelia melalui pelbagai cara. Cara yang paling saya tekankan ialah bersemuka di mana dengan bersemuka dengan pensyarah penyelia, saya dapat menunjukkan draf proposal yang telah saya hasilkan supaya beliau dapat memperbetulkan mana-mana kesilapan dalam draf tersebut. Ternyata banyak kesilapan yang dapat saya betulkan sebelum menghasilkan proposal yang final . Kemudian, saya juga turut menggunakan smartphone untuk menghubungi beliau sama ada dengan telefon, mesej dan juga whatsapp. Saya gunakan cara ini untuk membuat sebarang temu janji dengan pensyarah saya. 4. Adakah anda hubungi pensyarah atau pensyarah menghubungi anda? Huraikan. Dalam situasi ini, kami bekerjasama di mana saya akan menghubungi pensyarah penyelia sekiranya saya ingin menunjukkan draf proposal saya kepadanya dan beliau juga akan turut menghubungi saya sekiranya beliau free. 5. Adakah anda boleh mengikuti penerangan atau bimbingan yang diberi oleh pensyarah penyelia anda? Huraikan. Saya boleh mengikuti penerangan atau bimbingan yang diberi oleh pensyarah penyelia saya. Banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dan mana-mana kesilapan dalam draf proposal saya dibetulkan oleh beliau.

Upload: amar-safwan

Post on 25-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Nama Pelajar : Muhammad Amar Safwan Bin HashimPensyarah Penyelia : Pn. Kamarian Bt. BujangRefleksi:1. Berapa kali anda berjumpa dengan pensyarah penyelia sepanjang tempoh menyediakan proposal penyelidikan tindakan anda?Sepanjang tempoh menyediakan proposal penyelidikan tindakan, saya telah berjumpa dengan pensyarah penyelia sebanyak 5 kali.

2. Adakah sukar untuk berjumpa dengan penyelia anda?Huraikan.Saya merasakan tidak sukar untuk berjumpa dengan penyelia saya kerana beliau sangat mudah untuk dihubungi. Selain itu, beliau sentiasa sudi meluangkan masa bersama saya untuk membincangkan draf yang telah saya hasilkan untuk sebarang pembetulan. Tambahan pula, pensyarah penyelia saya merupakan pensyarah pembimbing untuk praktikum saya, jadi lebih mudah untuk saya berjumpa dengan beliau.

3. Bagaimana cara anda berkomunikasi dengan penyelia anda? email, tel, bersemuka....huraikanSaya berkomunikasi dengan pensyarah penyelia melalui pelbagai cara. Cara yang paling saya tekankan ialah bersemuka di mana dengan bersemuka dengan pensyarah penyelia, saya dapat menunjukkan draf proposal yang telah saya hasilkan supaya beliau dapat memperbetulkan mana-mana kesilapan dalam draf tersebut. Ternyata banyak kesilapan yang dapat saya betulkan sebelum menghasilkan proposal yang final. Kemudian, saya juga turut menggunakan smartphone untuk menghubungi beliau sama ada dengan telefon, mesej dan juga whatsapp. Saya gunakan cara ini untuk membuat sebarang temu janji dengan pensyarah saya.

4. Adakah anda hubungi pensyarah atau pensyarah menghubungi anda? Huraikan.Dalam situasi ini, kami bekerjasama di mana saya akan menghubungi pensyarah penyelia sekiranya saya ingin menunjukkan draf proposal saya kepadanya dan beliau juga akan turut menghubungi saya sekiranya beliau free.

5. Adakah anda boleh mengikuti penerangan atau bimbingan yang diberi oleh pensyarah penyelia anda? Huraikan.Saya boleh mengikuti penerangan atau bimbingan yang diberi oleh pensyarah penyelia saya. Banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dan mana-mana kesilapan dalam draf proposal saya dibetulkan oleh beliau.6. Adakah penjelasan yang diberikan oleh pensyarah semasa kuliah sama dengan pensyarah penyelia anda?Huraikan.Penjelasan yang diberikan oleh pensyarah kuliah sama dengan pensyarah penyelia saya memandangkan saya tahu dan faham perjalanan proposal ini di mana ia berkaitan dengan amalan pengajaran saya di dalam kelas.

7. Huraikan penambahbaikan yang anda boleh cadangkan untuk pensyarah pembimbing anda.Saya merasakan bahawa pensyarah penyelia saya sudah membuat yang terbaik dan selebihnya terpulang kepada individu yang berada di bawahnya. Hal ini kerana beliau sering memperingati kami untuk berjumpa menunjukkan draf penulisan supaya dapat dibetulkan.

8. Jika anda menjadi pensyarah penyelia MTE3133, bagaimanakah anda akan menjalankan tanggungjawab ini? Huraikan.Jika saya menjadi pensyarah penyelia MTE 3133, saya akan cuba buat jadual perjumpaan bersama dengan pelajar saya. Kemudian, saya akan meminta hasil yang sudah mereka lakukan bagi melihat perkembangan tugasan mereka di samping mengenal pasti kesilapan yang mereka lakukan. Hal ini kerana apabila kesilapan di lakukan pada awal tugasan sudah tentu fasa seterusnya ia tidak akan menjadi satu tugasan yang baik.