refleksi merentas desa peringkat ipg kampus dato razali ismail

8
REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL Pada 20 Januari yang lalu, bertemp at di Institut Pendidik an Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah kelolaan Unit Kokurikulum dan guru pelatih semester 7. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Acara ini juga membuka ruang kepada pensyarah dan staff bukan akademik menyertainya. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus serta dapat menyiha tkan badan selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara pensyarah, staff-staff bukan akademik, dan guru pelatih iaitu dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal. Ia juga dapat meningkatkan stamina warga IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Acar a ini dimu laka n den gan pen daft aran iaitu sea wal puk ul 7 pag i. Seb uah tempat pendaftaran disediakan iaitu mewakili rumah sukan guru pelatih yang akan mendaftar. Rumah sukan yang terlibat adalah merah, jingga, hijau , hitam, biru dan ungu. Guru pelatih diminta untuk memakai baju mengikut warna rumah sukan masing- masi ng. Semasa mendaf tar , gur u pelatih dib ekalk an den gan nombor dan sedik it makanan untuk dibuat sarapan pagi. Ini adalah untuk mengelakkan guru pelatih pitam atau pengsan kesan dari tidak mengambil sarapan pagi.

Upload: faizal114935

Post on 08-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 1/8

REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Pada 20 Januari yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’

Razali Ismail, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah kelolaan Unit

Kokurikulum dan guru pelatih semester 7. Acara ini merupakan acara tahunan yang

akan dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Acara ini juga

membuka ruang kepada pensyarah dan staff bukan akademik menyertainya.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus serta dapat

menyihatkan badan selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat

mengeratkan silaturrahim di antara pensyarah, staff-staff bukan akademik, dan guru

pelatih iaitu dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal. Ia juga dapat

meningkatkan stamina warga IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7 pagi. Sebuah

tempat pendaftaran disediakan iaitu mewakili rumah sukan guru pelatih yang akan

mendaftar. Rumah sukan yang terlibat adalah merah, jingga, hijau , hitam, biru dan

ungu. Guru pelatih diminta untuk memakai baju mengikut warna rumah sukan masing-

masing. Semasa mendaftar, guru pelatih dibekalkan dengan nombor dan sedikit

makanan untuk dibuat sarapan pagi. Ini adalah untuk mengelakkan guru pelatih pitam

atau pengsan kesan dari tidak mengambil sarapan pagi.

Page 2: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 2/8

Selepas sesi pendaftaran selesai, semua warga IPG yang terlibat dengan larian

diminta ke tapak perhimpunan untuk menjalankan sesi memanaskan badan. Aktiviti ini

diketuai oleh Muhamad Alif dari PISMP Pendidikan Jasmani Semester 7. Aktiviti

memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan otot-otot supaya mampu bergerak

dengan baik semasa berlari. Sekiranya tiada aktiviti pemanasan badan dilakukan, maka

risiko untuk mendapat kecederaan seperti tisu terkoyak dan sebagainya adalah tinggi.

Oleh itu, langkah-langkah keselamatan dijalankan supaya semua warga IPG dapat

menjalankan aktiviti dengan jayanya.

Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, tibalah masa untuk acara

merentas desa dimulakan. Pensyarah dan staff akan memulakan larian terlebih dahulu

kerana jarak laluan mereka adalah pendek serta memberi peluang kepada guru pelatih

menunjukkan sokongan padu kepada pensyarah mereka. Selain itu, ini juga memberi

peluang kepada pensyarah kerana selain dapat menyertai larian, pensyarah juga dapat

menunjukkan kehebatan kepada pelajarnya dalam bidang larian.

Beberapa minit selepas itu, pensyarah pertama sampai ke garisan adalah En

Mohd Eddy Chin Abdullah. Pensyarah wanita yang pertama sampai ke garisan

penamat adalah Pn Shamsiah. Guru pelatih menunggu semua pensyarah sampai ke

garisan penamat sebelum memulakan larian bagi kumpulan guru pelatih.

Guru pelatih memulakan acara pada 10 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Bagi guru pelatih lelaki, jarak larian mereka adalah 7 km manakala bagi guru pelatih

Page 3: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 3/8

wanita adalah 5 km sahaja. Bagi kategori pensyarah dan staf, terdapat dua kategori

iaitu kategori terbuka dan veteran.

Guru pelatih memulakan acara sejurus selepas semua pensyarah dan staf 

selamat menamatkan larian. Guru pelatih lelaki dilepaskan terlebih dahulu kerana jarak

laluan mereka adalah lebih jauh berbanding jarak laluan guru pelatih wanita. Sebuah

pengumuman diadakan dan terdapat sedikit perubahan dalam laluan pintu masuk iaitu

semua guru pelatih diminta untuk masuk melalui pintu TELTRAC berbanding pintu

utama institut. Ini kerana pihak penganjur mengambil langkah keselamatan kerana

laluan yang digunakan untuk latihan sebelum ini agak berbahaya kerana berdekatan

dengan jalan raya.

Acara dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Sepanjang

larian merentas desa diadakan, Ahli Jawatankuasa penganjur mengadakan rondaan

bagi memastikan guru pelatih mengambil laluan yang betul serta keselamatan terjaga.

Hal ini kerana, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengabang Telipot juga

mengadakan larian merentas desa dan menggunakan laluan yang hampir sama. Ini

untuk mengelakkan kesesakkan. Selain itu, mereka juga akan membantu sekiranya

terdapat guru pelatih yang sakit atau tidak dapat meneruskan acara. Ini membuktikan

keselamatan kami terjamin.

Selepas menamatkan larian, guru pelatih diminta untuk masuk ke dalam dewan

untuk upacara penyampaian hadiah. Penutup acara merentas desa ini dirasmikan oleh

Page 4: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 4/8

En. Mohd Shaipullah b Awang Ibrahim selaku timbalan pengarah . penyampaian hadiah

di sempurnakan oleh En Mohd Shaipullah b Awang Ibrahim, dan En Zaharim b Tawang.

Pemenang diumumkan dan dijemput ke hadapan. Pemenang terdiri daripada 20 orang

bagi kategori guru pelatih lelaki dan wanita. Bagi pensyarah dan staff bukan akademik,

kemenangan adalah dari tempat pertama hingga lima. Bagi kategori rumah sukan,

kemenangan berpihak kepada rumah jingga. Ini kerana kebanyakan guru pelatih yang

memenangi acara merentas terdiri daripada ahli rumah jingga.

Aktiviti merentas desa ini sememangnya aktiviti yang sangat sesuai untuk

dijalankan kepada guru pelatih. Ini kerana, guru pelatih kurang aktif dan lebih gemar 

untuk tinggal di dalam bilik asrama sahaja. Oleh itu, aktiviti ini dapat menjadikan guru-

guru pelatih ini lebih aktif dan dapat mengenali alam sekitar. Para guru pelatih dapat

mengetahui jalan-jalan di sekitar IPG dan dapat mengenali penduduk kampung di

sekitar tempat ini.

Selain itu, hubungan pensyarah dan guru pelatih juga semakin akrab. Ini kerana,

guru pelatih dapat memberikan sokongan moral kepada pensyarah yang mengambil

bahagian dalam acara merentas desa. Guru pelatih juga lebih mengenali staf-staf 

akademik dan bukan akademik yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Ini

adalah satu impak yang positif dimana warga IPG saling mengenali dan ini dapat

mengeratkan silaturrahim antara warga IPG.

Page 5: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 5/8

Aktiviti ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di antara warga IPG. Ini

kerana, semasa larian, semua guru pelatih berlumba-lumba untuk menamatkan larian

demi mendapatkan markah untuk rumah sukan masing-masing. Selain itu, penyertaan

yang menggalakkan dari pensyarah serta staff juga menunjukkan wujudnya semangat

kesukanan yang tinggi dan membuktikan walaupun sudah berusia, namun masih kuat

untuk berlari. Semangat inilah yang perlu ada dalam diri saya sebagai guru pelatih iaitu

sentiasa memberikan komitmen walaupun sudah berusia dan sebangainya.

Kelemahan yang saya dapati dalam aktiviti merentas desa ini ialah kawasan

pendaftaran yang tidak strategik. Pihak penganjur seharusnya menyediakan tempat

pendaftaran yang lebih luas supaya tidak terkeliru atau terlalu padat. Selain itu,

penyediaan makanan yang agak lambat menyebabkan ramai guru pelatih tidak

mendapat makanan tersebut.

Namun begitu, kelemahan-kelemahan tersebut boleh dibaiki kerana ia di luar 

kawal pihak penganjur. Saya berharap supaya aktiviti ini dapat diadakan sekurang-

kurangnya sekali dalam setahun kerana aktiviti ini banyak membawa faedah kepada

guru pelatih. Ia juga dapat engeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru pelatih

serta pensyarah.

Page 6: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 6/8

SEKITAR AKTIVITI MERENTAS DESA

Page 7: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 7/8

Page 8: REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

8/7/2019 REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-merentas-desa-peringkat-ipg-kampus-dato-razali-ismail 8/8

KERTAS KERJA

MERENTAS DESA

PERINGKAT IPG

KAMPUS DATO’

RAZALI ISMAIL