refleksi internship muzik 3

Upload: shah-rule

Post on 03-Mar-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan muzik

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 2CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 31. Isu / Perkara yang difokus:

Pada minggu ketiga ini, saya telah mengajar topik Irama iaitu menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi. Objektif utama saya minggu ini ialah murid dapat menghasilkan pelbagai bunyi dari bahan improvisasi yang terdapat di dalam kelas.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Murid telah mempelajari hubungan antara bunyi dan aktiviti di sekeliling mereka. Proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik apabila murid diberi kebabasan memilih bahan improvisasi mereka sendiri. Saya telah menyediakan aktiviti kumpulan yang memerlukan semua murid dalam kumpulan tersebut bekerjasama menghasilkan bunyi yang menarik. Murid yang kurang tumpuan, turut berminat terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

2.2 Kelemahan :

Terdapat murid yang tidak dapat membunyikan bahan improvisasi mereka dengan betul. Aktiviti kumpulan perlu bersesuaian dengan tempoh masa dalam PdP. Penggunaan perisian ICT dalam menerangkan konsep adalah kurang.

3. Cadangan penambahbaikan:

Menggunakan lebih banyak bahan yang boleh menghasilkan bunyi. Pengurusan masa amatlah penting dalam sesebuah PdP. Oleh itu, pada masa akan datang, saya akan memastikan bahawa PdP saya adalah releven dengan aktiviti yang telah dirancang. Saya akan mempelbagaikan latihan dan tugasan dalam aktiviti kumpulan.

2