refelksi tradisional

Upload: jae-luke

Post on 05-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kejohanan permainan tradisional

TRANSCRIPT

Refleksi Sukan Permainan Tradisonal (Individu)

Refleksi Sukan Permainan Tradisonal (Individu)Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang lain. Acara yang dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang dimainkan pada zaman dahulu. Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi dengan penganjuran kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan kembali minat untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Mengikut tentatif kejohanan, kejohanan akan berlangsung tepat jam dan setiap ahli perlu menghadirkan diri ke padang Institut sebelum pukul 5 petang. Dari aspek ini, saya melihat kesemua pelajar-pelajar PPG Kohort 1 sangat berdisiplin berjaya menghadirkan diri dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan syabas tahniah dikalungkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadirkan diri dalam masa yang ditetapkan walaupun mereka sebenarnya menghadapi kekangan masa. Hal ini bermaksud mereka tidak mempunyai rehat yang cukup malahan mampu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada aktiviti dalam kejohanan yang dilangsungkan. Kesungguhan mereka menjalankan tugas yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama menyertai aktiviti kejohanan tidak dapat disangkal lagi.Sepanjang kejohanan berjalan, saya melihat semangat persaingan secara sihat berlangsung apabila setiap wakil dari unit masing-masing yang menyertai pertandingan bermain bersunguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah. Kegembiraan dan wajah kekecewaan jelas terpancar kepada pihak yang menang dan pihak yang tewas. Walaupun agak kebudak-budakkan, saya melihat perkara ini adalah positif bermaksud apabila seseorang menghayati perkara yang dilakukan, hal ini bermaksud mereka betul-betul menghadiri kejohanan bukan sekadar untuk memenuhkan tandatangan sahaja. Semangat seperti ini harus dipraktikkan dalam apa jua aktiviti yang akan dilaksanakan contohnya mengajar dan sebagainya.Meskipun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan, akhirnya Sukan Permainan Tradisional ini berjaya dilaksanakan hasil daripada kerjasama semua. Pensyarah kami iaitu Pn. Sapiah Uyuni Bt. Mohamed Yaacob juga banyak membantu dalam memberikan nasihat untuk menangani sesuatu masalah. Saya merasa gembira kerana permainan yang dipilih membuatkan permainan tradisional ini nampak menyeronokkan dan menghiburkan. Saya adalah individu yang turut merasa gembira apabila permainan tradisional ini berjaya dilaksanakan dan terdapat sumbangan bakti saya yang ikhlas disana bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan markah tugasan semata-mata.Harapan saya, semangat yang ditunjukkan rakan-rakan sewaktu menguruskan kejohana seperti ini terus dilaksanakan dan saya berharap pengalaman yang diperolehi sewaktu menjalankan pengurusan akan kami sebatikan di dalam diri agar dapat di praktikkan sewaktu berada di sekolah kelak. Sejujurnya walaupun saya bukanlah mengajar Pendidikan Jasmani sepenuh masa, saya merupakan seorang insan yang gemar bersukan, dan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti ini amat menarik minat saya untuk menyertai malahan saya berasa amat berbangga dan berpuas hati sekiranya apa yang saya minat, memberikan hasil yang baik setelah saya sendiri yang berpenat-lelah mengusaha dan menjayakan. Akan tetapi saya amat yakin bahawa, kejayaan seperti ini sebenarnya tidak mampu diperolehi tanpa wujudnya nilai kerjasama yang kukuh diantara kita semua. Jika anda seorang jurulatih yang ternama, pasukan anda belum pasti bergelar juara seandainya pemain anda tidak memberi kerjasama. Moto inilah yang saya genggam sejak saya kecil lagi.

Disediakan oleh :

AMIRULHAFIS B. MARODZI

Matematik 3 PPG KOHORT 1