hbae3103_790205125499_kraf tradisional
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
1/29
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
JAN / 2012
HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
NO. MATRIK : 790205125499002
NO. KAD PENGENALAN : 790205125499
NO. TELEFON : 0198023167
E-MAIL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM KAMPUS KENINGAU
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
2/29
ISI KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
1.0Pengenalan 1- 6
2.0Isi Kandungan : Kraftangan
2.1Tikar Mengkuang 6 - 7
2.2Tembikar 7 - 9
2.3Batik 9 - 10
2.4Keris 11 13
3.0Analisi Perbincangan 13 16
4.0Maklumat Sokongan 16 25
5.0Kesimpulan 25
6.0Rujukan 26
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
3/29
HBAE3103
1.0Pengenalan: Definisi dan Konsep Kraf
Menurut Peter Dormer dalam bukunya The Culture of Craft 29, makna kraf dikaitkan dengan
aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat
sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf, merujuk kepada penciptaan sesuatu
objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah
kewujudan kraf dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya
dengan pendapat Edward Lucie-Smith dalam bukunya The Story of Craft30 yang menyatakan
semua proses pembuatan menggunakan tangan samaada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan
semata-mata adalah objek kraf.
Dalam buku The Persistent Object, Rose Slivka mendefinisikan kraf sebagai suatu tindakan
pengubah suaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak
manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui
sejarahnya yang panjang, kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap
tujuan manusia membuat dan menggunakannya. Menurut Mary Louise Edwards, kraf menyentuh
pemikiran tentang kasih sayang, pekerjaan, komuniti, kecintaan, kemahiran, tradisi, material, masa,
objek, reka bentuk, amalan dan juga seni. Ungkapan itu hidup dan menjadi keperluan dalam
organisasi, amalan individu dan kehidupan keseluruhannya. Corak kemahiran yang wujud dapat
membentuk keputusan terhadap nilai estetik. Ensaiklopedia Britannica, mendefinisikan kraf
sebagai penggunaan kemahiran dan imaginasi dalam proses penciptaan objek yang mengandungi
nilai estetik, persekitaran atau pengalaman bersama dengan orang lain yang mempunyai kekuatan,
kemahiran dan keaslian.
( di dalam Zaihidee MohdBin Arshad.(2009). Kraf Buluh Kampung Jal Kechil:Simbolisme
Minda dan Watak dalam Sosiobudaya Melayu .Tesis yang diserahkan untuk memenuhi
keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah2009. Diakses pada 22.2.2012 melalui laman sesawang
http://eprints.usm.my/15833/1/KRAF_BULUH_KAMPUNG_JAL_KECHIL.pdf)
Secara literasinya "Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran
tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf". "Keluaran
1
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
4/29
HBAE3103
Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau
tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya
kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang
mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979. Diakses pada
23.2.2012 melalui http://www.kraftangan.gov.my/main
Paul J. Smith(19950 menyatakan bahawa Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang
membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan
ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa .
Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the physical, mensifatkan kraf
tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini
mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan
melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.
Menurut William Hunt (1952) dalam bukunya An Introduction to The Malayan Aboriginese
mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu
dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia dengan asimilasi budaya
pribumi. Menurut Dato Sulaiman Osman (1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi
juga turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul
dengan budaya purba mereka
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud perusahaan
( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan, manakala
kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan
kemahiran menggunakan tangan.
Senibina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang, manakalasenibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia dihadapan Tuhan dengan cara
memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina
(Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk- bentuk
bangunan dan tugu- tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan
(Romzah 1994 : 4).
2
http://www.kraftangan.gov.my/mainhttp://www.kraftangan.gov.my/main -
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
5/29
HBAE3103
Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja
berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan
Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup
individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syariah (Nasr 1987 : 73).
Menurut beliau lagi, prinsip- prinsip senibina Islam tidak ditemui dalam sumber- sumber penulisan
pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud, tetapi ia tidak perlu dijelaskan secara
terperinci seperti hari ini.
1.1 Perkembangan senibina berunsur Islam di Malaysia
Perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Senibina
Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu pada kurun ke-12M.
Senibina berunsur Islam ini dibangunkan oleh kelompok pendatang yang berperanan menyebarkan
dakwah di Tanah Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh golongan tersebut mempamerkan
kebudayaan tempat asal mereka.
Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah Kedah pada abad ke-10M,
Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-14M, Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke-
17M, dan Melaka abad ke-17M. Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam
adalah seperti masjid dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan
bangunan atau kota pentadbiran. Fokus perbincangan kerta kerja ini adalah pada binaan masjid dan
istana bermula pada abad ke-17M sehingga awal abad ke-20M serta senibina moden di Malaysia.
1.2 Sejarah ringkas kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah bermula dengan pelayaran mubaligh Islam dari
Semenanjung Tanah Arab, benua China dan India serta Sumatera yang menjadikan Tanah Melayu
sebagai kawasan persinggahan. Selain dari menjalankan urusan perdagangan, para pendakwah ini
menjadikan kawasan persinggahan mereka sebagai tempat menyebarkan agama Islam. Hasilpeninggalan mereka memberi kesan kepada masyarakat Tanah Melayu serta memberikan
gambaran yang sempurna tentang sejarah Islam di Malaysia.
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada kesultanan Melayu Melaka yang didirikan menjelang
tahun 1400M. Pada zaman kegemilangan, kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung
3
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
6/29
HBAE3103
dan pantai timur Sumatera. Walau bagaimanapun, penemuan sejarah telah mencatatkan bahawa
agama Islam terlebih dahulu sampai ke negeri Kedah iaitu pada abad ke-10M, Kelantan pada abad
ke-12M, manakala Terengganu pada abad ke-13M.
Abdul Rahman (1981) menjelaskan bahawa catatan Ibnu Khordazbeh dalam bukunyaAl-Masalik
wa al-Mamalik224H/846M, agama Islam telah sampai di Kedah pada abad ke-10M berdasarkan
penemuan makam (kubur orang Islam) di Tanjung Inggeris. Sebaliknya Salsilah Negeri Kedah
mencatatkan agama Islam tiba di Kedah pada tahun 531H manakala Islam telah menjadi agama
anutan penduduk Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1303M berdasarkan catatan pada batu
bersurat yang ditemui di Kuala Berang. .
Asad (1962) menyatakan bahawa kemunculan agama Islam di Kelantan dibuktikan dengan
penemuan wang dinar yang dijumpai tertanam di kawasan Kota Kubang Labu. Tercatat padanya
perkataan al-Jalus Kelantan 577dalam bahasa Arab. Manakala di bahagian sebelahnya lagi tertulis
perkataan al-Mutawakkil. Angka 577 dalam bahasa Arab itu dipercayai adalah bermaksud tahun
577H bersamaan 1181M .
Zalinatun (1997) pula menjelaskan bahawa penduduk Negeri Sembilan pula menerima Islam pada
abad ke-14M. Hal ini terbukti dengan penemuan kubur seorang Islam bertarikh 850H/1467M .
Kerajaan Johor dan Perak pula diasaskan setelah penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun
1511M. Dalam abad ke-17M, Pahang telah menjadi sebahagian daripada Johor dan hanya muncul
kembali sebagai kesultanan yang merdeka pada tahun 1881M .
Negeri Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei yang mencapai
kejayaan pada abad ke-16M setelah kejatuhan Melaka. Menurut dokumen Selasilah tulisan jawi
dalam bahasa Idaan, Lahad Datu telah menerima kedatangan Islam dari pedagang Arab, Parsi, dan
India pada tahun1408M. Manakala sebuah surau tertua ditemui Midai, Sabah pada tahun yang
sama
1.3 Kesan peninggalan sejarah dalam aspek senibina Islam
4
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
7/29
HBAE3103
1.3.1 Masjid
Menurut Abdul Rahman (1981) Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam
berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din sebagai cara hidup. Di
antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid Senibina
masjid termasuk di dalam senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang
keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan Masjid
berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud, iaitu posisi ketiga dalam solat
(namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah S.W.T
Menurut Nasr (1987) terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni kaligrafi
khat Kufi, dan tilawah al- Quran (seni suara), Secara jelasnya, masjid memainkan peranan penting
dalam pengciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru . Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah
masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab,
hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.
Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah Melayu tradisional. Dari
semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai, dan disisipkan dengan unsur-
unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain.
Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi,
India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia.
Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan
dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir contohnya Masjid
Kampung Laut, Kelantan. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk
memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak
cepat reput, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.
5
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
8/29
HBAE3103
Masjid Kampung Laut, Kelantan.
Abdul Rahman (1981) menyatakan bahawa Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada
kayu dan bumbungnya berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina
bertingkat- tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke bahagian atas. Bilangan 'meru'
biasanya ganjil (3 atau 5) kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal)
dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela
untuk penyaliran udara dan cahaya supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa. Dinding,
jendela, dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetika .
2.0 Isi Kandungan
2.1 Kraf Melayu : Tikar Mengkuang
Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya. Betapapun bersihnya lantai
atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau
tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu.
Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alas tidur, ada juga
tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu Tikar sembahyang lazimnya tikar untuk kegunaan ini
mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu. Tikar
parudan meurpakan tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isi kelapa yang diparut.
Bagi Tikar alas nikah adalah tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin lelaki
semasa upacara akad nikah. Satu lagi fungsi tikar mengkuang adalah Tikar jemuran iaitu sejenis
tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.
6
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
9/29
HBAE3103
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan
corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam)
sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna
dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Anyaman kelarai biasanya
terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman Dua jenis warna kontra digunakan bagi
menunjukkan kesan . Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak
2.2Tembikar .
Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat penemuan
tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah,
Sarawak.Dilihat dari aspek perkembangan kebudayaan benda di dunia, bahan tanah liat telah lama
menjadi media penghasilan keperluan hidup dan juga penyataan ekspresif kepada masyarakat.
Penghasilan seni tembikar yang mengaplikasikan media tanah liat sebagai media bahantara
merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas penggunaan media batu. Penggunaan bahan
tanah liat dalam kebudayaan benda masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari zaman
Neolitik lagi.
Tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah
kebudayaan masyarakat kerana ianya melambangkan keupayaan manusia masa prasejarah
menembusi satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakattersebut.
Adi Taha turut membuat andaian tentang perkembangan kebudayaan dalam masyarakat yang
dikaitkan dengan objek tembikar dengan mencatatkan: Tembikar telah dijadikan kriteria penting
7
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
10/29
HBAE3103
dalam menentukan perubahan corak hidup masyarakat prasejarah dan dijadikan petanda
masyarakat tersebut telah memasuki kebudayaan Neolitik yang dipercayai
bermulanya aktiviti pertanian.
Bentuk gaya dan Motif
Gaya geometri
Bentuk motif ini menggunakan teknik guris, tekat dan kelar. Bentuk dan unsur yang sering
digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam. Bentuk dan unsur geometri asli ialah susunan
garis panjang, melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik memainkan
perananpenting sehingga dapat dibuat bentukbentuk yang geometri asli. Bentuk dan unsur
alam digunakan dengan mengambil idea alam daripa daalam. Bentuk motif yang dibuat ialah garis,
titik, bersilang atau pangkah. Susunan unsur ini akan menjelmakan beberapa motif tumbuhan,
binatangdan unsur-unsur alam. Contohnya Bunga lawang yang dibentuk daripada lima garis yang
berhubungmenjadikan bentuk potong wajik. Selalunya, menghiasi bahagian badantembikar
Gaya organik
Berunsurkan alam semulajadi. Bentuk motif ini mempunyai kesamaandengan ukiran kayu
terutamanya motif awan larat. Motif ini merupakan motif yang umum dalam seni ukiran kayu
2. Jenis-jenis tembikar
Geluk bekas air, Buyung bekas air, Jambangan bekas bunga, Labu bekas air, Bekas bara-
membakar kemenyan, Perembunan menakung air embun, Terenang bekas air tertutup,
Tembikar Mambong peralatan dapur seperti periuk, belanga, Tembikar Sarawak dan menyimpan
barang berharga, arak dan bunga.
8
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
11/29
HBAE3103
Begitu juga dengan penghasilan barangan tembikar, penciptaan tembikar bukan sekadar bentuk
dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Ragam hias pada tembikar
prasejarah telah membuktikan bahawa masyarakat ketika itu sudah mula berkomunikasi dengan
mengapresasikan alam semula jadi sebagai motif dan reka corak pada permukaan tembikar. Alam
semula jadi dijadikan subjek dalam luahan rasa.
2.3 Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional
yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan
perkembangan kesenian Malaysia.Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah
membuat batikyang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk
menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telahditerapkan dalam
kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.Kini penggunaannya telah diperluaskan
dalam bentuk dimensi baru. Batiksemakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat
dipadankan mengikut peredaran zaman.
Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan
adanya mot i f - mot i f yang d i p i l i h dan d i s us un dengan k r ea t i f s e r t adi
warnakan dengan sempurna dengan kreati f. Motif-mot if yang digunaka biasanya
9
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
12/29
HBAE3103
berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan
yang geometri. Mot i f f l o r a yang mer up akan uns ur t umbuhan yang ama t
d i gemar i dan digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenangga,cempaka,melur
dansebagainya. Bunga, pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan
dalam corak yang pelbagai. Motif fauna pula menjurus kepada moti f haiwan yang kerap
digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan
dengan motif flora.
Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan
ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialahsegi tiga pucuk rebung, segi empat,garisan
lurus, swastika, gandaan huruf S,bulatan dan sebagainya. Namun dalam batik sarung yang kita,
penggunaan moti f adalah merangkumi moti f flora , fauna dan geomet ri .
Motif flora seperti motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan warna
bi ru yang lebi h ge lap.Susunannya adalah secara menegak dan agak longgar .
Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannyaagak jelas dan menarik.
Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif pucuk rebung yang
disusun dengan rapi secara menegak.
Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah b u l a t a n d i p i l i h
d i s e m p a d a n i d e n g a n g a r i s a n m o t i f b a n j i y a n g d i s u s un
berurutan. Diantara gari san banji si sip dengan bentuk bentuk geometri yang lebih
kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu
10
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
13/29
HBAE3103
2.4 Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu
tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata
seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik,
Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat
dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris
Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris
Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-
upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran
institusi diraja.
Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakanmengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.Keris Taming Sari milik Hang
Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya
daripada dicederakan oleh mana-mana senjata. Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan
penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan
selatan Filipina. Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain
semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit,
lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah
ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan.
Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata
pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini,
fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati,
11
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
14/29
HBAE3103
barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah
dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan
yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat
pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan
pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar,
pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang
kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus
dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor
serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak
berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat
dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi
(pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari
sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Motif Hiasan
i. Flora dan fauna
ii. Motif yang berunsurkan kosmos, geometri dan kaligrafi
iii. Motif unsur bernyawa hanya terdapat pada hasil ukiran kaum etnik
Reka Corak
Susunan motif ukiran melayu klasik bersifat corak yang dikuir pada permukaan rata atau dalam
bentuk arca
12
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
15/29
HBAE3103
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat
berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib.
Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat
membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk
pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya
imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa
rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan
nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak
ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik
seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata
tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri
3.0 Analisis perbincangan
Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam
sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat
dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-
elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987) seni ukir di
Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-
motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan
kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam kerantau sebelah sini.
Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama
menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika zaman logam
sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas
pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan
pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu.
Zulkifli Hanafi (2000) menyatakan bahawa dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di
kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan
13
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
16/29
HBAE3103
Patani di Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak,
Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. Secara amnya terdapat persamaan atau
pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya. Halim Nasir (1987) pula menyatakan bahawa
ukiran dan ragam hias pada seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu
dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran dan ragamhias pada seni bina Negeri
Sembilan dengan Minangkabau.
Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman
terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab
kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya
kesenian tradisi ini.
Penelitian yang dibuat terhadap motif dan imej yang terdapat pada beberapa aspek dalam kesenian
Melayu menampakkan bahawa berlaku perkembangan dan perubahan yang menarik dari aspek
fizikal dan permaknaan. Kesenian Melayu telah melalui beberapa zaman semenjak era pra-Islam
yang disebut sebagai era anamisme dan Hindu atau Buddha sehingga kepada era kolonialisme dan
seterusnya era Islam. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan Indochina,
motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding dengan apa yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Imej-imej Kala, Makara, Garuda, Naga dan Gunungan yang merupakan
imej-imej kedewaan kelihatan begitu jelas terutamanya pada seni bina candi yang dibina beberapa
ratus tahun dahulu.
Di Semenanjung Malaysia, imej-imej dan motif-motif tersebut hanya dapat dilihat pada beberapa
aspek kesenian Melayu sahaja. Kehadiran mereka hanya dapat dilihat dengan agak jelas padaartifak-artifak yang masih wujud seperti ukiran keris, perahu-perahu nelayan dan beberapa
peralatan rumah seperti kukuran, permainan tradisional seperti congkak dan persembahan rakyat
seperti wayang kulit dan makyong.
14
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
17/29
HBAE3103
Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan kebanyakan yang masih tinggal banyak
menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-ayat Al-Quran. Ia menjadi manifestasi
terhadap jiwa tuan rumah atau istana yang menggunakan pintu gerbang bagi tujuan keselamatan
dan juga sebagai penyambut tetamu. Reka bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya
dengan konsep kesenian Islam.
Penemuan imej pra-Islam adalah saki baki pemikiran lama yang masih wujud pada tukang-tukang
dan pengukir-pengukir dan kemungkinan besar hanya dalam bentuk luaran atau fizikal sahaja
tanpa membawa makna-makna asal. Apabila Islam masuk ke alam Melayu, ajaran tersebut tidak
menghalang secara melulu penggunaan elemen-elemen lama yang sudah sekian lama sebati dengan
pemikiran tukang-tukang dan pengukir-pengukir.
Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif (tidak secara peperangan atau paksaan) ini
menyebabkan ianya mudah diterima di alam Melayu. Dalam konteks alam Melayu, seni bina di
Malaysia boleh dianggap lebih awal menolak elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan
mitos ke dalam reka bentuknya berbanding dengan rekabentuk senibina dinegara Indonesia. Proses
Islamisasi dalam kesenian dan budaya Melayu ternyata lebih awal berbanding dengan apa yang
berlaku di Jawa.
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru bersesuaian
dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam
apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap
elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif
dalam bentuk khat sekalipun pada era 60 an dan 70 an tidak bertahan lama dan tidak dapat
diterima oleh masyarakat Melayu Islam
15
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
18/29
HBAE3103
Dua contoh karya khat atau kaligrafi yang menggunakan elemen binatang. Gaya ini agak terkenal
sekitar 1960 an dan 1970 an namun kurang mendapat tempat di hati umat Islam di Malaysia.
(Di dalam Mohd Sabrizaa B Abd Rashid (2008). EVOLUSI BENTUK DAN MAKNA PADA
RAGAM HIAS DALAM SENI BINA TRADISIONAL MELAYU .Jabatan Seni Bina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur UiTM Perak Kampus Seri
Iskandar Perak Darul Ridzuan.)
4.0 Maklumat Sokongan
4.1 Tikar mangkuang
Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim
dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan
kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini.
Salah satu warisan seni halus adalah anyaman. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang
tanpa menerima pengaruh luar. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,
mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan Perkembangan Sejarah anyaman
adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.
16
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
19/29
HBAE3103
Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan
anyaman. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-
kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi
kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digeacmari sehingga
hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi di mana dinding rumah
mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari
ini.
Bagi tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman
kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu.
Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan
pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Semua jenis kelarai
berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan
utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih
beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur,
dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk
(jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti
siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari
kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai
beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikanialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz
satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna yang berlainan atau
kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna
ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-
menindih danberselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.
17
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
20/29
HBAE3103
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan
bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi
empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
Corak pula lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau
ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga
meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran
dan susunan yang berlainan.
4.2.1 FALSAFAH OBJEK SENI ANYAMAN
Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnya
tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerjatangannya;
i. Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagaimengisi masa
lapang
ii. Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.
iii. Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itumempunyai sifat
kewanitaan yang sempurna.
iv. Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
v. Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifatlembut dan boleh
digulung.
vi. Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.
vii. Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif
4.2.2 TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN MENGKUANG
Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya.Betapapun bersihnya lantai
atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagimemenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau
tempat hendak digunakansebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu.
Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alastidur, ada juga
tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu;
i. Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran biasa bagi
kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu.
ii. Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isikelapa yang diparut.
18
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
21/29
HBAE3103
iii. Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantinlelaki semasa
upacara akad nikah.
iv. Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.
4.2.3 UNSUR DAN PRINSIP SENI ANYAMAN MENGKUANG
i. Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan bentuk yang
dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hiasyang menarik sebagai motif
utama.
ii. Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.
iii. Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan pelbagai jenis
kelarai.
iv. Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yangmenarik.
v. Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadisepertiunsur-unsur
tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yangdihubungkaitkan dengan nama orang
4.2 Batik
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan daripada
penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun
pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan sebagai pemisah warna samaada
dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap menggunakan blok-blok motif ke atas
permukaan tekstil. Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah
celupan atau menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang
berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai batik yang sama
dengan yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama.
Menilai falsafah karya dari seni batik, pengkarya lebih dipengaruhi falsafah kebudayaan
dan alam sekitar. Apakah kebenarannya, pemikirannya, ilmu pengetahuannya,
19
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
22/29
HBAE3103
kecantikkannya dan kehidupannya.Banyak unsur corak dan motif yang direka
mengambarkan falsafah kehidupan adat, budaya, keindahan dalam kebenaran sesuatu
kebudayaan bangsa. Contohnya batik pengaruh lama yang bermaksud tersirat dan karya
mengambarkan realiti tentang sesuatu budaya terutama batik dari negara Indonesia.
Berpegang kepada falsafah sendiri, para pengkarya dan pencip ta luahkan melalui sudut
pandangan tentang kecan tikan dan ilham mereka. Ka rya b a t i k l ama dan mo den
me mp un ya i f al sa fa h y an g s am a C um a b en tu k s aj a membezakan rekaan masing.
Kalau seseorang itu berpegang kepada falasafah kebudayaan maka corak dan hasil
karyanya menjurus kepada unsur dan manakala yang berpegang kepada unsur
kehidupan, alam sekitar dan keagamaan maka rekaan corak dan karya mengikut gaya
unsur masing-masing. Falsafah seni kraf tradisional amat luas.
Para pencipta seni mempunyai falsafah yang berbeza terutamanya pada zaman
moden.Pada corak yang abstrak atau geometri, falsafah ia berlainan dan lebihmengambarkan
emosi atau khayalan.Kraf karya batik jarang kita lihat pada corak berunsurkan falsafah
keagamaan.Ini kerana corak ayat-ayat jawi/Al-Quran atau khattidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya mengikut ajaran agama.
Islam tetapi wu j ud p ada k r a f s en i uk i r an s ebaga i h i a s an kecan t i kan
mela l u i uk i r an g p in tu ,hiasan, dinding dan sebagainya. Hasil falsafah
keagamaan itn adalah pengaruh daripada temadun Islam yang wujud pada
masa dahulu. Falsafah kecintaan terh adap keindahan dilahirkan melalui corak alam fauna
dan flora. Dalam seni Ukiran, falsafah k ea ga ma an mu da h di da pa ti .s el ai n ka ry a
keh idu pan f lor a da n faun a teru tama nya corak f lora banyak dibuat . Pengkarya-
pengkarya adalah seorang yang mempunyai pengetahuan sert a bakat semulajadi
bersama dengan fa lsaf ah yang dipegang oleh mereka . Dengan itu maka wujudlah
corak-corak yang tinggi nilai estetikanya.
Bagi pengemar-pengemar seni ukiran ini, wang bukan menjadi masalah tetapi kerana minatdan
nilai seni yang menjadi keutamaan. Pada masa sekarang golongan kaya akan cubamendapatkan
20
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
23/29
HBAE3103
karya-karya ukiran yang bermutu serta tinggi nilainya sebagaimelambangkan diri seseorang
itu. Tetapi bagi tukang ukir maupun batik, kesenian dankeindahan yang mereka rekakan
berdasarkan falsafah masing-masing
Dalam hal ini Asharil Duhardi Abdullah menjelaskan bahawa: Istimewanya seni batik kerana batik
merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta
berkaitan dengan pakaian para penduduknya. Motif yang sering menghiasi ruang badan sesebuah
kain sarung sudah semestinya motif-motif etnik. Setiap daerah yang menghasilkan batik sabagai
bahan keperluan harian pastinya mempunyai motif-motif etnik yang perlu diangkat dan
dikembangkan agar ia kekal dan diketahui oleh setiap generasi baru.
Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan
pada status sosial pemakai dalam masyarakat daerah tertentu. Dengan penggunaan motif-motif
etnik yang terdiri daripada imej-imej flora seperti motif pucuk rebung, bunga cempaka, bunga
airmata kasih; manakala motif fauna seperti motif kala jengking, motif rama-rama, motif burung
dan juga motif ayam. Lakaran yang dihasilkan tidak menyerupai bentuk yang sebenar,kerana
menghormati ajaran agama Islam.
Pada masa kini, batik telah berkembang melampaui dunianya dengan melalui proses pemodenan
konsep, teknik dan falsafah. Sebagaimana masyarakat dan kebudayaan yang sentiasa berkembang
mengikut peredaran zaman, seni membatik juga turut berubah. Daripada keindahan yang hanya
terdapat pada pakaian yang menunjukkan status si pemakainya, batik telah berpindah konsepnya
mengikut konseptradisi kesenian Barat iaitu catan batik yang menjadi hiasan-hiasan dinding galeri
atau pejabat, hotel-hotel atau juga sebagai hiasan-hiasan dinding ruang tamu rumah-rumah
masyarakat pertengahan.
Dengan adanya keistimewaan teknik pembuatannya serta harmoni susun atur motif yang
melambangkan masyarakat Melayu membolehkan pelukis-pelukis moden mengarap dan
merakamkannya kedalam sebuah cerminan lukisan. Rakaman dan lorekan ini semata-mata sebagai
satu usaha untuk menonjolkan identiti dan usaha mencari identiti.
21
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
24/29
HBAE3103
4.3 Tembikar
Manipulasi unsur alam tidak sekadar menggunakan bahan alam secara asli namun pencipta
tembikar Mambong juga telah berjaya mengadaptasikan campuran bahan alam yang lain bagi
menghasilkan satu campuran tanah liat yang mengandungi keistimewaan serta ciri-ciri fizikal khas
yang tidak terdapat pada tembikar tradisi di Malaysia. Dengan jiwa penilaian yang begitu teliti
pada unsur alam secara langsung telah melahirkan seni rupa yang amat tinggi nilai estetik pada
tembikar Mambong. Unsur alam juga telah memberikan satu idea kepada pencipta tembikar
Mambong untuk menzahirkan mesej perihal penting yang berkaitan apresasi jiwa pencipta
terhadap alam persekitaran hidup mereka. Hubungan jiwa pencipta tembikar Mambong yang
begitu akrab dengan unsur alam telah menerbitkan satu pertalian yang erat. Motifmotif ragam
hias pada jasad tembikar Mambong yang bertemakan unsur alam telah memperjelaskan bahawa
unsur alam begitu dihargai serta disanjung sebagai
Berdasarkan konsep seni rupa Melayu yang telah diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal,akan
diaplikasikan sebagai satu konsep pemikiran yang boleh dibuktikan melalui kajian estetika yang
berkaitan tembikar Mambong. Menurut Syed Ahmad Jamal:
Rajah 1 : Kerangka Konsep Seni Rupa Melayu (1992) Syed Ahmad Jamal.
22
Unsur Alam
Bentuk tampak
Jiwa
Seni rupa
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
25/29
HBAE3103
Konsep seni rupa Melayu lahir daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu
melalui bentuk tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian
di antara realiti yang zahir dan yang batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan
penghayat. Hasil ciptaan itu kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, corak dan warnanya. Daripada pengamatan penciptanya
terjelmalah karya-karya itu dari alam semula jadi ke alam seni.
Menurut Syed Ahmad Jamal lagi:
Seni rupa Melayu ialah penjelmaan unsur-unsur dari alam semulajadi kepada suatu bentuk karya
seni rupa. Karya seni terhasil dari pada pengamatan dan pemikiran pencipta yang dijelmakan
melalui impian lalu mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alamnya.
Rajah 2 : Vent-Diagram Konsep Seni Rupa Melayu.
Oleh yang demikian dengan merujuk kepada konsep seni rupa Melayu oleh Syed Ahmad Jamal
ianya akan membentuk satu Vent-Diagram. Dengan berpandukan Vent Diagram konsep seni rupa
Melayu, A (seni rupa) adalah merupakan hasil gabungan jiwa, bentuk tampak dan unsur alam.
Ketiga-tiga elemen ini menjadi satu komponen yang penting dalam membentuk satu pertalian yang
saling berkait bagi menjelmakan seni rupa (A).
Merujuk kepada jiwa (J) adalah merupakan elemen yang berkaitan dengan manusia. Aspek jiwa
adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan tentang pengamatan dan pemikiran pencipta.
Manusia mempunyai satu daya intelektual yang mendorong untuk berfikir tentang sesuatu perkara
yang berkaitan kehidupan harian serta dapat memberi kepuasan pada diri mereka. Oleh yang
23
Unsur Alam (UA)
Bentuk tampak (BT)
Jiwa (J)
B1B2
B3
A
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
26/29
HBAE3103
demikian dorongan bagi penciptaan dan penghasilan barangan keperluan harian bagi membantu
kehidupan akan cuba direalisasikan hasil daripada imaginasi pencipta. Jiwa penciptaan melahirkan
satu daya untuk menggambarkan imaginasi kepada realiti.
Manakala bentuk tampak (BT) adalah merupakan sesuatu hasil bentuk yang direalisasikan daripada
imaginasi kepada realiti. Bentuk tampak ini adalah merupakan satu hasil kerja tangan pencipta
yang lahir daripada jiwa yang mahu mencipta sesuatu. Bentuk tampak yang lahir dari jiwa ini
adalah merupakan satu bentuk tampak yang merangkumi barangan bagi keperluan hidup atau juga
sebagai satu alat bagi kepuasan kepada jiwa penciptanya.
Sementara itu unsur alam (UA) pula adalah merupakan sesuatu subjek idea atau merangkumi
bahan media bagi penghasilan bentuk tampak yang berada dekat dalam lingkungan persekitaran
kehidupan mereka. Subjek idea sama ada daripada alam semula jadi yang dijadikan sebagai satu
sumber idea bagi penghasilan bentuk tampak mahupun sebagai satu sumber idea bagi ragam hias.
Subjek ini tidak terbatas kepada alam semula jadi sahaja namun ianya merangkumi objek-objek
yang berada dalam persekitaran kehidupan seharian. Sementara itu bahan pula adalah merupakan
suatu material yang diperolehi dari sumber alam. Bahan alam ini termasuklah seperti batu, kayu,
tanah liat atau apa juga bahan dari sumber alam yang dapat dijadikan sebagai satu media untuk
merealisasikan idea kepada realiti.
Oleh yang demikian hasil gabungan dari tiga elemen yang terdiri daripada jiwa, bentuk tampak dan
unsur alam akan mewujudkan beberapa gabungan elemen yang dikodkan sebagai B1, B2 dan B3
dalam Vent-Diagram ini; B1 adalah gabungan bentuk tampak (BT) dan jiwa (J). Berdasarkan
kajian ini, bentuk-bentuk tampak yang terdiri daripada tembikar Mambong adalah lahir daripada
jiwa pencipta. Bentuk-bentuk tembikar Mambong yang wujud adalah merupakan satu manifestasi
dari jiwa pencipta bagi menzahirkan seni rupa. Sebagai contoh, bentuk-bentuk tembikar yang
dihasilkan di kampung Mambong adalah merupakan pelbagai peralatan keperluan hidup yang lahir
dari idea pembuat tembikar Mambong. Dari jiwa pencipta yang melahirkan idea berkaitan
barangan bagi keperluan hidup maka terhasillah bentuk tampak yang direalisasikan oleh bentuk-
bentuk tembikar Mambong yang mana ianya telah melahirkan satu seni rupa.
24
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
27/29
HBAE3103
Hasil dari gabungan jiwa, bentuk tampak dan unsur alam juga telah mewujudkan satu kaitan
hubungan antara jiwa dan unsur alam yang dikodkan dengan B2. B2 adalah gabungan jiwa dan
unsur alam yang mana ianya memperlihatkan bahawa elemen jiwa pencipta yang begitu dekat
dengan alam persekitaran mereka yang merangkumi pelbagai unsur alam yang mana ianya juga
sebagai satu pelengkap kepada wujudnya seni rupa. Unsur alam yang berada pada lingkungan
kehidupan seharian mereka telah dimanipulasikan secara bijak bagi penghasilan barangan seni
rupa. Sebagi contoh, pencipta tembikar Mambong telah dapat menilai bahan asas penghasilan
tembikar Mambong dengan begitu bijak sekali dengan menggunakan tanah liat yang berada dalam
persekitaran hidup mereka secara maksima.
5.0 Kesimpulan
Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam. Hasil hasil seni kraftangan Melayu seperti tembikar, batik, keris dan
juga senibina seperti ukiran ukiran seni bina dan seni khat banyak dipengaruhi oleh budaya
orang Melayu dan juga pengaruh kepercayaan Islam. Melayu sudah sinonim dengan Islam dan
segala hasil kraft dan seni bina Melayu dihasilkan mengikut kepercayaan Agama Islam.
25
-
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
28/29
HBAE3103
6.0 Bibliografi
Khairuddin Talib (2011), Modul OUM HBAE3103.Kraf Tradisional. OpenUniversiti Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Sabrizaa Abd Rashid. (2007).Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam
Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur.Tesis
PhD, Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007.
Mohd Sabrizaa B Abd Rashid (2008). Evolusi bentuk dan makna pada ragam
hias dalam seni bina tradisional melayu .
Jabatan Seni Bina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur UiTM Perak Kampus
Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan.
Siti Zainon Ismail (1986).Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi. Dewan Bahasa dan.Pustaka Kuala Lumpur
Salawati Hj Abdul Wahab (2008) ,Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open Universiti Malaysia.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas .(1972).Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,ABIM: Kuala Lumpur
themalayartgallery.com/
www.batikinspirations.com/
26
http://www.batikinspirations.com/http://www.batikinspirations.com/http://www.batikinspirations.com/ -
7/31/2019 HBAE3103_790205125499_KRAF TRADISIONAL
29/29
HBAE3103