ref sjh

4
TUGASAN SJH 3903E 62 Kursus SJH 3093 E (Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah) melengkapkan guru pelatih dengan kemahiran- kemahiran pengujian dan penilaian dalam sejarah. Ia juga membantu guru pelatih menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak-kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak dalam pembelajaran sejarah. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga turut dibekalkan kepada kanak-kanak melalui aktiviti ‘hands-on’. Dalam tugasan 1, guru pelatih diminta menghasilkan satu instrumen pentaksiran Sejarah Tahun 4 menggunakan Teknologi Maklumat. Setelah menjalankan perbincangan dengan beberapa rakan yang berpegalaman, akhirnya saya memilih Microsoft Word dalam menghasilkan bentuk ujian ke atas murid-murid. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan proses yang penting dalam merancang ujian iaitu membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat-maklumat khusus bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang melaksanakan kerja kurus ini. Ini adalah kerana ia merupakan pengalaman baharu buat saya walaupun telah menjadi guru hamper 10 tahun. Hal ini kerana, JSU kurang dipraktikkan di sekolah tempat saya bertugas. Saya mendapati, Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapat memastikan ujian digubal secara sistematik dan teratur. REFLEKSI

Upload: lie-na-majih

Post on 18-Jan-2016

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sjh

TRANSCRIPT

Page 1: ref sjh

TUGASAN SJH 3903E 62

Kursus SJH 3093 E (Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah)

melengkapkan guru pelatih dengan kemahiran-kemahiran pengujian dan penilaian

dalam sejarah. Ia juga membantu guru pelatih menjalankan diagnosis ke atas

kesukaran pembelajaran kanak-kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang

berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak dalam pembelajaran

sejarah. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga turut

dibekalkan kepada kanak-kanak melalui aktiviti ‘hands-on’.

Dalam tugasan 1, guru pelatih diminta menghasilkan satu instrumen

pentaksiran Sejarah Tahun 4 menggunakan Teknologi Maklumat. Setelah

menjalankan perbincangan dengan beberapa rakan yang berpegalaman, akhirnya

saya memilih Microsoft Word dalam menghasilkan bentuk ujian ke atas murid-

murid.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan proses yang

penting dalam merancang ujian iaitu membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang

mengandungi maklumat-maklumat khusus bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat

bertuah kerana berpeluang melaksanakan kerja kurus ini. Ini adalah kerana ia

merupakan pengalaman baharu buat saya walaupun telah menjadi guru

hamper 10 tahun. Hal ini kerana, JSU kurang dipraktikkan di sekolah tempat saya

bertugas. Saya mendapati, Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapat

memastikan ujian digubal secara sistematik dan teratur. Selain itu, kesahan dari

segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

Berpandukan JSU yang telah dibentuk, item soalan telah dibina dan

dilaksanakan ke atas 27 orang murid tahun 4 Bestari di SK Datuk Abdullah,

Gemencheh. Selepas saya memeriksa kertas dan mendapat keputusan ujian

tersebut, saya telah menganalisis item-item soalan yang telah digubal. Segala ilmu

yang telah dipelajari untuk mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks

Kesukaran (IK) telah saya aplikasikan semasa menganalisis item. Terdapat

beberapa item yang saya kenalpasti kurang baik dan perlu diperbaiki. Bukan itu

sahaja, ada beberapa item juga yang perlu diubahsuai agar menjadi satu item

REFLEKSI

Page 2: ref sjh

TUGASAN SJH 3903E 63

yang baik. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa menggubal sesebuah soalan

bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenang-

wenangnya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja dari segi

aspek tahap kebolehan murid malahan dari segi pemilihan jenis soalan dan

menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu

item yang baik. Selain itu, satu proses pentaksiran perlu dilaksanakan dengan baik

bagi mengenalpasti tahap pengetahuan murid. Item yang baik sudah tentunya dapat

membezakan murid yang pintar dan murid yang lemah.

Sepanjang proses melaksanakan semua tugasan ini, terdapat beberapa

masalah dan kekangan yang saya hadapi. Antara kekangan saya termasuklah

dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. Hal ini adalah

kerana, murid-murid tahun 4 di sekolah saya sibuk menjalani latihan akademik

untuk Pertandingan Dikir Arab peringkat kebangsaan, pertandingan Tilawah Al-

Quran untuk mewakili sekolah. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi dengan

baik apabila saya mencari waktu kelas ganti dan membuat ujian kepada murid.

Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru agar

segala tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan baik.

Bagi tugasan 2 pula, saya telah melaksanakan program pemulihan ke atas 3

orang murid. Ini kerana, saya mendapati murid-murid ini tidak dapat menguasai

sepenuhnya tajuk yang diuji terutamanya topik Zaman Air Batu. Antara kekuatan

program ini pula, guru amat mengenali murid-murid dan begitu juga sebaliknya,

murid-murid lebih selesa melakukan aktiviti dengan guru matapelajaran. Murid telah

memberi kerjasama sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kedua,

program pemulihan ini sebenarnya meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru

sejarah, di mana pada masa akan datang, saya akan lebih bersedia untuk

menangani masalah pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Dengan

pelaksanaan program pemulihan ini, saya dapat meluaskan pengetahuan dan

berkongsi pengalaman orang lain dalam usaha membantu murid-murid belajar di

dalam kelas.

Antara cadangan-cadangan pula, sekiranya wajar, lebih baik program

pemulihan seumpama ini dilakukan bersama-sama dengan Guru Pemulihan Khas di

dalam bilik darjah. Guru matapelajaran boleh memberi tumpuan yang lebih kepada

Page 3: ref sjh

TUGASAN SJH 3903E 64

murid-murid lain atau yang tidak terlibat manakala Guru Pemulihan Khas hanya

bertumpu kepada murid-murid yang memerlukan pemulihan. Namun begitu ianya

memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang lebih teliti agar suasana

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak terganggu. Selain itu,

Kaedah Didik Hibur juga boleh digunakan. Ini kerana, ia boleh meningkatkan kuasa

otak murid dalam menyimpan, memproses dan mengakses semula maklumat di

dalam minda.

Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih

yang tidak terhingga kepada pensyarah, Pn. Sarina binti Baharudin yang telah

banyak membantu agar saya lebih memahami kehendak dan objektif tugasan

sehingga terhasilnya Kerja Kursus ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih

kepada keluarga dan rakan-rakan yang membantu sama ada secara langsung atau

tidak langsung semasa saya menyiapkan tugasan ini. Semoga Tuhan memberkati

dan membalas segala budi dan pertolongan kalian. Sesungguhnya ilmu yang saya

perolehi dalam melaksanakan tugasan ini akan saya guna dan manfaatkan dalam

bidang perguruan yang mulia ini demi membangunkan lagi potensi anak didik saya

di sekolah. Sekian, terima kasih..