redtma

8
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI KM10, JALAN BUKIT RAMBAI 75250 MELAKA TEL : 06-3353137 FAX : 06-3353137 KERTAS CADANGAN Program Terapi Psikomotor Dan Rekreasi 2014 Anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit Rambai Pada 27 Febuari 2014

Upload: haslira73

Post on 19-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAIKM10, JALAN BUKIT RAMBAI 75250 MELAKATEL : 06-3353137 FAX : 06-3353137

KERTAS CADANGAN

Program Terapi PsikomotorDan Rekreasi 2014

Anjuran Program Pendidikan Khas IntegrasiSK Bukit Rambai

Pada

27 Febuari 2014

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar pendidikan khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar pendidikan khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas. Program ini akan memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan pada masa hadapan. Peluang yang diberikan dan pendedahan dalam aktiviti luar bertujuan untuk mengeneralisasikan pelajar ke arah kehidupan yang sebenar. Aktiviti luar juga merupakan sebahagian daripada komponen Sosial dan Alam Sekitar di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti sebagaimana yang disarankan dalam Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 4 di mana pelajar dapat mengamalkan budaya KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) Pendidikan Khas Sekolah Rendah di Malaysia.

2.0 MATLAMAT

Program Terapi Psikomotor dan Rekreasi ini diharap dapat membuka minda pelajar berkeperluan khas dalam :-

a)Mempertingkatkan kemahiran dari segi pelbagai aspek terutamanya yang melibatkan aktiviti kokurikulum di luar lingkungan sekolah.b)Meningkatkan kemahiran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.c)Memberi pendedahan sukan secara langsung dan mempraktikan kemahiran yang dipelajari di sekolah.d)Meningkatkan kemahiran sosial, hubungan manusia dengan manusia dan semangat setia kawan di kalangan pelajar dan guru.

3.0 OBJEKTIF

Program Terapi Psikomotor dan Rekreasi Luar ini dirangka bertujuan agar pelajar dapat :-

a)Mengembangkan potensi diri dari aspek jasmani, emosi dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Khas.b)Memberi peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas tentang pendedahan cara hidup sihat dengan menjalani riadah di pusat rekreasi yang telah di sediakan oleh kerajaan.c)Memupuk semangat jati diri dan kerjasama dalam diri setiap individu di samping memberi kesedaran dan ketinggian Pencipta-Nya.d)Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar disamping memastikan komunikasi antara mereka berjalan lancar dan berkesan.e)Memahirkan psikomotor halus dan kasar dengan memfokuskan kepada koordinasi mata, kekuatan otot dan kognitif murid.

4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Pendidikan Khas sesungguhnya merupakan suatu cabang dalam bidang pendidikan negara yang mencabar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan kepada semua murid dengan tahap dan kualiti yang maksimum, maka nilai kecemerlangan menjadi satu keperluan oleh setiap individu dalam setiap peringkat persekolahan supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang.

Sistem Pendidikan Khas yang tertumpu kepada kanak-kanak dengan keperluan khas memerlukan guru-guru pendidikan khas yang sentiasa bersedia memberikan sumbangan khidmat bantuan dalam apa jua keadaan. Selain dari mempunyai pengetahuan dalam bidang pedagogi pendidikan khas, Program Terapi Psikomotor dan Rekreasi Luar memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Justeru, program terapi ini memberi input berguna kepada pelajar-pelajar pendidikan khas tentang penglibatkan diri dalam bidang sukan. Kertas cadangan ini dibuat untuk merancang suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan terapi kepada pelajar yang berkeperluan khas. Diharap melalui program sebegini akan memberikan satu input baru serta keyakinan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sama ada di dalam ataupun di luar sekolah.

5.0 SASARAN

Kumpulan Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit Rambai seramai 24 orang, guru-guru serta Pembantu Pengurusan Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit Rambai, Melaka.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Hajjah Sofiah binti Yang RazaliGuru Besar SK Bukit Rambai

Penyelaras:Puan Hajjah Noraidah binti Mohd YunosGPK Program Pendidikan Khas Integrasi SKBR

Setiausaha:Puan Haslimaznah binti Jibin

Bendahari:Puan Hajjah Asniah binti Yusoff

Keselamatan:Encik Jahari bin AhmadEncik Mohd Alwi bin Matt ZahariKecemasan:Puan Haslimaznah binti Jibin Semua PPMMakanan &:Cik Rabiatul Adawiyah binti Abd Rahman Minuman Semua PPM Jurugambar/:Puan Noraliza binti JamakDokumentasi:Siti Anita binti Md Dewa

Senamrobik:Puan Siti Anita binti Md DewaStaff Redtma(Semua guru dan Semua PPM)

Pengangkutan: Encik Alwi bin Matt ZahariPenyelia Aktiviti : Cik Noor Azrin binti Johari (K)LasakPuan Yusnizal binti IsmailPuan Sabariah binti Abu BakarPuan Noranninah binti Abu Bakar (Semua guru dan PPM) Hadiah : Puan Noranninah binti Abu Bakar (Semua PPM)

Kawalan murid:Semua guru dan semua PPM 7. 0ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraAnggaran

1.Makanan/minumani. Pagia. 24 orang murid X RM3b. 12 guru + 3 PPM X RM3.00 ii. Tengaharia. 24 orang murid X RM5b. 12 guru + 3 PPM X rm5.00

RM 72.00

RM 45.00

RM 120.00RM 75.00

2.Yuran aktiviti 24 orang murid X RM 15.00 (melalui LPBT) RM 360.00

3.Pengangkutan (melalui LPBT) RM 200.00

4.Hadiahi. Low function a. 5 orang X Rm5.00ii. High Functiona.5 orang X Rm5.00iii. Saguhati14 orang X RM 3.00

RM 25.00

RM 25.00 RM 42.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 964.00

8.0 MASA DAN TEMPAT

Tarikh dan hari: 27 Febuari 2014( Khamis ) Masa: 8.00 pagi 1.00 petang

Tempat: Redtma, Ayer Keroh, Melaka

9.0 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi:Sarapan pagi

8.00 pagi:Bertolak dari SKBR ke Ayer Keroh

8.40 pagi:Sampai di Pusat Belia, Ayer Keroh, Melaka

9.00 pagi:Menjalankan Aktiviti renggangan dan senaman

9.10 pagi:Aktiviti dimulakan

12.30 t/hari:Makan tengahari1.00 t/hari:Bergerak ke SKBR dari Redtma, Ayer Keroh, Melaka

10. SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM

Sila rujuk borang BP57.

11. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas SK Bukit Rambai, Melaka. Program ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri pelajar ketika berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin mencabar.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

.............................................. .....................................................(Puan Haslimaznah binti Jibin)Setiausaha ProgramProgram Terapi Psikomotor dan Rekreasi

Disahkan oleh

.....................................................