realiti politik perkauman dap

Upload: egahmulia

Post on 08-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Realiti politik perkauman DAP

    1/4

    1

    REALITI POLITIK PERKAUMAN DAP

    Ahmad Atory Hussain

    SEJARAH perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada

    1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara ituyang berideologi sosialis.

    Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti

    Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian

    besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP

    menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan

    raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan

    pelbagai kaum.

    DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun

    dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969,dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU

    1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

    Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh

    parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

    (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.

    DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara

    hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya

    pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan

    pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).

    Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak

    sama dengan ideologi Pas. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat

    sederhana.

    Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang

    berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam

    agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati

    mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip

    parti mereka.

    Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan

    semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan

    Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem

    politik Singapura yang berbentuk republik.

  • 8/7/2019 Realiti politik perkauman DAP

    2/4

    2

    Keinginan DAP mewujudkan semacam ala republik di Malaysia tentunya

    menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang

    berpaksikan kemajmukan!

    Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah

    pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNOyang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan

    nasib kaum Cina dan India tidak terjamin.

    Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan

    pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi

    sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang

    dikatakan mirip ideologi DAP.

    Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil

    kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas

    kurang sedar akan taktik DAP itu!

    Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU -12

    menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan

    semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar

    berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin

    ketinggalan kereta api.

    Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita

    hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang

    sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi

    sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-

    belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang

    dititikberatkan di kalangan generasi muda!)

    Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa

    kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar

    Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada

    realitinya tidak begitu.

    Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk

    sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi n egara dengankaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap

    rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee

    Kuan Yew.

    Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda

    mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh,

    malas dan tidak kebolehan.

  • 8/7/2019 Realiti politik perkauman DAP

    3/4

    3

    Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam

    semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara

    adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang

    Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!

    DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yangkebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah)

    buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini!

    Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan

    membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan

    ini akan memusnahkan masa depan mereka.

    Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti

    kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap

    sebagai hujah lapuk dan ketinggalan.

    Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian

    mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia mendapati di Malaysia

    golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara -negara lain di dunia,

    semua minoriti ada masalah!

    Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan

    rakyatnya sendiri sebagai hampas. Ideologi DAP tidak mengakui hakikat

    masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara

    kaum.

    DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua -dua

    parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di

    negara ini. Peningkatan pengaru h DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan

    Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka

    akan terus terjamin dalam BN.

    Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti

    mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan

    datang.

    Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP?Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam

    kerajaan.

    Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jik a pola seperti sekarang ini berlaku,

    konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti

    Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan

    kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbanga n politik.

  • 8/7/2019 Realiti politik perkauman DAP

    4/4

    4

    Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti -parti politik di

    negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. Ini

    berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah

    paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk

    jangka panjang.

    Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan

    penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, diang gap

    retorik dan huru-hara kini. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN

    kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang

    usang.

    Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu

    bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan

    sentimen kaum tak ke mana. Percayalah.

    PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN

    PusatPengajian Sains Kemasyarakatan

    Universiti Sains Malaysia

    Utusan Malaysia,3Mei2011 ,ms 11.