rawatan untuk kesakitan sendi - iasp-pain.org · pdf filerawatan mengurangkan kesakitan dan...

4
_____________________________________________________________________________________________ © Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara. IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia. FACT SHEET No. 1 Rawatan untuk Kesakitan Sendi Kesakitan di bahagian sendi menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis kesakitan sendi: sakit yang berkaitan dengan osteoartritis, sakit selepas kecederaan trauma, sakit selepas pembedahan sendi, sakit yang berkaitan dengan inflamasi sendi seperti artritis reumatoid dan artritis psoriatik, dan sakit yang berkaitan dengan pemendapan kristal pada sendi seperti gout atau chondrocalcinosis. Bergantung kepada individu, kesakitan boleh dirasai di sendi atau otot di sekitar sendi. Kesakitan mungkin meyebar dan berterusan, atau ia boleh berlaku semasa rehat atau bergerak, bergantung kepada puncanya. Walaupun ada pelbagai jenis keadaan dan simptom, kesakitan sendi yang berbeza mungkin berkongsi mekanisme asas, manifestasi dan rawatan potensi yang sama. Mengapa tumpu pada kesakitan sendi? Sempena kempen Tahun Global Terhadap Kesakitan, satu pasukan petugas IASP mengenal pasti beberapa isu yang penting: • Kekurangan rawatan untuk kesakitan sendi • Kesakitan sendi berkaitan dengan kehilangan fungsi, dan rawatan perlu memberi tumpuan bukan sahaja kepada kesakitan tetapi juga kepada aktiviti dan fungsi. • Ubat-ubatan kadang kala adalah tidak selamat, dan pemulihan dan terapi fizikal adalah penting. • Pesakit mungkin terus menderita walaupun kesakitan sendi kronik telah dikawal

Upload: ledieu

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rawatan untuk Kesakitan Sendi - iasp-pain.org · PDF fileRawatan mengurangkan kesakitan dan terapi yang lain termasuk pad panas atau botol air panas

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

FACT SHEET No. 1

Rawatan untuk Kesakitan Sendi

Kesakitan di bahagian sendi menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis

kesakitan sendi: sakit yang berkaitan dengan osteoartritis, sakit selepas kecederaan trauma, sakit

selepas pembedahan sendi, sakit yang berkaitan dengan inflamasi sendi seperti artritis reumatoid dan

artritis psoriatik, dan sakit yang berkaitan dengan pemendapan kristal pada sendi seperti gout atau

chondrocalcinosis.

Bergantung kepada individu, kesakitan boleh dirasai di sendi atau otot di sekitar sendi. Kesakitan

mungkin meyebar dan berterusan, atau ia boleh berlaku semasa rehat atau bergerak, bergantung

kepada puncanya. Walaupun ada pelbagai jenis keadaan dan simptom, kesakitan sendi yang berbeza

mungkin berkongsi mekanisme asas, manifestasi dan rawatan potensi yang sama.

Mengapa tumpu pada kesakitan sendi?

Sempena kempen Tahun Global Terhadap Kesakitan, satu pasukan petugas IASP mengenal pasti

beberapa isu yang penting:

• Kekurangan rawatan untuk kesakitan sendi

• Kesakitan sendi berkaitan dengan kehilangan fungsi, dan rawatan perlu memberi tumpuan bukan

sahaja kepada kesakitan tetapi juga kepada aktiviti dan fungsi.

• Ubat-ubatan kadang kala adalah tidak selamat, dan pemulihan dan terapi fizikal adalah penting.

• Pesakit mungkin terus menderita walaupun kesakitan sendi kronik telah dikawal

Page 2: Rawatan untuk Kesakitan Sendi - iasp-pain.org · PDF fileRawatan mengurangkan kesakitan dan terapi yang lain termasuk pad panas atau botol air panas

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

• Kesakitan sendi seseorang sering menanggung hubungan yang sedikit dengan keadaan sendi di imej x-

ray atau imbasan, dan ini terutamanya menjadikan kesakitan sendi satu cabaran untuk difahami. Malah

apabila sumber kesakitan dapat dikenal pasti, keterukan kesakitan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya.

Selain daripada penderitaan dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan kesakitan sendi, masalah ini

boleh melibatkan kos kewangan dan kos lain yang besar. Ini termasuk perbelanjaan perubatan yang

tinggi, kehilangan hari kerja, dan penurunan kualiti dan produktiviti dalam kerja dan kehidupan peribadi.

Penuaan penduduk, gaya hidup yang tidak aktif, dan kecenderungan obesiti mencadangkan bahawa

masalah kesakitan sendi mungkin terus berleluasa di seluruh dunia.

Ramai orang dengan osteoarthritis hidup dengan kesakitan selama bertahun-tahun. Dokumen ini

menerangkan apa itu kesakitan dan bagaimana otak mengesan kesakitan. Ia juga menerangkan

beberapa keadaan umum yang boleh menyebabkan kesakitan di sendi dan sekitarnya, serta pelbagai

cara untuk membantu orang mengawal kesakitan jangka panjang (kronik).

Apa itu Kesakitan?

Kesakitan adalah satu mekanisme perlindungan yang memaklumkan otak apabila kecederaan telah

berlaku. Tetapi kesakitan bukan sahaja sesuatu sensasi, ia adalah satu pengalaman peribadi. Ia

mempunyai kesan emosi juga, mengakibatkan kita berasa kecewa atau distres. Sakit juga boleh

berterusan walaupun kecederaan itu seolah-olah telah hilang. Ini adalah satu ciri untuk beberapa

sindrom kesakitan kronik.

Kesakitan mungkin disebabkan oleh kecederaan fizikal atau tisu badan, bahan kimia yang dihasilkan oleh

inflamasi, atau kerosakan kepada saraf atau penghujung saraf. Punca-punca yang paling biasa untuk

sakit kronik di sendi adalah osteoartritis, artritis reumatoid, spondyloarthritis dan artritis psoriatik,

penyakit sistemik, dan penyakit kristal pemendapan, juga dikenali sebagai chondrocalcinosis dan

pseudogout.

Keterukan kesakitan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Contohnya: sejauh mana seseorang

menumpukan kepada kesakitan; keupayaan untuk menikmati pelbagai aktiviti yang boleh membawa

minda seseorang daripada kesakitan dan membuat ia lebih terkawal; perasaan tidak bahagia,

kebimbangan, atau kemurungan yang boleh meningkatkan kesakitan; dan ubat-ubatan preskripsi, yang

boleh mempunyai kesan langsung ke atas otak dengan mengurangkan kesakitan secara kimia.

Bagaimanakah Kesakitan Sendi Dirawati?

Terdapat beberapa cara yang sedia ada untuk membantu pengurusan kesakitan, ini termasuk pelbagai

terapi ubat, fisioterapi dan senaman:

Page 3: Rawatan untuk Kesakitan Sendi - iasp-pain.org · PDF fileRawatan mengurangkan kesakitan dan terapi yang lain termasuk pad panas atau botol air panas

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

Ubat penahan sakit, dari paracetamol ke codeine, dan hanya dalam beberapa kes, pilihan ubat kuat seperti oxycodone, morfin pembebasan lambat, atau tampalan yang mengandungi fentanyl atau buprenorphine

Ubat anti-inflamasi bukan steroid (NSAID) dan coxibs, iaitu ubat penahan sakit yang mempunyai kesan anti-inflamasi

Kortikosteroid, sering dinamakan steroid untuk jangka pendek, kebanyakannya diberi melalui suntikan

Ubat untuk kesakitan saraf dan sindrom sakit kronik

Antidepresi Trisiklik (contohnya, amitriptyline atau dosulepin), yang memperbaiki kualiti tidur

dan membantu sensasi kawalan otak daripada bahagian atas badan dan anggota badan

Gabapentin, carbamazepine, dan pregabalin membantu mengawal beberapa jenis kesakitan, terutamanya apabila terdapat kecederaan saraf

Rangsangan Saraf Elektrik Transcutaneous (TENS) boleh mengurangkan kesakitan, walaupun bukti untuk kesannya masih tidak selaras (Mesin TENS adalah sebuah alat elektronik kecil yang menghantar impuls ke penghujung saraf melalui pad dilekatkan pada kulit. TENS menghasilkan sensasi kesemutan dan dipercayai boleh mengubah mesej kesakitan yang dihantar ke otak.)

Rawatan mengurangkan kesakitan dan terapi yang lain termasuk pad panas atau botol air panas dan teknologi seperti ultrasound, laser, atau rawatan interferential

Dalam semua kes, program senaman yang disesuaikan untuk individu adalah penting dan menyumbang kepada pemuliharan dari segi kekuatan dan fungsi

Dalam sesetengah kes, pembedahan boleh jadi efektif, tetapi individu perlu sentiasa berbincang pilihan ini dengan doktor berdasarkan intensiti kesakitan dan tahap ketidakupayaan mereka

Tetapi bagi sesetengah orang, kesakitan adalah berpanjangan, tidak bertindak balas sepenuhnya kepada

ubat-ubatan atau rawatan fizikal, dan tidak boleh diubati dengan pembedahan. Dalam kes seperti ini, ia

adalah bernilai untuk memikirkan perubahan gaya hidup, seperti belajar cara berehat yang efektif

(tetapi tidak berhenti segala senaman), mengelakkan aktiviti-aktiviti tertentu, meminta bantuan, atau

menggunakan alatan dan penyesuaian rumah. Doktor, ahli terapi fizikal, pekerja sosial, atau jurupulih

cara kerja boleh menawarkan bantuan pakar dan nasihat berkenaan dengan perubahan ini.

Bagi sebilangan orang yang kecil, kesakitan boleh menjadi teruk dan melumpuhkan. Ini boleh

menyebabkan lingkaran setan kesakitan, kebimbangan, kemurungan, dan kemerosotan kecergasan

Page 4: Rawatan untuk Kesakitan Sendi - iasp-pain.org · PDF fileRawatan mengurangkan kesakitan dan terapi yang lain termasuk pad panas atau botol air panas

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

fizikal. Orang yang terjejas seperti ini perlu dirujuk ke klinik pengurusan kesakitan untuk mempelajari

cara-cara baru untuk menangani kesakitan.

Rujukan

Lembaran Fakta adalah disediakan dengan kerjasama Arthritis Research UK dan adalah berdasarkan kepada

maklumat di risalah pesakit, " Self-Help and Daily Living: Pain and Arthritis " Penghargaan khas kepada David A.

Walsh, Carmel Barrett, and Belinda Wadsworth.

www.arthritisresearchuk.org/arthritis-information/arthritis-and-daily-life/pain-and-arthritis/pain-and-arthritis.aspx

Hidup dengan Kesakitan Jangka Panjang, www.arthritisresearchuk.org/arthritis-information/arthritis-and-daily-

life/pain-and-arthritis/pain-report.aspx

Sebahagian daripada Tahun Global Terhadap Kesakitan Sendi, IASP menawarkan 20 lembaran fakta

yang merangkumi topik-topik tertentu berkaitan dengan kesakitan sendi. Dokumen-dokumen ini

telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dimuat turun dengan percuma. Lawati

www.iasp-pain.org/globalyear untuk maklumat lanjut.

Mengenai Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP) ®

IASP adalah forum profesional yang terkemuka bagi sains, latihan, dan pendidikan dalam bidang kesakitan. Keahlian adalah terbuka kepada semua profesional yang terlibat dalam penyelidikan, diagnosis, atau rawatan kesakitan. IASP mempunyai lebih daripada 7,000 ahli di 133 negara, 90 bab negara, dan 20 Kumpulan Kepentingan Khas. Mari merancang untuk menyertai rakan-rakan anda di Kongres Dunia pada Kesakitan ke-16, September 26-30, 2016, di Yokohama, Jepun.