rasmcuthmanjal-qira 'atterhadap al

24
PIAWAlAN KESELARIAN RASMcUTHMANJ AL-QIRA 'ATTERHADAP AL SHADHDHAH BERSUMBERKAN QIRAAT C ABD ALLAH IBN MASclJD R.A AHMAD ZULFIQAR SHAH BIN ABDUL HADI TESIS YANG DlKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR F ALSAF AH F AKUL TI PENGAJIAN ISLAM lJNlVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: danglien

Post on 13-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

PIAWAlAN KESELARIANRASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL­

SHADHDHAHBERSUMBERKAN QIRAAT CABD ALLAH IBNMASclJD R.A

AHMAD ZULFIQAR SHAH BIN ABDUL HADI

TESIS YANG DlKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAHDOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAMlJNlVERSITI KEBANGSAANMALAYSIA

Page 2: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

iv

ABSTRAK

Al-Qirii 'at al-Shddhdhah merupakan bacaan yang tertolak dan tidak dikira sebahagiandaripada al-Qur'an. Ini kerana ia tidak menepati rukun bacaan Qiraat yang telah

disepakati oleh para ulama'. Antara tokoh sahabat yang paling banyak disandarkanbacaan Al-Qirii 'at al-Shiidhdhah adalah "Abd Allah bin Mas'tid r.a sekalipun beliau

mempunyai kredibiliti dan reputasi yang tinggi. Ini kerana, terdapat sejumlah Qiraatyang bersumberkan Qiraat Ibn Mas'ud r.a telah dipinggirkan dan dikira sebagaishiidhdhali terutama setelah peristiwa pengumpulan dan penyalinan semula al-Qur'anpada zaman "Uthman r.a. Ini telah memberi ruang kepada musuh dan pengkritik Islammenjadikan beliau dan Qiraatnya sebagai modal untuk menyerang ketulenan al­

Qur'an. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti periwayatan bacaan al-Qird 'at al­Shiuihdhah yang bersumberkan CAbd Allah bin Mas'tid r.a. Seterusnya ia dinilai dandianalisis berdasarkan salah satu rukun bacaan yang diterima iaitu wajib selari denganrasm mashaf 'Uthmanl. Kajian ini juga bertujuan mengkaji hubungan dan perkaitanantara Rasm "Uthmiinl dan al-Qirii 'at al-Shiidhdhah. Kajian ini adalah kajiankualitatif melalui pendekatan analisa dokumen dengan menggunakan metode analisis

deskriptif Kajian ini mendapati sejumlah 402 tempat perbezaan bacaan dan tulisan

yang terdapat antara Qiraat Ibn Mas'ud dengan Mashaf CUthmiini. Basil analisis

mendapati berlakunya khilaf pada lima bentuk iaitu pertama; Pergantian (al-Ibdiil)sebanyak 270 tempat, kedua; Penambahan (al-Ziyiidah) sebanyak 71 tempat, Ketiga;Pengurangan (al-Nuqsiin) sebanyak 23 tempat, keempat; Mendahului dan

Mengakhirkan (al-Taqdlm wa al-Ta 'khlr) sebanyak 10 tempat dan kelima ialah Khilaf

Berkelompok (al-Tajiimu' al-Ikhtildf) sebanyak 28 tempat. Kajian membuktikankeseluruhan bacaan al-Qirii 'at al-Shddhdhah bersumberkan CAbd Allah bin Mas'udr.a adalah bersifat tafslriyyab dan tidak ada yang bersifat antonim. Kajian jugamendapati hubungan antara Rasm "Uthmani dan al-Qirii 'at al-Shiidhdhah telah

terputus apabila termaktub nya Mashaf "Uthmanl. Selain itu, ketokohan "Abd Allahbin Mas'tid r. a juga tidak terpalit sekalipun pelbagai dakwaan dilemparkankepadanya. Implikasi dari kajian ini menunjukkan keaslian dan ketulenan mashaf"Uthmdnl adalah tidak boleh diragukan. Kajian lanjutan perlulah diteruskan dalam

bidang ilmu Qiraat bagi memastikan ketulenan al-Quran dan Qiraat terus terpelihara.

Page 3: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

v

THE PARALLELISM TO THE STANDARD RASMLUTHMAN/BASED ON

AL-Q/RA'ATAL-SYADHDHAHIN THE QIRA'AT OF cABD ALLAH BINMAScUD R.A

ABSTRACT

Al-Qirii 'at al-Shddhdhah is a rejected recitation style which is not considered as part of the

Qur'an. It is due to its inability to comply with the rules ofQira'at recitation set forth by theUlama'. Among those companions who are frequently associated with Al-Qirii 'at al­

Shiidhdhah is "Abd Allah bin Mas'tid r.a. even though he has high reputation and credibility.There are several Qira'at originated from Ibn Mas'ud which are neglected and considered as

Shddhdhah especially after the event of Qur'anic collection and rewriting during the reigns of"Uthman r.a. Thus, this incident has given vast opportunities to the enemy and commentators

ofIslam as a tool to attack authenticity of the Qur'an. Therefore, this study is aims to identifya narration ofAl-Qirii 'at al-Shddhdhah recitation originated from "Abd Allah bin Mas'tid r.a.

Later, it is evaluated and analysed based on one of the accepted pillars of recitation which is

must be parallel with rasm mashaf'Uthmiinl. This study is also aim to investigate relationshipbetween Rasm 'Uthmanl and Al-Qirii 'at al-Shiidhdhah. This study is a qualitative study thatutilizes a content analysis method. The data collected was analysed descriptively. This studyhas found that there are 402 places of differences in recitations and writing styles between

Qira'at Ibn Mas'ud and Rasm 'Uthmanl. Based on the analyses, it is found that khilaf hadhappened in five instances, those are, firstly is al-Ibdiil (replacement) in 270 places, secondlyis al-Ziyiidah (Addition) in 71 places, thirdly is al-Nuqsiin (Elimination) in 23 places, fourthlyis al-Taqdlm wa al-Ta'khlr (advance and end) in 10 places, fifthly is Tajiimu' al-Ikhtilaf(compilation of Khiliifv in 28 places. This study has proven that overall of recitation Al­

Qirii 'at al-Shiidhdhah originated from "Abd Allah bin Mas'tid r.a is merely characterized as

tafslriyyab and not antonym in nature. This study also discovered that the relation between

Rasm "Uthmiini andAl-Qirii 'at al-Shiidhdhah has been ended by the time Mashaf''Uthmdni isinstituted Other than that, the credibility of

CAbd Allah bin Mas'ud r.a. is not affected even

though numerous allegations were thrown toward him. The implication of this study shows

that the authenticity and originality ofMashaf 'Uthmanl couldn't be disputed. Thus, furtherstudies need to be conducted in the field of Qira'at to ensure the authenticity of the Qur'anand al-Qira'at are well protected.

Page 4: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

VI

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN 11

PENGHARGAAN 111

ABSTRAK IV

ABSTRACT V

KANDUNGAN VI

JADUAL TRANSLITERASI Xl

SENARAI JADUAL Xlll

SENARAICARTA XIV

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN XVI

BABI PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan1.2 Permasalahan Kajian 4

1.3 Kepentingan Kajian. 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.8 Metodologi Kajian 10

1.8.1 Reka bentuk kajian 111.8.2 Metode pengumpulan data 111.8.3 Data kajian 121.8.4 Prosedur analisis dan interpretasi data 12

1.9 Kajian-kajian Lepas 14

1.10 Kerja Teoritikal 20

1.11 Kesimpulan 22

Page 5: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

BABII

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

BABIII

3.1

3.2

HUBUNGANDANKEDUDUKANRASMCU�MANJDALAMAL-QlRA'ATAL-SHADHDHAH

PengenalanRukun Bacaan Qiraat yang Diterima

Sejarah Perkembangan Penulisan al-Qur'an2.3.1 Rupa bentuk al-Qur'an2.3.2 Faktor penulisan dan pembukuan al-Qur'an2.3.3 Metodologi penulisan al-Qur'an2.3.4 Sikap umat Islam terhadap pengumpulan,

penulisan dan penyalinan al-Qur'an

Konsep dan Kaedah Rasm "Uthmeni

2.4.1 Pembahagian bentuk penulisan al-Qur'an2.4.2 Hukum menggunakan Rasm "Uthmiin] sebagai

tulisan al-Qur'an2.4.3 Keutamaan menggunakan Rasm "Uthmsni

dalam penulisan al-Qur'an2.4.4 Kaedah Rasm 'Uthmsni2.4.5 Ketetapan rasmi tentang penggunaan Rasm

"Uthmsnisebagai tulisan al-Qur'an

Definisi Konsep al-Qira'iit al-Shiidhdhah

Kategori dan bentuk ilmu QiraatSejarah pertumbuhan dan perkembangan al­Qirfi'iit al-Shiidhdhah.Faktor berlakunya al-Qire's: al-Shiidhdhah.Bentuk-bentuk al-Qirs'iu al-Shiidhdhah.Faedah dan kepentingan dari perselisihan al­Qirfi'iit al-Shiidhdhah

2.5.6 Metodologi pengecaman dan penilaianTerhadap al-Qire's: al-Shiidhdhah.

2.5.7 Hukum berkaitan al-Qire'st al-Shiidhdhah

2.5.1

2.5.2

2 5.32.5.42.5.5

Hubungan Rasm "Uthmsnidengan al-Qira'st al­

Shiidhdhah

Kesimpulan

QIRA'AT DAN MASHAF CABD ALLAH BIN MAScDDR.A SERTA PERBINCANGAN TENTANG MASHAFcUTHMANI

PengenalanBiodata Tokoh Sahabat CAbd Allah bin Mas'tid r.a.

Vll

24

25

28

3035

4046

50

5152

57

6165

66

69

72

768185

87

88

92

94

9,798

Page 6: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

VIII

3.2.1 Nasab dan keturunan 993.2.2 Sifat dan bentuk fizikal 100

3.2.3 Pengislaman 1013.2.4 Akhlak dan keperibadian 1033.2.5 Pengiktirafan terhadap Ibn Mas'ud r.a 1053.2.6 Kepakaran akademik. 1103.2.7 Kewafatan. 112

3.3 Kontroversi dan Dakwaan terhadapCAbd Allah bin 1] 3

Mas'nd r.a

3.3.1 Dakwaan pertama : Tidak memasukkan al- 114Mu'awwidhatayn dan al-Fiitil,Jah dalam mashafbeliau

3.3.2 Dakwaan kedua: Pendirian Ibn Mas'ud r.a 1] 8

Dengan menolak jawatankuasa penyalinan al-

Qur'an3.3.3 Dakwaan ketiga : Susunan surah al-Qur'an 121

yang berbeza dengan MashafCUthmiin!3.3.4 Dakwaan Keempat : Tidak menyerahkan 129

mashaf untuk dibakar3.3.5 Sumber sandaran golongan Syiah 133

3.4 Pembentangan Terakhir Rasulullah SAW 136

(o_;?-�I 4..,0rJl)

3.5 Mashaf-mashafPara Sahabat 144

3.6 MashafCUthman! 149

3.6.1 Perbezaan dalam mashafCUthman! ]50disebabkan perbezaan Qiraat

3.6.2 Implementasi konsep Sab"ahAbrufdalam 152

Mashaf CUthmsni3.6.3 Ayat-ayat yang didakwa sebagai bukan 164

sebahagian dari al-Qur'an.3.6.4 Mashaf CUthman!pasca mesin cetak 173

3.7 Kesimpulan 177

BABIV ANALISIS AL-QlRA 'ATAL-SHADHDHAHBERSUMBERKAN IBN MASct)]) RA BERDASARKANPIAWAIAN KESELARIAN RASM cUTHMANI

4.1 Pengenalan 179

4.2 Pembahagian al-Qirii'iit al-Shidhdhah Bersumberkan 182Ibn Mas'nd r.a Berdasarkan Piawaian KeselarianRasm "Uthmsni

Page 7: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

IX

4.3 Pergantian (al-lbdaI) dalam Qiraat "Abd Allah Bin 186

Mas'Iid r.a

4.3.1 Pergantian partikel hurufdengan huruf (al- 192

lbdal ai-Halfbi al-Harj)4.3.2 Pergantian pertikel kata penyambung 195

4.3.3 Pergantian perkataan dengan perkataan (lbdaJ 204

Lafzb!La!?)4.3.4 Pergantian melibatkan frasa (al-Ibdsl al- 218

Tacbiri)4.3.5 Pergantian tidak sempurna (AI-IbdaJ al-Niiqi$) 226

4.3.6 Kesimpulan untuk kategori pergantian (al- 246

IbdaI)4.4 Penambahan (al-Ziyadah) dalam Qiraat "Abd Allah bin 247

Mas'nd r.a

4.4.1 Penambahan partikel kata penyambung 252

4.4.2 Penambahan damlr 2594.4.3 Penambahan Gabungan kata penyambung 261

dengan dam]:4.4.4 Penambahan perkataan 263

4.4.5 Penambahan frasa 266

4.4.6 Kesimpulan untuk kategori penambahan (al- 270

Ziyadah)

4.3 Pengurangan (al-Nuqssni dalam Qira'at Ibn Mas'tid r.a 270

4.5.1 Pengurangan huruf 2724.5.2 Pengurangan kata penyambung 273

4.5.3 Pengurangan perkataan 275

4.5.4 Pengurangan frasa 276

4.5.5 Pengurangan kata penyambung dan damlr 278

4.5.6 Pengurangan gabungan perkataan dan damlr 2794.5.7 Pengurangan kata penyambung dan perkataan 280

4.5.5 Kesimpulan untuk kategori pengurangan (al- 281

Nuq$fin)

4.6 Mendahului dan Mengakhirkan (al-Taqdim wa al- 282

Ta 'khlr) Dalam Qiraat Ibn Mas'ud r.a

4.6.1 Mendahului dan mengakhirkan huruf 285

4.6.2 Mendahului dan mengakhirkan kata 286

penyambung4.6.3 Mendahului dan mengakhirkan perkataan 287

4.6.4 Mendahului dan mengakhirkan frasa 289

4.6.5 Mendahului dan mengakhirkan frasa dan 289Perkataan

4.6.6 Kesimpulan kategori mendahului dan 290

mengakhirkan (al-TaqdJm wa al-Ta 'khlr)

Page 8: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

x

4.7 KhilafBerkelompok (Tajsmu" al-Ikhtilefv4.7.1 Al-Ibdsl dan al-Ziyadah4.7.2 At-Ibdstdan al-Nuqsdn4.7.3 Al-Ibdsl dan al-Taqdsn wa al-Ta 'khir4.7.4 Al-Ziysdah dan al-Nuqssn :

4.7.5 Al-Nuqsiin dan al-Taqdun wa al-Ta 'khir4.7.6 Al-Ziyidah dan al-Taqdim wa al-Ta 'khir4.7.6 Gabungan kompleks4.7.7 Kesimpulan kategori khilaf berkelompok (al­

Tajamu'

al-Ikhtilaj)

291

292295296

297298299

300

302

4.8 Kesimpulan 303

BABV KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

5.1

5.2

PengenalanKetokohan Sahabat "Abd Allah bin Mas'ud La : AntaraKredibiliti dan Kontroversi

306

308

5.4

5.5

5.6

Hubungan al-Qira'iii al-Shiidhdhah dengan Rasm"Uthmsni

Mashaf Sahabat dan MashafCUthmani

Struktur Idea dan Kerangka Analisis

Piawaian Keselarian Rasm "Uthmenl Terhadap Al­

Qira'iii Al-Shsdhdhah Bersumberkan Ibn Mas'tid La

3095.3

311

312

314

5.7

5.3

Cadangan Kajian Lanjutan

Penutup

317

318

RUJUKAN

LAMPlRANA

319

335

Page 9: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

Xl

JADUAL TRANSLITERASI

HurufArab Huruf'Latin ContohAsal Contoh Transliterasi

� JL sa'ala

y b J� badala

u t _) tamr

Q th- "

thawrahOJY

[_ J JIA:-- jamal

L. l}- Q..b- hadatha

L. kh ..ul> khalid

.) d 01y...'l diwan

.) dh �.) dhahaba

J r L?J rahman

j z iyj zamzam

<.J" s yl_,.... sarab

J- sh u-1" shams

uP 1? .f.4' sabr

rf d � <;iamh

.1 t _,A>1.1 tahir

.t ?- � Zuhr

tC

� "abd

t gh � ghayb

j f w fiqh

J q '\j qa<;ii<r

.!.l k t5' ka's<.J"

J u:J laban

i m Jl.Ry rmzrnar

Page 10: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

0 n rj nawm

..It> h ¥ habata

J w �J wasala

c.? y J� yasar

Vokal Pendek

Huruf Arab HurufLatin ContohAsal Contoh Transliterasi

a jJJ Facala

-- .::...........> hasiba_

u J kutiba

VokalPanjang

Huruf Arab HurufLatin Contoh Asal Contoh Transliterasi

1.5 / I a �/�l) Katibl Qada

c.? {-:? karim

J U JJ_;> huriif

Diftong

Huruf Arab HurufLatin Contoh Asal Contoh Transliterasi

a Jy qawlJ aw

(.,?• a_

sayfay �

c.? iyy/ia _ ratyy/ra/i�J

J uww/u "'� °aduww / "aduJ

Xll

Page 11: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

No. Jadual

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

SENARAI JADUAL

Perbezaan Susunan Surah Dalam MashafIbn Mas'ttd r.a

Contoh Perkataan Yang Sama Dari Sudut Rasm Namun

Beza dari Sudut Bacaan

Pembahagian Khilaf dalam Qira'at "Abd Allah bin Mas'tid

r.a

Pembahagian Kategori Pergantian (al-Ibdiil) dalam Qira'atCAbd Allah bin Mas'nd r.a

Pembahagian Kategori Penambahan (al-Ziyiidah) dalam

Qiraat Ibn Mas'ud r. a

Pembahagian Kategori Pengurangan (al-Nuq�iin) dalam

Qiraat Ibn Mas'ud r.a

Pembahagian Kategori Khilaf Mendahului dan

Mengakhirkan (al-Taqdim wa al-Ta 'khir) dalam Qiraat

"Abd Allah bin Mas'ud r.a

Pembahagian Kategori KhilafBerkelompok (al-Tajsmu'al­

Ikhtil� dalam Qiraat "Abd Allah bin Mas'ud r.a

X III

Halaman

125

151

184

]90

251

271

284

292

Page 12: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

No. Carta

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

SENARAI CARTA

Peratusan Pembahagian Berdasarkan Kategori Bagi QiraatCAbd Allah bin Mas'ud

Peratusan Kategori Pergantian (Al-Ibdiil) dalam Qiraat

"Abd Allah bin Mas'ud

Peratusan Pembahagian Kategori Penambahan (al-Ziyadah)dalam Qira'at Ibn Mas'tid La

Peratusan Kategori Pengurangan (al-Nuq�iin)dalam Qiraat

Ibn Mas'ud r.a

Peratusan Pembahagian Kategori Mendahului dan

Mengakhirkan (al-Taqdim wa al-Ta'khry dalam QiraatCAbd Allah bin Mas'tid La

Peratusan Pembahagian Kategori Khilaf Berkelompok (al­

Tajiimu"al-Ikhtiliif) dalam Qiraat "Abd Allah bin Mas'ud r.a

XIV

Halaman

185

191

251

272

285

292

Page 13: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

No. Rajah

1.1

1.2

l.3

4.1

5.1

5.2

5.3

SENARAI RAJAH

Kerangka Umum Kajian

Kerangka al-Razi Tentang Konsep Sab'ah Ahruf

Kerangka Kerja Konsep Yang Telah Diubahsuai

Kerangka Penilaian Berdasarkan Piawaian Rasm "Uthmsni

Kerangka Proses Pemurnian Qiraat dan Kelahiran al­

Qirii'a/ al-Shiidhdhah.

Kerangka Analisis Penilaian al-Qire's: al-Shsdhdhah

berdasarkan Piawaian Rasm "Uthmsni

Piawaian Penilaian al-Qira'si al-Shiidhdhah Berdasarkan

Rukun Keselarian Rasm "Uthmimi

xv

Halaman

20

21

22

182

308

314

316

Page 14: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

XVl

SENARAI SINGKATAN

et. al dan pengarang-pengarang lain

h hijrah

hlmn. halaman

ibid di tempat yang sama

.iiI jilid

m masihi

pnyt. penyunting

t.pt. tiada penerbit

tth tiadatarikh

ttp tiada tempat

Page 15: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

BABI

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

AI-Qur'an yang diturunkan oleh Allah Taala berperantarakan Jibril a.s kepada Nabi

Muhammad SAW ini adalah mengikut lidah atau bahasa pertuturan dan bangsa Arab.

(Ibriihim 14 : 3, Yiisuf 12: 2). Sepertimana keadaan di mana-mana tempat terdapat

pelbagai lahjah (loghat) dipertuturkan dalam sesuatu bahasa. Begitu juga dengan

kepelbagaian dalam sebutan dan fonetik sesuatu huruf atau suku kata perkataan. CAbd

al-Fattah al-Qadi 2005). Justeru, Allah Taala telah memperuntukkan pelbagai bentuk

bacaan al-Qur'an yang bertujuan untuk mempermudah dan memberi keselesaan untuk

menuturkan kalimah al-Qur'an. Selain itu, ia menunjukkan Allah Taala meraikan

lahjah (loghat) dan perbezaan yang berlaku.

AI-Qur'an telah diturunkan oleh Allah Taala lengkap dengan jaminan

penjagaannya yang dijanjikan oleh Allah Taala sarna ada dari sebarang kelupaan dan

penyelewengan. (al-Hijr 15 : 9). Rasulullah SAW bersama para sahabat r.a telah

mengambil tanggungjawab menjaga al-Qur'an dengan dua cara iaitu melalui hafalan

dan tulisan. (Mahrnud Ahmad al-Saghir 1999). Tradisi hafaz dan tulis bertujuan untuk

menjamin ingatan mereka supaya tidak berlaku kelupaan dan sebarang perubahan.

(Mohd Yusoh Ibrahim 1992). Menurut Fadl Hasan "Abbas (2010), tujuan tulisan

adalah sebagai satu langkah tambahan untuk proses hafalan yang diamalkan.

Para sahabat r.a bukan saja mengingati dan menulis al-Quran bahkan bentuk

bacaan iaitu Qiraat juga dititik beratkan. Qiraat merupakan satu bidang ilmu yang

Page 16: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

2

membincangkan tentang cara-cara menuturkan lafaz dan perkataan al-Qur'an yang

disepakati serta menilai perbezaan bacaan yang berlaku berdasarkan perawi­

perawinya (pemindahan dalam sanad). (al-Qac;li, 1981, Ibnal-Jazari, 1999). Perbezaanbacaan Qiraat berpunca dari keizinan Rasulullah SAW pada awal Islam yang

membenarkan membaca al-Qur' an dari salah satu bentuk yang terdapat dalam konsep"Sabiah Ahruf" sebagai keluasan (rukh;;ah) kepada mereka.

Dalam menertukan kesinambungan dan ketulenan al-Qur' an yang dibawa oleh

Rasulullah SAW hingga ke zaman selepasnya, ulama-ulama terdahulu telah

menggariskan beberapa panduan untuk ditentukan bacaan yang diterima atau ditolak.

Ibn al-Jazari (1994) telah menetapkan bacaan yang diterima mestilah mengandungi

tiga rukun yang penting. Ketiadaan salah satu daripada rukun bacaan tersebut,

menyebabkan bacaan tersebut tidak dinilai sebagai Qiraat yang mutawiuir (Nabil

Muhammad Ibrahim 2000). Rukun tersebut ialah:

I. Diriwayatkan oleh periwayat yang adil dan �bit(sempurna kekuatan ingatan)dari awal sanad hingga kepada Rasulullah SAW secara mutawiilir1tanpasebarang kecacatan.

11. Menepati salah satu kaedah bahasa Arab, sarna ada kaedah tersebut merupakankaedah yang paling fasih atau fasih, sarna ada yang disepakati atau terdapat

perselisihan.111. Sarna dan selari dengan salah satu rasm Mashaf "Uthmsni walau secara

ihtimiil (kemungkinan). (Ibn al-JazariI994)

Al-Qire's: al-Shsdhdhah merupakan bentuk bacaan yang terhasil dari sumber bacaan

yang tidak mutawstir. Namun, ia pernah dianggap sebagai sebahagian dari bacaan al­

Qur'an sebelum terhasilnya mashaf pada zaman Khalifah CUthman La. Ramai dalam

kalangan sahabat yang meriwayatkan dari Rasulullah SAW berupa al-Qirif'iii al-

Shidhdhah. Namun kebanyakannya terhasil dari catatan melalui pentafsiranRasulullah SAW terhadap al-Quran dar; tidak pernah dibaca oleh Baginda SAW

dalam solat. (Mohd Rahim Jusoh Musa, 2008).

"Mutawiiur ialah apa yang dinaqalkan oleh satu kumpulan kepada satu kumpulan yang mana diketahuikebenaran mereka dan tidak mungkin mereka semua akan melakukan sebarang pendustaan dan

penipuan dan hukumnya ialah wajib beramal dengannya tanpa kita meragui perawi-perawinya. (Lihat :

JaliH a-DIll cAbd al-Rahman al-Suyuti, (1993) Tadr/b al-Riiwi. Dar al-Fikr, Beirut. Halaman 352.)

Page 17: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

3

Setelah kewafatan Rasulullah �AW, Islam tersebar secara meluas ke

kebanyakan pelosok Arab. Para sahabat r.a telah diutuskan untuk menyebarluaskanIslam sekali gus membawa al-Qur'an bersama mereka. Justeru, beberapa bentuk

bacaan tersebar bersandarkan sahabat yang mengajar bentuk bacaan yang ada padamereka. Sejak itu berlaku perselisihan bacaan sehinggalah berakhir dengan penulisan

al-Qur'an yang dilaksanakan oleh Khalifah 'Uthman. (al-Bukhari 1993: 3/1801).

Antara sahabat yang telah diutuskan untuk menyebar luas Islam ke pelosokTanah Arab ialah CAbd Allah Ibn Mas'ud La. Beliau telah diutuskan ke Kufah (Iraq)untuk menjadi guru dan pengasas Islam di sana semasa zaman pemerintahan Khalifah

"Umar al-Khattab. (Muhammad Rawwas Qal''ah JI 1984). Keadaan ini menjadikan

penduduk Kufah membaca al-Qur'an dengan Qiraat Ibn Mas'ud La. (Ahmad elsa al­

Ma'sarawi 2006). Beliau merupakan antara sahabat yang paling hebat pada zamannya.Beliau merupakan sahabat utama dan alim dalam bidang al-Qur'an, Fiqh dan Hadith.

lni terbukti dengan pengiktirafan yang dikemukakan sendiri oIeh para sahabat

antaranya ialah "Umar al-Khattab, CAll bin Abi Talib dan para muridnya dalam

kalangan Tabiin. (Muhammad Rawwas Qal'ah JI, 1984). Kenyataan ini juga

ditegaskan juga oleh beliau sendiri iaitu berdasarkan kata-katanya yang diriwayatkanoleh Muslim sebagaimana berikut :

at! � at! Jr.) yb._.,,:,\ �..uJj o.)r �j� �j <t# at! � at! Jr.) J>:- ul}"

0.)1 ..:..b-; � �I I..b-\ Lli �\ }j atl y��I �I �j �Maksudnya:

"Aku telah membaca dengan Rasulullah SAW sebahagian dan tujuh puluhbuah surah. Telah diketahui dalam kalangan para sahabat Rasulullah SA W,aku adalah yang paling mengetahui tentang kitab Allah, dan sekiranya aku

mengetahui ada sahabat lain yang lebih alim (mengetahui) lebih dari ku, makaaku akan mengembara (mencari ilmu) dengannyd"

Namun, terdapat beberapa Qiraat yang disandarkan kepada Ibn Mas'ud La

berbeza dengan Mashaf "Uthmsni sama ada dari sudut tulisan atau bacaan. Ini

menimbulkan permasalahan yang memerlukan analisis yang terperinci dan mendalam

agar kekeliruan dalam periwayatan al-Qire's: al-Shsdhdhah yang bersumberkan "Abd"

Allah Ibn Mas'ud dapat dinilai secara akademik.

2 Muslim. 1365H. Bab Fa<;Ja'ilAbdAllah ibn MascrJd wa Ummuhu r.a. No. Hadith: 4502

Page 18: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

4

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

IImu Qiraat adalah salah satu cabang "Ultm AI-Qur 'fin. Ia adalah ilmu yang paling

penting dalam meneliti dan menilai keabsahan teks Al-Qur 'an, sarna ada dari sudut

bacaan atau tulisannya. Sebuah mashaf al-Qur' an akan dianggap diterima sarna ada

dari segi bacaan atau tulisannya setelah dianalisis oleh ahli-ahli Qiraat. Ini kerana paraImam Qiraat merupakan mereka yang menerima periwayatan menerusi sanad sarna

ada dalam konteks bacaan mahupun tulisan al-Qur 'an. Mereka juga telah menetapkanbahawa periwayatan yang diterima untuk diiktiraf sebagai al-Qur 'an adalah hanyabacaan yang bertaraf mutawstir dan dibaca oleh Rasulullah SAW dalam

pembentangan terakhir (al-tArdah al-Akhimhy. Bacaan Qiraat ini telah dikenal pasti

sebanyak 10 imam Qiraat yang dinamakan sebagai al-Qira 'at al-t.Asharah al­

Mutawatirah.

.'

AI-Qirii 'at al-Shidhdhah merupakan pe.bincangan kedua setelah al-Qira 'at al-

Mutawstirah. Al-Qirii's: al-Shiidhdhah bermaksud bacaan yang telah gugur satu rukun

atau lebih daripada rukun al-Qirii'at al-$aJJl�Jah iaitu sanad yang mutawstir, menepatisalah satu dari kaedah bahasa Arab dan menepati bentuk tulisan Rasm "Uthmsniyang

direkodkan dalam salah satu Mashaf "Uthmsni (Abu Sharnah 1978 dan al-Nuwayri2003). Sekalipun jumhur ulama menolak al-Qirs'iu al-Shiidhdhah sebagai sebahagiandari bacaan al-Qur 'an, ia tetap merupakan sesuatu yang diiktiraf sebagai sebahagiandari sumber pendalilan khususnya periwayatan yang bertaraf Abad. Ini sebagaimana

yang disepakati oleh Mazhab Abu Hanifah, Mazhab Hanbali dan kebanyakan dalam

mazhab al-Syafi'I (Abd al-Halim Qabah, 1999). Mereka menyatakan bahawa yang

dibolehkan untuk berhujah ialah apabila kedudukan sanad bacaan berkenaan adalah

bertarafAbad. Ini kerana ia tetap bersumberkan Rasulullah SAW sekalipun terkeluar

sebagai sebahagian dari al-Qur 'an. Justeru, ia masih boleh dipelajari, dibukukan untuk

tujuan pengajaran, dibincangkan bentuknya untuk tujuan penilaian sebab apa diterima

dan ditolak, pentafsiran, panduan hukum dan pembelajaran bahasa Arab. CAbd al­

Fattah al-Qadi 2005).

"Abd Allah Ibn Mas'ud r.a merupakan sahabat utama dalam sejarah Islam.

Beliau telah diiktiraf sama ada dalam al-Quran, Hadith Rasulullah SAW, melalui

kata-kata pengiktirafan para sahabat serta para tabiin. Pengiktirafan terhadap

Page 19: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

5

kepakaran Ibn Mascud dalam bidang al-Qur'an boleh dilihat menerusi empat aspek.

Aspek pertama ialah permintaan Rasulullah SAW agar diperdengarkan bacaan kepada

Baginda SAW. Al-Bukhari (1993) meriwayatkan bahawa pernah Rasulullah SAW

telah meminta kepada beliau agar dibacakan kepada baginda al-Qur'an sedangkan al­

Quran itu diturunkan Tuhan kepada baginda. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah

SAW suka mengiktirafterhadap bacaan "Abd Allah Ibn Mas'ud. (Al-Bukhari 1993).

Aspek kedua pula pengiktirafan sebagai rujukan utama al-Quran. (al-Bukhari,

1998) meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda; "Ambillah (pelajarilah) al-Quran

daripada empat (orang) iaitu dari Abd Allah Ibn Masc tid, Salim (Hamba Abu

Hudhayfah) Mu 'iiz Ibn Jabal dan Ubayy Ibn Ka'ah". Aspek ketiga pula pengiktirafan

sebagai sahabat yang mempunyai bacaan yang tepat dan sesuai dengan bacaan ketika

ayat tersebut diturunkan. al-Hakim (1990) meriwayatkan sabda Rasulullah SAW;

"Sesiapa yang menyukai untuk membaca al-Quran tepat sebagaimana ianya

diturunkan maka baealah sepertimana baeaan Ibn Umm Abd".

Manakala aspek keempat pula pengiktirafan terhadap pengetahuan yang luas

tentang setiap peristiwa dalam penurunan al-Qur'an. Muslim (1995) meriwayatkan

kenyataan beliau; "Dan tidak ada selain darinya yang mengetahui tentang kitab Allah

satu surah keeuali aku mengetahui di mana ianya diturunkan. Juga tidak ada ayat

kecuali aku mengetahui dalam keadaan mana ianya diturunkan. Dan sekiranya aku

mengetahui ada seorangyang lebih mengetahui berkenaan dengan kitab Allah (lebih)

daripada aku, neseaya akan aku capai untaku danpergi menemuinya".

Namun, semasa peristiwa pengumpulan dan penulisan semula al-Qur'an padazaman 'Uthman La, terdapat sebahagian daripada Qiraat Ibn Mas'nd La dipinggirkandan dikira sebagai shsdhdhah. Keadaan ini menjadikan beliau sahabat yang paling

banyak diriwayatkan bacaan yang shsdhdhah dan ditolak. Penolakan ini akan"

menimbulkan persoalan dan permasalahan yang memerlukan kajian terperinci

memandangkan Ibn Mas'tid r.a merupakan sahabat yang dirujuk bacaannya dan

diiktiraf sebagai pakar dalam bidang al-Qur' an.

Selain itu, berdasarkan kehebatan dan keutamaan inilah Juga yang

menyebabkan para pengkritik Islam antaranya orientalis mengambil kesempatan

Page 20: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

6

berhujah atas nama Ibn Mas'ud La dalam kritikan mereka terhadap ketulenan al­

Qur'an. Manakaia golongan Syiah pula telah menyandarkan beberapa bacaan yang

memuji Saidina "Ali bin Abi Talib serta Ahli Bayt kepada "Abd Allah Ibn Mas'ud La.

Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan ketulenan mushaf

dipertikaikan.

Dalam menilai penenmaan sesuatu bacaan al-Qur' an, Ibn al-Jazari (1994)telah meletakkan tiga syarat iaitu sanad yang ;;al;ll; dan mutawatir, selari dengan salah

satu rasm dalarn rnashaf-rnashaf "Uthmsni dan bertepatan dengan kaedah Bahasa

Arab. Berdasarkan kajian, secara keseIuruhan terdapat sebanyak 402 tempat

perbezaan bacaan dan tulisan yang terdapat an tara Qiraat Ibn Mas'tid dengan MashafCUthmanl. Perbezaan ini amat ketara memandangkan perubahan dan pergantian ya-ng

berlaku adalah melibatkan banyak sudut antaranya ialah pergantian perkataan,

perubahan struktur ayat, penambahan dan pengurangan huruf, perkataan dan frasa ayat

al-Quran. Perbezaan bentuk ini boleh dikesan apabila dilihat dalam konteks piawaianrukun keselarian dengan Rasm "Uthmsni

Selain itu, terdapat beberapa isu lain yang dipalitkan kepada Ibn Mas'ttd La

dalam konteks sejarah perkembangan al-Qur'an yang dijadikan modal para pengkritik

al-Qur'an. Antara dakwaan dan tuduhan yang dibuat ialah keengganan Ibn Mas'tid r.a

mengiktiraf Mashaf "Uthmeni, susunan surah yang berlainan dengan Mashaf..

"Uthmsni, tiga surah iaitu al-Fstibah, aI-Faiaq dan al-Nss tidak dikira sebagai ayat al-

Qur'an, susunan surah yang berbeza, perbezaan kalimah al-Qur'an, penambahan dan

pengurangan kalimah dan frasa serta mendahului dan mengakhirkan perkataan dan

frasa dalam ayat al-Qur'an. Kesemua dakwaan ini telah dijadikan subjek serangan

para pengkritik Islam tentang ketulenan al-Qur'an dan Islam.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini akan menumpukan kepada bentuk-bentuk khilafyang terdapat dalam Qiraat

Ibn Mas'ud La yang telah menyalahi penulisan Rasm "Uthmsni. Berdasarkan kajian

yang telah dibuat, terdapat sejumlah 402 tempat perbezaan antara Rasm CUthmsni

berbanding Mashaf dan Qiraat yang disandarkan kepada Ibn Mas'tid La. Justeru,

3 Maklumat adalah berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan secara terperinci dalam Bab IV

kajian ini.

Page 21: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

7

kajian dilaksanakan bertujuan untuk menilai bentuk perbezaan berkenaan di samping

mengikis tohmahan, serangan dan dakwaan tentang ketulenan mashaf al-Quran yang

dibuat oleh orientalis dan pengkritik Islam.

Justeru, apabila seorang tokoh sahabat utama iaitu CAbd Allah Ibn Mas'ud r.a

yang diiktiraf sendiri oleh Rasulullah SAW ditolak sebahagian Qiraat yang

diriwayatkan oleh beliau maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan keabsahan

dan ketulenan al-Quran. Maka suatu kajian perlu dilaksanakan bertujuan untuk

mengukuhkan kedudukan al-Quran sebagai sumber Islam yang dijamin

pemeliharaannya oleh Allah Taala.

Realitinya di Malaysia, penulisan tesis atau artikel ilmiah tentang al-Qir ii' iii

al-Shidhdhah tidak banyak dilaksanakan secara khusus. Keban�akan tulisan dalam

bidang Qiraat adalah tertumpu kepada kajian al-Qire's: al-Mutawiuirah sarna ada"

berkaitan manhaj (metodologi) bacaan dan perawi, perbandingan antara Qiraat,

kesepadanan Qiraat dengan ilmu bahasa Arab, bentuk tariq (jalan) yang diaplikasikandi tempat-tempat kajian terpilih dan kajian Qiraat dalam pentafsiran al-Qur' an.

Kajian ini juga diharapkan akan menjadi rujukan dan koleksi ilmiah untuk

dirujuk oleh para pengkaji al-Quran dan Qiraat untuk masa yang akan datang.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektifkajian adalah sepertimana berikut :

1. Mengkaji hubungan dan perkaitan antara Rasm "Uthmsni dan al-Qire'st al­

Shiidhdhah.

2. Mengkaji tokoh sahabat "Abd Allah Ibn Mascud dan hubungannya dengan al­

Qirii'iit al-Shiidhdhah.

3. Menganalisis perbezaan yang wujud antara Mashaf "Uthmsni dan riwayat

Qiraat bersumberkanCAbd Allah Ibn Mas'ud r.a.

4. Menganalisis bentuk dan kesan perbezaan al-Qire's: al-Shsdhdhah

bersumberkan "Abd Allah Ibn Mas'tid r.a berdasarkan piawaian Rasm

"Uthmsni.

Page 22: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

8

1.5 PERSOALAN KAJIAN

l. Apakah terdapat hubungan dan perkaitan antara Rasm "Uthmiini dan al­

Qirti'ift al-Shiidhdhah?

2. Siapakah tokoh sahabat CAbd Allah Ibn Mas'ud dan bagaimanakah

hubungannya dengan al-Qirfi'fit al-Shiidhdhah?

3. Sejauhmanakah perbezaan yang wujud antara Mashaf "Uthmsni dan riwayat

Qiraat bersumberkan "Abd Allah Ibn Mas'nd r.a?

4. Bagaimanakah bentuk dan kesan perbezaan al-Qirfi'fit al-Shidhdhah

bersumberkan "Abd Allah Ibn Mas'tid r.a berdasarkan piawaian Rasm

Uthmsnit

1.6 SKOP KAJIAN

Bagi memastikan kajian ini tidak tersasar dalam mencapai matlamat dan objektif

kajian, batasan dan skop kajian adalah sebagaimana berikut :

a. Perbincangan tentang ilmu Rasm al-Qur 'fin.

b. Perbincangan ilmu al-Qira'e: al-Shsdhdhah secara terperinci.c. Perbincangan tentang tokoh sahabat "Abd Allah Ibn Mas'tid r.a dan isu-isu

berkaitan dengan keperibadiannya.d. Kutipan data yang disandarkan kepada Qiraat Ibn Mas'ud r.a berdasarkan

kitab-kitab Tafsir, ilmu Qiraat, Hadith dan selainnya yang berkaitan.

e. Perbincangan tentang khilaf perbezaan yang berlaku antara bacaan Qiraat Ibn

Mas'tid r.a berbanding Qiraat Sepuluh yang mutawstir (al-Qirfi'fit al- 'Asyarah

al-Mutawfitirah) dari sudut Rasm "Uthmsnl.

Sebagai batasan kajian, penilaian dari sudut kedudukan sanad tidak menjadi

sebahagian daripada kajian ini. Selain itu, kajian ini juga tidak membincangkan secara

terperinci berkaitan kaedah dan tatabahasa Arab. Ia hanya memfokuskan kepada satu

sahaja rukun bacaan Qiraat yang diterima iaitu keselarian dengan Rasm "Uthmsn].

1.7 DEFINISIISTILAH

,

Tajuk kajian ini ialah "Piawaian Keselarian Rasm "Uthmsni Terhadap Al-Qirti'e: al-

Shiidhdhah Bersumberkan Qiraat "Abd Allah Ibn Mas'tid r.a".

Page 23: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

9

1. Piawaian : Ia adalah daripada kata piawai yang bermaksud apa yang (telah

ditetapkan untuk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu. (Kamus

Dewan Edisi Keempat).

2. Keselarian : Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan keselarian ialah

selari 1. sarna hala atau arah (garisan, banjaran, dan lain-lain), sejajar: (tidak akan

bertemu walaupun ia dipanjangkan); 2. selarian seimbang dengan, sesuai dengan: 3.

tidak putus-putus, terus-menerus: keselarian - keadaan selari. Dalam kajian im.'

perkataan keselarian menggunakan makna pertama iaitu sarna hala atau arah.

3. Rasm "Uthmsni : Satu kaedah penulisan aI-Qur' an yang bersumberkan dari

Rasulullah SAW melalui arahan penulisan aI-Qur'an pada zaman baginda SAW

kepada para penulis wahyu. Ia yang telah dinisbahkan kepada Khalifah "Uthman

kerana arahan penyalinan mashaf untuk disebarkan berlaku semasa pemerintahanbeliau. Nur ai-DIn C

Atr (1993) menyatakan "Rasm al-Qur 'an ialah kaedah penulisan

hurufdan jugaperkataan dalam mashafyang bersamaan dengan carapenulisan yangdilaksanakan oleh "Uthmsn kepada lajnah empat orang penulis al-Qur 'an dan telah

disalin untuk disebarkan dipelusuk tanah jajahan Islam".

4. al-Qirii'iii : al-Qira'at dari sudut bahasa ialah kata jamak dari perkataan (o;:!}JI)

dan merupakan kata terbitan dari perkataan (i) yang bermaksud baca (;A;). (Ibn

Manzur, 2009). Muhammad Salim Muhaysin (1993) telah mendefinisikan secara

panjang lebar tentang definisi ilmu Qiraat iaitu ilmu tentang cara dan kaedah

membaca kalimah-kalimah al-Qur'an dari sudut menipiskan (takhffj) atau menekan

(tashdld) dan perselisihan bentuk pada lafaz-lafaz wahyu. Ia adalah merupakan aI­

Qur'an yang telah disampaikan kepada kita secara lafaz dan nasnya sepertimana Allah

Taala yang telah menurunkannya kepada Nabi Muhammad SAW, disampaikan

kepada kita kaedah bacaannya seperti yang telah dibaca oleh Rasulullah SAW melalui

apa yang disampaikan melalui Jibril a.s. Ia juga terdapat perselisihan antara perawinamun semua periwayatan ini adalah sahih dan sanad itu sampai kepada Rasulullah

SAW.

Page 24: RASMcUTHMANJAL-QIRA 'ATTERHADAP AL

10

5. Al-Shiidhdhah: Perkataan al-Shidhdhah dari sudut bahasa ialah merujuk.'

kepada individu yang berpisah dari kumpulan, sedikit atau terpisah. (Ahmad bin Faris

al-Razi, 1999). Labib al-Sa'd (1.1) menyatakan al-Qirii'iit al-Shidhdhah ialah Qiraat

yang cacat salah satu rukun-rukunnya yang tiga iaitu sah sanad, selari dengan Rasm

"Uthmsn] serta bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab atau cacat keseluruhannya.

(Abu Shamah al-Maqdisi, 1985).

6. cAbd Allah Ibn Mas'ud r.a : Nama lengkap beliau adalah "Abd Allah Ibn

Mascud Ibn Ghafil Ibn Hubayb Ibn Syamkh Ibn Far Ibn Makhzum Ibn Sahilah bin

KahIl Ibn al-Harith Ibn Tamim Ibn Sa'ad Ibn Hudhayl Ibn Madrakah Ibn Ilyas bin

Mi<;ihr. (al-Dhahab12001).

Beliau termasuk di antara tokoh sahabat yang terawal memeluk Islam, bahkan

termasuk dalam kiraan keenam dalam kalangan orang yang memeluk agama Islam.

(al-Hakim al-Naysaburi 1990t Ibn Mas'tid r.a merupakan orang yang kuat

menghafaz AI-Qur'an mengambil bacaan secara terus dengan Nabi SAW. Meninggal

dunia pada tahun 32 H dan dikebumikan di perkuburan al-Baqi". (al-Dawudi 1997).Nabi SAW pernah bersabda: "Barangsiapa ingin membaca AI-Qur 'an seperti

keadaan ketika diturunkannya, hendaklah ia membaca sebagaimana bacaan Ibn

Ummi cAbd (AbdAlliih IbnMastid r.a ).,,5

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Secara keseluruhan kajian ini merupakan kajian perpustakaan (library research). Ia

hanya melibatkan kajian perpustakaan kerana kajian dibuat bertujuan untuk mengulasisi kandungan dan perbincangan ilmu Qiraat yang merupakan khazanah ilmu Islam.

Kajian ini juga melibatkan teori serta faktor penerimaan sesuatu bacaan al-Qur' an dan

dikhususkan penilaian berdasarkan piawaian Rasm "Uthmtm].

4Kenyataan ini berdasarkan pengakuan Ibn Mas'ud r.a iaitu : "Aku mendapati yang aku merupakan

orang yang keenam sebagai muslim di bumi ini". No. Hadith : 5368.5 Hadith diriwayatkan oleh Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah, Bab Fa91AbdAllah Jbn Ma.{7Jd (1981:1149) dan Abu Dawud (Kitab ol-Masibif Bab Kitiibah al-Masihi]Hifzan : Halaman 152)