rasional perkhemahan

Upload: jai-arie

Post on 11-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rasional berkhemah

TRANSCRIPT

RASIONAL PERKHEMAHAN

i.Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan.> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.