rasional pemilihan kaedah
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH
1/2
RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI DALAM TUGASAN (B)
Dalam melaksanakan tugasan (b), saya telah menerapkan penggunaan beberapa
kaedah, teknik dan strategi dalam pembinaan rancangan pengajaran harian saya.
Dalam perancangan tersebut saya telah memilih untuk menggunakan kaedah terus,
teknik soal jawab dan latih tubi serta strategi yang berasaskan kepada penggunaan
bahan.
Kaedah Terus
Menerusi perancangan yang telah dibuat itu, saya memilih untuk menggunakan kaedah
terus. Seperti yang kita sedia maklum, kaedah terus ini mengutamakan prinsip-prinsip
mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini juga bertujuan
membolehkan kanak-kanak menguasai kempat-empat kemahiran secara berkesan.
Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah ini kerana kelebihan utama kaedah ini
berbanding kaedah-kaedah yang lain ialah memandangkan kaedah ini mengutamakan
prinsip-prinsip mengajar yang berasaskan psikologi kanak-kanak maka kaedah ini
sangat sesuai dipelajari dan diaplikasikan terhadap kanak-kanak. Hal ini juga kerana ciri
kaedah ini juga sama dengan cara yang digunakan bagi menguasai bahasa ibunda
murid. Berdasarkan kepada beberapa kajian oleh cendekiawan membuktikan dengan
menggunakan kaedah ini murid dapat menguasai bahasa dengan lebih cepat dan dapat
bertutur dengan cekap dan fasih.
Teknik Soal Jawab dan Latih Tubi
Bagi mengaplikasikan teknik pula, saya telah memasukkan dua teknik dalam
perancangan pengajaran harian saya. Teknik tersebut ialah teknik soal jawab dan juga
latih tubi. Kedua-dua teknik dilihat hampir sama kerana kedua-duanya adalah berkaitan
dengan medium soalan dan jawapan. Namun begitu, kedua-duanya masih merupakan
dua teknik yang berbeza. Bezanya, teknik soal jawab adalah berbentuk lisan manakala
teknik latih tubi lebih menjurus kepada bentuk bukan lisan. Dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang telah saya sediakan, bagi menjalankan teknik soaljawab saya telah mengaplikasikannya dengan mengajukan persoalan secara terus
-
7/31/2019 RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH
2/2
kepada murid semasa berkomunikasi bersama murid. Cara ini saya aplikasikan selepas
pelaksanaan set induksi dan juga penutup.
Saya memilih teknik ini kerana saya merasakan adalah penting bagi saya untuk
mengetahui sejauh mana tahap kefahaman murid saya telah capai semasa tempoh
pelaksanaan tersebut. Hal ini kerana aspek tersebut sangat penting bagi saya
memastikan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak sia-sia dan murid
dapat menguasai kemahiran yang disampaikan pada masa itu juga. Oleh yang
demikian, masa guru juga dapat dijimatkan daripada membuat pengulangan pada masa
lain sekiranya ada muri yang tidak faham. Kaedah soal jawab ini mampu membantu
saya mengenalpasti tahap kefahaman murid dengan serta-merta dan sekiranya ada
beberapa orang murid yang kurang faham, murid tersebut akan dibimbing terus pada
masa tersebut.
Bagi pemilihan teknik latih tubi pula, saya menyifatkan teknik ini adalah jalan bagi saya
mengukuhkan lagi kefahaman murid mengenai tajuk pembelajaran saya pada hari itu.
Lembaran kerja yang disediakan adalah kayu pengukur kepada pencapaian objektif
pembelajaran saya pada hari tersebut. Selain daripada itu, dengan mengaplikasikan
teknik latih tubi ini juga saya dapat mengambil langkah awal sekiranya timbul masalah
murid tidak faham dalam kelas saya.
Strategi Berasaskan Bahan
Strategi berpusatkan bahan menekankan lebih banyak kepada peranan dan
penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (BSPP) dalam sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk. Tujuan utama saya memilih strategi ini
ialah saya melihat strategi ini mampu membantu saya sebagai guru dan murid untuk
melaksanakan pembelajaran kendiri yang berkesan.
Selain itu juga, strategi ini dapat membantu guru untuk menyalurkan pengetahuan dan
dapat menggerakkan aktiviti untuk menguasai sesuatu kemahiran bahasa.