range suara manusia

8
SATB Manusia mempunyai suara yang berbeza dari aspek julat suara atau “vocal range”. Misalnya, suara bagi seseorang yang muda atau kanak-kanak adalah tinggi berbanding dengan orang dewasa. Suara yang bernyanyi secara harmoni boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang utama iaitu: Julat suara antara kumpulan ini diringkaskan seperti yang ditunjukkan di dalam berikut: Dua suara adalah bergerak ke satu arah, sama ada secara menaik atau menurun. Pergerakan itu adalah secara selari atau parallel jika pergerakan jeda adalah sama bagi kedua-dua suara. Ataupun

Upload: zulhilmi-ahmad

Post on 26-Jul-2015

163 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Range Suara Manusia

SATB

Manusia mempunyai suara yang berbeza dari aspek julat suara atau “vocal range”.

Misalnya, suara bagi seseorang yang muda atau kanak-kanak adalah tinggi berbanding

dengan orang dewasa. Suara yang bernyanyi secara harmoni boleh dibahagikan

kepada empat kumpulan yang utama iaitu:

Julat suara antara kumpulan ini diringkaskan seperti yang ditunjukkan di dalam berikut:

Dua suara adalah bergerak ke satu arah, sama ada secara menaik atau menurun.

Pergerakan itu adalah secara selari atau parallel jika pergerakan jeda adalah sama bagi

kedua-dua suara. Ataupun secara berlawanan atau contrary motion jika satu bergerak

secara menaik dan satu secara menurun; dan pergerakan secara oblique jika satu

pergerakan suara kekal pada not yang sama sementara yang lain bertukar pergerakan.

Page 3: Range Suara Manusia

LINGKUNGAN SUARA (RANGE SUARA MANUSIA)

PENGENALAN UMUM

Lingkungan suara atau “range vokal” adalah sesuatu yang agak sukar untuk

diperjelaskan kejituannya dan bukan mudah untuk membandingkan lingkungan suara

manusia atau penyanyi-penyanyi untuk genre-genre muzik yang berlainan.Secara

umumnya, range suara manusia adalah berbeza dan ini merujuk kepada not tertinggi

dan terendah yang boleh dihasilkan oleh seseorang itu dengan baik.

Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan

suara. Ia merupakan perbandingan untuk not tertinggi dan terendah yang boleh

dihasilkan oleh suara manusia. Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan

untuk maksud sebenar “lingkungan suara”. Ini adalah kerana, sesetengah not yang

boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” kerana

beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai

lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic ‘falseto’ tidak boleh

diambil kira kerana ia tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop”

lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic ‘falseto’. Oleh itu,

penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara

mereka.

Page 4: Range Suara Manusia

Oleh sebab itu, apabila penentuan mengenai lingkungan suara dilakukan,

penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan

suara seseorang itu. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi

lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan

satu setengah oktaf di dalam ‘falseto’.

Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut

mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga ‘major’ di bawah

yang akan lebih mudah didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun,

sehingga kini, kita masih tidak ada satu piawaian yang tetap untuk klasifikasi di luar

bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.

KLASIFIKASI LINGKUNGAN SUARA MANUSIA

Klasifikasi lingkungan suara seperti di bawah ini merupakan kebiasaan yang digunakan

untuk suara tertinggi dan terendah. Ia lebih kepada senarai asas kerana lingkungan

suara yang sebenar amat berlainan antara seorang penyanyi dengan penyanyi yang

lain.

Page 5: Range Suara Manusia

LINGKUNGAN SUARA (RANGE ASAS SUARA MANUSIA).

Soprano : C4 - A5

Soubret : C#4 - B4

Mezzo-soprano : A3 - F5

Kontralto/Alto : G3 - D5

Tenor : B2 - G4

Bariton : G2 - E4

Bes : E2 - C4

Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi ; tidak termasuk penggunaan

falseto iaitu teknik pemalsuan suara) :

Soprano : C4 - C6

Soubret : C#4 - F#5

Mezzo-soprano : G3 - A5

Kontralto : F#3 - F#5

Tenor : B2 - D5

Bariton : F2 - G4

Bes : C2 - D4

Page 6: Range Suara Manusia

Penggunaan ‘falseto' boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik

satu oktaf keatas dan penggunaan ‘flaggelio’ boleh melanjutkan lingkungan suara

penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah.

Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan

tiga yang terakhir adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi

dirujuk sebagai ‘kaunter tenor’ dan ketinggian suara ‘kaunter tenor’ diletakkan

bersamaan dengan senarai empat yang pertama. Penyanyi ‘soprano’ lelaki dikenali

sebagai ‘sopranis’ dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada

penyanyi ‘soprano’ wanita. ‘Kontralto’ dahulunya dikenali sebagai penyanyi ‘tenor’ tetapi

kini tidak lagi digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk penyanyi lelaki masa kini

memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita.