rancangan tempatan daerah perak tengah …

14
JILID1:S T R A T E G I P E M B AN G U N A N (ADDENDUM) RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH (PENGUBAHAN 3)

Upload: others

Post on 28-Nov-2021

61 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

JILID1:S T R A T E G I P E M B AN G U N A N

(ADDENDUM)

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH

(PENGUBAHAN 3)

Page 2: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

ISIKANDUNGAN

Page 3: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAHPERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

Mukasurat IsiKandungan i SenaraiRajah i SenaraiJadual i

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-1 1.2 KeperluanPenyediaanRTDaerah PerakTengah2030 (Pengubahan 3) – CadanganPengezonanJelapangPadi 1-1 Daerah Perak Tengah 1.3 PeringkatPenyediaanRTDaerahPerakTengah2030 (Pengubahan 3) 1-2 1.4

1.5 1.6

DokumenRTDaerahPerakTengah2030 (Pengubahan 3) PenyediaanLaporanJilid 1 : Strategi Pembangunan (Addendum) PemakaianJilid 1 : Strategi Pembangunan (Addendum)

1-3 1-3 1-4

3.0 HALATUJU1:PEMBANGUNANEKONOMIHIJAUYANGPROGRESIFDANBERDAYASAING

3.3.3 CadanganPengezonanJelapangPadi Daerah Perak Tengah 3-25

8.0 CADANGANPEMBANGUNANGUNATANAH2030

8.1 CadanganPembangunanGunaTanahDaerahPerakTengah2030 8-1

SENARAIRAJAH Mukasurat

Rajah 1.2: ProsesPenyediaanRTDaerahPerakTengah 2030 (Pengubahan 3) 1-2 Rajah 1.3: DokumenRTDaerahPerakTengah2030 (Pengubahan 3) 1-3 Rajah 3.13 : Cadangan Pembangunan TanamanPadi Daerah Perak Tengah 3-26 Rajah 8.2 : PelanGuna Tanah Cadangan 2030 Daerah Perak Tengah 8-2 SENARAIRAJAH Mukasurat

Jadual8.1: CadanganPembangunanGunaTanahDaerahPerakTengahTahun2030(Hektar) 8-1

IsiKandungan i

Page 4: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

1.0 PENDAHULUAN

Page 5: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3) disediakan untuk memenuhi keperluan berikut :

i. Melaksanakan keperluan kawasan luar jelapang dimasukkan sebagai Kawasan

Jelapang Padi Negeri Perak;

ii. Menyelaras dan menyeragamkan kawalan pembangunan yang dikenakan ke atas

Kawasan Jelapang Padi Negeri Perak; dan

iii. Mengezonkan Kawasan Jelapang Padi Negeri Perak melalui Rancangan Tempatan

sepertimana peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

1.1 PENGENALAN Rancangan Tempatan (RT) Daerah Perak Tengah 2030 telah diwarta danditerimapakaimelaluidokumen Warta Kerajaan Negeri Perak No Warta : 1923 bertarikh 6 Julai 2017. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi Daerah Perak Tengah adalah terdiri daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan Pengarah Negeri (PLANMalaysia@Perak/Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan) bagi kawasan di luar MDPT. Cadangan pengubahan RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3) – Cadangan Pewartaan Pengezonan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 1/2021 pada 16 Februari 2021 untuk dipublisitikan.Kawasan yang terlibat dengan cadangan pengubahan ke-3 ini adalah di luar kawasan MDPT iaitu tertakluk di bawah seksyen 5(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang merujuk kepada Pengarah Negeri (PLANMalaysia@Perak/Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan) sebagai PBPT.

1.2 KEPERLUAN PENYEDIAAN RT DAERAH PERAK TENGAH 2030 (PENGUBAHAN 3) – CADANGAN PENGEZONAN JELAPANG

PADI DAERAH PERAK TENGAH

Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah mengenalpasti sektor agromakanan merupakan sektor utama dan strategik bagi Negeri Perak. Oleh itu, zon agromakanan strategik yang melibatkan Zon Tanaman Makanan Utama Kekal bagi kawasan jelapang padi hendaklah dikekalkan. Daerah Perak Tengah merupakan salah satu pengeluar utama padi di Negeri Perak yang meliputi kawasan luar jelapang di Mukim Belanja, Mukim Layang-Layang, Mukim Bota, Mukim Lambor Kanan, Mukim Lambor Kiri dan kawasan jelapang padi di bawah seliaan IADA Seberang Perak. Anggaran keseluruhan kawasan padi Daerah Perak Tengah adalah seluas 15,392.80 hektar dan cadangan pengezonan sebagai Zon Jelapang Padi dilaksanakan melalui pengubahan Rancangan Tempatan sepertimana peruntukan di bawah seksyen 16(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Zon Jelapang Padi Daerah Perak Tengah akan dikawalselia oleh pihak IADA Seberang Perak.

Pengenalan 1-1

Page 6: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

1.3 PERINGKAT PENYEDIAAN RT DAERAH PERAK TENGAH 2030 (PENGUBAHAN 3)

Penyediaan RTDaerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3) melibatkan empat (4) peringkat iaitu mobilisasi, penyediaan Draf RT Pengubahan, publisiti dan bantahan awam serta kelulusan dan pewartaan.

Rajah 1.2: Peringkat Penyediaan RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3)

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3) 1-2 Pengenalan Pengenalan 1-2

PERINGKAT 1 : KELULUSAN JPN KE ATAS

CADANGAN PENGUBAHAN RT

Cadangan pengubahan RT dikemukakan oleh PBPT

kepada JPN (seksyen 16, Akta 172) bersama butiran

justifikasi pengubahan untuk diputuskan oleh JPN.

PERINGKAT 2 : PUBLISITI PENGUBAHAN RT

PBPT mengadakan program publisiti bagi cadangan

pengubahan RT. Selepas 4 minggu tempoh bantahan,

PBPT hendaklah menimbangkan semua bantahan atau

representasi melalui Jawatankuasa Siasatan Tempatan

dan Pendengaran (JSTP) yang dilantik JPN (subseksyen

14(1), Akta 172)

PERINGKAT 3 : KELULUSAN JPN KE ATAS SYOR

JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN

PENDENGARAN (JSTP)

PBPT mengemukakan syor JSTP dan Draf RT

Pengubahan untuk kelulusan JPN (subseksyen 15(1), Akta

172)

PERINGKAT 4 : PEWARTAAN RT (PENGUBAHAN)

PBN memberikan persetujuan mewartakan Draf RT

Pengubahan (subseksyen 15(1C), Akta 172)

PBPT mengemukakansyor JSTP untukkelulusan JPN

(subseksyen 15(1), Akta 172)

PBPT mengemukakansyor JSTP untukkelulusan JPN

(subseksyen 15(1), Akta 172)

Page 7: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

JILID1 :Strategi Pembangunan

(Addendum)

Cadangan Pengezonan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah diperincikan di bawah Strategi 1.3:Pemodenan Aktiviti Pertanian Melalui Pengusahaan Tanah Secara Perladangan dan dipersembahkan melalui Pelan Cadangan Pembangunan Tanaman Padi Daerah Perak Tengah dan Pelan Guna Tanah Cadangan 2030 Daerah Perak Tengah.

JILID2 :Kawalan Perancangan (Addendum)

▪ Pelan Cadangan Guna Tanah Blok Perancangan (BP) dan Blok Perancangan Kecil (BPK) yang terlibat dengan Cadangan Pengezonan Jelapang Padi dibuat pindaan dengan menunjukkan kawasan Zon Jelapang Padi di dalam guna tanah Pertanian.

▪ Jadual Kelas Kegunaan Tanah yang melibatkan guna tanah Industri dan Pertanian disetiap BPK yang terlibat dengan Cadangan Pengezonan Jelapang Padi dibuat pindaan bagi menerangkan jenis dan aktiviti guna tanah yangdibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan didalam kedua-dua guna tanah tersebut.

1.4 DOKUMEN RT DAERAH PERAK TENGAH 2030 (PENGUBAHAN 3)

Dokumen RT Daerah Perak Tengah 2030(Pengubahan 3)disediakan dalam bentuk Addendum yang terdiri daripada dua (2) jilid (rujuk Rajah 1.3) bagi menyatakan pengubahan berkaitan Cadangan Pengezonan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah yang telah dibuat keatas laporan Jilid 1 dan Jilid 2 RT Daerah Perak Tengah 2030 yang asal.

Rajah1.3: Dokumen RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3)

Sumber:Kajian Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3)

1.5 PEYEDIAANJILID 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN (ADDENDUM)

Laporan Addendum disediakan bagi menyatakan pengubahan keatas Jilid1 :Strategi Pembangunan RT Daerah Perak Tengah 2030 yang asal. Perkara-perkara yang dipinda adalah seperti berikut:-

BIL. PERKARA PERINCIAN PINDAAN

1. Cadangan Peningkatan Produktiviti Tanaman Padi Dalam Kawasan Jelapang Padi Dan Luar Kawasan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah

• Pindaan kepada para 3.3.3:- - Menukar tajuk kepada Cadangan Pengezonan Jelapang Padi Daerah

Perak Tengah - Mengemaskini semula pernyataan bertulis di para a, b, c, d dan e

berkaitan Cadangan Pengezonan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah.

2. Pelan Cadangan Pembangunan Tanaman Padi Daerah Perak Tengah

• Pindaan ke atas Pelan Cadangan Pembangunan Tanaman Padi:- - Menunjukkan kawasan cadangan Zon Jelapang Padi

• Pindaan di ruangan petunjuk:-

• Memasukkan item Padi

1-3 Pengenalan

Page 8: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

BIL. PERKARA PERINCIAN PINDAAN

3. Jadual Cadangan Pembangunan Guna Tanah Daerah Perak Tengah Tahun 2030 (Hektar)

• Pindaan ke atas jadual Cadangan Pembangunan Guna Tanah Daerah Perak Tengah Tahun 2030:- - Memasukkan item Padi di bawah jenis Guna Tanah Bukan Tepubina - Memasukkan keluasan dan peratusan Padi

4. Pelan Guna Tanah Cadangan 2030 Daerah Perak Tengah

• Pindaan ke atas Pelan Guna Tanah Cadangan 2030:- - Menunjukkan kawasan cadangan Zon Jelapang Padi di dalam guna

tanah Pertanian - Mewarnakan guna tanah Padi dengan ton warna yang berbeza

daripada ton warna asal guna tanah Pertanian

• Pindaan di ruangan petunjuk:- - Memasukkan item Padi

1.6 PEMAKAIAN JILID 1 :STRATEGI PEMBANGUNAN (ADDENDUM)

Laporan Jilid1 : Strategi Pembangunan (Addendum) bagi cadangan pengubahan ke-3 RT Daerah Perak Tengah 2030 disediakan sebagai rujukan kepada jabatan dan agensi mengenai halatuju dan strategi pembangunan Cadangan Pengezonan Jelapang Padi di Daerah Perak Tengah untuk memperkukuhkan kepentingan kawasan kedaulatan sekuriti makanan secara menyeluruh bagi Daerah ini. Laporan ini hendaklah digunapakai secara bersama dengan laporan asal Jilid1 :Strategi Pembangunan RT Daerah Perak Tengah 2030 bagi rujukan kepada lain-lain halatuju dan strategi pembangunan sepertimana yang terkandung di dalam laporan RT tersebut.

Pengenalan 1-4

Page 9: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

HALATUJU 1:PEMBANGUNAN EKONOMI HIJAU YANG PROGRESIF DAN BERDAYA SAING

Page 10: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 ( P E N G U B A H A N 3 )

3.3.3 Cadangan Pengezonan Jelapang Padi Daerah Perak Tengah

a. Pengenalan Daerah Perak Tengah merupakan salah satu pengeluar utama tanaman padi di Negeri Perak dan ia meliputi kawasan

seluas 15,392.80 hektar yang melibatkan kawasan luar jelapang dan kawasan jelapang padi di bawah seliaan IADA. Ia merupakan salah satu kawasan Jelapang Padi utama yang menjadi sumber bekalan makanan negara. Keluasan tanaman padi dijangka akan terus kekal sekiranya usaha berterusan diambil bagi meningkatkan hasil pengeluaran selaras dengan hasrat Negara dalam meningkatkan produktiviti padi serta menyumbang ke arah sasaran sara diri beras Negara ditahap 70% dan objektif jaminan makanan Negara dan tempatan dapat dicapai.

b. Lokasi Kawasan Zon Jelapang Padi adalah terdiri daripada lot-lot sawah yang terletak di dalamtujuh (7) buah Skim Pengairan sedia ada yang telah dibangunkan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran Negeri Perak. Keseluruhan lot yang terlibat adalah sebanyak 9,653 lot.

BIL. SKIM PENGAIRAN MUKIM/BLOK PERANCANGAN (BP) LUAS (hektar) BIL LOT/TAPAK

1. Skim Parit Mukim Belanja (BP1) 335.60 410

2. Skim Senin Mukim Layang-Layang (BP2) 193.60 276

3. Skim BotaLambor Mukim Bota (BP3) dan Mukim Lambor Kanan (BP4) 2,596.00 2,638

4. Skim Lambor Kiri Mukim Lambor Kiri (BP5) 232.60 324

5. Skim Kubang Haji Mukim Belanja (BP1), Mukim Layang-Layang (BP2) dan Mukim Bota (BP3)

2,211.00 1,462

6. Skim Bota Kiri Mukim Bota (BP 3) dan Mukim Lambor Kiri (BP5) 1,295.00 999

7. Skim Seberang Perak Mukim Pasir Panjang Hulu (BP8), Mukim Pasir Salak (BP9), Mukim Bandar (BP10), Mukim Kota Setia (BP11) dan Mukim Jaya Baru (BP12)

8,529.00 3,544

JUMLAH KESELURUHAN 15,392.80 9,653

c. Komponen d. Faedah e. Agensi Pelaksana

i. Membangun dan menyediakan system saliran dan pengairan yang lengkap dan menyeluruh.

ii. Mengamalkan'Amalan Pertanian Baik'serta penggunaan teknologi yang terkini dan bersesuaian.

iii. Meningkatkan produktiviti tanaman padi kepada 10tan/hektar/musim.

iv. Meningkatkan nisbah petani: kawasan padi kepada 1:6 untuk mencapai guna tenaga yang ekonomik dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

i. Memastikan industry penanaman padi dapat diteruskan dan menjamin pengeluaran padi dan beras Negara

yang mampan; ii. Membina kemudahan infrastruktur yang

moden dan baru bagi peningkatan bilangan pesawah dan keluasan

kawasan tanaman padi; iii. Memudahkan pemindahan teknologi

terkini melalui penggunaan dron dalam kawalan serangga perosak dan penyakit;

iv. Meningkatkan pengeluaran hasil dan pendapatan petani dengan kecekapan sistem pengairan yang dinaiktaraf; dan

v. Menarik minat pemilik tanah generasi

muda melalui pemindahan teknologi terkini dalam sector tanaman padi.

a. Jabatan Pertanian Negeri Perak/Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah

b. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (Daerah Perak Tengah)

c. IADA Seberang Perak d. Pesawah

Halatuju1:Pembangunan Ekonomi Hijau Yang Progresif Dan Berdaya Saing 3-25

Page 11: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH PERAK TENGAH 2030 (Pengubahan 3)

Peningkatan Produktiviti Tanaman Padi Dalam Kawasan Zon Jelapang Padi Daerah Perak Tengah

▪ Membangun dan menyediakan

system saliran dan pengairan yang lengkap dan menyeluruh.

▪ Mengamalkan 'Amalan Pertanian Baik' serta penggunaan teknologi yang terkini dan bersesuaian.

▪ Meningkatkan produktiviti tanaman padi kepada 10 tan/hektar/musim.

▪ Meningkatkan nisbah petani: kawasan padi kepada 1:6 hektar.

RAJAH3.13

CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN PADI DAERAH PERAK TENGAH

PETUNJUK

Padi

Lain-Lain

JalanRaya

Sempadan Blok

Perancangan/MukimSempadanDaerah

DAERAH KINTA

DAERAH BATANG PADANG

DAERAH HILIR

PERAK

DAERAH MANJUNG

Ke Ipoh

Ke Ipoh / Batu Gajah

KeTelukIntan

KeTelukIntan

KeSetiawan

KeSetiawan

TanjungBelanja

Parit

Seri Iskandar

Layang-LayangKanan

BotaKanan

LamborKanan

Kg. Gajah

Bandar BaruSeberang Perak

Air Kuning

PulauBesar

Ulu Dedap

Page 12: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

8.0 CADANGAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH 2030

Page 13: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

RANCANGAN

TEMPATANDAERAHP

ERAKTENGAH2030

8.1 CADANGAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DAERAH PERAK TENGAH 2030

a. Pengenalan Peta Cadangan Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 menerangkan cadangan mengenai penggunaan tanah di dalam tempoh perancangan 2015-2030. Peta cadangan ini menjelaskan jenis-jenis guna tanah sedia ada dan juga cadangan gunatanah pada masa hadapan.

b. Pembentukan Cadangan Pembangunan Guna Tanah 2030 Pembentukan peta cadangan ini mengambil kira wawasan,strategi dan konsep pembangunan serta isu-isu semasa kawasan kajian. Antara faktor-faktor yang diambilkira di dalam penyediaan peta cadangan ini ialah:

i. Konsep dan strategi pembangunan. ii. Kawasan pembangunan sedia ada yang akan dikekalkan. iii. Kawasan pembangunan yang telah diluluskan dan akan

dikekalkan. iv. Cadangan-cadangan jalan raya yang merentasi kawasan

kajian. v. Lokasi kemudahan awam dan rekreasi sedia ada dan yang

akan dikekalkan. vi. Laluan rizab utility sedia ada.

Rajah 8.1 menunjukkan komposisi guna tanah tepu bina dan bukan tepu bina Daerah Perak Tengah. Sehingga tahun 2030, guna tanah utama bagi Daerah Perak Tengah adalah berbentuk bukan tepubina. Kawasan pertanian mendominasi guna tanah iaitu seluas 93,179.77hektar(72.82%).

Pelan Guna Tanah Cadangan 2030 Daerah Perak Tengah (Rajah8.2) merupakan peta pecahan guna tanah bagi 12 blok perancangan yang terdapat didalam kawasan kajian. Petaini merangkumi guna tanah sedia ada dan komited yang dikekalkan serta guna tanah cadangan.

Guna tanah pertanian sebahagian besarnya dicadangkan untuk dikekalkan. Kawasan jelapang padi, kelapa sawit, getah, padang ragut dan dusun akan diperkembangkan sebagai sumber ekonomi Daerah Perak Tengah selaras dengan wawasan pembangunan daerah.

Peta cadangan guna tanah dan kelas kegunaan tanah akan diperincikan didalam Jilid Dua(2) dokumen Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030.

Rajah 8.1: Cadangan Komposisi Guna Tanah Tepu bina dan Bukan Tepubina 2030

Jadual 8.1: Cadangan Pembangunan Guna Tanah Daerah Perak Tengah Tahun 2030(Hektar)

JENIS GUNA TANAH JUMLAH PERATUS

(%)

Tepubina

Perumahan 3,067.10 2.40

Komersial 209.07 0.16

Industri 185.76 0.14

Pembangunan Bercampur 1,715.70 1.34

Institusidan Kemudahan Masyarakat 1,907.52 1.49

Tanah Lapang dan Rekreasi 595.23 0.47

Infrastruktur dan Utiliti 1,682.46 1.31

Pengangkutan 2,030.46 1.59 Jumlah Kecil 11,411.30 8.9

Bukan Tepubina

Pertanian 93,179.77 72.82

Padi 15,392.80 23.03

Hutan 2,925.95 2.29

Badan Air 5,054.18 3.95 Jumlah Kecil 116,552.70 91.10 Jumlah Besar 127,946.00 100.00

Sumber: Kajian RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 3)

8.9% Tepubina

BukanTepubina

91.10%

Cadangan Pembangunan Guna Tanah Daerah Perak Tengah 2030 8-1

Page 14: RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH …

2

Rajah 8.2