i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfanugerah inovasi pihak berkuasa tempatan...

8
Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 1 i-tangguk MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN 1.0 RINGKASAN Dengan perkembangan masa kini dan mengambil kira sensitiviti beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan haiwan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) telah memperkenalkan satu produk inovasi yang digunakan untuk menangkap haiwan terbiar secara lebih berperikemanusiaan terutamanya anjing liar dan terbiar yang dinamakan i- tangguk. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Masalah haiwan terbiar terutamanya anjing liar dan terbiar yang berlaku di kawasan-kawasan perbandaran dan perumahan bukan sahaja sering dilaporkan di akhbar-akhbar malahan juga merupakan salah satu kategori aduan yang paling tinggi di kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan. 2.2 Haiwan berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan malah menjadikan orang awam terutamanya kanak-kanak takut untuk keluar rumah. Terdapat beberapa kes, orang awam mendapat kecederaan akibat dikejar oleh anjing liar dan terbiar ini. 2.3 Selain daripada itu, kemunculan haiwan ini juga menimbulkan suatu pemandangan yang tidak sihat apabila anjing liar dan terbiar yang berpenyakit didapati merayau di kawasan perumahan dan perbandaran serta sering kali juga penduduk mengadu haiwan ini

Upload: others

Post on 06-Mar-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

1

i-tangguk MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

1.0 RINGKASAN

Dengan perkembangan masa kini dan mengambil kira sensitiviti beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan haiwan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) telah memperkenalkan satu produk inovasi yang digunakan untuk menangkap haiwan terbiar secara lebih berperikemanusiaan terutamanya anjing liar dan terbiar yang dinamakan i-tangguk.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Masalah haiwan terbiar terutamanya anjing liar dan terbiar yang

berlaku di kawasan-kawasan perbandaran dan perumahan bukan sahaja sering dilaporkan di akhbar-akhbar malahan juga merupakan salah satu kategori aduan yang paling tinggi di kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan.

2.2 Haiwan berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan malah menjadikan orang awam terutamanya kanak-kanak takut untuk keluar rumah. Terdapat beberapa kes, orang awam mendapat kecederaan akibat dikejar oleh anjing liar dan terbiar ini.

2.3 Selain daripada itu, kemunculan haiwan ini juga menimbulkan suatu

pemandangan yang tidak sihat apabila anjing liar dan terbiar yang berpenyakit didapati merayau di kawasan perumahan dan perbandaran serta sering kali juga penduduk mengadu haiwan ini

Page 2: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

2

menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan perumahan menyebabkan sampah bertaburan.

2.4 i-tangguk ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan

keberkesanan tindakan penguatkuasaan selaras dengan agenda transformasi kerajaan iaitu transformasi sektor awam berteraskan inovasi.

2.5 Produk inovasi ini mempunyai ciri-ciri yang bersifat dinamik,

berperikemanusiaan, mudah digunakan (user friendly) serta menjimatkan kos.

2.6 i-tangguk ini telah diumumkan sebagai Johan Anugerah Inovasi

Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak sempena Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada 31 Oktober 2012.

3.0 TUJUAN PROJEK

3.1 Menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti dan Prosedur

Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak;

3.2 Memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan dalam menangani masalah haiwan liar dan terbiar dengan cara yang lebih berperikemanusiaan; dan

3.3 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

Page 3: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

3

4.0 KAEDAH SEBELUM INOVASI DI LAKSANAKAN 4.1 Sebelum produk ini di cipta, tangkapan anjing terbiar di kebanyakkan

Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan penjerut haiwan bergalah dan ada juga yang menggunakan kaedah tembak. Cara ini dilihat oleh sesetengah pencinta haiwan sebagai kurang berperikemanusiaan.

4.2 Selain daripada itu, kaedah itu juga tidak user friendly dan menggunakan kos yang agak tinggi kerana ia melibatkan pihak ketiga dalam melaksanakan tindakan tangkapan.

4.3 Tindakan penguatkuasan juga tidak dapat dilakukan dengan segera

dan ini akan menyebabkan orang awam berasa tidak puashati dengan sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan kerana aduan-aduan mereka tidak diberi respon dengan segera.

5.0 SELEPAS PROJEK INOVASI DI LAKSANAKAN

5.1 Selepas penggunaan i-tangguk ini diperkenalkan, tangkapan anjing

liar dan terbiar terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera kerana ia melibatkan anggota dalaman dan bukan pihak ketiga serta menggunakan peralatan yang lebih praktikal.

5.2 Berdasarkan daripada maklum balas yang diterima daripada orang ramai, kaedah yang digunakan ini amat berkesan dan lebih berperikemanusiaan berbanding daripada kaedah yang digunakan sebelum ini dalam menangani masalah anjing liar dan terbiar.

Page 4: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

4

6.0 IMPAK SELEPAS INOVASI DILAKSANAKAN

6.1 Tindakan penangkapan berdasarkan aduan dapat dilakukan dengan

kadar segera tanpa menunggu perkhidmatan dari pihak ketiga;

6.2 Mengurangkan kos perbelanjaan bagi penangkapan yang dilakukan oleh pihak ketiga apabila kerja-kerja tangkapan boleh dilakukan oleh anggota dalaman;

6.3 Mengurangkan aduan-aduan tertunggak dan berulang berkaitan

anjing liar dan terbiar, di mana aduan-aduan dapat di ambil tindakan dengan segera mengikut piagam pelanggan agensi dan ini akan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;

6.4 Mengurangkan kewujudan anjing-anjing liar dan terbiar yang

merayau di tempat-tempat awam yang boleh menimbulkan masalah keselamatan, kebersihan dan kesihatan orang awam.

6.5 Produk ini boleh digunakan bukan sahaja untuk menangkap anjing-

anjing liar dan terbiar malahan boleh digunakan untuk menangkap haiwan-haiwan merayau lain yang bersaiz kecil.

Page 5: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

5

7.0 KOMPONEN PRODUK INOVASI

Komponen i-tangguk adalah seperti berikut :-

Bil Butiran Spesifikasi Gambar

1 Besi Pemegang

Besi pemegang menggunakan besi paip sepanjang 1.8 meter (6 kaki) dengan hujungnya diletak getah supaya tidak licin dan menjamin keselamatan pengguna.

Dipangkal besi pemegang tersebut dibuat bentuk gerigi untuk memudahkan peralatan ini dilerai semasa tidak digunakan dan bagi menjimatkan ruang penyimpanan

2 Kerangka Tangguk

Kerangka tangguk menggunakan besi BRC bersaiz 5 mm dengan ukuran 76.2 cm (2 ½ kaki) x 76.2 cm (2 ½ kaki) x 45.7 cm (1 ½ inchi).

Kerangka tangguk ini disulam dengan jaring nylon yang berukuran 1.5 meter (5 kaki) panjang dan diikat dihujungnya dengan tali sepanjang 1.8 meter.

Page 6: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

6

3 Tali Penjerut

Tali penjerut sepanjang 1.8 meter disulam di bawah kerangka untuk tujuan menjerut haiwan yang terperangkap di dalam tangguk tersebut

8.0 PENUTUP i-tangguk adalah satu produk inovasi yang dapat meningkatkan keberkesanan tugas penguatkuasaan dalam menangani isu anjing liar dan terbiar di kawasan perbandaran di samping dapat meningkatkan imej perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan dan kesentosaan orang awam selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan sektor awam berteraskan inovasi. Produk ini juga lebih bersifat berperikemanusiaan dan dapat mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan.

Disediakan oleh : Nama : Abd. Khalim Bin Haron Bahagian : Bahagian Penguat Kuasa Jabatan : Majlis Perbandaran Teluk Intan Alamat : Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan Telefon : 05-622 1229 Faks : 05-621 2446 E-Mail : [email protected]

Page 7: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

7

Penjerut Haiwan Bergalah

Tangkapan Menggunakan Penjerut Haiwan Bergalah

Page 8: i-tangguks3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/853-i-tangguk.pdfAnugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak 2 menyelongkar tong-tong sampah disekitar kawasan

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2012 Peringkat Negeri Perak

8

i-tangguk

Tangkapan Menggunakan i-tangguk