rancangan perniagaan _ format _ e-kuliah

8
3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | eKuliah https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancanganperniagaanformat/ 1/8 eKuliah Just another WordPress.com weblog RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT Mac 11, 2010 Posted by azizieeaziz in Nota . trackback Pengenalan Sebelum orang‑orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat. Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju. Penyataan Misi Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :‑ – Alasan perniagaan diwujudkan – Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan – Klien atau pelanggan perniagaan – Kawasan geografi pemasaran – Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :‑ Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan‑bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain‑lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Upload: shakir-zufayri

Post on 15-Jul-2016

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 1/8

e­Kuliah

Just another WordPress.com weblog

RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT  Mac 11,2010

Posted by azizieeaziz in Nota.  trackbackPengenalan

Sebelum orang‑orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuatperancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itumemerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjangyang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepadapembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah.Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalampasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :‑

– Alasan perniagaan diwujudkan

– Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

– Klien atau pelanggan perniagaan

– Kawasan geografi pemasaran

– Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :‑

Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistempenghawa dingin yang unik untuk bangunan‑bangunan kediaman dan komersial. Iamenggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenagaelektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahandan bangunan komersial dan lain‑lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.Format Rancangan Perniagaan

Page 2: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 2/8

Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalamUnit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainandalam format satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusikewangan mempunyai format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isikandungannya tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara‑perkara berikut:‑

1. Isi kandungan2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak3. Pengenalan4. Tujuan5. Latar belakang perniagaan6. Latar belakang pemilik7. Latar belakang projek8. Rancangan Organisasi9. Rancangan Pemasaran10. Rancangan Pengeluaran atau Operasi11. Rancangan Kewangan12. Jadual Perlaksanaan Projek13. Rumusan14. Lampiran / Dokumen Sokongan

Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

Isi Kandungan

– Menyenaraikan isi kandungan tajuk‑tajuk utama muka surat.

Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

– Menonjolkan perkara‑perkara penting dalam rancangan  perniagaan.

– Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancanganperniagaan yang telah disediakan.

Pengenalan

1.  Menyatakan jenis perniagaan.

2. lokasi perniagaan

3. tarikh perniagaan dijalankan

4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokongdengan fakta‑fakta yang sebenar dan realistik)

Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon

Page 3: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 3/8

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohonsejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd.dan sebagainya

Latar Belakang Perniagaan

– Memberikan maklumat‑maklumat berikut:‑

1. nama perniagaan

2. alamat perniagaan

3. alamat surat menyurat (jika berlainan)

4. nombor telefon

5. bentuk perniagaan

6. kegiatan utama

7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

8. nombor pendaftaran perniagaan

9. modal permulaan

10. nama bank

11. nombor akaun bank

Latar Belakang Pemilik

Maklumat‑maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:‑

1. Nama penuh

2. Nombor kad pengenalan

3. Umur

4. Jantina

5. Alamat tetap

6. Nombor telefon

7. Taraf perkahwinan

8.  Kursus yang pernah dihadiri

9. Kemahiran

10.Pengalaman

11. Pekerjaan sekarang

Page 4: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 4/8

11. Pekerjaan sekarang

12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:‑

– Kedudukan fizikal projek

– Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

– Menyatakan misi dan objektif organisasi

– Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.

– Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.

Contoh:

Bil. Jawatan Bil.Pekerja

1. Pengurus Besar 1

2. Kerani 3

3 Jurujual 10– Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

Jawatan Tanggungjawab utama

Pengurus Kewangan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunanperniagaan.

2. Menyediakan Laporan Kewanganperniagaan

3. Mengawal dan mengurus penggunaansumber perniagaan.

4. Menyelaras lejar personal di bahagiankewangan.

– Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.

Contoh:

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah

PengurusBesar

1 RM5000 RM650 RM100 RM5750

Pengurus

Kewangan

1 RM2500 RM325 RM50 RM2875

Page 5: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 5/8

Kewangan

Jumlah RM8625– Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat

Contoh:

Jenis Bil. Harga (RM)

Komputer 2 8000

Pencetak 2 1000

Mesin fotostat 1 5000

Jumlah 14000– Senarai Perbelanjaan Pentadbiran

Contoh:

Perkara PerbelanjaanHarta

PerbelanjaanBulanan

Lain‑lainperbelanjaan

Gaji dan ImbuhanBalas Jasa

RM8625

Perabot danKeperluan Pejabat

RM14000

Sewa RM2000Rancangan Pemasaran

– Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengankehendak dan keperluan pengguna.

– Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.

– Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua‑duanya sekali.

– Pesaing‑pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahanmereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing‑pesaing utama.

– Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunanuntuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua‑duanya sekali.

– Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contohstrategi barangan, strategi  harga, strategi promosi dan stratgei edaran.

–  Butiran perbelanjaan pemasaran.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan

Harta (RM)

Perbelanjaan

Bulanan (RM)

Lain‑lain

Belanja (RM)

Page 6: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 6/8

Harta (RM) Bulanan (RM) Belanja (RM)

Kenderaan RMxxxx

Promosi RM xxxx

Insurans RM xxxRancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan ataupengeluaran.

– Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

– Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalamRancangan Pemasaran.

– Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.

Contoh :

Jenis Bahan Kuantitidigunakan

Stok simpanan Harga seunit(RM)

Jumlah belian(RM)

Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunanbahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

– Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan mereka.

Contoh:‑

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah

Operatorpengeluaran

20 RM xxx RM xx RM xx RM xx

– Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:

Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga

Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx– Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor‑faktor utama yang diambil kira dalammerancang susun atur tersebut.

– Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.

– Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain‑lainyang menjadi penggerak operasi.

– Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.

Contoh:

Page 7: Rancangan Perniagaan _ Format _ E-kuliah

3/8/2016 RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT | e­Kuliah

https://azizieeaziz.wordpress.com/2010/03/11/rancangan­perniagaan­format/ 7/8

Perkara PerbelanjaanHarta

PerbelanjaanBulanan

Perbelanjaan lain

Mesin RM xxx

Gaji RM xxxRancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yangterkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

– Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akanterlibat dalam memulakan projek.

– Merancang bagi mendapatkan sumber‑sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaanprojek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

– Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan ProformaAliran Wang Tunai.

– Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan denganmenyediakan Proforma Untung Rugi.

– Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunandengan menyediakan Proforma Kunci Kira‑Kira.

– Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) danJadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).

Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat‑peringkat kejadian yang akan berlakuterhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkankemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkandengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti‑aktivitiyang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara aktiviti‑aktiviti.

Rumusan

Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak‑pihak tertentu mengapakah projek ini perluditeruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen‑dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yangdinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum danTatacara Persatuan.