rancangan pengajaran harian dunia seni visual tahun 3 battutah (tp)

Upload: bocah-keluen

Post on 03-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 BATTUTAHMata Pelajaran: Dunia Seni Viusal

Tarikh: 14 Ogos 2014

Hari: Khamis

Masa: 60 minit

Tahun: 3 Battutah

Bilangan Murid: 24 orang ( L, P)

Bidang Kegiatan: Menggambar

Aktiviti: Lukisan

Tema: Objek Alam Semula Jadi

Tajuk: Epal dan Limau

Media: Alat: tiada: Bahan : kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel, pemadam

Bahan Bantu Mengajar: contoh lukisan, bahan maujud, gambar

EMK: keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Nilai: kebersihan, hormat-menghormati, Menghargai

KBKK: membuat sekuen / urutan, membanding beza

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:a) Menamakan 3 warna asas (primer) dan 3 warna sekunder.b) Menghasilkan lukisan bertemakan buah-buahan epal dan limau dengan menggunakan teknik silang pangkah dan garisan tebal dan nipis.c) Memahami kebaikan dan khasiat memakan buah-buahan kepada perkembangan daya pemikiran dan fizikal.

STANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang, imbangan dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN1.1. Persepsi Estetikmurid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada lukisan.1.1.1. Unsur seni1.1.1.1. Bentuk- ilusi1.1.1.2. Garisan- tebal dan nipis1.1.1.3. Warna- primer dan sekunder1.1.1.4. Ruang- ilusi1.1.2. Prinsip rekaan 1.1.2.1. Imbangan- simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2. Kepelbagaian- hal benda (subject matter)1.2. Aplikasi seni murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan.1.2.1. Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media1.2.1.1. Alat- tiada1.2.1.2. Bahan- kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel.1.2.2. Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan1.2.2.1. Teknik- garisan selari atau garisan bersilang atau gabungan kedua-dua garisan.1.3. Ekspresi kreatifmurid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.1.3.1. Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif1.3.2. Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.1.3.3. Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya1.4. Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri danrakan berpandukan bahasa seni visual1.4.1. Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2. Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Standard pembelajaranIllustrasi aktiviticatatan

Set Induksi (5 minit)1. Murid menonton tayangan video berkaitan penghasilan lukisan.2. Murid meneliti hasil karya 3D Art.KBKK:membuat sekuen / urutanBBM:Pemancar LCD, tayangan video

Persepsi Estetik (5 minit)1. Guru mengedarkan buah epal dan limau serta menunjukkan contoh karya lukisan.2. Guru dan murid bersoal jawab tentang:Unsur seniPrinsip rekaan

Bentuk- ilusi Garisan- tebal dan nipis Warna- primer dan sekunder Ruang- ilusi Imbangan- simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan Kepelbagaian- hal benda (subject matter).

KBKK: Membanding bezaBBM:Bahan maujud (epal dan limau), tayangan slaid

Aplikasi Seni (5 minit)1. Guru menerangkan kepada murid alat dan bahan yang sesuai dan boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan.a) Alat: pengasah penselb) Bahan : kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel, pemadam

Ekspresi Kreatif (30 minit)1. Guru menunjukkan demontrasi/ tunjuk cara aplikasi alat dan bahan serta teknik dalam proses menghasilkan lukisan epal dan limau melalui tayangan video.a) Langkah 1 Sediakan alat dan bahan yang diperlukan dalam aktiviti menghasilkan lukisan buah epal dan limau.b) Langkah 2 Membuat lakaran awal menggunakan pensel.c) Langkah 3 Mengambil kira arah cahaya dan bayang serta asas seni reka yang telah diterangkan. d) Langkah 4 Mewarna buah epal dan limau dengan menggunakan warna primer dan sekunder.e) Langkah 5 Membuat kemasan dengan memadam kesan lakaran pensel.2. Murid menjalankan aktiviti menghasilkan lukisan buah epal dan limau dengan bimbingan dan pemantauan guru.

NILAI: KebersihanEMK:Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Apresiasi Seni (10 minit)1. Murid mempamerkan hasil karya di hadapan bilik darjah.2. Murid menceritakan hasil karya sendiri dan rakan dengan menggunakan laras bahasa seni visual. NILAI:Hormat-menghormati, menghargai

Penutup (5 minit)1. Murid membersihkan kawasan kerja.2. Murid menampal hasil kerja pada ruangan papan kenyataan.NILAI:Kebersihan, menghargai