rancangan malaysia kedua

5
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2: 1971 – 1975) Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang mereka harapkan jika dibandingkan secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain. Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini menandakan permulaan fasa ketiga di dalam sejarah perancangan pembangunan negara. Sektor perikanan mampu menjana pendapatan kepada masyarakat Bumuputera dalam agenda DEB Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Upload: wee-dong-lau

Post on 11-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Malaysia Kedua

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2: 1971 – 1975)

Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan penguasaan

ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di kalangan masyarakat

Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang mereka harapkan jika dibandingkan

secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain.

Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) melambangkan

satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini menandakan permulaan fasa ketiga di

dalam sejarah perancangan pembangunan negara.

 

Sektor perikanan mampu menjana pendapatan kepada masyarakat Bumuputera dalam agenda DEB

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya

satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang

dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia

Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara

kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.

Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di

Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada

keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar.

Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di

antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Kepincangan ini merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa rusuhan kaum

ketika itu. Oleh sebab itu, DEB telah dilancarkan bagi memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan

Page 2: Rancangan Malaysia Kedua

melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan

penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah

meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987.

Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain.

Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun

sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus

dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi pembangunan bandar dan

penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi

penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam

tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988.

Pelaksanaan Program Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)

RMK-2 dilancarkan dengan tujuan untuk mengatasi dan memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan

sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini. Peruntukan yang disediakan di bawah

RMK-2 ialah sebanyak RM7,250 juta. Asas penggubalan RMK-2 ialah Dasar Ekonomi Baru yang matlamat

utamanya adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi

kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia

supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), 1971-1975, sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam

perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk pencapaian objektif Dasar

Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan penyusunan

semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme Melayu.

Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15

peratus setahun, masing-masingnya, mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun,

mempromosi industri berskala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang

maju.

Dengan menceburi bidang perusahaan telah dapat memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan dalam RMD

Page 3: Rancangan Malaysia Kedua

Pencapaian RMK-2

Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan Bumiputera ke

tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA,

Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermer’s Organization Authority) dan lain-lainnya bagi

tujuan tersebut. Malah strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR,

KETENGAH, DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanian khususnya kawasan penanaman padi (IADP) seperti

MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut, Barat Laut Selangor, Krian-

Sungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-Seberang Perai.

Bukan itu sahaja, dalam RMK-2 ia telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat moden

oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi

tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung

oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan

perusahaan. Yang paling membanggakan, iaitu pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

Bermula dengan RMK-2 dan diteruskan oleh tiga Rancangan Pembangunan Malaysia yang lain, ini

merupakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan telah menurun ke angka 21.6%

dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai angka 30%. Nyata bahawa RMD bukan

sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar, malah pembangunan pertanian padi turut diberi

perhatian berat oleh kerajaan. Daripada segi pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar

7.4% setahun. Ini adalah lebih tinggi daripada ramalan asal RMK-2, iaitu sebanyak 6.8% setahun. 

Sumbangan utama terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%); Pembuatan

(19.3%); Perdagangan (14.4%) dan Perkhidmatan (10.15%). Dari segi pelaburan kasar pula sejumlah

RM21,679 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan bagi tempoh 1971-1975.

Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 – 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya UNESCO di

Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN, mata wang

baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan,

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan

pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

 

b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.Rancangan ini menekankan matlamat berikut;i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasanii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandariii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.

a) Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa

Page 4: Rancangan Malaysia Kedua

13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya;i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.Usaha-usaha membasmi kemiskinan;i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.

B. Rancangan Malaya Kedua 1961 – 1965 (10m) a) Rancangan Malaya Kedua dilaksanakan dengan tujuan untuk meneruskan objektif-objektif Rancangan Malaya Pertama seperti penyediaan lebih banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar. Selain itu, beberapa matlamat baru diperkenalkan setelah menyedari kepincangan Rancangan Malaya Pertama dan beberapa masalah yang perlu diberi pertimbangan. b) Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $3,180 juta untuk menjayakan Rancangan Malaya Kedua. Antara tujuan-tujuan baru yang ada ialah usaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah, memesatkan lagi perusahaan pembuatan supaya dapat mengatasi masalah pengangguran dalam negara dan meninggikan pengeluaran bahan-bahan makanan. c) Di bawah Rancangan Malaya Kedua, FELDA telah memainkan peranan penting dalam mempergiatkan rancangan pembukaan tanah dan petempatan wilayah untuk memberikan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar. Antara tahun-tahun 1956 hingga 1963, FELDA telah membuka kawasan-kawasan tanah yang luas. Setiap skim FELDA meliputi kawasan seluas 1600 – 2000 hektar. Getah ataupun kelapa sawit telah ditanam, sementara perumahan dan kemudahan-kemudahan lain juga disediakan. d) Masalah besar yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil ialah pemasaran hasil tanaman mereka. Untuk mangatasi masalah ini Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah ditubuhkan oleh kerajaan.FAMA ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki dan mempertingkat sistem penyimpanan dan pemasaran hasil pertanian, terutama yang dihasilkan oleh petani di luar bandar. e) Seterusnya, objektif-objektif lain penubuhan FAMA ialah : - Menjamin pasaran hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko. - Mengurangkan monopoli orang tengah. - Menentukan harga yang berpatutan kepada petani. - Memberi dorongan kepada petani supaya menambahkan pengeluaran. f) Dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam melaksanakan Rancangan Malaya Kedua ialah : - Penyertaan dan penglibatan rakyat dalam proses perancangan dan pelaksanaan. - Perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan rakyat setempat. g) Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah menubuhkan Bilik Gerakan Negara yang berpusat di Kuala Lumpur untuk membuat rancangan pembangunan ekonomi. Bilik Gerakan ini juga ditubuhkan di setiap pejabat daerah seluruh negara. Pegawai Daerah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan di daerah masing-masing.Bilik Gerakan Negara mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan. h) Maklumat-maklumat yang dikumpulkan dimuatkan dalam Buku Merah yang mengandungi peta, carta dan butir-butir kemajuan tentang projek-projek pembangunan luar bandar yang sedang dijalankan. Selain itu, jentera pentadbiran di peringkat negeri, daerah dan mukim telah ditubuhkan untuk menggerak, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan. Kesimpulan (2/3m) Jelaslah di sini menunjukkan bahawa kerajaan memang mengambil langkah yang positif dalam usaha meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar, dan menghapuskan atau merapatkan jurang ekonomi antara penduduk peribumi di kawasan luar bandar dengan penduduk di bandar. Walaupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak berjaya sepenuhnya, namun setidak-tidaknya usaha dan inisiatif kerajaan adalah berhasil mencapai tujuan dan matlamatnya. Perkembangan ekonomi luar bandar lebih menampakkan kejayaan dalam Rancangan Malaya Kedua kerana dengan penubuhan

Page 5: Rancangan Malaysia Kedua

FAMA membolehkan petani menjual hasil pertanian mereka dan menambahkan pendapatan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin