ramadhanleaflet (24-06-11).pdf

2
MYSG_PATIENT EDU_Jun2011/07/OYIK/SP Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd (240770W) Unit A-9-2, Level 9, Tower A, Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603 - 2297 7200 Fax : +603 - 2297 7277 Novo Nordisk Pharma (Singapore) Pte. Ltd. 371, Beach Road #03-12/13 KeyPoint Singapore 199597 Tel : +65 - 6295 5518 Fax : +65 - 6295 1336 Maklumat pendidikan ehsan daripada: Untuk maklumat lanjut tentang diabetes, kunjungi laman web kami: www.novonordisk.com MAKLUMAT UNTUK PESAKIT DIABETES Disclaimer: This guidance document is intended to serve as a general statement regarding appropriate patient care practices based upon the available medical literature and clinical expertise at the time of development. The statements contained herein are not intended to replace clinical judgment or dictate care of individual patients. Pada bulan puasa, tahap gula dalam darah digalakkan diuji pada waktu-waktu berikut: 1. Sebelum bersahur 2. 2 jam selepas bersahur 3. 2 jam sebelum atau sejurus sebelum berbuka puasa 4. 2 jam selepas berbuka Perkara lain yang perlu diberi perhatian Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasi- dosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa. Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih 2 kilogram sepanjang bulan Ramadhan perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapati berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi yang serius. Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang kurang ketika membuang air kecil di waktu malam dengan meminum air. * Nama-nama ubat serta suntikan yang dinyatakan di atas adalah nama asal dan bukan nama dagangan (brand name/trade name) Rumusan Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa selamat dilaksanakan oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda- tanda hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa. Artikel asal disediakan oleh: Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin Pakar Perunding Perubatan (Diabetis & Endokrinologi) Presiden, Persatuan Endokrin & Metabolisma Malaysia (Malaysian Endocrine & Metabolic Society - MEMS) Sumber rujukan: 1. Bahan terbitan Hassan II Foundation for Scientific and Medical Research on Ramadhan. 2. International Journal of Ramadhan Fasting Research.

Upload: trinhnhan

Post on 31-Jan-2017

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RamadhanLeaflet (24-06-11).pdf

MY

SG_P

ATI

ENT

EDU

_Jun

2011

/07/

OY

IK/S

P

Pengurusan DiabetesKetika Berpuasa

Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd (240770W)

Unit A-9-2, Level 9, Tower A, Menara UOA BangsarNo. 5, Jalan Bangsar Utama 159000 Kuala Lumpur, MalaysiaTel : +603 - 2297 7200Fax : +603 - 2297 7277

Novo Nordisk Pharma (Singapore) Pte. Ltd.371, Beach Road#03-12/13 KeyPointSingapore 199597Tel : +65 - 6295 5518Fax : +65 - 6295 1336

Maklumat pendidikan ehsan daripada:

Untuk maklumat lanjut tentang diabetes,kunjungi laman web kami:

www.novonordisk.com

MAKLUMAT UNTUK PESAKIT DIABETES

Disclaimer: This guidance document is intended to serve as a general statement regarding appropriate patient care practices based upon the available medical literature and clinical expertise at the time of development. The statements contained herein are not intended to replace clinical judgment or dictate care of individual patients.

Pada bulan puasa, tahap gula dalam darah digalakkan diuji pada waktu-waktu berikut:

1. Sebelum bersahur2. 2 jam selepas bersahur3. 2 jam sebelum atau sejurus sebelum berbuka puasa4. 2 jam selepas berbuka

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasi- dosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih 2 kilogram sepanjang bulan Ramadhan perlu dimaklumkan kepada doktor.

Jika dalam satu hari berat badan didapati berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang kurang ketika membuang air kecil di waktu malam dengan meminum air.

* Nama-nama ubat serta suntikan yang dinyatakan di atas adalah nama asal dan bukan nama dagangan (brand name/trade name)

Rumusan

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa selamat dilaksanakan oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda- tanda hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Artikel asal disediakan oleh:

Prof Dr Nor Azmi KamaruddinPakar Perunding Perubatan (Diabetis & Endokrinologi)Presiden, Persatuan Endokrin & Metabolisma Malaysia(Malaysian Endocrine & Metabolic Society - MEMS)

Sumber rujukan:1. Bahan terbitan Hassan II Foundation for Scienti�c and Medical Research on Ramadhan.

2. International Journal of Ramadhan Fasting Research.

Page 2: RamadhanLeaflet (24-06-11).pdf

Diabetes Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat paras gula yang tinggi di dalam darah disebabkan oleh masalah hormon insulin (hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah), baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin kurang berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006, lebih 2 juta penduduk negara ini mengalami diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira 1.2 juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Sebagai umat Islam, mereka diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama’ Islam dan doktor perubatan moden.

Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:

1. Penyakit diabetesnya tidak dikawal dengan baik. Dibimbangi, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

2. Tidak mematuhi nasihat penjagaan diet, pengambilan ubat-ubatan dan insulin.

3. Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari yang berterusan dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

4. Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis.

5. Kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

6. Sedang mengalami jangkitan kuman.

7. Warga tua yang tinggal bersendirian.

8. Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

9. Berusia bawah 12 tahun (Belum baligh – tidak diwajibkan berpuasa).

Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin, adalah digalakkan berpuasa.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah:

1. Bersahur secukupnya (bukan ala kadar).

2. Menyegerakan berbuka puasa.

3. Makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

4. Makan berpada-pada ketika berbuka serta kurangkan hidangan yang manis.

5. Mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya.

6. Mengenali tanda-tanda hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

7. Segera berbuka apabila mengalami sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh memudaratkan pesakit.

8. Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik mengikut syor doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.

Tanda-tanda hipoglisemia:1. Menggigil2. Terlalu lemah3. Amat lapar4. Berpeluh5. Pucat6. Berdebar-debar7. Gelisah dan tidak tentu arah8. Koma (tak sedarkan diri)

Tanda-tanda hiperglisemia:1. Kerap buang air kecil2. Terlalu dahaga3. Sangat letih

Tanda-tanda dehidrasi:1. Amat dahaga2. Kulit dan lidah yang terlalu kering3. Fikiran terganggu

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

1. Diet – Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

2. Senaman – Melakukan aktiviti �zikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

3. Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, glimepiride dan chlorpropamide yang diambil sebelah pagi di hari tidak berpuasa ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa. Dos yang diambil sebelum makan malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil ketika waktu sahur mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia. Ubat seperti acarbose, nateglinide dan repaglinide boleh diambil pada waktu bersahur dan berbuka puasa tanpa perubahan dos. Metformin, sitagliptin, saxagliptin, vildagliptin, pioglitazone dan rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hipoglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos dan sebaiknya diambil ketika berbuka.

4. Ubat suntikan exenatide dan liraglutide – Suntikan exenatide diberi semasa berbuka dan waktu sahur. Dos pada waktu sahur perlu diubahsuai setelah berbincang dengan doktor. Liraglutide yang diberi sekali sehari diberikan pada ketika waktu berbuka puasa tanpa sebarang perubahan.

5. Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa, seperti berikut:

i. Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

ii. Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang di berikan pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur (0.1 – 0.2 unit insulin/kg berat badan). Keperluan dan dos intermediate atau premixed insulin ketika bersahur perlulah dibincang dengan doktor.