rafflesia ialah tumbuhan yang aneh.docx

3
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. Rafflesia Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang- kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah. Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Upload: noor-hayati

Post on 14-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

RafflesiaSelalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Refflesia

Busuk, Beracun & Undang BahayaKira-kira 193 tahun lalu, satu ekspedisi yang diketuai oleh Sir Thomas Stamford Raffles di Bengkulu Sumatera telah mencatat sejarah penting dalam dunia botani. Sejenis bunga bersaiz besar berbau busuk dengan rupa pelik telah ditemui oleh seorang pemandu arah bangsa Indonesia ketika ekspedisi itu berlangsung. Bunga tersebut kemudiannya telah dinamakan Rafflesia arnoldii bersempena dengan nama Bapa Singapura itu dan juga nama Dr. Joseph Arnold, seorang pakar bedah tentera laut yang turut menyertai ekspedisi tersebut.

Sungguhpun demikian, ada pendapat yang mengatakan Rafflesia spp. telah ditemui lebih awal oleh Louis Deschamps di Pulau Jawa bertarikh di antara tahun 1791 dan 1794. Sayang sekali, semua nota dan lakaran yang dihasilkannya termasuklah Rafflesia spp. telah dirampas oleh pihak British ketika beliau dalam pelayaran pulang ke Perancis. Rafflesia arnoldii atau turut digelar sebagai bunga pakma atau patma raksasa, merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan parasit dan dikatakan sebagai bunga terbesar dengan ukuran diameter 91cm. Bunga yang diangkat menjadi bunga rasmi provinsi Bengkulu (seperti mana yang terdapat pada jata Bengkulu), turut direkodkan mempunyai ketebalan kira-kira 1.9cm dan beratnya pula kira-kira tujuh kilogram. Bunga pakma daripada spesies sama juga menjadi bunga rasmi bagi negeri Sabah.Bunga Rafflesia spp. tidak melakukan proses fotosintesis kerana tidak mempunyai daun. Malah ia juga tidak memiliki sistem akar untuk menyerap air dan mineral sebagai bekalan protein. Tanaman berbau busuk apabila kembang ini hanya mempunyai tiub-tiub halus panjang sebagai medium utama untuk menyerap sumber makanan dari pokok yang ditumpang. Bunga berwarna merah atau jingga lima kelopak dengan bentuk organik seperti bintik-bintik pada permukaannya yang sering dilihat adalah merupakan organ seks bunga eksotik ini.Rafflesia spp. hanya tumbuh di kawasan lembap. Ia amat sukar ditemui memandangkan kudupnya mengambil masa berbulan-bulan untuk tumbuh manakala bunganya pula hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Selain daripada itu, bunga eksotik ini adalah sejenis bunga uniseks dan ini menyebabkan proses pendebungaan amat sukar terjadi. Untuk pengetahuan, terdapat sebanyak 26 jenis atau spesies bunga Rafflesia selain daripada Rafflesia arnoldii. Selain daripada Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, Rafflesia turut boleh ditemui di Filipina

Rafflesia spp. daripada sudut penggunaan manusiaAir rebusan bunga ini biasanya digunakan oleh wanita yang baru bersalin untuk mengecutkan rahim dan melangsingkan badan patma manakala lelaki pula meminum kopi dengan ramuan bunga patma kononnya bagi menambah kekuatan seksual. Walaupun begitu, penggunaannya sebagai sumber ubatan tradisional hanyalah berdasarkan kepercayaan sehinggalah ke hari ini.1. Wujudnya kepercayaan khasiatnya berkemungkinan timbul kerana rupa bentuk kudup bunga Rafflesia spp. ini kelihatan hampir serupa dengan rahim wanita.2. Namun yang demikian, kajian saintifik mendapati penggunaan air rebusan kudup dan bunga Rafflesia spp. ini mendatangkan kesan buruk terhadap hati dan limpa. Hati mungkin berpenyakit dan kemudiannya rosak lalu gagal berfungsi dengan sempurna.3. Kajian khusus tentang betapa bahayanya penggunaan bunga berbau busuk ini telah disempurnakan Khairunnadwa Jemon pada tahun 2006. Kajiannya diselia oleh Dr. Nazlina Ibrahim, pensyarah di Jabatan Mikrobiologi, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.4. Kajian yang dilakukan pada tikus makmal menunjukkan terdapat penurunan berat badan dan ini membuktikan terdapatnya kemerosotan tahap kesihatan akibat terdedah pada bahan toksik.5. Organ seperti hati, limpa, jantung, ginjal dan sistem peranakan didapati mengecut berbanding organ dalaman tikus makmal kawalan. Ini membuktikan bahawa penggunaan bunga ini sebagai ramuan ubat tradisional adalah tidak selamat.6. Jika kudup bunga ini diambil sebagai ubat-ubatan tradisional tanpa menunggu ia mekar, ini akan menurunkan kebarangkalian berlakunya persenyawaan benih pokok dan menjadi faktor pada berlakunya kepupusan bunga ini selain daripada kemusnahan hutan akibat aktiviti pembalakan haram.7. Kudup Rafflesia spp. dijual pada harga di antaraRM9.00 hingga RM25.00 berdasarkan saiznya.