r i n g k a s a n m i n g g u a n i s u s e m a s a...ke mesyuarat tergempar pertubuhan kerjasama...

23

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar
Page 2: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar
Page 3: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

LANGKAH STRATEGIK KDN BANTERAS PATI SECARA HOLISTIK

SOP PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN DITAMBAH BAIK

WISMA PUTRA SENTIASA KONSISTEN SOKONG PALESTIN

DASAR KASTING ATM TENTU USIA KEUSANGAN ASET KENDERAAN TENTERA

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ALTERNATIF HUKUMAN PENJARA LUAR TEMBOK

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

KSM KETUAI KAJIAN PEMBERIAN HAK BEKERJA SECARA SAH KEPADA PELARIAN

MEMBINA MAHASISWA CELIK POLITIK MELALUI TIGA PENDEKATAN UTAMA

PENEBUSAN GCR DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN BAKAL DIKAJI SEMULA

MAJIKAN ENGGAN TUNAIKAN PSU BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS

PEMBELAJARAN TIGA MUKA SURAT JAWI DIKEKALKAN

EKONOMI & KEWANGAN

TABUNG HAJI TIDAK HADAPI IMPLIKASI KEWANGAN

STATUS SEMAKAN SEMULA PGK

PERINCIAN PERKONGSIAN EKONOMI KOMPREHENSIF SERANTAU (RCEP)

KESAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEPADA KEWANGAN NEGARA

PENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) MENGIKUT KATEGORI PENDAPATAN DAN NEGERI

Page 4: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KESEJAHTERAAN SOSIAL

COVID-19: KOLABORASI KKM DENGAN NEGARA LUAR

KOLABORASI KEMENTERIAN TANGANI MASALAH MENTAL

KKM CADANG AGENDA BAHARU PASCA COVID-19

GOLONGAN MINORITI TIDAK DIPINGGIRKAN

TABUNG PRIHATIN YKN-JKM INSENTIF BANTUAN SEGERA

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

DASAR DALAM KASA DIKAJI SEMULA

KeTSA MEMANDANG SERIUS KHAZANAH HUTAN

USAHA KERAJAAN DALAM MENSTABILKAN HARGA AGRIKOMODITI

HASIL PENGELUARAN SAWIT DITINGKATKAN

TINDAKAN MELINDUNGI SUNGAI DARIPADA PENCEMARAN

PERUNDANGAN & HAK ASASI

SPEAKER DEWAN RAKYAT DITUKAR MENGIKUT PERLEMBAGAAN

HUKUMAN LEBIH BERAT UNTUK PEMANDU MABUK

SPR BELUM YAKIN GUNA E-UNDI

SPR SIAP SIAGA HADAPI PRU-15

KERAJAAN KAJI PINDAAN JENAYAH BUNUH DIRI

Page 5: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

LANGKAH STRATEGIK KDN BANTERAS PATI SECARA

HOLISTIK Kerajaan telah melaksanakan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pendatang Asing

Tanpa Izin (PATI) bagi membanteras kewujudan PATI secara menyeluruh dan

sistematik. Pelan ini dibangunkan berdasarkan kepada 5 strategi utama iaitu; Strategi

Perundangan dan Dasar Penguatkuasaan PATI, Strategi Kawalan Sempadan dan

Pintu Masuk, Strategik Pengurusan Pekerja Asing, Strategi Operasi Penguatkuasaan

PATI dan Strategi Media dan Publisiti.

Tambahan lagi, pihak Kementerian akan melaksanakan koordinasi yang berkesan

bersama-sama agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja

Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) (Jawapan Lisan

Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 12).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

SOP PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN DITAMBAH BAIK Kerajaan telah menambah

baik Prosedur Pengendalian

Standard (SOP) Permohonan

Kewarganegaraan Di Bawah

Perkara 15A Perlembagaan

Persekutuan. Tujuan

penambahbaikan ini adalah

bagi meningkatkan tahap

efektif dan efisyen proses

permohohan khususnya bagi

permohonan yang cukup

syarat sejak tahun 2020. Bagi

individu berumur di bawah 21

tahun, permohonan kewarganegaraan mereka adalah tertakluk kepada Perkara 15A

Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sepanjang

tempoh 2018 - 30 Jun 2020, sebanyak 11,932 permohonan sedang dalam proses

pertimbangan daripada jumlah permohonan keseluruhan 12,384 permohonan.

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 39).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

(Sumber: Astro Awani, 2017)

Page 6: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

WISMA PUTRA SENTIASA KONSISTEN SOKONG PALESTIN Wisma Putra sentiasa konsisten menjelaskan pendirian Kerajaan dalam isu yang

melibatkan konflik di Palestin. Berkenaan dengan tindakan sepihak (unilateral)

Amerika Syarikat memperkenalkan suatu Pelan Damai Deal of the Century pada

Januari yang lalu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan tegas

menolak pelan berkenaan. Kenyataan tersebut telah diterbitkan pada 30 Januari

2020. Pada 6 April 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sendiri

telah menyuarakan sokongan Malaysia terhadap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas

melalui temu bual telefon.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Luar Negeri pula telah mengetuai delegasi Malaysia

ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual

Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri. Mesyuarat ini diadakan

bagi membincangan pelan pengilhakan wilayah Tebing Barat. Rancangan itu telah

pun mendapat bantahan daripada masyarakat global. Langkah-langkah yang diambil

ini menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap gelombang politik yang melanda

Timur Tengah secara amnya, dan Palestin secara khususnya (Jawapan Lisan

Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 35).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

DASAR KASTING ATM TENTU USIA KEUSANGAN ASET

KENDERAAN TENTERA Kementerian Pertahanan

menjelaskan bahawa penentuan

tempoh masa usang sesebuah

kenderaan adalah berdasarkan

kepada Dasar Kasting ATM.

Aspek jenis kenderaan dan

jangka hayat kenderaan akan

diteliti sebelum diletakkan sama

ada dibawah kategori usang atau

tidak. Tempoh usang bagi lori 3

tan adalah apabila mencapai

umur 10 tahun atau mileage 320

ribu km. Manakala bagi pesawat

Super Lynx, tempoh hayatnya adalah mencapai usia 30 tahun berdasarkan

ketetapakan yang diletakkan oleh Dasar Kasting ATM iaitu pada tahun 2029 kelak.

Walau bagaimanapun, tahap penyelenggaraan pesawat akan sentiasa ditambah baik

sesuai dengan usia pesawat tersebut (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020,

Soalan No. 43).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

(Sumber: Google Image)

Page 7: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ALTERNATIF HUKUMAN

PENJARA LUAR TEMBOK Jabatan Penjara Malaysia

dalam rangka untuk

mengketengahkan hukuman

di luar tembok penjara iaitu

Probation & Community

Correction yang

berkonsepkan koreksional

dalam komuniti. Antara

bentuk hukuman yang akan

ditekankan dalam konsep

tersebut adalah Akta

Kehadiran Wajib dan

Penangguhan Hukuman,

Hukuman Tahanan Rumah,

Hukuman Parol atas arahan Mahkamah dan Hukuman Parol Harian. Tindakan

tersebut secara tidak langsung juga akan mengurangkan beban Kerajaan menjelang

tahun 2030.

Sejak perlaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Program Pemulihan

Pemasyarakatan Industri dilaksanakan, kes-kes residivis (ulangan) berjaya

menunjukkan perubahan yang ketara. Malah, perlaksanaan Sistem Parol sepanjang

tahun 2008 sehingga tahun 2017 menyaksikan penjimatan kos pengurusan Jabatan

Penjara Malaysia sebanyak RM61 juta. Situasi ini menggambarkan kelebihan yang

berjaya dicapai dengan perlaksanaan program pemulihan dalam komuniti sedia ada

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 10).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

(Sumber: Astro Awani, 2020)

Page 8: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

KSM KETUAI KAJIAN PEMBERIAN HAK BEKERJA SECARA

SAH KEPADA PELARIAN Sebagai jawapan balas kepada persoalan

mengenai keputusan memberi hak bekerja

secara sah kepada pelarian, kerajaan telah

melantik Kementerian Sumber Manusia untuk

mengetuai satu jawatankuasa yang

dipertanggungjawabkan untuk meneliti isu ini.

Keputusan dasar mengenai perkara ini pula

hanya akan dimaklumkan setelah kerajaan

melaksanakan penelitian terperinci terhadap

kebolehlaksanaan program serta kesannya

kepada warga tempatan.

Pada masa ini, pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan bekerja

dalam sektor tidak formal bagi tujuan sara hidup. Namun, Projek Rintis Kebenaran

Bekerja kepada pelarian etnik Rohingya Myanmar di syarikat Gardenia melibatkan 93

pelarian sedang dilaksanakan (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020,

Soalan No. 53).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

MEMBINA MAHASISWA CELIK POLITIK MELALUI TIGA

PENDEKATAN UTAMA Selaras pindaan undi 18 tahun yang diluluskan, pendedahan pendidikan politik

kepada mahasiswa akan dilaksanakan di peringkat universiti melalui tiga pendekatan

utama iaitu pertama, pengajaran dan pembelajaran melalui subjek umum yang

diwajibkan seperti Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban

yang diperkenalkan bermula sesi akademik 2019/2020. Kedua, melalui penganjuran

program-program bersifat celik politik dan forum-forum membincangkan isu-isu

semasa negara.

Pendekatan ketiga pula melalui pilihanraya kampus yang membolehkan mahasiswa

terlibat secara langsung melalui Jawatankuasa Pilihanraya Kampus bertanding

sebagai calon perwakilan pelajar atau sebagai pengundi. Dengan tiga kaedah

pelaksanaan ini, kerajaan mengharapkan akan terlahirnya mahasiswa yang matang

pemikiran, peka perkembangan politik dan isu semasa serta memahami hak dan

tanggungjawab sebagai pengundi muda (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai

2020, Soalan No. 15)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

(Sumber: Global Careers, 2020)

Page 9: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENEBUSAN GCR DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN BAKAL

DIKAJI SEMULA Dalam jawapan lisan yang dikemukakan

Menteri Undang-Undang pada 14 Julai

yang lepas, Kerajaan memutuskan untuk

mengkaji semula penebusan awal Ganti

Cuti Rehat (GCR) yang telah diumumkan

dalam Belanjawan 2020 oleh Kerajaan

Pakatan Harapan sebelum ini. Keputusan

tersebut adalah berasaskan pertimbangan

faedah yang bakal diterima oleh penjawat

awam adalah lebih besar sekiranya

mereka menebus GCR tersebut selepas

bersara kelak berbanding ketika mereka

dalam tempoh perkhidmatan.

Kerajaan bagaimanapun masih belum menentukan satu mekanisme khusus

mengenai pelaksanaan baharu, sama ada diwujudkan suatu dasar baharu atau

dikekalkan dasar yang telah dibuat pada 2020 dengan penambahbaikan (Jawapan

Menteri Bagi Pertanyaan, 14 Julai 2020, Soalan No. 1).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

MAJIKAN ENGGAN TUNAIKAN PSU BAKAL DIKENAKAN

TINDAKAN TEGAS Majikan yang enggan membayar gaji pekerja walaupun permohonan melalui Program

Subsidi Upah (PSU) telah diluluskan dan bayaran telah dibuat, bakal dikenakan

beberapa tindakan tegas termasuklah (i) majikan tersebut disenarihitamkan, (ii)

proses pembayaran bulan berikutnya dihentikan dan (iii) pengesahan aduan dalam

laporan polis akan dibuat bagi kes penyalahgunaan Program Subsidi Upah.

Senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web PERKESO bagi membolehkan

para pekerja membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan

(Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan, 14 Julai 2020, Soalan No. 2).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

(Sumber: Sinar Harian, 2019)

Page 10: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PEMBELAJARAN TIGA MUKA SURAT JAWI DIKEKALKAN Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta

550), Bahasa Melayu sebagai salah

satu mata pelajaran teras dalam

Kurikulum Kebangsaan mesti dipelajari

oleh murid di semua sekolah kerajaan,

sekolah bantuan kerajaan dan sekolah

swasta. Justeru, sukatan pembelajaran

tiga muka surat pengenalan Jawi dalam

sukatan Buku Teks Bahasa Melayu

darjah 4 SJKC dan SJKT adalah tidak

terkecuali di bawah peruntukan akta

tersebut.

Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri memutuskan agar pengenalan tulisan jawi

terus dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Mubaligh

Bantuan Kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta

murid. KPM juga akan memperhalusi perkara mengenai tulisan jawi ini secara

menyeluruh dan holistik (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No.

40).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

(Sumber: Sarawak Voice, 2019)

Page 11: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

EKONOMI & KEWANGAN

TABUNG HAJI TIDAK HADAPI IMPLIKASI KEWANGAN

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Puteh,

YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa Tabung

Haji (TH) tidak mengalami sebarang implikasi

kewangan ekoran keputusan Kerajaan Malaysia

pada 11 Jun 2020 untuk tidak menghantar Jemaah

Haji Malaysia pada tahun ini akibat pandemik

COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya di

peringkat global. Hal ini selari dengan keputusan

Kerajaan Arab Saudi pada 22 Jun 2020 yang hanya membenarkan Jemaah Haji

kepada mereka yang berada di dalam Arab Saudi sahaja.

Selain itu, TH juga telah memaklumkan perkara ini kepada Pengelola Jemaah Haji

(PJH) dan mereka telah membuat perancangan sewajarnya berkaitan sewaan hotel

penginapan, namun urusan penerbangan masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 25)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

STATUS SEMAKAN SEMULA PGK Kerajaan menyedari bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) perlu ditambah

baik selaras dengan strategi yang dirangka di dalam dokumen Kajian Separuh

Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) seperti pembentangan dalam

Parlimen pada 18 Oktober 2018, demikian jawapan YAB Perdana Menteri kepada

soalan dari Ahli Parlimen Sungai Siput. Tambah YAB PM, PGK adalah merujuk

kepada jumlah pendapatan yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi

keperluan minimum makanan dan bukan makanan untuk hidup sihat dan aktif di dalam

masyarakat.

Model pengukuran kemiskinan mutlak (absolute poverty) ini menjadi amalan

pengukuran yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. Kaedah ini mengambil

kira ciri-ciri demografi isi rumah seperti saiz ahli isi rumah, umur, jantina dan berat

badan setiap ahli isi rumah serta lokasi isi rumah berkaitan mengikut negeri, bandar

dan luar bandar. Berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan

Kemudahan Asas 2019 pada 10 Julai 2020, berdasarkan metodologi PGK 2019, kadar

kemiskinan mutlak adalah pada 5.6 peratus (405,441 isi rumah). Justeru, YAB PM

memberikan keyakinan bahawa Kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan

program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan dalam menangani

jurang kekayaan dan pendapatan dalam kalangan rakyat. (Jawapan Lisan Dewan

Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 51)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

(Sumber: The Edge Markets, 2020)

Page 12: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PERINCIAN PERKONGSIAN EKONOMI KOMPREHENSIF

SERANTAU (RCEP) Dalam menjawab persoalan berkaitan

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau

(RCEP) yang diutarakan oleh Ahli Parlimen

Marang, Menteri Perdagangan Antarabangsa

dan Industri mengatakan rundingan perjanjian

tersebut masih berlangsung dan negara-negara

peserta tekad dan bersepakat untuk

memuktamadkan rundingan RCEP dan

menandatangani perjanjian itu pada November

2020. Menurut Menteri, sebanyak 28 pusingan rundingan dan 3 Sidang Kemuncak

RCEP telah diadakan sehingga September 2019 manakala pada tahun ini, sebanyak

4 mesyuarat maya telah dilaksanakan sehingga 23 Jun 2020. Perjanjian RCEP yang

mempunyai 20 bab itu memberikan banyak faedah kepada Malaysia. Antaranya ialah;

i) Mengukuhkan integrasi syarikat tempatan termasuk PKS dalam bekalan dan rantaia

global, ii) Meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan tempatan dalam negara,

iii) Mempercepatkan pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19, iv) Membuka

peluang kepada Malaysia untuk memperolehi bahan mentah berkualiti pada harga

yang lebih murah dari negara-negara peserta. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13

Julai 2020, Soalan No. 30)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

KESAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEPADA

KEWANGAN NEGARA

Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam

menghadapi pandemik COVID-19 berjumlah RM 295 Billion secara keseluruhan

dengan suntikan langsung fiskal berjumlah RM 45 Billion. Berdasarkan jawapan

Menteri Kewangan terhadap soalan Ahli Parlimen Jelebu, kesan PRE ini memberikan

defisit fiskal kepada negara pada tahun 2020 dengan peningkatan sehingga 5.8 ke

6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mengambil kira

pengurangan hasil berikutan unjuran KDNK yang lebih rendah dan kejatuhan harga

minyak dunia.

Menurut Menteri, semua langkah yang diumukan di dalam PRE adalah bersifat one-

off supaya tidak terus membebankan kewangan negara dalam jangka masa

sederhana. Selain itu, Kerajaan akan melaksanakan langkah konsolidasi fiskal jangka

masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal supaya kewangan negara kembali

mampan di masa depan. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No.

19)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

(Sumber: VIR, 2020)

Page 13: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 11

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) MENGIKUT

KATEGORI PENDAPATAN DAN NEGERI Seramai 10.3 juta pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan dengan

jumlah bayaran sebanyak RM 10.9 Billion sehingga 3 Julai 2020. Menurut Menteri

Kewangan, pecahan megikut kategori pendapatan, iaitu kumpulan B40 dan M40

adalah seperti berikut;

i) M40 – Seramai 3.1 juta penerima dengan 45 peratus daripadanya adalah

untuk isirumah manakala 55 peratus untuk individu bujang,

ii) ii) B40 – Seramai 7.2 juta penerima dengan 46 peratus untuk isirumah dan

54 peratus untuk individu bujang.

Selain itu, Menteri Kewangan juga meyediakan data penerima BPN mengikut pecahan

negeri seperti di bawah:

NEGERI BILANGAN PERATUSAN (%)

Selangor 1,615,611 16

Johor 1,226,120 12

Sarawak 950,767 10

Perak 931,370 9

Sabah 904,560 9

Kedah 813,616 8

Wilayah Persekutuan 701,307 7

Kelantan 663,282 6

Pulau Pinang 592,785 6

Pahang 554,436 5

Terengganu 447,433 4

Negeri Sembilan 424,638 4

Melaka 329,834 3

Perlis 99,036 1

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No. 27)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

Page 14: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 12

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KESEJAHTERAAN SOSIAL

COVID-19: KOLABORASI KKM DENGAN NEGARA LUAR Dalam sesi jawapan lisan Menteri Kesihatan telah mengemukan tiga aspek kolaborasi

yang sedang dilakukan oleh KKM dengan negara luar dalam melawan wabak COVID-

19. Antara aspek yang diketengahkan adalah dari sudut kerjasama serantau,

kesejahteraan mental dan penghasilan vaksin.

Bagi kerjasama serantau, pihak KKM telah menggunakan pendekatan Whole-of-

Government approach di mana setiap kementerian mempunyai peranan masing-

masing termasuk hubungan kolaborasi dengan negara-negara asing dan agensi-

agensi pertubuhan antarabangsa. Manakala dari sudut kesejahteraan mental pula,

kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara asing terutama sekali

membuat persiapan atau kesiapsiagaan bermula tahun 2019 bagi menghadapi

COVID-19 iaitu dengan melaksanakan Malaysia Strategies for Emerging Diseases

and Public Health Emergency (MYSED) II Workplan (2017-2021). Dari sudut

penghasilan vaksin pula, Malaysia adalah salah satu antara 39 negara yang menyertai

WHO Solidarity Trials dalam kajian rawatan COVID-19 termasuk pembangunan

vaksin dan sehingga kini fasa ketiga clinical research on COVID-19 vaksin dengan

syarikat Sinovac Biotech China telah pun dilaksanakan. (Handsard Dewan Rakyat,

13 Julai 2020, Soalan No. 5)

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-13072020.pdf

KOLABORASI KEMENTERIAN TANGANI MASALAH MENTAL Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah

melaksanakan usaha-usaha menangani

masalah kesihatan mental melalui Dasar

Kesihatan Mental Negara dengan

menyediakan Pelan Strategik Kebangsaan

Kesihatan Mental (2020-2025). Pelan ini

menititk berat kolaborasi KKM dengan

pelbagai agensi Kerajaan, swasta,

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan

badan profesional.

Beberapa kolaborasi telah dilaksanakan antara KKM dengan Kementerian

Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan dalam

usaha menangani permasalahan kesihatan mental dalam kalangan remaja dan belia.

Antaranya adalah melalui Program Minda Sihat Sekolah, Program PEARL (Program

Expresi Anak Remaja Lestari) Program Siswa Sihat (PROSIS), Hari Sukan Negara

dan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kempen Let’s TALK Minda Sihat (Jawapan

Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 12).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

(Sumber: MalaysiaDateline, 2019)

Page 15: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 13

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KKM CADANG AGENDA BAHARU PASCA COVID-19 KKM mencadangkan satu Tawaran Baharu yang memerlukan persetujuan jemaah

menteri iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Pasca Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP Normalisasi). ANMS akan dilaksanakan mulai 2020 hingga 2030

secara berfasa yang akan melibatkan pelbagai Kementerian, Agensi, Non-

Governmental Organization (NGO) serta swasta.

Agenda ini mempunyai merangkumi tiga (3) Bidang Utama iaitu Kebersihan Diri,

Kebersihan Persekitaran dan Cara Hidup Sihat dengan tumpuan kepada empat (4)

Teras. Teras pertama adalah Memantapkan Promosi Amalan Cara Hidup Sihat. Teras

kedua pula bagi Memantapkan Perkhidmatan Promosi Kesihatan (Wellness).

Manakala teras ketiga dan keempat adalah untuk Memperkasa Kawalan Kendiri

Kesihatan dan Memantapkan Kebersihan Persekitaran. Kesemua cadangan ini bagi

memajukan dan melestarikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan negara

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 33).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

GOLONGAN MINORITI TIDAK DIPINGGIRKAN Satu tindak proaktif telah dijalankan

dibawah Kementerian Luar Bandar melalui

JAKOA dalam membantu masyarakat

orang asli terutama sepanjang PKP

dilaksanakan. Antara bentuk bantuan yang

telah disalurkan adalah Bantuan Bakul

makanan kepada lebih 60,000 Ketua Isi

rumah (KIR) Orang Asli, Bantuan Susu

tepung dan Bantuan Sabun Anti Bakteria

kepada lebih 60,000 Ketua Isi rumah (KIR)

Orang Asli serta Bantuan hand sanitizer

dan face mask kepada 853 Batin dan

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).

Selain itu, kementerian juga dalam proses mengenalpasti plot kawasan liputan akses

capaian internet di perkampungan Orang Asli bagi tujuan pembelajaran secara atas

talian selain bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk

mendapatkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan fleksibel

berkonsepkan modul pendidikan digital kepada murid-murid Orang Asli pedalaman

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 42).

www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14072020.pdf

(Sumber: The Patriot, 2019)

Page 16: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 14

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

TABUNG PRIHATIN YKN-JKM INSENTIF BANTUAN SEGERA Tabung Prihatin YKN-JKM (Yayasan Kebajikan Negara - Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) adalah salah satu insentif yang disediakan oleh Kerajaan bagi

membantu rakyat yang memerlukan bantuan segera. Tabung yang telah dilancarkan

sejak 17 Februari lalu merupakan tabung khas dalam menyelaras sumbangan

kewangan yang diterima daripada pihak korporat, swasta, masyarakat dan orang

perseorangan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan

segera dalam keadaan terdesak.

Kategori bantuan yang dipertimbangkan adalah

bantuan serta merta yang bersifat sekaligus (one-

off), bantuan segera melalui aktiviti pendampingan

sosial, mangsa bencana kecil/ kes terpencil dan juga

kes terdampar. Selain daripada itu, Tabung Prihatin

ini diperluaskan fungsi dengan mewujudkan

platform kepada syarikat korporat dan orang ramai

untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang

terputus bekalan makanan dan terjejas sumber

pendapatan sepanjang tempoh PKP sehingga

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hasilnya, sepanjang tempoh PKP hingga ke PKPP,

Tabung Prihatin YKN-JKM telah mengumpul sebanyak RM540 ribu melalui

sumbangan pihak korporat, swasta dan orang perseorangan dan telah diagihkan

kepada 8,262 orang yang memerlukan bantuan segera (Jawapan Lisan Dewan

Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No. 20).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

(Sumber: Google Image)

Page 17: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 15

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

DASAR DALAM KASA DIKAJI SEMULA Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menghasilkan State of the Environment

Report dalam mengkaji semula Dasar Alam Sekitar Negara (DASN). DASN dijangka

akan siap pada suku keempat tahun 2021 dengan kajian semula dibuat bersama

semua pemegang taruh. Sementara itu, Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) juga

akan disemak semula dengan menekankan 25 elemen utama dan akan digabungkan

dengan elemen Perubahan Iklim supaya menjadi dasar yang lebih menyeluruh.

Manakala, berhubung dengan penambah baikkan prosedur dalam Laporan Penilaian

Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA), pihak kementerian telah menekankan perkara

yang utama iaitu memperkukuhkan keperluan perundangan dan prosedur penilaian

dalam EIA, Pengukuhan libat urus awam dan domain baru iaitu pengiraan kesan jejak

karbon terhasil semasa pelaksanaan sesuatu projek akan dilaksanakan. (Jawapan

Lisan Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 35).

KeTSA MEMANDANG SERIUS KHAZANAH HUTAN Dalam memelihara aset hutan di negara

kita, pihak Kementerian Tenaga dan

Sumber Asli (KeTSA) telah menetapkan

beberapa perancangan bagi

memastikan kira-kira 50 peratus

keluasan tanah negara mempunyai

kawasan hutan. Antara beberapa

pendekatan yang dilaksanakan oleh

pihak kementerian adalah tahap

penguatkuasaan hutan diperkukuhkan

secara bersepadu ,meningkatkan

tindakan dalam mewartakan kawasan berhutan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK)

selain aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam HSK diteruskan.

Sementara itu, pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program

Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia

dipertingkatkan. Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan

pentadbiran, pengurusan dan pembangunan Hutan Simpanan Kekal secara

berkekalan disediakan. Bagi kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan

Kekal akan dilaksanakan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh

Rancangan Malaysia. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No.

52).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

Sumber: mStar, 2016

Page 18: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 16

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

USAHA KERAJAAN DALAM MENSTABILKAN HARGA

AGRIKOMODITI Dalam meningkatkan harga agrikomoditi, pihak

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

(MPIC) telah memperkenalkan beberapa

pendekatan. Antara pendekatan yang

dilaksanakan adalah minyak sawit mentah

(MSM), minyak isirong sawit mentah (CPKO)

dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO)

dikecualikan daripada duti eksport sehingga 31

Disember 2020.

Dalam pada itu, adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum melalui Program

Biodiesel B20 (adunan 20% biodiesel sawit dan 80% diesel petroleum) ditingkatkan

supaya penggunaan minyak sawit mentah domestic mendapat sambutan. Selain itu,

pihak Menteri juga telah mengukuhkan Kerjasama antara negara pengeluar getah

iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia di bawah kerangka International Tripartite

Rubber Council (ITRC). Sementara itu, pasaran baharu bagi semua agrikomoditi telah

ditingkatkan melalui promosi dan pemadanan pasaran baharu dengan pengilang

tempatan dan pembeli dari luar negara. Akhir sekali, misi ekonomi dan teknikal bagi

mengukuhkan hubungan dengan negara pengimport utama produk agrikomoditi

Malaysia diteruskan. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 9).

HASIL PENGELUARAN SAWIT DITINGKATKAN Antara pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam meningkatkan hasil

pengeluaran sawit sekali gus pendapatan pekebun kecil adalah pelaksanaan Skim

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori bagi

mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kecekapan pengurusan dan

meningkatkan hasil pengeluaran kelapa sawit.

Pada masa yang sama, Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil

Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit

(IPPKS) telah diperkenalkan semula bagi membantu pekebun kecil melakukan

penanaman semula. Selain itu juga, pekebun kecil digalakkan untuk menyertai

Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) yang membantu meningkatkan

pendapatan mereka selain memudahkan urusan jualan hasil Buah Tandan Segar

(BTS). (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 29).

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

Sumber: Sinar Harian, 2020

Page 19: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 17

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

TINDAKAN MELINDUNGI SUNGAI DARIPADA PENCEMARAN Antara tindakan yang yang dilaksanakan

oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air

(KASA) berhubung dengan isu

pencemaran sungai adalah

melaksanakan pendekatan Pengurusan

Lembangan Sungai Bersepadu

(Integrated River Basin Management -

IRBM) melalui Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS). Tindakan ini merupakan

satu pendekatan yang terbaik dengan

penglibatan semua pihak yang

berkepentingan bagi memastikan air bersih dan mencukupi.

Pada masa yang sama, kepentingan menjaga kebersihan sungai dan kesan akibat

pencemaran sungai juga diadakan bagi melahirkan kesedaran dalam kalangan

masyarakat. Bahkan, pihak KASA juga berpendirian satu kemaslahatan sekiranya

pihak-pihak berkepentingan lain juga turut terlibat dalam memelihara dan memulihara

kualiti air sungai selain usahasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Selain itu, pihak KASA juga melaksanakan beberapa inisiatif dalam memastikan air

kumbahan dirawat dengan sempurna sebelum dilepaskan ke sungai. Antaranya

adalah loji rawatan kumbahan berpusat dibina bagi menggantikan loji-loji kecil yang

usang. Sementara itu, loji-loji rawatan kumbahan yang sedia ada telah dinaik taraf

bagi memastikan tahap efluen dipatuhi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh

Jabatan Alam Sekitar (JAS). Akhir sekali, pihak KASA juga telah meningkatkan

perkhidmatan pembentungan bagi memastikan lebih banyak air kumbahan dapat

dikumpul dan dirawat di loji rawatan kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai.

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 14 Julai 2020, Soalan No. 18).

(Sumber: Google Image)

Page 20: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 18

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PERUNDANGAN & HAK ASASI

SPEAKER DEWAN RAKYAT DITUKAR MENGIKUT

PERLEMBAGAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen

dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan

menjelaskan bahawa usul yang dibawa ke

Dewan Rakyat supaya Yang Dipertua Dewan

Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

mengosongkan jawatannya adalah satu usul

yang tidak cacat, justeru dibuat berdasarkan

Perlembagaan dan undang-undang yang

ditetapkan dalam Parlimen.

Usul itu diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh 14

hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula. Mohamad Ariff juga mengakui

bahawa usul itu mematuhi Perkara 57 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan (Bernama,

13 Julai 2020).

www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1860064

HUKUMAN LEBIH BERAT UNTUK PEMANDU MABUK Kerajaan akan meminda Seksyen 41 hingga 45 secara khusus untuk kesalahan

memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu. Perkara-

perkara yang akan dipinda termasuklah kadar denda, tempoh penjara dan tempoh

penggantungan lesen memandu kenderaan.

Pindaan ini bertujuan untuk menjadi satu bentuk “deterrence” dan pengajaran kepada

orang ramai supaya mematuhi semua peraturan jalan raya. Draf RUU ini dijangka

akan dibentangkan untuk persetujuan Jemaah Menteri pada 17 Julai 2020, sebelum

dibawa ke Parlimen pada sesi kali ini.

Kerajaan juga akan melihat keperluan untuk bidang menguatkuasaan undang-undang

menangkap pemandu mabuk untuk diperluaskan kepada Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ). (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 15 Julai 2020, Soalan No. 24)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR15072020.pdf

(Sumber: Berita Harian, 2020)

Page 21: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 19

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SPR BELUM YAKIN GUNA E-UNDI Sebagai respons kepada soalan yang meminta kerajaan

menyatakan perkembangan cadangan mengaplikasikan

kaedah e-undi dalam pilihan raya sebagai alternatif kepada

kaedah konvensional pasca COVID-19, Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata buat

masa ini SPR masih mengadakan libat urus dengan

pelbagai pihak dari dalam dan luar negara bagi meneliti

kaedah pengundian itu.

Hal ini kerana, walaupun banyak negara sudah

melaksanakan kaedah e-undi, laporan menunjukkan

banyak kelemahan yang menyebabkan keputusan pilihan raya dipersoalkan sekaligus

menunjukkan bahawa sistem itu tidak begitu efektif. Beliau turut menegaskan bahawa

kaedah sedia ada yang diguna pakai di Malaysia akan diteruskan dengan

penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa. (Berita Harian, 16 Julai 2020).

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/711401/aspek-kerahsiaan-kaedah-e-undi-

masih-diteliti

SPR SIAP SIAGA HADAPI PRU-15 SPR telah pun membuat persediaan dan perancangan menyeluruh bagi menghadapi

PRU-15 dengan mengambil kira kesesuaian mengikut tempoh pasca COVID-19.

Antara persiapan yang telah dilakukan SPR termasuklah dalam aspek keperluan bajet

pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia

dan latihan kepada petugas.

SPR juga menyatakan komitmen untuk mewujudkan lebih banyak pusat mengundi

tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi.

Urusan pengemaskinian daftar pemilih seperti memotong nama pemilih yang

disahkan sudah meninggal dunia dan nama pemilih yang disahkan melepaskan atau

dilucutkan hak kewarganegaraan juga turut dilakukan (Berita Harian, 16 Julai 2020).

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/711445/spr-sedia-hadapi-pru-15

(Sumber: Google Image)

Page 22: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar

R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 20

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KERAJAAN KAJI PINDAAN JENAYAH BUNUH DIRI Pada masa ini, Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses mengkaji undang-

undang berkenaan dengan kesalahan persubahatan dan percubaan membunuh diri

di Malaysia. Bahagian Pertama kajian ini ditumpukan kepada kesalahan percubaan

membunuh diri di bawah seksyen 309 Kanun Keseksaan. Manakala Bahagian Kedua

kajian ditumpukan kepada kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah seksyen

305 dan 306 Kanun Keseksaan.

Cadangan daripada pihak berkepentingan untuk mengeluarkan percubaan

membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah dan memasukkan orang yang

membuat percubaan membunuh diri ke dalam sistem rawatan kesihatan bagi

mendapatkan rawatan yang sewajarnya juga sedang dipertimbangkan oleh Jabatan

Peguam Negara. Kajian perbandingan turut dilakukan terhadap peruntukan undang-

undang mengenai percubaan untuk membunuh diri di United Kingdom, New Zealand,

India dan Singapura (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, 13 Julai 2020, Soalan No. 17)

www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

(Sumber: Google Image)

Page 23: R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A...ke Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting Peringkat Menteri-Menteri Luar