@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
SR3A
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Pemahaman
Pemahaman 1:
KUALA LUMPUR, Khamis – Untuk memeriahkan sambutan Minggu
Angkasa Sedunia (MAS) 2015 di Planetarium Negara, pelbagai
aktiviti menarik telah disediakan untuk orang awam yang berminat
meneroka bidang sains angkasa.
Menurut urus setia, sambutan Minggu Angkasa Sedunia
disambut pada tanggal 4 Oktober hingga 10 Oktober pada setiap
tahun. Tarikh ini dipilih sebagai memperingati kejayaan manusia
meneroka angkasa lepas. Namun, sambutan Minggu Angkasa Sedunia
pada tahun ini sangat istimewa kerana tahun ini merupakan ulang
tahun ke-50 penerokaan manusia ke angkasa. Tema sambutan pada
tahun ini ialah 50 Years of Human Spaceflight yang dilakar oleh Yuri
Gagarin yang mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang
mengorbit Bumi pada tahun 1961.
Untuk memeriahkan Minggu Angkasa Sedunia ini, sambutannya
melibatkan semua peringkat usia dan bangsa. Justeru, pelbagai
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
aktiviti menarik telah diatur untuk disertai oleh orang ramai sebagai
tanda sokongan kepada Minggu Angkasa Sedunia ini. Antara aktiviti
tersebut ialah tayangan percuma “Dawn of The Space Age”,
pertandingan menghias kek berkonsepkan angkasa dan pertandingan
melukis kapal angkasa Malaysia.
Untuk merancakkan lagi sambutan ini, pertandingan melancarkan
kapal terbang kertas turut dijalankan. Pertandingan yang terbuka
kepada murid sekolah rendah dan menengah ini menawarkan hamper
untuk para pemenang.
Dalam majlis yang sama, Agensi Angkasa Negara turut
mengedarkan bahan rujukan dan panduan guru untuk menjalankan
aktiviti tidak formal tentang sains angkasa di sekolah. Bahan
pengajaran yang dicetak dalam Bahasa Malaysia ini telah diberikan
kepada 400 buah sekolah terpilih di seluruh negara.
Malahan, untuk keriangan sekeluarga yang berpanjangan,
bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai program menaiki
kereta dengan plat nombor “WSW” atau “MAS” ke Planetarium
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Negara. Kemudian, sebut kata kunci “Minggu Angkasa Sedunia 50
Tahun Manusia ke Angkasa”. Jika bintang terang, sebanyak 50 buah
kenderaan terawal akan membawa pulang duit minyak setiap hari
sepanjang minggu ini.
Sambutan Minggu Angkasa Sedunia ini juga telah menjemput
angkawasan pertama Malaysia iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszhapar
Shukor untuk menyampaikan ucapan dan pengalamannya ketika berada
di angkasa lepas kepada lebih 1000 pengunjung yang hadir ke
Planetarium Negara.
Soalan :
1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara?
A. Minggu Agensi Angkasa Negara
B. Minggu Angkasa Kebangsaan
C. Sambutan Angkasa Sedunia
D. Minggu Angkasa Sedunia
2. Siapakah manusia pertama yang mengorbit Bumi pada tahun
1961?
A. Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Dr. Faiz Mansor
C. Yuri Gagarin
D. Alex Stephen Law
3. Apakah maksud perkataan meneroka yang terdapat dalam
petikan?
A. menyusur
B. menjelajah
C. menawan
D. menakluk
4. Mengapakah sambutan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun ini
sangat istimewa? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Apakah aktiviti menarik yang telah diatur untuk memeriahkan
Minggu Angkasa Sedunia? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Apakah yang diedarkan oleh Agensi Angkasa Sedunia kepada
400 buah sekolah yang terpilih di seluruh negara? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
7. Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor telah melakar kejayaan
menjadi angkasawan pertama negara ke angkasa lepas.
Pada pandangan anda, apakah sifat yang perlu ada dalam diri
seseorang untuk mencapai kejayaan? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 2:
KUALA LUMPUR, 5 Mac-Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menawarkan bantuan kepada
Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan kesedaran tentang
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah melalui
“Program OSH di Sekolah”.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, OSH perlu
diperkenalkan di sekolah berikutan berlaku kemalangan yang
melibatkan guru, murid dan petugas lain akibat runtuhan struktur
bangunan, kipas siling, tiang gol, tandas dan letupan yang berpunca
daripada bahan kimia.
“Keselamatan dan kesihatan amat penting di sekolah.
Kemalangan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi di
sekolah kerana ibu bapa amat mengharapkan anak mereka selamat di
situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah perlu
dititikberatkan bagi mencegah kecederaan mahupun masalah
kesihatan sama ada terhadap guru, kakitangan, murid atau sesiapa
sahaja yang memasuki kawasan sekolah. Kawasan sekolah juga
terdedah kepada situasi yang berpotensi membawa kemudaratan
sama ada kecederaan atau penyakit terhadap manusia atau kombinasi
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
keduanya. Antaranya, permukaan yang tidak rata, licin, curam atau
berlubang. Situasi lain seperti objek tajam yang berpotensi dilanggar
kenderaan terutamanya di luar kawasan pagar sekolah, pendedahan
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan sebagainya.
Melalui program ini, NIOSH berharap dapat mengesyorkan
kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran
pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan
pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika
berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi
menangani risiko yang dihadapi.
“Di samping itu, menyemai kesedaran sejak peringkat awal amat
penting dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang selamat dan
sihat. Diharapkan, program ini akan memberi manfaat kepada murid,”
katanya lagi.
Soalan:
1. Apakah bantuan yang ditawarkan oleh NIOSH kepada
Kementerian Pendidikan?
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
(OSH) di sekolah melalui “Program OSH di Sekolah”.
B. Kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti
penyebaran pendidikan.
C. Program untuk mewujudkan tempat yang selamat bagi murid
sahaja.
D. Mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.
2. Siapakah yang berisiko terlibat dalam kemalangan di sekolah?
A. Kakitangan sekolah C. Guru, murid, kakitangan dan
pelawat
B. Guru dan murid D. Para pelawat
3. Mengapakah program OSH perlu diadakan di sekolah?
A. Disebabkan berlaku kemalangan yang melibatkan guru, murid
dan petugas lain.
B. Bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka
yang sedang bekerja serta melindungi murid daripada
menerima kesan buruk dari segi kesihatan dan keselamatan
akibat kegiatan pekerja lain.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Untuk mencegah kecederaan mahupun masalah kesihatan
sama ada terhadap guru, kakitangan, murid atau sesiapa
sahaja yang memasuki kawasan sekolah.
D. Untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.
4. Mengapakah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di
sekolah perlu dititikberatkan? (KBAT)
5. Berikan situasi yang berpotensi membawa kemudaratan sama
ada kecederaan atau penyakit di kawasan sekolah? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pandangan anda, bagaimanakah hendak menjamin
keselamatan diri semasa berada di sekolah? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Nyatakan tiga (3) nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap
murid bagi mengelakkan berlaku kemalangan di sekolah. (KBAT)
i-Think
( %)
Pemahaman 3:
Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Telok Janggus,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
___________________________________________________
Nilai Murni
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pegawai Perhubungan Awam,
Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. 1 Mac 2016.
Tuan,
Undangan untuk Menyampaikan Ceramah Antidadah
Dengan hormatnya perkara di atas saya rujuk.
2. Untuk makluman tuan, saya mewakili Kelab Doktor Muda
Sekolah Kebangsaan Telok Janggus ingin mengundang tuan bagi
menyampaikan ceramah antidadah. Ini bersempena dengan Kempen
Antidadah 2016 yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3. Objektif Kempen Antidadah 2016 ini diadakan adalah untuk
menanam perasaan benci akan dadah dalam kalangan murid. Malahan,
kempen ini memberi penerangan kepada murid tentang implikasi
penagihan najis dadah kepada mereka. Kempen ini juga bertujuan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mendidik murid supaya bebas daripada aktiviti penyalahgunaan najis
dadah.
4. Berikut merupakan butiran lanjut tentang ceramah Kempen
Antidadah 2016 tersebut.
Tarikh : 7 April 2016
Hari : Khamis
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Ilmu, Sekolah Kebangsaan Telok
Janggus
5. Pihak sekolah akan menyediakan segala kelengkapan untuk tuan
menyampaikan ceramah. Sebarang pertanyaan tentang ceramah ini
bolehlah menghubungi setiausaha Kempen Antidadah 2016, iaitu Puan
Junoria Sulung melalui talian 09-3558245 atau e-mel,
6. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan
dengan kadar segera. Semoga pihak tuan dapat melapangkan masa
untuk hadir ke majlis ini. Hal ini disebabkan banyak pengetahuan baru
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
yang bakal diperoleh murid daripada ceramah tuan kelak. Segala
kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Ratna Liliani
(RATNA LILIANI BINTI OSMAN)
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Telok Janggus.
Soalan :
1. Apakah aktiviti yang bakal diadakan di Sekolah Kebangsaan
Telok Janggus?
A. Tayangan Amal Antidadah 2016
B. Kempen Antidadah 2016
C. Seminar Antidadah Kebangsaan 2016
D. Pameran Antidadah Kebangsaan 2016
2. Berapa lamakah ceramah itu dijangka berlangsung?
A. Tiga jam C. Dua jam setengah
B. Satu jam setengah D. Tiga jam setengah
3. Perkataan implikasi dalam petikan bermaksud
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. manfaat C. bentuk
B. kesan D. corak
4. Apakah tujuan utama surat ini ditulis? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Berikan tiga (3) objektif Kempen Antidadah 2016 ini diadakan.
(KBAT)
i. ___________________________________________
ii. ___________________________________________
iii. ___________________________________________
6. Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat membantu diri kita
mencegah daripada pengambilan dadah. (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 4:
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan
teknologi maklumat. Kini, Internet merupakan salah satu saluran
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
rangkaian penghubung dunia yang lebih dikenali sebagai dunia tanpa
sempadan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna yang
tidak bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi Internet ini.
Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua
pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui
Internet yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan
maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru
juga dipermudah melalui penggunaan Internet yang membekalkan
pelbagai ilmu terkini. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu
canggih yang dipaparkan dalam Internet juga membantu dalam proses
penyelidikan dan pembangunan.
Selain itu, Internet adalah saluran komunikasi antarabangsa.
Sebagai contoh pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan adanya Internet. Pelbagai pembedahan dan
diagnosis dapat dijalankan melalui Internet. Komunikasi dalam aspek
ekonomi dan juga politik pula dapat dimungkinkan dengan tele-
persidangan. Hal ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping
itu, pendidikan jarak jauh (PJJ) juga dapat dijalankan dengan adanya
kemudahan Internet. Para siswa dan siswi berinteraksi dengan
pensyarah melalui Internet atau persidangan maya. Hal ini memberi
faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan
pengajian mereka tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah.
Perbincangan dan forum hanya dijalankan melalui atas talian mahupun
persidangan maya serta perbincangan melalui e-mel.
Internet juga menyenangkan urusan harian manusia di mana
pembayaran bil elektrik, air dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan
mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan
pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus
pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui Internet. Urusan
menerusi Internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga boleh
memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan
dengan mudah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kesimpulannya, Internet mempunyai banyak kebaikan dan
memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia pada
zaman ledakan teknologi ini. Para pengguna perlu memahami kegunaan
Internet dan memastikan diguna untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan
pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda
dapat memanfaatkan Internet demi melahirkan masyarakat berilmu
di negara ini.
Soalan :
1. Internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung
dunia yang lebih dikenali sebagai?
A. Dunia sempadan
B. Dunia hujung jari
C. Dunia tanpa sempadan
D. Dunia tanpa wayar
2. Apakah yang dapat dijalankan oleh pakar-pakar perubatan
melalui Internet?
A. Tele-persidangan
B. Pendidikan jarak jauh
C. Persidangan maya
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pembedahan dan diagnosis
3. Padankan BETUL atau SALAH pada setiap pernyataan di bawah
berdasarkan petikan.
4. Bagaimanakah kemudahan Internet dapat membantu para
pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ)? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara ibu bapa mengawal
penggunaan Internet terhadap anak-anak di rumah? (KBAT)
Terdapat segelintir pengguna yang tidak
bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi Internet
ini.
Tugas guru kini semakin sukar dengan adanya
kemudahan Internet.
Perbincangan dan forum hanya dijalankan melalui siding
maya dan perbincangan melalui e-mel.
Para pelajar dan generasi muda perlu diberi kebebasan
untuk menggunakan Internet.
BETUL
SALAH
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Nyatakan urusan harian manusia yang boleh dibuat melalui
Internet dan kelebihannya berdasarkan petikan yang diberi. (i-
Think)
( %)
Urusan Harian
Manusia
1.
2.
Kelebihan
1.
2.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tatabahasa
1. Kata Ganti Nama Diri, Kata Ganti Nama Tunjuk & Kata Arah
A. Bulatkan jawapan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1. Sebagai warga sekolah, _____ mestilah mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
A. mereka C. kita
B. kami D. dia
2. Cikgu Ayuni sangat dihormati oleh murid-muridnya kerana
_____ telah mengajar di sekolah itu selama dua dekad.
A. dia C. beliau
B. awak D. mereka
3. “Mari _____ bawa _____ berjumpa dengan guru besar di bilik
guru,” kata Dania kepada ibu murid itu.
A. saya … puan C. kita … saudari
B. kami … kamu D. hamba … tuan hamba
4. “Jika _____ tidak keberatan, silalah datang ke rumah _____
nanti,” kata Panglima Kaduk kepada Arjuna Tapa.
A. kamu … beta C. tuan hamba … hamba
B. kalian … saya D. tuanku … patik
5. "Nah, ambil wang _____ !” kata emak sambil menghulurkan wang
kepada saya.
A. itu C. sini
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. ini D. situ
6. Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _____ .
A. itu C. sana
B. sini D. mana
7. "Jangan berkelakuan _____ , tidak elok," nasihat ibu kepada
Zarina.
A. begitu C. begini
B. itu D. ini
8. Adik duduk di _____ riba ibu selepas balik dari sekolah.
A. bawah C. sudut
B. penjuru D. atas
9. Salmi duduk di _____ Noni dan Fanny di dalam kelas.
A. pinggir C. selatan
B. antara D. kaki
10. Kambing peliharaan Pak Mat berlindung di _____ rumah
apabila hari hujan.
A. atas C. bawah
B. tepi D. samping
11. Di _____ rumah itu terdapat sebatang pokok mangga yang
berbuah lebat.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. kaki C. tengah
B. barat D. belakang
12. Zaki menyimpan nombor telefon ibunya ke _____ telefon
bimbitnya.
A. dalam C. luar
B. hadapan D. hilir
( %)
B. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul.
1. Hafiz Syahrin pelumba motor negara. __________ pernah
mendapat tempat kedua dalam kejohanan yang disertainya.
2. “__________ mengucapkan tahniah kerana kamu telah
mengharumkan nama negara,” titah Sultan Selangor kepada
Datuk Lee Chong Wei.
3. “__________ berbesar hati kerana tuanku sudi meraikan
kejayaan kami memenangi pertandingan pancaragam peringkat
antarabangsa,” ujar Cikgu Sharon kepada sultan.
baginda patik kalian beta tuanku beliau mereka
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. “__________ , inilah juadah yang didatangkan khas dari
China,” sembah bendahara kepada sultan.
5. __________ merupakan sultan yang disenangi oleh rakyat
jelata.
6. “Ayah mahu __________ melayari Internet ini untuk membuat
latihan di portal pendidikan,” ujar Encik Lukman kepada anak-
anaknya.
7. Farhan berasa sangat gembira kerana __________ sekeluarga
dapat pergi berkelah di pantai Teluk Cempedak.
( %)
C. Gariskan kata ganti nama tunjuk yang betul dalam ayat-ayat di
bawah.
1. " ( Demikian , Begini ) lah ucapan daripada Guru Besar," kata
juruacara majlis.
2. Puisi ( itu , ini ) saya tujukan untuk guru-guru sebagai
mengenang jasa mereka.
3. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ( sini , sana ) dihias
dengan cantik.
4. Perbuatan pemuda itu mencuri barang-barang surau akan
menimbulkan kemarahan penduduk di ( itu , situ )
5. ( Begini , Begitu ) lah cara yang betul untuk menyelasaikan
soalan Matematik ini.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Kita tidak harus bersikap ( begini , demikian ) dengan haiwan
kerana haiwan juga ciptaan Tuhan.
( %)
D. Isi tempat kosong dengan kata arah yang betul dalam ayat-ayat di
bawah.
1. Banjir sering melanda di negeri sebelah pantai __________
pada setiap hujung tahun.
2. Almari buku itu diletakkan di __________ kelas 5 Mawar itu.
3. Puan Mona sentiasa berada di __________ suaminya yang
terlantar sakit di hospital.
4. Pengawas itu berdiri di __________ murid-murid semasa
perhimpunan.
5. Di __________ sungai itu ada sebuah pondok yang using dan
hampir roboh.
6. Zizan berdiri di __________ kuda yang hendak ditunggangnya.
7. Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak di __________
sungai.
8. Maya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice dari
__________ pagar rumah sahaja.
hadapan timur hulu luar hilir
penjuru pangkal seberang sisi samping
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
9. Wartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran sungai
yang berlaku di __________ sungai itu.
10. Dahi Low Zhen berdarah akibat terhantuk pada
__________ pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.
( %)
E. Garis kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk dan kata arah
yang terdapat dalam petikan di bawah kemudian lengkapkan peta
minda. (i-Think)
Raja Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu
untuk mendirikan penempatan baharu di sana. Baginda lari
meninggalkan ayahanda dan bondanya. Baginda membawa diri di
samping membawa beberapa orang pembesar yang begitu setia
dengannya. Di tengah jalannya, baginda singgah di Sening Ujung
sebelum tiba di sebuah hilir kampung nelayan di kawasan itu. Di
sinilah baginda mendirikan ibu kota baharu.
Semasa baginda sedang rehat di bawah sebatang pokok, tiba-
tiba baginda terlihat kancil menendang anjing yang agak besar
saiznya betul-betul di hadapannya. “Apakah yang beta nampak ini?
Sungguh menakjubkan,” titah Raja Parameswara. “Oh, patik pun
nampak!” jawab Bentara. “Beta rasa tempat ini sesuai dijadikan
negeri, kalau begitu beta namakan negeri ini sebagai Melaka sempena
nama pokok ini. Kalian semua menjadi saksi,” titahnya. Demikianlah
asal usul negeri Melaka tercipta.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
2. Kata Kerja & Kata Adjektif
A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong _____ di Istana Negara yang tersergam indah.
A. bersemayam C. berkumpul
B. bermesyuarat D. berkunjung
2. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus
_____ bakti dan taat setia kepada negara.
A. menerbitkan C. menyucikan
B. mencurahkan D. meluahkan
3. Pendaki itu sedang berusaha dengan gigih untuk _____ gunung
yang tinggi itu sehingga kemuncak.
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Arah
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. menuruni C. memanjat
B. mendaki D. meredah
4. Baginda amat _____ apabila mengetahui bahawa terdapat
pengkhianat dalam kalangan pembesar istana.
A. melenting C. murka
B. menonjol D. menghormati
5. Kerajaan Malaysia telah _____ beberapa pasukan penyelamat
untuk membantu mangsa bencana Tsunami yang melanda Acheh.
A. menghantar C. mengharung
B. mengirim D. melepas
6. Nenek kebayan _____ seluruh anggota badan Tuan Puteri
Sukma Rindu dengan limau kasturi yang dicampur dengan air
mawar.
A. menyapu C. menggosok
B. melumuri D. memberus
7. Pokok rambutan yang _____ di hadapan rumah Johari sesuai
untuk dijadikan tempat berteduh.
A. lapang C. subur
B. merunduk D. rendang
8. Adik saya mempunyai beberapa ekor kucing yang sangat _____
dengannya.
A. 27aying C. periang
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. mesra D. manja
9. Wajah Mei Mei kelihatan _____ kerana dia mengalami demam
panas selama tiga hari.
A. longlai C. cengkung
B. surut D. letih
10. Pisang muda tidak sesuai digoreng kerana rasanya _____ .
A. kelat C. lemak
B. payau D. masam
11. Pengantin lelaki itu sungguh _____ apabila lengkap berbaju
Melayu dan bersongkok hitam.
A. lawa C. anggun
B. molek D. tampan
12. Bunga di taman mulai _____ apabila tiba musim kemarau.
A. layu C. kembang
B. kecut D. kuncup
( %)
B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai dengan ayat-ayat
di bawah.
membaca bermain menyapu memasak
mengemas berlari membantu memandu
membaca memancing menjual
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1. Adik __________ ke arah ayah kerana takut akan bunyi
letupan mercun.
2. Balkish __________ ruang tamu rumahnya pada setiap hujung
minggu.
3. Penduduk Taman Sri Inai bergotong-royong __________ lauk-
pauk di dewan untuk Majlis Beramah Mesra Penduduk.
4. Datuk Halim tekun __________ surat khabar di anjung
rumahnya.
5. Nazafee __________ adiknya menyiapkan latihan Matematik
yang diberikan oleh gurunya untuk dihantar pada hari esok.
6. Setiap petang, Ramu dan Chen Hua __________ basikal
bersama-sama.
7. Disebabkan keadaan jalan raya yang licin selepas hujan, Hakim
__________ keretanya dengan perlahan dan berhati-hati.
8. Abang Ngah sedang __________ ikan di tepi sungai bersama
kawan-kawannya.
( %)
C. Gariskan kata adjektif yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.
1. Michael Lim mengalirkan air mata kerana terlalu ( sedih , hairan
) mendengar berita tentang kemalangan itu.
2. “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan ( lazat , busuk )
pula rasanya,” kata Ghani kepada datuknya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 29
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Budak lelaki itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang
sangat ( pantas , deras )
4. Bangunan yang ( runtuh , retak ) itu akan dirobohkan oleh Majlis
Perbandaran Shah Alam pada bulan depan.
5. Keadaan dan suasana di Kampung Kemuning sungguh ( damai ,
sibuk ) dan tenang.
6. Kakak tidak suka akan daging lembu kerana baunya yang ( hamis
, tengik ).
( %)
D. Lengkapkan peta dakap di bawah dan kemudian tulis ayat
berdasarkan kata adjektif tersebut. (i-Think)
Kata
Adjektif
Perasaan
Bentuk
Ukuran
Sifat/
Keadaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 30
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
E. Gariskan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif yang
terdapat dalam ayat-ayat di bawah kemudian tulis semula di ruangan
yang betul. (i-Think)
Ayat Kata Kerja
Transitif
Kata Kerja Tak
Transitif
1. Perpaduan kaum amat penting
dalam menyumbang ke arah
Malaysia sebagai sebuah negara
maju.
2. Amin dan abangnya tidur di
atas sofa kerana keletihan
bermain bola di padang.
3. Internet memberi ruang
kepada masyarakat untuk
membina jaringan komunikasi.
4. Kapal terbang itu telah
berlepas ke Kota Kinabalu pada
pukul 10.30 pagi tadi.
5. Apabila dunia kini seolah wujud
tanpa sempadan, pelbagai anasir
boleh meracuni pemikiran kita.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 31
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah & Kata Pemeri
A. Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.
1. _____, banyaknya barang yang kamu beli! kata Lina kepada
Asmah.
A. Cis C. Aduhai
B. Wah D. Amboi
2. “_____, sungguh malang nasib kita hari ini! Sudah berjam-jam
kita memancing tetapi seekor ikan pun masih belum dapat,” kata
William kepada James.
A. Amboi C. Wahai
B. Aduhai D. Syabas
3. _____, barulah saya faham! Rupa-rupanya nenek keracunan
makanan.
A. Nah C. Oh
B. Eh D. Aduh
4. _____ yang melakukan acara penutupan dan penyampaian
hadiah tersebut?
A. Apakah C. Bagaimanakah
B. Di manakah D. Siapakah
5. Pameran Seni Tulisan Kaligrafi itu akan diadakan pada pukul
_____ ?
A. bila C. berapa
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 32
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. apa D. mengapa
6. “Tepak sirih itu diperbuat daripada _____ ?” tanya Kamarul
kepada ibunya.
A. bila C. siapa
B. mana D. apa
7. “_____ siram pokok bunga ibu petang nanti,” pesan Puan Ho
kepada anaknya.
A. Jangan C. Tolong
B. Jemput D. Harap
8. _____ semua ahli Kelab Pertanian pergi ke Taman Sains
sekarang juga.
A. Tolong C. Usah
B. Minta D. Sila
9. _____ kamu bersedih lagi kerana tidak terpilih menjadi
sukarelawan pada temasya sukan itu.
A. Sila C. Harap
B. Usah D. Minta
10. _____ beratur di sini untuk mengambil makanan tambahan
yang disediakan oleh pihak sekolah.
A. Usah C. Harap
B. Minta D. Sila
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 33
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Isi tempat kosong dengan kata pemeri (ialah , adalah) yang betul.
1. Cincin berlian ini __________ untuk ibu sempena hari jadi
beliau.
2. Mendaki gunung __________ aktiviti yang sangat digemari
oleh golongan muda.
3. Encik Osman __________ seorang polis yang sangat
bertanggungjawab.
4. Kekalahan Ali dalam pertandingan badminton __________ di
luar jangkaan kami.
5. Bangunan yang terletak di pusat bandar itu __________
sangat tinggi.
6. Warna kegemaran kebanyakan remaja pada zaman ini
__________ hitam.
7. Salah satu faktor yang menyebabkan penyakit gusi
__________ kesihatan mulut yang tidak dipelihara.
8. Suri Mahyuni __________ pelajar cemerlang di sekolah itu.
9. Bantuan makanan dan pakaian itu __________ daripada
penduduk kampung.
10. Cadangan yang dikemukakan oleh Encik Muthu semasa
mesyuarat itu __________ kurang jelas.
( %)
C. Betulkan penggunaan kata seru yang salah dalam ayat-ayat di
bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 34
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1. Aduh, cantik sungguh pokok bunga yang ditanam oleh Cikgu
Nasir itu!
2. Wah, rupa-rupanya kamu yang mengoyakkan buku latihan saya!
3. Syabas, besar sungguh rumah Datuk Zainal ini bagaikan istana
raja!
4. Nah, dasar tidak tahu malu hidung tak mancung pipi tersorong-
sorong!
5. Wahai, tidak sangka Brian juga turut serta dalam pertandingan
badminton ini!
6. Aduhai, bingitnya telingaku mendengar muzik yang keluar dari
pembesar suara itu!
7. Eh, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk
kegunaan mereka!
8. Cis, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa
ini!
9. Ah, terimalah bayaran wang yang kamu pinta pada tempoh hari!
10. Amboi, atas kejayaan kalian merebut Piala Malaysia buat
kali ketiga tahun ini!
( %)
D. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi setiap jawapan yang diberi.
1. Ah Meng berasa bangga kerana lukisannya dipuji oleh Puan
Rosnah.
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 35
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Makanan organik ialah makanan yang dihasilkan tanpa
penggunaan baja asli.
_______________________________________________
3. Tun Syed Jalil dilahirkan pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor.
_______________________________________________
4. Kumpulan semut berhimpun di dalam hutan pada setiap petang.
_______________________________________________
5. Ibu yang telah memaklumkan kepada Zizi bahawa neneknya
sakit.
_______________________________________________
( %)
E. Masukkan kata perintah yang betul dalam ayat-ayat di bawah.
1. “__________ malu untuk bertanya,” kata Cikgu Jenny kepada
murid-murid.
2. “__________ simpankan kunci ini ke dalam laci itu,” kata ibu
kepada adik.
3. __________ maaf kerana pertandingan ini terpaksa
diberhentikan kerana hujan yang sangat lebat.
4. Sesiapa yang ingin menyertai pertandingan ini, __________
angkat tangan.
5. “Lina, __________ ambilkan ayah secawan air,” kata Encik
Rosdi.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 36
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. “__________ semua penumpang memakai tali pinggang
keledar,” kata pramugari yang sedang bertugas itu.
7. “__________ makan kuih-kuih itu kawan-kawan,” kata Ayuni.
8. __________ kita akan dapat berjumpa lagi pada masa akan
datang.
9. “__________ semua calon UPSR membaca soalan dengan
teliti,” kata Ketua Pengawas di dalam dewan peperiksaan.
10. “__________ lengkapkan borang ini dengan butir-butir
peribadi anda,” kata kerani itu kepada Kwang Ja.
( %)
F. Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, kelaskan
perkataan mengikut kategori yang diberikan berdasarkan dialog di
bawah. (i-Think)
Zali : Hai, Kavi! Kamu dari mana?
Kavi : Eh, Zali rupanya! Saya baru pulang dari perpustakaan!
Zali : Mengapakah hampir setiap hari kamu ke perpustakaan?
Kavi : Sebenarnya, Cikgu Mona minta kami menyiapkan karangan
tentang salah
seorang pejuang tanah air kita. Saya mencari maklumat
tentang beliau di
sana.
sila jemput tolong usah harap minta
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 37
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Zali : Oh, begitu rupanya! Siapakah pejuang yang kamu maksudkan
itu, Kavi?
Kavi : Dato’ Maharaja Lela. Beliau ialah seorang penghulu di Pasir
Salak, Perak.
Saya memilih beliau adalah kerana sifat keberaniannya.
Zali : Wah, hebat juga beliau! Tolong beritahu saya jika kamu sudah
siapkan
karangan ini. Saya tidak sabar untuk membacanya.
Kavi : Baiklah, Zali. Jemputlah ke rumah saya nanti. Saya akan
menghubungi kamu.
( %)
Kata Tanya
-
-
-
Kata Pemeri
-
-
Kata Seru
-
-
-
-
Kata Perintah
-
-
-
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 38
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penulisan
1. Bina Ayat
Latihan 1: Ayat Lengkap
kosa kata
waktu rehat
bergegas
terlanggar
menatang semangkuk mi
tertumpah
menangis teresak-esak
meminta maaf
terkejut dengan insiden
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 39
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2 : Cara-cara Membuat Panggilan Telefon
Latihan 3 : Ayat Lengkap
kosa kata
membuat panggilan
angkat gagang telefon
masukkan
tekan nombor
tunggu jawapan
bercakap
kosa kata
beratur untuk membeli
penjaja melayan
menyediakan pesanan
memakai apron dan topi
demi kebersihan
makan di ..............yang
disediakan
membuangkan
menatang makanan.....
bersembang
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 40
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 4 : Ayat Lengkap
kosa kata
mengunjungi
dipamerkan di
memudahkan
memilih
tawar-menawar
menemani / ditemani
menimbang
berborak-borak
menyiang ikan
memakai apron
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 41
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Ulasan
Ulasan 1 :
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 42
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 2 :
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 43
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 3 :
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 44
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 4 :
Rangka Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 45
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Karangan
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Soalan 1 : Melengkapkan Cerita
Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :
Kejadian itu telah menyedarkan aku agar tidak mengingkari
perintah ibu. Aku berazam untuk menjadi seorang budak yang baik.
Soalan 2: Autobiografi
Aku Sebuah Telefon Bimbit
Soalan 3 : Syarahan
Cara-cara Menjaga Kesihatan
Soalan 4 : Fakta
Faedah Mengunjungi Perpustakaan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 46
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my