ucapan - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin)...

33
1 UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Upload: others

Post on 30-Mar-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

1

UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

Page 2: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

2

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH

ANGKASA DENGAN KERJASAMA

SPRM

17 JULAI 2017 (ISNIN)

JAM 9.00 PAGI, AUDITORIUM

ANGKASA, KELANA JAYA

Page 3: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

3

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Salam 1 Malaysia, Salam 1 Koperasi

dan Selamat Pagi

Page 4: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

4

Terima Kasih Pengacara Majlis

[SALUTASI DILETAKKAN DI ATAS

ROSTRUM SEBELUM MAJLIS

BERMULA]

__________________________________

Page 5: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

5

1. Alhamdulilah, bersyukur kita

ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia-Nya, kita dapat

bersama-sama berkumpul untuk

melafazkan dan menandatangani

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan

Page 6: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

6

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) pada pagi yang

mulia ini.

2. Tambah bermakna majlis ini

diserikan dengan kehadiran YB

Page 7: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

7

Timbalan Menteri Koperasi kita,

Dato’ Henry Sum Agong. Terima

kasih YB Dato’ kerana sudi

melapangkan masa bersama kita

menyaksikan sesi melafaz dan

menandatangani ikrar bebas

Page 8: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

8

rasuah ANGKASA. Kehadiran ini

menyuntik semangat kepimpinan

dan warga kerja ANGKASA untuk

melaksanakan tanggungjawab

dengan penuh berintegriti tinggi

selaras dengan nilai sadik,

Page 9: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

9

amanah, telus yang menjadi

pegangan kami dalam memberi

perkhidmatan terbaik kepada

gerakan koperasi dan pelanggan-

pelanggan ANGKASA.

Page 10: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

10

3. Saya juga merakamkan

ucapan terima kasih kepada SPRM

yang memberi kerjasama dan

sokongan padu kepada ANGKASA

dalam menjayakan ikrar bebas

rasuah ini. ANGKASA akan

Page 11: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

11

memanfaatkan sepenuhnya

kerjasama dengan SPRM dalam

memastikan ANGKASA dan

gerakan koperasi SIFAR RASUAH.

Page 12: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

12

4. Inisiatif ini bertepatan sekali,

sebagai peringatan kepada

semua warga kerja ANGKASA

untuk mengamalkan budaya

integriti dan akauntabiliti dalam

melaksanakan tanggunjawab

Page 13: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

13

masing-masing seperti yang

diamanahkan. Kita semua perlu

sentiasa memastikan tadbir urus,

urusan perbelanjaan diuruskan

dengan betul dan teratur mengikut

perundangan koperasi. Lebih

Page 14: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

14

penting lagi, kita perlu

melaksanakan perbelanjaan

berhemah, mengelakkan

pembaziran dan menghindarkan

diri dari terlibat dalam

penyalahgunaan kuasa dan

Page 15: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

15

penyelewengan sumber

kewangan.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Page 16: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

16

5. Saya ingin memetik kata-

kata C.S. Lewis, ahli akademik

Britain, “Integrity is doing the right

thing, even when no one is

watching”. Berteraskan kata-kata

itu, saya berharap warga

Page 17: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

17

ANGKASA dapat sentiasa

melakukan perkara-perkara yang

baik dan betul tanpa perlu

dipantau sentiasa. Peliharalah

integriti kita sebagai warga kerja

ANGKASA sebaik-baiknya, kerana

Page 18: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

18

tanpa integriti maka sia-sialah ikrar

yang telah dilaungkan dan akujanji

yang telah dimeterai itu.

6. Saya menyeru warga kerja

ANGKASA berpegang kepada nilai

Page 19: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

19

koperasi seperti: sadik, amanah,

telus, tanggungjawab sosial,

prihatin, berdikari,

bertanggungjawab pada diri

sendiri, demokrasi, kesamaan,

keadilan, perpaduan, kesetiaan

Page 20: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

20

dan bersatu hati yang terkandung

dalam prinsip-prinsip koperasi

yang menjadi tunjang

pembentukan budaya integriti dan

akauntabiliti sektor koperasi. Nilai-

nilai yang sama ini dipakai secara

Page 21: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

21

universal oleh seluruh gerakan

koperasi global.

7. Untuk makluman, ANGKASA

juga telah memberikan komitmen

tinggi dalam mewujudkan nilai-nilai

Page 22: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

22

integriti dalam kalangan warga

kerjanya. Pada 5 Mac 2015,

ANGKASA telah menandatangani

Ikrar Integriti Korporat atau

Corporate Integrity Pledge (CIP) di

hadapan Pengarah Bahagian

Page 23: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

23

Pemeriksaan & Perundingan,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia, dalam mempromosikan

integriti, ketelusan dan tadbir urus

terbaik dalam semua aspek

operasinya.

Page 24: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

24

8. CIP ini dituntut kepada

semua kakitangan ANGKASA agar

mendukung prinsip pencegahan

rasuah dan ke arah mewujudkan

persekitaran yang adil, telus dan

bebas dari rasuah. Pada waktu

Page 25: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

25

yang sama, kursus CIP telah

diberikan kepada kakitangan

ANGKASA sebanyak 20 siri

termasuk kakitangan di Sarawak

dan Sabah dalam tempoh 4 bulan.

Beberapa pegawai dari ANGKASA

Page 26: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

26

telah dipilih untuk mengikuti kursus

Pegawai Integriti Bertauliah

(Certified Integrity Officer - CeIO).

9. CeIO adalah pegawai-

pegawai yang dipilih untuk dilatih

Page 27: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

27

dan akan ditauliah oleh pihak

SPRM untuk melaksanakan dan

mengawalselia pembinaan dan

pelaksanaan CIP dalam dasar,

peraturan, garis panduan serta

SOP bahagian-bahagian dan

Page 28: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

28

dirangkumkan di bawah dasar

Corporate Integrity System (CIS).

CeIO akan mengikuti program

intensif sebanyak 22 hari dalam

tempoh 4 bulan.

Page 29: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

29

10. ANGKASA juga telah

menubuhkan Unit Integriti dengan

diketuai oleh Pengurus Besar yang

telah ditauliahkan sebagai CeIO,

untuk membantu memupuk

kesedaran integriti di kalangan

Page 30: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

30

warga kerja selain memitigasikan

risiko-risiko yang berunsurkan

rasuah di tempat kerja.

11. Melalui usaha ini, sebagai

badan puncak gerakan koperasi di

Page 31: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

31

negara ini, ANGKASA berharap

dapat menjadi ‘role

model’/pemangkin kepada

koperasi untuk mengambil

tindakan yang sama

menandatangani ikrar bebas

Page 32: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

32

rasuah dan “KATAKAN TIDAK

KEPADA RASUAH”. Dalam masa

yang sama, ANGKASA ingin

menjelaskan kepada

umum,....ANGKASA ORGANISASI

YANG TELUS DAN BEBAS RASUAH.

Page 33: UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin) jam 9.00 pagi, auditorium angkasa, kelana jaya

33

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik Walhidayah

Assalamu’alaikum warahmatullah

Hiwabarakatuh.