punca pencemaran alam

11
PENCEMARAN ALAM SEKITAR JENIS-JENIS PENCEMARAN Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran tanah Pencemaran bunyi

Upload: juwitasambatan

Post on 04-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN ALAM SEKITARJENIS-JENIS PENCEMARANPencemaran udaraPencemaran airPencemaran tanahPencemaran bunyiPENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri.

JENIS-JENIS PENCEMARAN UDARAPencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup

PUNCA PENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku.

KESAN PENCEMARAN UDARAAkibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas.Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

PENCEMARAN AIRPencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.PUNCA PENCEMARAN AIRSisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungaiPENCEMARAN TANAHPencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.PUNCA PENCEMARAN TANAHPembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebutKESAN PENCEMARAN TANAHmemberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

PENCEMARAN BUNYIAntara punca-punca pencemaran ini ialah:a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan