pencemaran alam.2

53
PENGENALAN. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti

Upload: csonic

Post on 24-Jun-2015

374 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: pencemaran alam.2

PENGENALAN.

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran

Page 2: pencemaran alam.2

adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7.Pencemaran sungai dan kolam

Page 3: pencemaran alam.2

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

1.PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke

Page 4: pencemaran alam.2

tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Page 5: pencemaran alam.2

1. Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

JENIS-JENIS BAHAN PENCEMAR.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

1. Sulfur dioksida

2. Karbon monoksida

3. Nitrogen dioksida dan ozon

4. Alergen

Page 6: pencemaran alam.2

5. Plumbum dan logam-logam lain

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

1. Pelepasan asap kenderaan2. Proses industri - penghasilan bahan pencemaran

oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereta

3. Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar

4. Pembakaran hutan

5. Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi

6. Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan

7. Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

KESAN PENCEMARAN

Kesan-kesan pencemaran udara : 1. Kesihatan terjejas2. Pertanian yang tidak produktif

Page 7: pencemaran alam.2

3. Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur

4. Mengotorkan persekitaran - habuk

2.PENCEMARAN AIR

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak

Page 8: pencemaran alam.2

individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Page 9: pencemaran alam.2

Rajah 1.4 Gambar menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang

Page 10: pencemaran alam.2

keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

KESAN PENCEMARAN 1. Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan

bahan kimia yang lain.2. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang

atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

3. PENCEMARAN LAUT.PUNCA-PUNCA PENCEMARAN LAUT.

a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.

b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.

c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

Page 11: pencemaran alam.2

d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar menunjukkan ikan paus yang terdampar di pantai akibat pencemaran.

4. PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

PUNCA -PUNCA PENCEMARAN TANAH

Page 12: pencemaran alam.2

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

KESAN-KESAN

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Page 13: pencemaran alam.2

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Page 14: pencemaran alam.2

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.PENCEMARAN BUNYI.Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

Page 15: pencemaran alam.2

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

KesimpulanMalaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan

Page 16: pencemaran alam.2

pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Page 17: pencemaran alam.2

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit bolehdigunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.

Page 18: pencemaran alam.2

Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM.

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu

Page 19: pencemaran alam.2

Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

AMALAN SEHARIAN DI RUMAH

1. tidak membuang sisa minyak ke dalam sinki di mana minyak dibungkus dan dibuang dalam tong sampah, perbuatan pembuangan minyak di dalam singki menyebabkan air sukar dirawat.

2. Tidak melakukan pembakaran untuk membakar sampah.

3. mengitar semula bahan-bahan agar tidak tercemar

SISTEM MEMPROSES KUMBAHAN

1. Air dan sisa najis dirawat seperti di kluster B dan Indah WATER

2. Penggunaan mikrobiologi seperti Spyrogra dan Chorella.

Page 20: pencemaran alam.2

3. Pertanian persekitaran terkawal dan pengawalan biologi.

4. pertanian persekitaran terkawal elak guna insektiside seperti penanaman dalam kelambu.

5. Kawalan biologi seperti penggunaan burung hantu kawal tikus dan bakteria kawal serangga.

PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI

1. penggunaan bakteria yang diubasuai untuk mengatasi pencemaran air akibat tumpahan minyak.

2. Pengubahsuaian tanaman untuk tahan penyakit, kurang guna racun.

3. Kenderaan mesra alam yang tidak menggunakan minyak berplumbum atau menggunakan tenaga solar.

4. Sebelum dimajukan sesuatu kawasan perlu dilakukan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA).

5. Memperbanyakan pembinaan tempat membakar sampah secara tertutup di mana sisa terus menjadi abu tanpa meninggalkan kesan yang tinggi terhadap alam sekitar seperti pembinaan incinerator di Selangor.

Page 21: pencemaran alam.2

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM

SEKITARMemandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol

Page 22: pencemaran alam.2

yang tidak mengandungi CFC.Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran b.Kempen-kempenC.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAMPameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta,

Page 23: pencemaran alam.2

polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan

kesedaran dan mengajar masy arakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak

Page 24: pencemaran alam.2

langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran

Page 25: pencemaran alam.2

ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

Page 26: pencemaran alam.2

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran.Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :

1. mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka

2. menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan.

3. membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan.

4. mengawal aktiviti pembinaan,perlombongan dan pembalakan.

5. menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar.

6. menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Page 27: pencemaran alam.2

Pengolahan Alam HidupanMengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab

1. Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya(makanan,pakaian dan tempat kediaman)dan mendirikan tempat rekreasi.

2. Dalam usaha memenuhi keperluannya,manusia telah membuka hutan untuk pertanian,perumahan,industri perlombongan,membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau.

3. Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi,banyak spesies tumbuhan dan haiwan.Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar.

4. Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan,makanan,ubatan,kulit dan bulu turut susut bilangannya.

Page 28: pencemaran alam.2

5. Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia.

6. Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya.contohnya,burung dodo,harimau bali,dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi.

7. Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan.

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan

1. Makanan:manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya.Masih banyak spesies

Page 29: pencemaran alam.2

tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat.

2. Ubat-ubatan:Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan.Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah,AIDS dan sebagainya.

3. Sumber bahan mentah

Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.

Hasil keluaran seperti kulit haiwan,madu,rotan,damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan.

4. Keseimbangan alam sekitar :

Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam.

Page 30: pencemaran alam.2

Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas.Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis.

Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara.

Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir,hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun.

Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari,langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi.

5. Sumber air:Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia

Page 31: pencemaran alam.2

6 Rekreasi:Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7. Ekonomi:hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman,hasil tangkapan ikan,kayu balak,damar,ubat-ubatan,kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

1. Di Malaysia,pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti:

Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika (bunga pakma,orkid-orkid liar dan pisang liar).

Burung-burung(misalnya burung enggang,bangau dan helang bahu hitam).

Page 32: pencemaran alam.2

Haiwan(misalnya tapir,harimau,badak Sumatera,orang utan,siamang,lutong, dan ular sawa).

Serangga.

Penyu(misalnya penyu belimbing dan penyu hijau).

Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan:

Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China.Kini,terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal.

Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan.

Ikan paus biru,haiwan yang terbesar,terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk daging dan lemaknya.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Page 33: pencemaran alam.2

1. Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

2. Sumber Bumi adalah terhad.Dengan penambahan populasi dunia,lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar.Pada masa yang sama,kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada.

3. Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk:

Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya,hutan dara,hutan simpanan,dan taman negara(T.N.Pahang:T.N.Kinabalu di Sabah;T.N.Bako,T.N.Mulu dan T.N.Niah di Sarawak).

Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan.

Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya

Page 34: pencemaran alam.2

bakau,misalnya di Matang (Perak) dan Pulau Kukup (Johor).

Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan,seperti ikan dan penyu(di pantai timur),tuntung(Perak)dan orang utan(sabah dan Sarawak).Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan-haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya.

Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut.Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang,Pulau Tioman,pulau Paya,Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi.

Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap,menembak atau menjualnya.Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan,siamang,kera, badak Sumatera dan harimau.

Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar.

Page 35: pencemaran alam.2

Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar.

Penghutanan semula,iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang.

Pendidikan:Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar.

Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air.

0 comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Islamic Widget

Islamic Calendar

Islamic Clock

Page 36: pencemaran alam.2

Your Text

Search This Blog

Top of Form

powered by