punca pembunuhan diri

12
KUALA LUMPUR : Seorang wanita di India meninggal dunia selepas nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan bersamanya. Wanita yang dikenali dengan nama Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat kerosakan organ dalaman yang teruk. Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka berlebihan.Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.Neha yang begitu kecewa pelawaannya ditolak akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan mengenai berita ini.Sehingga berita ditulis, polis belum menahan Vishal untuk membantu siasatan. http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-nekad-bunuh-diri- kerana-filem-terbaharu-shah-rukh-khan-48091?cp BANGKOK : Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok, lapor AFP.Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan. Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 06-Sep-2015

4 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

punca

TRANSCRIPT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di India meninggal dunia selepas nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan bersamanya.

Wanita yang dikenali dengan nama Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat kerosakan organ dalaman yang teruk. Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka berlebihan.Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.Neha yang begitu kecewa pelawaannya ditolak akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan mengenai berita ini.Sehingga berita ditulis, polis belum menahan Vishal untuk membantu siasatan.http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-nekad-bunuh-diri-kerana-filem-terbaharu-shah-rukh-khan-48091?cp

BANGKOK: Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok, lapor AFP.Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan.

Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa. Menurut saudara wanita terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.Kawalan keselamatan di taman tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan.http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-bunuh-diri-terjun-dalam-kolam-sarat-dengan-buaya-44066?cp

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam.Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.

"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri," menurut kenyataan itu.Pegawai seranta kepada pelakon "Good Will Hunting" ini berkata beliau sering mengalamikemurungansebelum kematiannya."Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Beliau telah bergelut dengan kemurungan sejak kebelakangan ini," Mara Buxbaum berkata dalam satu kenyataan. "Ia satu kehilangan yang tragik dan mengejutkan. Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu di kala mereka berduka di saat yang sukar ini."

Isterinya Susan Schneider memohon agar berjuta-juta peminat bintang veteran yang juga ayah kepada tiga anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak."Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang artis yang disayangi dan seorang yang baik hati," kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga aktor itu pada tahun 2011.Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, nama Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy".

Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Veitnam, "Dead Poets Society" (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang eksentrik, dan "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar.

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-robin-williams-ditemui-mati-disyaki-membunuh-diri-41725?cp

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri di Batu Lancang Sabtu.Mangsa yang berusia 60 tahun tinggal sendirian selepas bercerai dengan isterinya dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak empat bulan lalu.

Dalam kejadian 3.40 petang itu mangsa sebelum itu bertindak berdiri di tepi tingkap rumahnya dan mahu terjun namun dipujuk anggota bomba yang bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan orang awam.Anggota bomba mengambil masa empat jam memujuk mangsa namun gagal apabila lelaki itu nekad terjun.Mangsa yang jatuh di atas tilam yang disediakan pasukan bomba masih bernyawa dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahab berkata pihak polis menerima maklumat kejadian 3.40 petang dan bergegas ke tempat kejadian dan membenarkan anggota melakukan kerja menyelamat.

Ahli keluarga dan kaunselor dari pihak PDRM cuba memujuk mangsa namun gagal.Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di hospital Pulau Pinang.Kes disiasat dibawah seksyen 309 kanun keseksaan atas cubaan membunuh diri.http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-maut-selepas-terjun-dari-tingkat-11-36037?cp

JAKARTA: Wabak Spidey membawa kesan buruk apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Valentino yang berusia lima tahun dilaporkan membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem terbaru hero kegemarannya itu di pawagam.Memetik petikan beberapa portal berita Indonesia termasuk kompas.com, mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di Apartment Laguna, Pluit, Jakarta Utara pada Khamis.Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/budak-lima-tahun-bunuh-diri-kerana-tidak-dibenarkan-tonton-spiderman-35201?cp

Remaja cenderung bunuh diri

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

ANGGARAN Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan hampir satu juta orang membunuh diri setiap tahun. Dalam tempoh satu jam, kira-kira 90 orang membunuh diri dan seorang melakukan tindakan sama pada setiap 40 saat.Manakala, sebanyak 60 peratus daripada jumlah tahunan kes bunuh diri berlaku di Asia yang mana kebanyakannya di China iaitu hampir 200,000 kes, India (100,000 kes) dan Jepun (32,000 kes).Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri. Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Maniam Thambu berkata, semua statistik dikeluarkan WHO dan perkembangan mengenai bunuh diri menunjukkan kejadian itu menjadi satu masalah kesihatan masyarakat yang serius.Katanya, membunuh diri seolah - olah dilihat sebagai satu cara penyelesaian terbaik dan kekal ketika seseorang berdepan masalah hidup yang bersifat sementara.Dr. Maniam berkata, laporan WHO membuktikan kejadian bunuh diri berlaku di semua negara dan dalam mana-mana agama, bangsa serta kaum."Istilah tingkah laku bunuh diri boleh ditafsirkan sebagai merangkumi tingkah laku idea untuk bunuh diri, merancang untuk bunuh diri, mencederakan diri sendiri, percubaan bunuh diri dan bunuh diri."Pada masa sama, tingkah laku yang berisiko kepada kesihatan dan mengamalkan cara hidup tidak sihat yang dilakukan secara sengaja juga dikategorikan sebagai bunuh diri."Contohnya terbaik, seorang wanita yang cuba membunuh diri tetapi gagal dan kemudian sengaja berkahwin dengan seorang penagih dadah dijangkiti HIV, jadi wanita ini sebenarnya berniat mahu dijangkiti HIV serta mati akibat AIDS," katanya.Beliau berkata demikian pada Syarahan Perdana Profesor Dr. Maniam Thambu bertajukHidup Atau Mati: Masalah Bunuh Diri Dari Perspektif Psikiatridi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.Dr. Maniam berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk membunuh diri iaitu sosiobudaya, ekologi, masalah kesihatan fizikal (perubatan) dan masalah kesihatan mental (psikologi atau psikiatri).Dari segi faktor sosiobudaya, bunuh diri berlaku apabila ketiadaan kepercayaan budaya dalam agama yang mengharamkan secara tegas tindakan itu.Selain itu, melalui jangkitan iaitu kekerapan kes bunuh diri yang berlaku akan mendorong orang lain melakukannya.Ia juga berlaku apabila wanita merasa tertekan apabila dianggap tidak setaraf dengan lelaki dan sebagai bantahan moral kerana merasakan tidak mempunyai kuasa untuk membela diri.Tegasnya, antara faktor utama lain masalah itu adalah pengaruh media massa terutama Internet yang mana maklumatnya boleh diakses secara terperinci dan tanpa kawalan sehingga menggalakkan pengetahuan seseorang mengenai sesuatu perkara termasuk cara membunuh diri.Antara contohnya apabila sesebuah akhbar melaporkan bagaimana seseorang individu terjun dari tingkat tertentu bangunan tinggi atau mengelar tangan yang mana boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berniat membunuh diri."Pada 2003, seorang ayah menemui anak lelakinya membunuh diri di dalam bilik dan skrin komputernya tertera cara terperinci bagaimana membunuh diri yang dimuat turut dan ditiru."Kes lain menunjukkan pada 2002, seorang lelaki yang berkomunikasi melalui laman bual di Internet memberitahu seorang wanita mengenai rancangannya membunuh diri serta mengajak wanita itu menemaninya, jadi kerana terpengaruh, wanita berkenaan bersetuju dan mereka membunuh diri bersama-sama dengan terjun dari tebing yang tinggi."Faktor lain adalah kemiskinan, penyerpihan masyarakat, alkohol, isu kasta, masalah sosial dan kesan migrain," ujarnya.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz3QmeSE6oP

DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang, luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu. Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari. Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-cuba-bunuh-diri-didakwa-1.231111Seorang remaja perempuan di timur Nepal bunuh diri selepas pasukan bolasepak Brazil dibelasah oleh Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 pada Rabu, lapor The Himalayan Times.Pragya Thapa, 15, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya. Dia meninggalkan nota bunuh diri namun laporan media tidak mendedahkan isi kandungan nota tersebut.Remaja itu menonton perlawanan separuh akhir tersebut sehingga gawang Brazil bolos pada kali keempat, kata sumber ahli keluarga. Dia kemudian masuk ke biliknya selepas diejek oleh kawan-kawannya."Dia sangat teruja hendak lihat Brazil masuk akhir tetapi kalah kepada Jerman. Beberapa orang kawannya mengejek dia kerana menyokong Brazil. Pada sebelah pagi, dia nekad gantung diri di biliknya," kata polis.Menurut laporan media, bapa remaja itu berkerja di sebuah negara di Teluk. Anak sulung dalam keluarga itu bersekolah di sebuah sekolah Inggeris. Dia dijadual menduduki peperiksaan pada Rabu.

IPOH - Seorang remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri dalam bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi gurunya di Taman Pertama di sini, kelmarin.

Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat anak kesayangannya itu tergantung menggunakan selimut.Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya semakin stabil.Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah sekolah di sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri dalam biliknya sebaik pulang dari sekolah.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan berkata, remaja itu bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di sekolah dan dikatakan mahu mengadu kepada ayahnya yang bertugas sebagai polis di balai berhampiran.Mereka tidak mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat rapat dengan abangnya yang berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan apa-apa masalah kepada kami, katanya di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah.Kejadian itu juga tidak membabitkan masalah keluarga namun, kita masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini, katanya.

http://www.lamankongsi.com/2012/04/remaja-bunuh-diri-tertekan-dimarahi.htmlVemale.com- Mendapat nilai yang bagus adalah cita-cita gadis ini. Dia selalu mendapat tekanan dan mendorong dirinya untuk selalu mendapat nilai A dan tidak boleh gagal. Sayangnya, di usia yang masih sangat muda, tekanan untuk ujian 15 mata pelajaran berat membuat remaja cantik ini memutuskan bunuh diri.

Lisa Wilks (17 tahun) adalah seorang gadis pintar di sekolahnya. Dia bercita - cita ingin menjadi seorang ilmuwan, sehingga dia menetapkan standar tinggi bahawa nilai-nilainya harus bagus. Ditambah lagi dorongan dari pihak kampus bahawa murid-muridnya tidak boleh gagal, bahkan nilai B tidak cukup baik untuk melanjutkan kuliah. Dengan 15 mata pelajaran yang diambil Lisa, gadis ini merasa sangat tertekan menjelang ujian,

Foto: copyright dailymail.co.ukDengan tekanan yang sangat besar itu, Lisa sering merasa stress dan marah. Pelajaran seperti kimia, biologi, matematika statistik, psikologis dan pelajaran lain membuatnya kehilangan akal. Gadis cantik ini bahkan sering mengatakan pada ibunya, Christine (55 tahun) bahawa dia ingin gantung diri agar tidak perlu ikut ujian. Siapa sangka, keinginan itu benar-benar dilakukan. Ayah Lisa menemukan putrinya gantung diri di dalam kamar bulan Mei lalu."Anak-anak memberitahu bahawa mereka tidak boleh gagal. mereka ditargetkan nilai tinggi, nilai B tidak cukup.Orang-orang dewasa mengatur mereka dan melupakan bahawa setiap anak sebenarnya pintar tanpa didorong lebih jauh," ujar Christine.Christine juga mengatakan bahawa putrinya mengalami tekanan besar dan memberikan yang terbaik di luar kemampuan dirinya. "Dia merasa melakukan yang terbaik dan sampai di titik dimana nilai kimianya buruk. Nilai kimia B yang diterima Lisa dianggap kegagalan bagi Lisa,"Sebagai orang tua yang melihat tekanan ini, Christine dan suami pernah berdiskusi bahawa Lisa tidak harus kuliah di Blackpool Sixth Form jika itu hanya membuatnya menderita. Namun impian Lisa menjadi ilmuwan membuatnya semakin terjebak dengan tekanan mental dari pelajaran -pelajaran yang sangat berat, termasuk tuntutan mendapat nilai A atau A+.