punca konflik dalam keluarga

5
Punca Konflik Dalam Keluarga Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga? Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga. Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isu-isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga. Dalam lakonan kami, antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga kami ialah : 1) Masalah kewangan Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga. Sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di samping peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Dalam kes ini, Zain dan Ersalina selaku ibu dan ayah telah mengalami masalah kewangan di mana gaji yang mereka terima amat rendah walaupun kedua-duanya bekerja. Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh seorang ibu dan bapa mungkin menyebabkan ahli keluarga memberontak. Anak Zain iaitu

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 11-Dec-2014

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Punca

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Konflik Dalam Keluarga

Punca Konflik Dalam Keluarga

Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga

(Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga?

Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai

sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut

melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun

bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke

atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga.

Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung

menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi

biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan

kekeluargaan. Akhirnya isu-isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang

besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu

sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga.

Dalam lakonan kami, antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam

keluarga kami ialah :

1) Masalah kewangan

Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga.

Sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di

samping peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Dalam kes ini, Zain dan

Ersalina selaku ibu dan ayah telah mengalami masalah kewangan di mana

gaji yang mereka terima amat rendah walaupun kedua-duanya bekerja.

Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh

seorang ibu dan bapa mungkin menyebabkan ahli keluarga memberontak.

Anak Zain iaitu Hadi telah mengamuk apabila dia tidak dapat wang saku dari

ayahnya Zain dan menyebabkan mereka bertengkar.

Kos hidup yang semakin meningkat dan gaji yang rendah telah

membuatkan pasangan keluarga Zain telah mengehadkan perbelanjaan.

Konflik berlaku apabila Ersalina telah membeli barang-barang yang bukan

keperluan utama mereka seperti barang kemas, alat solek dan sebagainya.

Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu telah mengurangkan

pendapatan keluarga Zain dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit.

Page 2: Punca Konflik Dalam Keluarga

Faktor wang ini telah menyebabkan pergaduhan di antara Zain dan Ersalina

yang menggugat kebahagiaan keluarga mereka. Keadaan utama dalam

keluarga Zain ialah mereka tidak mempunyai asas perancangan kewangan

dan telah mengalami masalah untuk menguruskan kewangan masing-masing

terutama apabila pendapatan isi rumah Zain sangat kecil dan terhad.

2) Wujudnya Orang Ketiga

Di antara konflik yang perlu dielakkan sebagaimana yang ada di atas adalah

suami isteri sewajarnya mengekang wujudnya orang ketiga. Orang ketiga ini

tidak kira lah kawan atau kekasih pihak suami atau isteri. Apabila wujudnya

orang ketiga tadi sudah pasti akan mengundang kepada konflik dan apabila

diketahui oleh pihak satu lagi sudah pasti konflik ini akan terus berlarutan

dan saat paling pedih ianya boleh mengundang kepada perceraian.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman mengakui kehadiran orang

ketiga seringkali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang.

Namun menurutnya orang ketiga bukan punca utama perceraian. Mengikut

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat yang dijalankan LPPKN

pada tahun 2004, cuma 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran

orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan

dimadukan. Sebaliknya, tiada persefahaman antara pasangan, iaitu sebanyak

42 peratus, merupakan punca utama perceraian.

Dalam masalah kewangan yang telah melanda keluarga Zain dan

Ersalina, satu lagi punca telah wujud yang menyebabkan konflik dalam

keluarga Zain apabila wujudnya orang ketiga dalam perhubungan mereka

selaku su

Dikatakan bahawa isu main kayu tiga atau curang semakin mudah

berlaku apabila pasangan mengambil kesempatan atas kemudahanteknologi

telekomunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS), mesej bergambar

(MMS) dan laman jaringan sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster

untuk menambah kenalan. Dari teman profesional yang akhirnya menjadi

teman sosial, rakan sekerja atau orang yang baru dikenali tetapi mempunyai

Page 3: Punca Konflik Dalam Keluarga

keserasian semasa bersama. Apabila wujud keadaan seseorang tertarik atau

ditarik seseorang, konflik mula timbul di antara pasangan suami isteri

walaupun berpunca daripada perkara remeh. Kesannya pada tahap tersebut

suami atau isteri mula mencipta alasan untuk mereka mencari pasangan

hidup yang lebih sempurna,” kata Aminah.

3) Wujud Halangan Komunikasi

Dalam sebuah keluarga tentunya berlaku komunikasi. Walaubagaimanapun,

komunikasi yang berlaku antara ibu dan bapa, kadang-kadang akan berlaku

pendapat yang berbeza. Perbezaan pendirian dan perasaan merupakan

faktor penyebab berlaku konflik dalam komunikasi. Akibat daripada sumber

mesej yang disalurkan tidak cukup maka percanggahan pendapat dan

persepsi menyebabkan penerima mesej tersebut tersalah anggap. Perbezaan

pendapat ini akan melonggarkan ikatan pasangan suami isteri apabila konflik

seperti ini sering berlaku.

Terdapat banyak isu yang menjadi konflik dalam sesebuah keluarga.

Antaranya adalah isu berkenaan kewangaan, hubungan mentua, hubungan

keluarga lain dan anak-anak. Suami perlu cenderung untuk mewujudkan

perbincangan dan memberi peluang kepada isteri untuk memberi pendapat

mengenai sesuatu isu bagi mencapai kata sepakat. Mesej yang disampaikan

oleh suami kadang kala tidak dapat diterima oleh isteri apabila penyaluran

mesej tersebut kurang difahami atau langsung tidak difahami atau

sebaliknya.

Pegawai Psikologi Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan

Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),

Dr Khamsiah Ismail, pernah berkata kewangan boleh menjadi punca utama

konflik keluarga walau sebanyak mana jumlah wang yang diperoleh. Ini

adalah konflik komunikasi dalam menentukan perbelanjaan kewangan

sesebuah keluarga. Sikap untuk mempertahankan diri dan memiliki tujuan

dan pendapat yang berbeza akan mewujudkan konflik walaupun tujuan yang

Page 4: Punca Konflik Dalam Keluarga

sama bagi mencapai matlamat dalam institusi keluarga. Penghantar dan

penerima mesej menganggap bahawa satu sama lain adalah penghalang

bagi mencapai matlamat yang perlu dipenuhi.