punca / kadar kemerosotan bangunan

10
PENGENALAN Semua bahagian & komponen bangunan akan merosot mengikut masa. Penyenggaraan bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan. Kadar kemorosotan bangunan terdiri daripada ; 1. Bahan-bahan 2. Kaedah pembinaan 3. Keadaan persekitaran 4. Kegunaan bangunan 1. Bahan-binaan 1.1 Bahan-bahan binaan seperti konkrit, keluli, bata dan kayu adalah bahan-bahan yang biasa ditemui pada sesebuah struktur. Setiap bahan binaan ini mempunyai ciri-ciri kelakuannya yang tersendiri. Sebarang perbezaan di antara nilai reka bentuk dan nilai ciri sebenar bahan tersebut akan menyebabkan struktur tersebut tidak dapat memberikan prestasi seperti yang diharapkan. 1.2 Kualiti sesuatu bahan binaan yang dibekalkan ke tapak bina adalah berlainan bergantung kepada pembekal dan juga harganya. Kebiasaannya, harga yang tinggi dikenakan kepada bahan binaan yang terjamin kualitinya dan begitulah juga sebaliknya. Kos bahan binaan bergantung kepada cara penghasilannya, sumber dan juga musim ketika mana ia dihasilkan. Oleh yang demikian, lazimnya pihak kontraktor

Upload: acik-fai-rusz

Post on 22-Jun-2015

4.362 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

asignment bab 3material contructions

TRANSCRIPT

Page 1: punca / kadar kemerosotan bangunan

PENGENALAN

Semua bahagian & komponen bangunan akan merosot mengikut masa. Penyenggaraan bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan.

Kadar kemorosotan bangunan terdiri daripada ;

1. Bahan-bahan2. Kaedah pembinaan3. Keadaan persekitaran4. Kegunaan bangunan

1. Bahan-binaan

1.1 Bahan-bahan binaan seperti konkrit, keluli, bata dan kayu adalah bahan-bahan yang biasa ditemui pada sesebuah struktur. Setiap bahan binaan ini mempunyai ciri-ciri kelakuannya yang tersendiri. Sebarang perbezaan di antara nilai reka bentuk dan nilai ciri sebenar bahan tersebut akan menyebabkan struktur tersebut tidak dapat memberikan prestasi seperti yang diharapkan.

1.2 Kualiti sesuatu bahan binaan yang dibekalkan ke tapak bina adalah berlainan bergantung kepada pembekal dan juga harganya. Kebiasaannya, harga yang tinggi dikenakan kepada bahan binaan yang terjamin kualitinya dan begitulah juga sebaliknya. Kos bahan binaan bergantung kepada cara penghasilannya, sumber dan juga musim ketika mana ia dihasilkan. Oleh yang demikian, lazimnya pihak kontraktor akan menggunakan bahan binaan yang murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang dikehendaki dengan mengabaikan kualiti bahan tersebut.

1.3 Lazimnya, masalah yang timbul pada struktur disebabkan bahan binaan adalah berpunca daripada penggunaan beberapa bahan binaan yang berkualiti rendah. Bahan-bahan binaan yang berkualiti rendah ini akan menjejaskan kekuatan struktur apabila ia memberikan kesan secara kumulatif. Bahan binaan yang berkualiti rendah ini akan digunakan untuk satu jangka masa yang lama dan secara berterusan ia akan memberikan kesan negatif kepada struktur.

Page 2: punca / kadar kemerosotan bangunan

1.4 Oleh yang demikian, setiap kerja kontraktor di tapak bina hendaklah dipantau bagi menjamin mutu kerja yang baik.

Contoh :

a) Dinding - Pertumbuhan kulat pada dinding luar bangunan- Kedaan basah ditakrifkan sebagai kandungan wap air yang

cukup untuk menyebabkan penghitaman, pengotoran, penumbuhan kulat dan kerosakan permukaan bahan & struktur.

b) Kebanyakan bahan struktur akan usang

- Oleh itu tugas arkitek/ jurutera ialah memilih bahan yang sesuai dengan kegunaan agar usianya panjang.

- Punca kecacatan:o Dijangka (kerosakan terhad). o Kemalangan (kebakaran, hujan, ribut dsb.) o Kesalahan rekabentuk & pembinaan. o Kesilapan pemilihan bahan. o Kesilapan penyelenggaraan.

c) Kecacatan bumbung

- lazimnya senang untuk mengetahui keadaan basah yang berpunca dari bumbung, tetapi sukar untuk menjelaskan alasannya.

- umumnya keadaan ini berpunca daripada kesalahan pemilihan

Page 3: punca / kadar kemerosotan bangunan

Bahan yang tak berkualiti.

Berlaku Pereputan

d) Kulat - Berlaku pada permukaan bata, batu, konkrit, lepaan ,jubin, wallpaper dan cat menyebabkan tompokan penurunan warna (hijau , kelabu, hitam).

- Berpunca daripada masalah lembap/ basah pada bahagian trtentu.

e) Logam - Bahan berkarat- Berpunca daripada tindakbalas cuaca, suhu dan udara.

2. Kaedah Pembinaana) Kesilapan Semasa Pembinaan

- Semasa pembinaan dijalankan, pengawasan sepenuhnya perlu dilakukan dan ia dapat memberikan beberapa kesan positif seperti berikut :

1. Dapat mengurangkan kecacatan pada struktur 2. Dapat mengurangkan kos pembaikpulihan 3. Meningkatkan lagi taraf keselamatan di tapak bina. 4. Dapat memperbaharui imej industri pembinaan dan hubungan dengan pemilik.

- Masalah yang berlaku seperti honeycombed, kesilapan penjajaran dan masalah kebocoran pada acuan akan berlaku dengan mudah. - Contoh kerosakan struktur disebabkan oleh kesilapan semasa pembinaan adalah kes kegagalan sambungan pada sebuah bangunan yang simetri

Page 4: punca / kadar kemerosotan bangunan

b) Contoh : Kualiti pembinaan tidak mengikut spesifikasi dan amalan baikkejuruteraan

1. Kerja konkrit yang menyebabkan pengasingan ( honey combing )2. Kerja mengecat tidak menggunakan undercoat3. Kerja pemasangan jubin4. Kayu tidak mengikut spesifikasi – jenis kayu, pengawetan5. Rasuk lintol dan tetiang tidak dibina atau sempurna Menyebabkan rangka tingkap & pintu melendut

Retak dan tetulang berkarat

3. Keadaan Persekitarana) Masalah geoteknik merujuk kepada masalah struktur asas atau cerucuk dan juga

masalah tanah itu sendiri. - Masalah pertama berkemungkinan berpunca daripada kenaan beban

secara berlebihan daripada struktur atas. - Manakala masalah daripada tanah berpunca daripada bilangan

cerucuk yang tidak mencukupi atau kesilapan semasa penanaman cerucuk atau berkemungkinan juga daripada kehilangan kekuatan galas tanah akibat daripada kerja berhampiran.

- Masalah yang sering dapat dilihat berpunca daripada masalah asas dan masalah tanah ialah berlakunya mendapan yang tidak seragam dan seterusnya akan menjejaskan keseluruhan struktur tersebut.

Page 5: punca / kadar kemerosotan bangunan

b) Kegagalan asas boleh dikategorikan seperti berikut : a) Penggalian bawah tanahb) Kegagalan pemindahan beban c) Pergerakan sisi d) Sokong yang tidak seimbang e) Masalah reka bentuk f) Masalah pembinaan

c) Tindakbalas yang diakibat oleh CUACA, SUHU DAN CAHAYA- mempercepatkan proses pereputan, karat.- Kepanasan suhu luar bertindakbalas dengan kesejukan suhu dalam

bangunan mengakibatkan cermin retak.

d) Kemerosotan diakibatkan oleh sebab berlaku EROSION, GROUND MOVEMENT,

INSERT ATTACK (serangan anai-anai).

4. Kegunaan Bangunan

a) Kesilapan reka bentuk - Kerosakan tidak hanya dilihat pada struktur yang mengalami

keruntuhan, tetapi juga apabila struktur tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki seperti berlaku pemendapan, perubahan bentuk, keretakan dan perubahan penjajaran.

- Kesilapan reka bentuk boleh berlaku dengan mudah kerana kesemua data reka bentuk berada di dalam dokumen kontrak seperti lukisan dan spesifikasi. Sebarang kesilapan atau kelalaian boleh berlaku daripada pereka bentuk sama ada arkitek mahupun jurutera.

- Kesilapan boleh berlaku semasa membuat andaian jumlah beban dan diikuti dengan kelalaian semasa membuat perincian, ketidakprihatinan pada sambungan di antara dua anggota, kedudukan dan saiz tetulang yang tidak betul dan pengabaian pada kesan pengembangan dan pengecutan bahan.

Page 6: punca / kadar kemerosotan bangunan

- Kesilapan pada reka bentuk akan mengakibatkan keretakan berlaku akibat daripada kenaan tegasan yang berlebihan pada unsur struktur. Apabila beban dikenakan pada unsur konkrit bertetulang, daya tegangan akan diambil oleh tetulang keluli. Konkrit disekeliling tetulang akan turut juga mengalami tegangan. Apabila daya tegangan yang dikenakan melebihi daya tegangan konkrit, keretakan akan muncul.

b) Contoh kegagalan Rekabentuki. Penggunaan bumbung jubin/logam berbanding konkrit bertetulangii. Saiz & lokasi paip salur air hujan dalam tiang dan luar tiang.iii. Lokasi tangki air di bumbung – rekabentuk papaknyaiv. Butiran rasuk lintol & tetiang tidak disediakanv. Butiran-butiran sambungan/movement joint

c) Fungsi kegunaan bangunan itu sendiri

- Bangunan direka untuk rumah kediaman tetapi digunakan menjadi bengkel, kedai makan dan sebagainya.

d) Vandalisme

- kerosakan akibat pengguna.

Page 7: punca / kadar kemerosotan bangunan

KESIMPULAN

Penyenggaraan ialah kerja-kerja yang dilakukan untuk mengekalkan semua kemudahan pada keadaan yang boleh diterima.

Tujuan utamanya ;

1. Mengekalkan keadaan asal bangunan2. Mengekalkan nilai pelaburan bangunan3. Memastikan supaya bangunan dapat berfungsi4. Memastikan bangunan sentiasa kelihatan cantik dan menarik

Keutamaan penyenggaraan dilakukan ;

1. Memastikan keselamatan penghuni, pelawat dan orang awam2. Memastikan pemasangan & peralatan servis servis-servis seperti elektrikal, lif,

system pengesan kebakaran dan sebagainya berkeeadaan selamat untuk digunakan.

3. Memastikan permukaan bangunan yang bercat dalam keadaan bersih dan tidak pudar

4. Memastikan kemorosotan fabric bangunan dapat dielakkan dan dikurangkan

Page 8: punca / kadar kemerosotan bangunan

RUJUKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan

RAG 322/3 SAINS PERSEKITARAN 2

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Awam-Struktur)