pulau pinang akan menjadi negeri pertama ......pulau pinang akan menjadi negeri pertama yang peroleh...

5
Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Pertama Yang Peroleh 100% Kompetensi Kakitangan Teknikal Dalam 4.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA, CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. PULAU PINANG AKAN MENJADI NEGERI PERTAMA YANG PEROLEH 100% KOMPETENSI KAKITANGAN TEKNIKAL DALAM KEJURUTERAAN BEKALAN AIR MENJELANG AKHIR TAHUN 2019 PBAPP telah mencapai 88.7% peringkat sijil SKM untuk kakitangan teknikalnya, dan sasar capai 100% menjelang akhir tahun 2019. PULAU PINANG, Khamis, 4.4.2019: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menyasarkan untuk mencapai kompetensi kakitangan teknikal 100% menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, PBAPP mempunyai seramai 204 juruteknik kanan, juruteknik dan operator loji untuk menyokong operasi pengagihan air dan rawatan air. Setakat ini, 181 daripada 204 kakitangan teknikal telah memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Ini termasuk 138 graduan kakitangan teknikal yang akan menerima sijil SKM hari ini di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) seperti yang dikehendaki oleh KPI SPAN. Oleh itu, PBAPP telah mencapai 88.7% kecekapan kakitangan teknikal . Kami akan membantu baki 23 lagi pekerja teknikal untuk mendapatkan sijil SKM mereka sebelum akhir tahun 2019, untuk mencapai tahap 100%. SKM diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Oleh itu, graduan SKM diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai pekerja yang kompeten dan berkemahiran bagi industri. Apabila semua juruteknik kanan, juruteknik dan operator loji daripada operasi pengagihan air dan rawatan air memegang sijil SKM, kami beroleh satu lagi pencapaian “pertama” untuk Pulau Pinang dan PBAPP.

Upload: others

Post on 04-Feb-2020

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Pertama Yang Peroleh 100% Kompetensi Kakitangan Teknikal Dalam Kejuruteraan Bekalan Air Menjelang Akhir Tahun 2019 / Page 1 of 3

4.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA, CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. PULAU PINANG AKAN MENJADI NEGERI PERTAMA YANG PEROLEH 100% KOMPETENSI KAKITANGAN TEKNIKAL DALAM KEJURUTERAAN BEKALAN AIR MENJELANG AKHIR TAHUN 2019 • PBAPP telah mencapai 88.7% peringkat sijil SKM untuk

kakitangan teknikalnya, dan sasar capai 100% menjelang akhir tahun 2019.

PULAU PINANG, Khamis, 4.4.2019: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menyasarkan untuk mencapai kompetensi kakitangan teknikal 100% menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, PBAPP mempunyai seramai 204 juruteknik kanan, juruteknik dan operator loji untuk menyokong operasi pengagihan air dan rawatan air. Setakat ini, 181 daripada 204 kakitangan teknikal telah memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Ini termasuk 138 graduan kakitangan teknikal yang akan menerima sijil SKM hari ini di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) seperti yang dikehendaki oleh KPI SPAN. Oleh itu, PBAPP telah mencapai 88.7% kecekapan kakitangan teknikal . Kami akan membantu baki 23 lagi pekerja teknikal untuk mendapatkan sijil SKM mereka sebelum akhir tahun 2019, untuk mencapai tahap 100%. SKM diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Oleh itu, graduan SKM diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai pekerja yang kompeten dan berkemahiran bagi industri. Apabila semua juruteknik kanan, juruteknik dan operator loji daripada operasi pengagihan air dan rawatan air memegang sijil SKM, kami beroleh satu lagi pencapaian “pertama” untuk Pulau Pinang dan PBAPP.

Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Pertama Yang Peroleh 100% Kompetensi Kakitangan Teknikal Dalam Kejuruteraan Bekalan Air Menjelang Akhir Tahun 2019 / Page 2 of 3

Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk mencapai 100% kecekapan kakitangan teknikal dalam industri kejuruteraan bekalan air dan mematuhi sepenuhnya petunjuk prestasi utama (KPI) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menghendaki semua kakitangan teknikal bekalan air sebagai kompeten, di bawah Seksyen (49) 1 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006). Seksyen (49)1 AIPA menyatakan bahawa: Kelayakan untuk mengendalikan, dsb., sistem bekalan air dan sistem pembentungan “Tiada bahagian mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembentungan boleh dikerjakan, diuruskan atau dikendalikan kecuali oleh dan di bawah kawalan orang yang mempunyai apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang ditetapkan.” Pada bulan November 2016, SPAN mengeluarkan pekeliling yang menyatakan bahawa kelayakan yang disebutkan dalam Akta itu adalah pensijilan SKM dan KPI bagi tujuan pembaharuan pelesenan untuk semua organisasi bekalan air adalah pensijilan SKM untuk kakitangan teknikal mereka. Setakat ini, tiada organisasi pembekalan air telah mencapai 100% pematuhan terhadap KPI SPAN ini. Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) dan Pensijilan SKM Pada hari ini, 199 kakitangan PBAPP akan menerima sijil SKM-SLDN setelah berjaya menamatkan program SLDN di Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA). PWSA telah menawarkan kursus SKM spesifik bagi industri air di Pulau Pinang sejak tahun 2010. Akademi ini telah membantu kakitangan kami memperolehi 689 pensijilan SKM dan ia diuruskan oleh PBA Resources Sdn Bhd (PBAR), anak syarikat milikan penuh PBA Holdings Bhd yang juga memiliki pegangan dalam PBAPP.

Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Pertama Yang Peroleh 100% Kompetensi Kakitangan Teknikal Dalam Kejuruteraan Bekalan Air Menjelang Akhir Tahun 2019 / Page 3 of 3

PWSA adalah pusat latihan industri air yang diperakui JPK dan kursus-kursusnya diluluskan di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). PBAPP menaja semua perbelanjaan latihan untuk kakitangannya di PWSA. Sebagai penyumbang berdaftar, kami dapat mengimbangi beberapa perbelanjaan dengan tuntutan HRDF. Kami juga berterima kasih kepada JPK kerana pemberian insentif SLDN untuk menjalankan program SKM-SLDN di akademi. Bagi PBAPP, sasaran pencapaian kecekapan teknikal 100% menjelang 2019 mencerminkan satu lagi aspek penting komitmen khidmat awam kepada rakyat dan negeri. Kami mahu semua kakitangan PBAPP bekerja keras dan bekerja secara bijak demi memastikan bekalan air yang berterusan di Pulau Pinang dan mencapai jaminan bekalan air sehingga Tahun 2050. Terima kasih. _____________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]