pulangan pelaburan dalam pendidikan: analisis kos dan faedah

17
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH Fazhani Bt Che Mat Zain (P79014) Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056) Prof Madya Dr. Muhammad B. Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem pendidikan telah berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penekanan terhadap sistem pendidikan negara merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara yang telah mencapai kemerdekaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan lagi bidang pendidikan. Hasil daripada pelaburan yang besar ini mampu memberikan pulangan yang positif dalam usaha melahirkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang serta generasi muda yang berilmu pengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Bagi menganalisa tentang keputusan seseorang individu sama ada ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan ataupun memasuki pasaran buruh, terdapat satu model yang sangat mudah untuk difahami iaitu Model Modal Manusia. Kesimpulannya, sekiranya pelaburan yang dilaksanakan dalam pendidikan mendatangkan pulangan faedah lebih dari kos maka pelaburan tersebut adalah sangat menguntungkan dan perlu diteruskan. Namun, sekiranya berlaku sebaliknya dimana kos melebihi dari faedah maka pelaburan dalam pendidikan perlu diberhentikan serta merta kerana tidak mendatangkan sebarang keuntungan bahkan merugikan sekiranya terus melabur. Kata Kunci: kos dan faedah, pelaburan pendidikan, modal manusia. . PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan salah satu asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Seperti yang diketahui umum, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Oleh yang demikian, setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat majmuk di negara ini. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia, di mana dasar ini menfokuskan kepada aspek memperbaiki jurang perbezaan kaum dari segi ekonomi dan sosial serta pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Perlaksanaan DEB ini telah meletakkan

Upload: fazhani-faz

Post on 14-Feb-2017

601 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

Fazhani Bt Che Mat Zain (P79014)Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056)

Prof Madya Dr. Muhammad B. HussinFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Sistem pendidikan telah berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penekanan terhadap sistem pendidikan negara merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara yang telah mencapai kemerdekaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan lagi bidang pendidikan. Hasil daripada pelaburan yang besar ini mampu memberikan pulangan yang positif dalam usaha melahirkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang serta generasi muda yang berilmu pengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Bagi menganalisa tentang keputusan seseorang individu sama ada ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan ataupun memasuki pasaran buruh, terdapat satu model yang sangat mudah untuk difahami iaitu Model Modal Manusia. Kesimpulannya, sekiranya pelaburan yang dilaksanakan dalam pendidikan mendatangkan pulangan faedah lebih dari kos maka pelaburan tersebut adalah sangat menguntungkan dan perlu diteruskan. Namun, sekiranya berlaku sebaliknya dimana kos melebihi dari faedah maka pelaburan dalam pendidikan perlu diberhentikan serta merta kerana tidak mendatangkan sebarang keuntungan bahkan merugikan sekiranya terus melabur.

Kata Kunci: kos dan faedah, pelaburan pendidikan, modal manusia.

. PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan salah satu asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Seperti yang diketahui umum, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Oleh yang demikian, setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat majmuk di negara ini. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia, di mana dasar ini menfokuskan kepada aspek memperbaiki jurang perbezaan kaum dari segi ekonomi dan sosial serta pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Perlaksanaan DEB ini telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu aspek utama dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sistem pendidikan telah berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penekanan terhadap sistem pendidikan negara merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara yang telah mencapai kemerdekaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Pendidikan mampu mengubah corak kehidupan seseorang individu dalam sesebuah negara.

Melalui pendidikan ini akan melahirkan masyarakat yang berakhlak, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk memacu kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara. Secara umumnya, pendidikan boleh disimpulkan sebagai suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi atau bakat seseorang individu dalam aspek kecemerlangan akademik dan kepelbagaian kemahiran bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan generasi gemilang, cemerlang dan terbilang di peringkat dunia.

Tanpa sekumpulan individu yang mempunyai bakat, berpengetahuan tinggi serta berilmu, matlamat untuk beralih daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi

Page 2: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

tidak mampu dicapai. Peralihan awal Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi juga masih belum mampu melonjak nama Malaysia ke senarai teratas negara berpendapatan tinggi setanding dengan negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Hal ini menunjukkan jurang Malaysia untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi masih luas dan kadar pertumbuhan ekonomi perlu diperkukuhkan lagi. Oleh itu bagi membangunkan ekonomi sesebuah negara, tahap pendidikan menjadi salah satu faktor penyumbang terpenting disamping faktor-faktor lain yang menyokong bagi melahirkan sekelompok insan yang mempunyai ilmu, berbakat serta berpengetahuan.

Secara teorinya, pendidikan merupakan satu pra-syarat terhadap kemajuan sesebuah negara. Namun begitu, pendidikan tanpa pembangunan peribadi seseorang pelajar akan menjadikan pendidikan tersebut tidak seimbang. Hal ini demikian kerana, seseorang pelajar itu hanya akan belajar untuk lulus dalam peperiksaan dan fokus utama ibu bapa juga terhadap pencapaian akademik semata-mata tanpa memberi perhatian kepada pembentukan moral seseorang pelajar tersebut. Ini secara tidak lansung akan melahirkan individu-individu yang hanya berjaya dalam aspek akademik tetapi tidak mempunyai sahsiah diri. Dengan pendidikan yang tidak seimbang ini sesebuah negara tidak mampu mencapai pembangunan yang mampan. Sebagai contoh, penghasilan kualiti graduan pada masa kini didapati tidak seimbang dengan keperluan pekerjaan bagi membangunkan ekonomi negara. Kebanyakkan graduan yang keluar terdiri daripada bidang-bidang yang sudah berlebihan dari segi keperluannya. Hal ini secara tidak lansung mewujudkan masalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang-bidang yang sangat diperlukan oleh kerajaan untuk pembangunan negara dan seterusnya membantutkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran terkini pada Februari 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1% kepada 3.2% berbanding bulan sebelumnya 3.1%.

Tambahan lagi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) juga menunjukkan bahawa Malaysia masih mempunyai jurang yang luas bagi mencapai modal insan bertaraf dunia dan berisiko tinggi untuk ketinggalan kebelakang. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Tenaga kerja juga secara relatifnya tidak mahir di mana 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Hanya 28% daripada guna tenaga adalah dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Hal ini menunjukkan pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang lebih komprehensif daripada semua pihak. Kerjasama antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan lagi untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan di semua peringkat lapisan masyarakat.

TEORI MODAL MANUSIA

Modal insan atau modal manusia menjadi salah satu aset penting bagi sesebuah negara. Kekuatan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada kekuatan daya saing seseorang individu yang boleh ditingkatkan melalui pelaburan dalam modal insan (Porter, 1990). Theodore W. Schultz merupakan salah seorang tokoh ekonomi yang telah menggunakan istilah modal manusia atau lebih dikenali sebagai modal insan pada tahun 1960 dalam bukunya iaitu American Economic Review. Menurut Schultz (1961), modal insan adalah di mana seorang individu tersebut mempunyai kemahiran, pengetahuan serta pengalaan. Modal insan juga ditakrifkan sebagai satu bentuk kemahiran, pengetahuan, kesihatan dan latihan yang ada dalam diri seseorang individu (Becker, 1964). Menurut OECD (1999), secara umumnya modal insan boleh didefinisikan sebagai pelaburan yang dilakukan oleh seseorang individu dari segi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam pendidikan dan latihan bagi meningkatkan produktivitinya.

Sesebuah negara tidak akan mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, mampu bertindak dengan pantas terhadap perubahan ekonomi

Page 3: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

serta mempunyai pengetahuan yang luas. Hal ini menunjukkan bahawa modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Kajian yang dilakukan oleh Rahmah Ismail (1998), menunjukkan kenaikan RM1 juta dalam perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan akan menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Benar melebihi daripada RM4 juta setahun.

Berdasarkan teori modal manusia, pendidikan merupakan pelaburan dalam meningkatkan pendapatan pada masa akan datang. Hal ini menunjukkan tingkat pendapatan seseorang pekerja bergantung kepada perbezaan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja tersebut. Teori ini menyatakan pendidikan akan mendorong pertumbuhan ekonomi dengan melahirkan individu yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan beretika dan secara tidak lansung dapat meningkatkan produktiviti negara. Dalam pasaran buruh yang kompetitif, individu yang produktif akan dibayar upah yang lebih tinggi. Menurut Schultz, pelaburan dalam modal manusia merangkumi kenaikan pendapatan sebenar seseorang pekerja. Psacharopoulus juga menyatakan purata upah adalah lebih tinggi bagi pekerja yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, tahap persekolahan dengan prestasi pertumbuhan mempunyai hubungan yang kuat. Hal ini menunjukkan tahap pencapaian pendidikan menengah dan peringkat pendidikan tinggi penting bagi pembentukan modal insan dan memberi kesan kepada pendapatan dan pertumbuhan yang kukuh dalam ekonomi negara secara keseluruhan. Kesimpulannya, tahap pendidikan yang lebih tinggi dapat meningkatkan pendapatan serta produktiviti dan seterusnya dapat menambahbaik sosioekonomi masyarakat. Oleh itu, untuk membuat pelaburan ini, seseorang individu harus melihat faedah dan kos di semua peringkat. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan kos dan faedah dalam membuat pelaburan pendidikan untuk tempoh jangka panjang.

Pelaburan dalam pendidikan memerlukan kos yang tinggi. Dalam konteks pembangunan negara, pelaburan dalam pendidikan melibatkan kos lepas di mana sesetengah projek pembangunan yang lain terpaksa dilepaskan bagi membangunkan sistem pendidikan. Menurut Psacharopoulos dan Patrinos (2002), kadar pulangan dalam pendidikan merupakan petunjuk penting bagi melihat tahap produktiviti dan insentif kepada individu untuk membuat pelaburan dalam modal manusia. Aspek yang paling penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti adalah melalui pelaburan dalam pendidikan dan latihan. Pembentukan modal insan berkualititi tinggi serta penghasilan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi memerlukan tahap kelayakan pendidikan yang tinggi dan setaraf. Tahap pendidikan ini adalah untuk menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi serta paras produktiviti yang tinggi. Menurut Siti Khariah, Haryati, Syarifah Meryam dan Zakila (2009), melalui pendidikan akan menghasilkan modal insan yang cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan dan modal insan merupakan dua aspek yang saling berkait antara satu sama lain.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan di Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat merangkumi pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hingga pengajian tinggi. Pendidikan pra-tertiari iaitu dari peringkat pra-sekolah hingga pendidikan menengah adalah di bawah tanggungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala peringkat pengajian tinggi adalah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah selama enam tahun dan diikuti peringkat seterusnya iaitu antara tempoh lima hingga tujuh tahun.. Pendidikan sekolah rendah adalah wajib untuk semua murid-murid yang berumur tujuh tahun hingga 12 tahun sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Tahap pendidikan menengah pula terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Sebelum menamatkan peringkat pendidikan menengah atas, setiap pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai pra-syarat untuk menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 4: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

Pada abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT). Negara juga menghadapi cabaran dalam membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat ini juga, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah mengalami pelbagai perubahan dalam menghadapi cabaran alaf ke-21 ini. Perubahan yang paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. Perkembangan pendidikan negara telah menunjukkan bidang pendidikan negara semakin menunjukkan pertumbuhan yang positif, berdaya saing serta dinamik.

Setiap tahun kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bidang pendidikan. Pada tahun 2014, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM54.6 bilion atau 21% daripada jumlah keseluruhan bajet untuk Kementerian Pendidikan. Peruntukan ini menunjukkan peningkatan yang agak tinggi daripada tahun sebelumnya iaitu hanya sebanyak RM38.7 bilion daripada jumlah keseluruhan bajet tahunan tersebut. Peruntukan untuk sektor ini semakin meningkat pada tahun 2015, di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peruntukan ini meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan 2015 iaitu sebanyak RM273 bilion. Peruntukan perbelanjaan yang besar ini menunjukkan bahawa pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara. Jumlah yang semakin meningkat ini juga kemungkinan disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah pelajar di peringkat rendah, menengah dan tertiari.

Kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan lagi bidang pendidikan. Hasil daripada pelaburan yang besar ini mampu memberikan pulangan yang positif dalam usaha melahirkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang serta generasi muda yang berilmu pengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Pelaburan lebih 20 peratus ini juga dijangka mampu memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi negara pada masa akan datang. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh Chung (2003), serta Psacharopoulos dan Patrinos (2004), yang menunjukkan bahawa pelaburan dalam bidang pendidikan boleh menjanjikan peningkatan dalam pendapatan dan secara tidak lansung akan memberi keuntungan produktiviti dalam jangka panjang.

Perbelanjaan kerajaan untuk setiap sektor dibahagikan kepada dua iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan untuk aktiviti harian yang berulang-ulang dan berterusan (INTAN, 1991:670) manakala perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan memberikan pulangan dalam jangka masa panjang. Secara umumnya, perbelanjaan mengurus lebih tinggi berbanding perbelanjaan pembangunan. Hal ini kerana, perbelanjaan pembangunan adalah berasaskan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (INTAN,1991:670). Perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM211,270 juta berbanding perbelanjaan pembangunan pada tahun yang sama iaitu RM42,210 juta.

Peruntukan kerajaan dalam perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan untuk sektor pendidikan dan latihan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. Jadual ini menunjukkan peningkatan ketara dalam peruntukan untuk perbelanjaan mengurus berbanding perbelanjaan pembangunan dalam sektor pendidikan dan latihan bagi tahun 2010 hingga 2014. Hal ini menunjukkan kerajaan lebih menfokuskan kepada penambahbaikan infrastruktur yang sedia ada bagi mempertingkatkan lagi kualiti pelajaran dan melahirkan rakyat yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang lebih baik. Contoh perbelanjaan mengurus adalah seperti perbelanjaan untuk penyelenggaraan sekolah, pemberian biasiswa, dermasiswa serta bantuan pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan pembelian bahan dan bekalan kepada jabatan kerajaan. Perbelanjaan pembangunan tidak semestinya berulang setiap tahun kerana perbelanjaan ini

Page 5: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

bergantung kepada dana kerajaan untuk membuat pelaburan. Walaupun perbelanjaan ini lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus, kerajaan masih tetap memberi fokus terhadap pelaburan dalam pendidikan dan latihan. Seiring dengan abad ke-21 ini, pelaburan dalam pendidikan dan latihan yang dibuat oleh kerajaan adalah lebih ke arah melahirkan modal insan bertaraf dunia serta mempunyai kemahiran. Bukan sahaja mempunyai pencapaian akademik yang baik tetapi juga mampu membawa negara ke peringkat dunia pada masa akan hadapan.

JADUAL 1: Perbelanjaan Mengurus Dan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan Dalam Sektor Pendidikan Dan Latihan Antara Tahun 2009-2013 (RM Juta)

SEKTOR PENDIDIKAN

2010 2011 2012 2013 2014*

PERBELANJAAN MENGURUS

37,821 41,741 47,040 47,973 51,816

PERBELANJAAN PEMBANGUNA

12,046 7,735 7,550 6,438 4,860

Nota : *Anggaran disemakSumber: Kementerian Kewangan Malaysia.(pelbagai tahun). Laporan Ekonomi, KL: Penerbitan Kerajaan

KEGUNAAN ASAS SEMATIK BAGI MENGANGGARKAN FAEDAH DAN KOS DALAM PENDIDIKAN

Bagi menganalisa tentang keputusan seseorang individu sama ada ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan ataupun memasuki pasaran buruh, terdapat satu model yang sangat mudah untuk difahami iaitu Model Modal Manusia. Model Modal Manusia boleh di rujuk pada Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah.

Rajah 1: Profil Perolehan Mengikut Umur bagi Pelajar Univerisiti

Page 6: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

B1: Tambahan dalam pendapatan (Pendapatan yang diperoleh selepas tamat pengajian di univerisiti)C1: Kos tidak langsung (kos yang sepatutnya diperoleh selepas tamat sekolah menengah)C2: Kos langsung (kos yang ditanggung secara langsung)

Berdasarkan rajah 1, profil menunjukkan perolehan bagi pelajar universiti. Paksi menegak menunjukkan perolehan tahunan yang diperoleh seseorang individu. Manakala paksi mendatar menunjukkan umur seseorang individu. Bagi Rajah 1, pada umur antara 20 hingga 24 tahun, pelajar universiti akan menghabiskan masa selama empat tahun di institusi pengajian tinggi. C2 menunjukkan kos langsung yang ditanggung oleh pelajar yang melibatkan kos yuran pengajian, buku pengajian dan sebagainya. Kos ini adalah negatif kerana pelajar tidak mempunyai pendapatan dan perlu menanggung kos pembiayaian pengajian dengan menggunakan wang tabungan. C1 pula menunjukkan kos tidak langsung atau kos melepas yang terpaksa dilepaskan oleh seseorang individu. C1 menerangkan di mana kos melepas ini terpaksa dilepaskan kerana meneruskan pengajian ke peringkat universiti selepas tamat sekolah menengah. B1 menunjukkan perolehan dalam pendapatan yang diperoleh oleh pelajar universiti selepas pelajar tamat pengajian di universiti dan bekerja di pasaran buruh.

Rajah 2: Profil Perolehan Mengikut Umur bagi Pelajar Sekolah Menengah

B2:Tambahan dalam pendapatan (Pendapatan yang diperoleh selepas tamat belajar di sekolah menengah)C3: Kos tidak langsung (kos yang sepatutnya diperoleh selepas tamat sekolah rendah)C4: Kos langsung (kos yang ditanggung secara langsung)

Berdasarkan rajah 2, rajah di atas menunjukkan profil perolehan bagi pelajar sekolah menengah. Paksi menegak menunjukkan perolehan tahunan yang diperoleh seseorang individu. Manakala paksi mendatar menunjukkan umur seseorang individu. Rajah 2, pada umur 13 hingga 20 tahun pelajar akan menghabiskan masa di sekolah menengah. C4 menunjukkan kos langsung yang ditanggung oleh pelajar yang melibatkan kos yuran pengajian, buku pengajian dan sebagainya. Kos

Page 7: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

ini adalah negatif kerana pelajar tidak mempunyai pendapatan dan perlu menanggung kos pembiayaian pengajian dengan menggunakan wang tabungan. C2 pula menunjukkan kos tidak langsung atau kos melepas yang terpaksa dilepaskan oleh seseorang individu. C2 menerangkan kos melepas yang dilepaskan kerana meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah selepas tamat sekolah rendah. B2 menunjukkan perolehan dalam pendapatan yang diperoleh oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka di peringkat sekolah menengah.

Kesimpulannya terhadap kedua-dua rajah di atas, C1, C2, C3 dan C4 ialah jumlah kos yang ditanggung oleh individu yang meneruskan pengajian sama ada di peringkat sekolah menengah dan peringkat universiti yang meliputi kos langsung dan kos tidak langsung atau kos melepas. Bagi kawasan B1 dan B2 pula menunjukkan jumlah perolehan pendapatan yang akan diperoleh setiap lepasan pelajar sekolah menengah dan peringkat universiti selepas tamat pengajian mereka di peringkat masing-masing. Dalam analisis ini, rujuk Rajah 1 sekiranya campuran kawasan C (C1 + C2) adalah lebih besar dari campuran kawasan B1 maka adalah amat merugikan bagi seseorang individu ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti kerana jumlah kos adalah lebih besar berbanding faedah pendapatan yang diperoleh. Namun jika sebaliknya, kawasan B1 adalah lebih besar dari kawasan C (C1 + C2) maka adalah amat menguntungkan bagi seseorang itu untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti kerana jumlah faedah pendapatan adalah lebih besar berbanding jumlah kos yang ditanggung semasa pengajian. Demikian juga dengan kes pengajian di peringkat sekolah menengah iaitu Rajah 2. Sekiranya kawasan campuran kawasan C (C3 + C4) adalah lebih besar dari campuran kawasan B2 maka adalah amat merugikan bagi seseorang individu ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah kerana jumlah kos adalah lebih besar berbanding faedah pendapatan yang diperoleh. Namun jika sebaliknya, kawasan B2 adalah lebih besar dari kawasan C (C3 + C4) maka adalah amat menguntungkan bagi seseorang itu untuk meneruskan pengajian ke peringkat menengah kerana jumlah faedah pendapatan adalah lebih besar berbanding jumlah kos yang ditanggung semasa pengajian.

PENGIRAAN KOS DAN FAEDAH INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Pengiraan Kos dan Faedah kepada Individu dalam Sistem Pendidikan

Individu yang melabur dalam pendidikan akan mendapat kadar pulangan persendirian dengan mengira kos dan faedah yang diperoleh. Kos yang ditanggung oleh seseorang individu terbahagi kepada dua iaitu kos langsung dan kos tidak langsung. Manakala faedah yang diperoleh individu adalah faedah langsung dan faedah tidak langsung.

Kos

Kos langsung didefinisikan sebagai kos yang ditanggung secara langsung. Kos ini meliputi yuran pengajian, buku pengajian, makan minum, pengangkutan dan sebagainya. Sekiranya pelajar belajar di sekolah, kos seperti ini ditanggung oleh kerajaan tetapi sekiranya pelajar belajar di peringkat pengajian tinggi kos ini ditanggung oleh pelajar itu sendiri. Manakala kos tidak langsung pula merupakan kos melepas dimana pelajar terpaksa melepaskan pendapatan kerana pelajar tidak memasuki alam pekerjaan tetapi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan. Dengan erti kata lain, sekiranya pelajar meneruskan pengajiannya pelajar tersebut perlu melepaskan pendapatan yang akan diperoleh sekiranya tidak memasuki pasaran buruh. Namun jika pelajar tidak berniat untuk menyambung pengajian maka pelajar perlu mengorbankan pendidikannya di peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, wujud pelbagai masalah dalam mengira kos melepas kerana kos melepas hanya wujud bagi pelajar yang dibenarkan bekerja mengikut Akta Buruh sahaja. Jadi dalam pengiraan kos melepas, aspek penting yang perlu dikenalpasti ialah seseorang pelajar itu boleh bekerja dan boleh mendapatkan kerja tetapi dia ingin melanjutkan pengajiannya. Contoh pengiraan kos melepas ialah diandaikan terdapat seorang pelajar berkelulusan SPM ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan andaian gaji di peringkat

Page 8: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

SPM ialah RM900 sebulan. Jadi, kos lepas yang perlu dilepaskan oleh pelajar tersebut selama setahun ialah bersamaan RM10,800 (RM900 x 12). Manakala bagi tahun kedua, pelajar tersebut perlu melepaskan RM12,000 (RM1000 x 12) kerana kenaikan gaji pada tahun tersebut dari RM900 ke RM1,000. Dengan ini pelajar tersebut menanggung kos melepas sebanyak RM12,800 (RM10,800 + RM12,000).

Faedah

Faedah langsung ialah tambahan dalam pendapatan yang diperoleh sama ada hasil daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, hasil daripada pertambahan tahun persekolahan atau hasil memasuki alam pekerjaan. Pertambahan pendapatan diperoleh kerana individu mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Faedah juga diperoleh kerana individu mempunyai keupayaan dalam mencipta dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Menurut Sheehan (1973), pulangan diukur melalui pendapatan tambahan di mana mereka menjangka pada masa depan berbanding dengan masa kini jika ia tidak melabur dalam pendidikan. Sebagai contoh, seorang pelajar meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Selepas tamat pengajiannya di universiti, pelajar tersebut memperoleh pendapatan keseluruhan sebanyak RM3 juta selama 30 tahun bekerja. Namun jika pelajar ini tidak meneruskan pengajian selepas tamat persekolahan dan hanya berkelulusan SPM sahaja kemudiannya masuk ke pasaran buruh maka dia hanya memperoleh pendapatan keseluruhan RM2 juta sahaja selama tempoh dia bekerja 30 tahun. Jadi pendapatan tambahan atau faedah yang diperoleh sekiranya pelajar tersebut meneruskan pengajian ke peringkat universiti ialah RM1 juta. Dengan ini, sekiranya individu mempunyai pendidikan yang lebih tinggi maka mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih berbanding individu yang kurang berpendidikan.

Selain daripada faedah yang diperoleh berbentuk kewangan iaitu perolehan tambahan dalam pendapatan, terdapat juga faedah langsung yang bukan berbentuk kewangan. Faedah ini dapat dilihat apabila seseorang individu mencapai kepuasan sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana, pelajar tersebut akan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh digunakan pada masa depan bagi meningkatkan produktiviti diri. Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa mengikuti program pengajian di universiti, pelajar juga lebih berorientasikan maklumat, berpandangan jauh serta positif dan mempunyai sifat kepimpinan dalam diri berbanding individu yang berpendidikan rendah.

Faedah tidak langsung terbahagi kepada dua iaitu faedah tidak langsung yang berbentuk kewangan dan faedah tidak langsung yang bukan berbentuk kewangan. Faedah kewangan ialah faedah di mana individu memperoleh pendapatan tambahan atau pendapatan sampingan dengan menggunakan tambahan pendidikan yang dimiliki. Dengan erti kata lain, individu ini menjalankan sesuatu pekerjaan seperti menjadi tutor, menjadi pensyarah sambilan atau melakukan sebarang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan individu tersebut. Bagi individu yang berpendidikan tinggi, ianya amat mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan masa untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan juga adalah singkat jika dibandingkan dengan individu yang berpendidikan rendah. Dengan memperoleh pendapatan tambahan atau pendapatan sampingan ini hasil daripada pelaburannya dalam pendidikan, individu boleh menikmati sesuatu lebih dari kebiasaannya dari sudut barangan dan perkhidmatan. Contohnya individu dapat menggantikan komputer deskstop kepada komputer riba. Jika sebelum ini individu hanya mampu menaiki kenderaan awam untuk ke setiap destinasi tapi dengan adanya sumber pendapatan sampingan individu ini dapat memiliki motosikal bagi memudahkan lagi urusan seharian.

Faedah tidak langsung berbentuk bukan kewangan juga boleh diperoleh oleh seseorang individu yang melabur dalam pendidikan. Ini dapat dilihat di mana, apabila seseorang mempunyai tahap pengajian yang tinggi, seseorang individu dapat memperoleh faedah pada jangka panjang. Dari sudut keturunan dapat dilihat apabila ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan dikurniakan anak yang cerdik pandai berbanding ibu bapa yang kurang berpendidikan akan melahirkan anak yang kurang cerdik. Hasil pelaburan seseorang individu dalam pendidikan juga akan melayakkan individu tersebut untuk menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakannya.

Page 9: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

Pengiraan Kos dan Faedah kepada Masyarakat dalam Sistem Pendidikan

Perbandingan antara kos dan faedah perlu dilakukan bagi mendapatkan kadar pulangan sosial dalam pelaburan pendidikan. Analisis kos melibatkan kos langsung, kos modal dan kos tidak langsung yang ketiga-tiganya dibiayai oleh masyarakat. Manakala analisis faedah pula melibatkan faedah langsung, faedah tidak langsung dan faedah luaran.

Kos

Kos langsung melibatkan kos barangan dan perkhidmatan yang perlu ditanggung oleh masyarakat. Kos perkhidmatan meliputi kos pembayaran gaji guru dan kakitangan sekolah. Kos barangan pula merangkumi pembelian buku teks untuk pinjaman pelajar, pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Pembayaran bil-bil, dan penyediaan kemudahan seperti bilik darjah, perpustakaan, pusat sukan, bilik komputer dan lain-lain kemudahan kepada pembelajaran juga termasuk dalam kos langsung yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat. Kos modal atau lebih dikenali sebagai kos pembangunan melibatkan kos yang sangat besar dan kos ini juga dibiayai oleh masyarakat. Kos ini merupakan kos permulaan bagi membina sesebuah institusi. Antara contoh kos pembangunan ialah kos pengambilan tanah bagi projek pembinaan sekolah atau institusi, kos pembinaan bangunan sekolah atau institusi dan kos pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, jejantas, tempat letak kereta dan sebagainya. Kerajaan berupaya melaksanakan projek seperti ini kerana memperoleh dana daripada masyarakat melalui kutipan cukai yang dikenakan.

Kos tidak langsung pula merupakan kos melepas yang perlu dihadapi oleh masyarakat. Kos ini merupakan kos di mana pelajar perlu memberi sumbangan kemahiran dan kepakaran kepada pelajar lain, masyarakat dan kerajaan. Namun disebabkan kekangan kerana sedang meneruskan pengajian pelajar tersebut tidak berupaya untuk memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan kepakarannya kepada orang lain. Jadi pelajar ini tidak memberi sebarang sumbangan kepada masyarakat. Tetapi kos pengajian ditanggung oleh kerajaan melalui pemberian biasiswa atau pinjaman dan juga subsidi seperti penginapan, pengangkutan dan yuran. Kos tidak langsung masyarakat adalah sama dengan kos tidak langsung individu di mana ianya perlu mengambil kira faktor undang-undang iaitu Akta Buruh dan Undang-undang Buruh. Umur minimum bagi seseorang pelajar yang ingin memasuki pasaran buruh ialah 16 tahun. Tetapi sekiranya seseorang yang sudah cukup 16 tahun ingin meneruskan pengajian dan tidak memasuki alam pekerjaan maka individu ini mempunyai kos melepas.

Faedah

Apabila seseorang individu melabur dalam bidang pendidikan di mana mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka mereka berupaya untuk memperoleh pekerjaan yang baik dan mendapatkan pendapatan yang setimpal dengan tingkat pengajiannya. Ini amat menguntungkan kerajaan kerana sekiranya pendapatan masyarakat meningkat maka hasil cukai kerajaan turut meningkat. Selain itu, kos untuk melatih seseorang pekerja adalah lebih murah kerana pekerja mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi apabila menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kos latihan yang rendah dan kutipan cukai kerajaan yang diperoleh merupakan faedah langsung hasil daripada pelaburan pendidikan masyarakat.

Masyarakat juga memperoleh faedah tidak langsung hasil daripada pelaburan dalam pendidikan. Antara faedah yang diperoleh ialah apabila seseorang pelajar itu berpendidikan tinggi maka amat mudah untuk memasuki pasaran buruh kerana pelajar tersebut mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi yang dipelajari semasa hayat pengajiannya. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar ini juga, majikan dapat mengupah pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Selain itu, seseorang pelajar dapat menjana pendapatan sampingan. Apabila pelaburan dibuat dalam pendidikan, secara tidak langsung ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan memperoleh

Page 10: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

keturunan yang berpendidikan tinggi juga dan ini akan melahirkan generasi yang lebih baik dalam pendidikan. Sekiranya masyarakat melabur dalam bidang pendidikan maka kadar buta huruf akan turut berkurangan, kadar kelahiran bayi dan kematian juga berkurangan. Ini kerana pelaburan pendidikan akan menghasilkan masyarakat yang berpendidikan jadi apabila masyarakat berpendidikan maka akan lahirlah generasi yang juga celik huruf. Dengan adanya ilmu pengetahuan, masyarakat akan lebih prihatin tentang kesihatan diri dan akan mengutamakan aspek kesihatan. Namun apabila seseorang pelajar berpendidikan tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik, kebarangkalian pelajar tersebut untuk melahirkan anak adalah sangat rendah kerana terlalu sibuk dalam dunia pekerjaan. Selain itu, beban cukai kerajaan juga berkurangan kerana kerajaan tidak lagi perlu menampung atau memberi subsidi kepada rakyat yang tidak bekerja. Dalam jangka panjang juga, kadar jenayah dan kadar pengangguran dapat dikurangkan kerana masyarakat yang berpendidikan akan dapat memperoleh pekerjaan dengan mudah dan mempunyai tahap pemikiran yang positif.

Secara umumnya, dengan membandingkan antara kos yang dibiayai oleh masyarakat dan faedah yang diperoleh masyarakat hasil daripada pelaburan dalam pendidikan maka dapat dilihat sama ada sesuatu pelaburan itu mendatangkan faedah atau merugikan. Sekiranya kos adalah melebihi faedah maka pelaburan dalam pendidikan adalah sangat merugikan dan tidak membawa keuntungan. Jadi pelaburan ini perlu diberhentikan. Tetapi sekiranya faedah adalah melebihi kos maka pelaburan dalam pendidikan adalah sangat menguntungkan masyarakat. Jika sekiranya kos adalah sama dengan faedah, ianya juga turut mendatangkan keuntungan dalam pelaburan pendidikan kepada masyarakat.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada analisis kos dan faedah yang telah dijalankan oleh kajian-kajian lepas jelas menunjukkan bahawa sekiranya pelaburan yang dilaksanakan dalam pendidikan mendatangkan pulangan faedah lebih dari kos maka pelaburan tersebut adalah sangat menguntungkan dan perlu diteruskan. Namun, sekiranya berlaku sebaliknya dimana kos melebihi dari faedah maka pelaburan dalam pendidikan perlu diberhentikan serta merta kerana tidak mendatangkan sebarang keuntungan bahkan merugikan sekiranya terus melabur.

Rujukan

Clive R. Belfield. 2003. Estimating the rate of return to educational investments: A case study using the big brothers big sisters mentoring program. New York, Columbia University.

D. Patrick Saxon & Hunter R. Boylan. 2001. The cost of remedial education in higher education. Journal of Development Education, 25 (2): 2-8

D.O. Durosaro. 1998. Comparative analysis of the internal rates of return to full time and sandwich bachelor of education degree programmes in Nigerian Universities. Journal of the National Institute for Educatioal Planning & Administration, 2 (1): 32-39

Dr. Chitra Saruparia & Dr. S. L. Lodha. 2013. Return from investment in technical and professional education with reference to J.N.V. University, Jodhpur (Rajasthan) India. International Journal of Development and Economic Sustainability, 1 (3): 33-51

Effendy Juraimin. Cost benefit analysis of college education in the United States. Hayward, California State University.

Emmanuel Jimenez & Harry Anthony Patrinos. 2008. Can cost-benefit analysis guide education policy in developing countries? Policy Research Working Paper 4568. The World Bank.

Page 11: PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH

Geogre Psacharopoulos. 1994. Returns to investment in education: A global update. World Development,. 22 (9): 1325-1343

Hanushek.E.A. 1996. Measuring investment in education. Journal of Economic Perspectives. 10 (4): 9-30

Henry Levin, Clive Belfield, Peter Muennig & Cecilla Rouse. 2006. The cost and benefit of an excellent education for all of America’s children. Columbia University.

Husaina Banu Kenayathulla. Cost benefit analysis in Malaysian education. Jurnal International. Indiana University.

James J. Heckman, Seong Hyeok Moon, Rodrigo Pinto, Peter Savelyev & Adam Yavitz. 2010. A new cost-benefit and rate of return analysis for the perry preschool program: A summary. National Bureau of Economic Research. Cambrigde.

Loganathan, Nanthakumar, Zaleha & et.al. Returns on education for male-female managementgraduates in Malaysia. 3(3): ISSN 2278-7690

Norain Mod Asri, Md.Zyadi Md. Tahir & Wook Endut. 2010. Komposisi perbelanjaankerajaan dan pertumbuhan ekonomi: Kajian empirikal di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan. http://www.management.utm.my/download/jurnal-kemanusiaan/bil-15-jun-2010/251-komposisi-perbelanjaan-kerajaan-dan-pertumbuhan-ekonomi-kajian-empirikal-di-malaysia/file.html

Norhanisah Mohamad Yunus, Rusmawati Said & Law Siong Hook. 2014. Do cost of training,education level and R&D investment matter towards influencing labour productivity? Jurnal Ekonomi Malaysia. 48(1): 133-142

Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2702&Itemid=2481&lang=ms (27/5/15)

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.gov.my/v/sistem-pendidikan (26/5/2015)

Rahimah Ismail & Nanthakumar Loganathan. 2007. Analisis kadar pulangan pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan, 32: 103-118.

Shahril@Charil Marzuki. 2005. Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Shahril@Charil Marzuki. 2008. Dasar kewangan pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Stephanie Riegg Cellini. 2012. For – profit higher education: An assessment of costs and benefits. National Tax Journal, 65 (1): 153-180