pt analisis

12
6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Data yang dipungut dalam sesuatu kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, guru dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada kumpulan sasaran. Dua jenis data yang biasanya diperoleh iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Jadual 2 menunjukkan persoalan kajian dan instrumen kajian yang saya gunakan : Jadual 2 : Persoalan Kajian dan Instrumen Kajian Persoalan Kajian Instrumen Kajian i) Bagaimana kaedah permainan 'Ular & Tangga' dapat * Hasil Kerja Murid membantu murid-murid menguasai kemahiran * Pemerhatian melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam * Temu bual lingkungan 100 secara dua-dua tertib menaik dan menurun ? ii) Bagaimana kaedah permainan 'Ular & Tangga' dapat * Pemerhatian membantu guru menambahbaik amalan pengajaran * Temu bual supaya murid berminat dalam pembelajaran Matematik ? * Rakaman video 6.1 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian Pertama

Upload: hafiy-iman

Post on 18-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

action research

TRANSCRIPT

6.0ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Data yang dipungut dalam sesuatu kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, guru dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada kumpulan sasaran. Dua jenis data yang biasanya diperoleh iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Jadual 2 menunjukkan persoalan kajian dan instrumen kajian yang saya gunakan :

Jadual 2 : Persoalan Kajian dan Instrumen Kajian

Persoalan Kajian

Instrumen Kajiani) Bagaimana kaedah permainan 'Ular & Tangga' dapat * Hasil Kerja Murid

membantu murid-murid menguasai kemahiran * Pemerhatian

melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam * Temu bual

lingkungan 100 secara dua-dua tertib menaik dan

menurun ?

ii) Bagaimana kaedah permainan 'Ular & Tangga' dapat * Pemerhatian

membantu guru menambahbaik amalan pengajaran * Temu bual

supaya murid berminat dalam pembelajaran Matematik ? * Rakaman video

6.1Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian PertamaPersoalan Kajian Pertama : Bagaimana kaedah permainan 'Ular & Tangga' dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara dua-dua tertib menaik dan menurun ?

6.1.1 Analisis Hasil Kerja MuridBagi memulakan kajian ini, soalan lembaran kerja telah diedarkan kepada 4 orang murid yang terlibat. Lembaran kerja itu mengandungi 3 soalan yang menguji kemahiran melengkapkan rangkaian nombor secara dua-dua dalam tertib menaik dan 3 soalan yang menguji kemahiran melengkapkan rangkaian nombor secara dua-dua dalam tertib menurun. Tempoh masa yang diberi adalah selama 20 minit. Skor lembaran kerja digredkan seperti dalam jadual 3.

Jadual 3 : Penggredan Skor Lembaran Kerja

Tahap Pencapaian

Skor Gred

Cemerlang

12 - 14

A

Baik

8 - 11

B

Sederhana

4 - 7

C

Lemah

0 - 3

D Lembaran kerja yang selesai dibuat telah dikumpulkan dan disemak. Jumlah skor yang diperolehi oleh setiap murid direkodkan dan digredkan mengikut jadual penggredan seperti dalam jadual 3. Tahap pencapaian bagi setiap murid tersebut berdasarkan keputusan skor dan gred adalah seperti dalam jadual 4.

Jadual 4 : Tahap Pencapaian Murid Sebelum Intervensi

BilMurid Skor

Gred

Tahap Pencapaian

1 A

4 / 14 C

Sederhana

2 B

5 / 14 C

Sederhana

3 C

5 / 14 C

Sederhana

4 D 5 / 14 C

SederhanaDaripada jumlah skor yang diperolehi oleh setiap murid, saya dapat menentukan tahap pemahaman murid terhadap kemahiran matematik yang diajar. Keempat-empat orang murid berada di tahap pencapaian sederhana. Murid A mendapat skor terendah iaitu hanya dapat menjawab 4 daripada 14 soalan dengan betul manakala murid B, C dan D mendapat skor yang sama iaitu 5/14. Kumpulan sasaran ini lebih lemah dalam kemahiran membilang dua-dua secara menurun berbanding dengan secara menaik. Namun, selepas intervensi, soalan lembaran kerja yang sama diedarkan semula untuk diselesaikan oleh murid. Tempoh masa yang sama diberi iaitu 20 minit. Jadual 5 merupakan keputusan skor dan gred setiap murid. Jadual 5 : Tahap Pencapaian Murid Selepas Intervensi

BilMurid Skor

Gred

Tahap Pencapaian

1 A

14 / 14 A

Cemerlang

2 B

14 / 14 A

Cemerlang

3 C

14 / 14 A

Cemerlang

4 D 14 / 14 A

CemerlangJadual 6 : Perbezaan Skor Lembaran Kerja

Murid Skor

Skor Kenaikan

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

A

4 / 14

14 / 14

10 / 14

B

5 / 14

14 / 14 9 / 14

C

5 / 14

14 / 14 9 / 14

D 5 / 14

14 / 14 9 / 14Melalui Jadual 6, saya dapat membuat perbandingan antara skor yang dicapai sebelum intervensi dan selepas intervensi. Ini menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian setelah kaedah permainan diperkenalkan dan diaplikasikan dalam pembelajaran kemahiran tersebut. Hasil daripada analisis data yang telah dilakukan, ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah permainan 'Ular & Tangga' telah berjaya membantu murid dalam menguasai kemahiran melengkapkan rangkaian nombor secara dua-dua tertib menaik dan menurun.

6.1.2 Analisis PemerhatianBagi menjawab persoalan kajian pertama juga, data dikumpulkan melalui pemerhatian berstruktur. Saya berperanan sebagai pemerhati sepenuh. Pemerhatian dijalankan sebelum intervensi dan semasa intervensi. Borang pemerhatian yang saya gunakan adalah seperti Lampiran 2. Saya telah membuat perbandingan antara pemerhatian sebelum intervensi dan pemerhatian semasa intervensi. Berikut merupakan item yang difokuskan dalam pemerhatian berstruktur bagi menjawab persoalan kajian pertama. Jadual 7 : Analisis Pemerhatian Bagi Persoalan Kajian Pertama

No Item Soalan

Bilangan Murid

Item

Sebelum Semasa Perbezaan

Intervensi Intervensi

1 Murid faham tentang isi pelajaran. 0 4 - 4

2 Murid bertanyakan soalan apabila 1 4 - 3

tidak faham.

3 Murid berbincang dengan rakan 1 4 - 3

apabila membuat latihan.

4 Murid menjawab soalan latihan 0 4 - 4

dengan bersungguh-sungguh dan teliti.

5 Murid mengaplikasikan penggunaan 0 4 - 4

kaedah permainan 'Ular & Tangga'

semasa membuat latihan.Berdasarkan Jadual 7, terdapat 5 item daripada borang pemerhatian seperti Lampiran 2 yang diperhatikan sebelum dan semasa intervensi dilaksanakan yang menunjukkan perubahan yang ketara di kalangan murid. Misalnya, bagi item 1, semua murid kelihatan seolah-olah tidak faham terhadap isi pelajaran. Murid-murid tidak dapat membezakan antara kemahiran membilang satu-satu dengan membilang dua-dua. Soalan-soalan yang menguji kemahiran membilang dua-dua diselesaikan dengan cara membilang satu-satu. Ini menunjukkan bahawa sebelum intervensi, murid-murid tidak faham konsep membilang secara dua-dua. Semasa intervensi dijalankan, dapat diperhatikan bahawa murid-murid sudah mula memahami konsep membilang dua-dua secara berperingkat. Saya turut mengingatkan dan membimbing cara pergerakan dam permainan sepanjang intervensi tersebut seterusnya membuat perkaitan antara kaedah permainan dengan konsep membilang secara dua-dua.

Bagi item 2 pula, sebelum intervensi, murid-murid tersebut lebih gemar mendiamkan diri apabila tidak memahami isi pelajaran dan kurang berkeyakinan apabila diajukan soalan. Akan tetapi, fenomena sedemikian tidak lagi berlaku semasa intervensi dilaksanakan. Murid-murid kelihatan lebih aktif bertanyakan guru apabila kurang pasti dengan cara permainan yang diaplikasikan dalam soalan latihan. Begitu juga dengan item 3 di mana murid bersikap lebih positif dan memiliki perwatakan interpersonal yang tinggi semasa intervensi dijalankan berbanding dengan sebelumnya. Selain itu, perbezaan sebanyak -4 bagi item 4 dan juga item 5 menunjukkan bahawa murid tersebut menampakkan kesungguhan dalam menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan selepas intervensi penggunaan kaedah permainan ini. Jika dibandingkan dengan sebelum intervensi, murid-murid menyempurnakan tugasan secara sambil lewa sahaja.

6.1.3 Analisis Temu Bual

Data ketiga yang menjawab persoalan kajian pertama saya ialah melalui temu bual. Saya telah menjalankan temu bual tersebut sebelum dan selepas intervensi. Sesi temu bual itu direkodkan dengan menggunakan telefon bimbit saya. Temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat kumpulan sasaran dengan lebih terperinci bagi menyokong dapatan kajian saya. Soalan temu bual disertakan dalam Lampiran 3. Jadual 8 menunjukkan analisis data temu bual sebelum intervensi berdasarkan jawapan murid.

Jadual 8 : Analisis Data Temu Bual Sebelum Intervensi

Bagi Persoalan Kajian Pertama

Soalan Temu Bual dan Jawapan Murid

Refleksi Penyelidik Soalan 1 : Adakah kamu faham tentang cara membilang Didapati 2 orang murid

secara dua-dua ? memang tidak faham

Murid A : Tak, cikgu.

tentang cara

Murid B : Tidak. membilang secara

Murid C : Sikit-sikit. dua-dua dan 2 orang

Murid D : Sama, sikit-sikit je. lagi mengetahui serba

sedikit sahaja.

Soalan 2 : Bolehkah kamu melengkapkan rangkaian Didapati 1 orang murid

nombor secara dua-dua tertib menaik ? tidak dapat

Murid A : Tak sangat. melengkapkan

Murid B : Boleh sikit, cikgu. rangkaian nombor

Murid C : Boleh sikit juga. secara dua-dua

Murid D : Kadang-kadang je. tertib menaik dan 3

orang lagi dapat

melengkapkan

sebahagian sahaja.

Soalan 3 : Bolehkah kamu melengkapkan rangkaian

Didapati 3 orang murid

nombor secara dua-dua tertib menurun ? dapat melengkapkan

Murid A : Tak sangat. rangkaian nombor

Murid B : Kuranglah. Senang boleh, susah tak boleh, cikgu. yang mudah sahaja

Murid C : Sama. Senang boleh, susah tak boleh lah. dan 1 orang murid

Murid D : Menurun susah sikit.

berpendapat tertib

menurun lebih sukar

daripada tertib menaik.

Soalan 4 : Bolehkah kamu menjawab soalan lembaran Didapati semua murid

kerja yang cikgu berikan itu ? hanya dapat menjawab

Murid A : Boleh sikit.

soalan yang mudah

Murid B : Tak berapa sangat, cikgu.

sahaja.

Murid C : Ada yang boleh, ada yang tak boleh.

Murid D : Sikit-sikit.

Hasil analisis dapatan menunjukkan keempat-empat orang murid masih tidak faham tentang kemahiran membilang secara dua-dua. Murid-murid tersebut hanya dapat menjawab sebahagian daripada rangkaian nombor yang diberi dan kurangnya keyakinan terhadap jawapan sendiri. Terdapat juga seorang murid yang berpendapat bahawa kemahiran membilang secara dua-dua dalam tertib menurun adalah lebih sukar jika berbanding dengan tertib menaik. Kesimpulannya, daripada temu bual sebelum intervensi dijalankan, didapati bahawa murid-murid masih tidak menguasai kemahiran melengkapkan rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara dua-dua tertib menaik dan tertib menurun. Oleh itu, saya telah mengambil tindakan dengan menggunakan kaedah permainan 'Ular & Tangga' dalam membantu murid-murid saya meningkatkan kemahiran tersebut.

Selepas intervensi, sesi temu bual dijalankan dan analisis data temu bual berdasarkan jawapan murid seperti dalam Jadual 9.Jadual 9 : Analisis Data Temu Bual Selepas Intervensi

Bagi Persoalan Kajian Pertama

Soalan Temu Bual dan Jawapan Murid

Refleksi Penyelidik Soalan 1 : Adakah kamu faham tentang cara membilang Didapati semua murid

secara dua-dua ? faham tentang cara

Murid A : Faham, cikgu.

membilang secara

Murid B : Sudah faham. dua-dua.

Murid C : Sudah faham, cikgu.

Murid D : Sudah faham sekarang.

Soalan 2 : Bolehkah kamu melengkapkan rangkaian Didapati murid-murid

nombor secara dua-dua tertib menaik ? dapat melengkapkan

Murid A : Boleh. rangkaian nombor

Murid B : Boleh, cikgu. secara dua-dua

Murid C : Sudah boleh sekarang. tertib menaik.

Murid D : Boleh, cikgu.

Soalan 3 : Bolehkah kamu melengkapkan rangkaian

Didapati semua murid

nombor secara dua-dua tertib menurun ? dapat melengkapkan

Murid A : Boleh juga. rangkaian nombor

Murid B : Boleh, cikgu.

secara dua-dua

Murid C : Boleh ! tertib menurun.

Murid D : Sekarang sudah boleh.

Soalan 4 : Bolehkah kamu menjawab soalan lembaran Didapati semua murid

kerja yang cikgu berikan itu ? dapat menjawab

Murid A : Boleh.

soalan lembaran

Murid B : Boleh juga, cikgu.

kerja dengan betul.

Murid C : Sekarang sudah boleh jawab betul.

Murid D : Boleh, cikgu.