psz 19:16(pind. 1/97)€¦ · kanak-kanak tadika. seramai 11 orang responden terlibat dalam kajian...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MARIAMMAH A/P MUTHUSAMY
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
υ
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN MATA
PELAJARAN PENYEDIAAN MAKANAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN
KOPERATIF DAN KOLABORATIF
(HURUF BESAR)
CIK.SARIMAH BTE ISMAIL NO.38, RUMAH RAKYAT LINGGI,
71150 LINGGI, NEGERI SEMBILAN
ii
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF BAGI MATA
PELAJARAN PENYEDIAAN MAKANAN
MARIAMMAH MUTHUSAMY
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : MARIAMMAH MUTHUSAMY
Tarikh : 4hb APRIL 2008
iv
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : CIK. SARIMAH BTE ISMAIL
Tarikh : 4hb APRIL 2008
v
PENGHARGAAN
Segala kepujian kepada tuhan kerana membantu saya menyiapkan kajian ini.
Pertama kali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda Cik Sarimah Binti Ismail
diatas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian
ini. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui sumbangan yang telah diberikan dan
membalas jasa baik beliau yang sangat besar membimbing saya dalam projek Sarjana
Muda ini.
Kerjasama daripada pensyarah-pensyarah yang mengajar di Universiti
Teknologi Malaysia (Skudai), Politeknik Pasir Gudang dan Institut Perguruan Batu
Pahat, Johor yang terlibat sebagai responden kajian amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan pendapat dan idea dalam
menjayakan projek penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai Panduan Pengajaran
menggunakan pendekatan koperatif dan kolaboratif bagi mata pelajaran Penyediaan
Makanan. Aspek bahan pengajaran yang dinilai ialah kesesuaian ayat, kesesuaian isi
kandungan, kesesuaian illustrasi dan aplikasi keberkesanan pendekatan koperatif dan
kolaboratif dalam ketiga-tiga buku panduan pengajaran yang dibina. Panduan
Pengajaran tersebut adalah Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita Mengandung,
Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian, Panduan Pengajaran 3: Hidangan
Kanak-Kanak Tadika. Seramai 11 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka
adalah pensyarah yang mengajar kursus penyediaan makanan dari tiga Institut
Pengajian Tinggi. Instrumen yang digunakan ialah borang soal-selidik yang
mengandungi 3 bahagian iaitu A, B dan C. Data yang dikumpulkan diproses dengan
menggunakan perisian SPSS versi14.0 dengan statistik kekerapan dan peratus.
Daripada kajian yang telah dilakukan, ketiga-tiga buku panduan pengajaran yang
dibina berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan panduan pengajaran
yang dibina sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tanpa
dipengaruhi oleh pengalaman pensyarah.
vii
ABSTRAK
This research is conducted to built and evaluate the Teaching Guide Book
which is using the cooperative and collaborative for food preparation subject. The
aspects of teaching aids that evaluated consist the sentence suitability, content,
illustration and application of cooperative and collaborative in these three teaching
guide book Teaching Guide Book 1: Dishes For Pregnant Women and Lactating
Mother, Teaching Guide Book 2: Dishes For Vegetarian and Teaching Guide Book
3: Dishes For Kindergarten Children’s. Researcher also determined the suitability
status difference in Formative Evaluation. 11 respondents are chosen for this
research. They are lecturers who teach food preparation course by three High
Education Institute. Questionnaire is used as the research instrument which consists
of 3 parts which is A, B and C. Data obtained was analyzed using Statistical Package
for Social Science (SPSS) version 14.0 and presented in frequency and percentage
form. The outcomes of this research shows that all the three guidebooks which was
evaluate are at a high level. The research outcome shows, the teaching guide is
suitable as teaching aid for teaching and learning process not across by lecturers
teaching experience.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN TESIS i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iv
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xv
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI SINKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xx
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
ix
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.6.1 Menjalankan Pengujian Hipotesis 8
1.7 Rangka Kerja Konsep 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Skop Kajian 11
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Definisi Istilah 11
1.11.1 Pengajaran 12
1.11.2 Koperatif 12
1.11.3 Kolaboratif 12
1.11.4 Penilaian Sumatif 13
1.12 Rumusan 13
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Jenis-Jenis Model Koperatif & Kolaboratif 17
2.2.1 Model Jigsaw 18
2.2.2 Model TAI 19
2.2.3 Model STAD 20
2.2.4 Model TGT 21
2.2.5 Model Learning Togather 21
2.2.6 Model Group Investigation 22
2.3 Rumusan Model-Model Koperatif & 24
Kolaboratif
2.4 Perbandingan Antara Pengajaran 24
Koperatif dan Kolaboratif Dengan
Tradisional
2.5 Unsur-Unsur Asas Pengajaran 25
x
Koperatif & Kolaboratif
2.6 Teori Penilaian Panduan Pengajaran 26
2.6.1 Penilaian Sumatif 26
2.7 Penutup 27
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Kandungan Panduan Pengajaran 28
3.2.1 Panduan Pengajaran 1: 29
Hidangan Wanita Mengandung &
Ibu Bersalin
3.2.2 Panduan Pengajaran 2: 29
Hidangan Vegetarian
3.2.3 Panduan Pengajaran 3: 30
Hidangan Kanak-Kanak Tadika
3.3 Rekabentuk Kajian 30
3.4 Lokasi Kajian 30
3.5 Sampel Kajian 31
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 32
3.8 Model Kajian 34
3.9 Prosedur Kajian 35
3.9.1 Kajian Tahap 1 36
3.9.2 Kajian Tahap 2 37
3.9.2.1 Kajian Rintis 37
3.9.2.2 Penilaian Sumatif 38
3.9.3 Kajian Tahap 3 39
3.9 Penutup 41
xi
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Persoalan Kajian 1 42
4.3 Persoalan Kajian 2 43
4.4 Analisis Berdasarkan Latar Belakang 44
Responden
4.4.1 Taburan Responden Mengikut 44
Jantina
4.4.2 Taburan Responden Mengikut 45
Kelulusan Akademik
4.4.3 Taburan Responden Mengikut 45
Pengalaman Mengajar
4.5 Analisis Bahagian B 46
4.5.1 Kesesuaian Ayat 46
4.5.1.1 Panduan Pengajaran 1 47
4.5.1.2 Panduan Pengajaran 2 48
4.5.1.3 Panduan Pengajaran 3 50
4.5.2 Format & Isi Kandungan 51
4.5.2.1 Panduan Pengajaran 1 51
4.5.2.2 Panduan Pengajaran 2 55
4.5.2.3 Panduan Pengajaran 3 58
4.5.3 Kesesuaian Illustrasi 61
4.5.3.1 Panduan Pengajaran 1 61
4.5.3.2 Panduan Pengajaran 2 62
4.5.3.3 Panduan Pengajaran 3 63
4.5.4 Pendekatan Koperatif & Kolaboratif 64
xii
4.5.4.1 Panduan Pengajaran 1 64
4.5.4.2 Panduan Pengajaran 2 66
4.5.4.3 Panduan Pengajaran 3 68
4.6 Kesimpulan Bahagian B 71
4.7 Analisis Bahagian C 72
4.7.1 Ulasan 72
4.7.1.1 Panduan Pengajaran 1 72
4.7.1.2 Panduan Pengajaran 2 73
4.7.1.3 Panduan Pengajaran 3 73
4.7.2 Cadangan 74
4.7.2.1 Panduan Pengajaran 1 74
4.7.2.2 Panduan Pengajaran 2 75
4.7.2.3 Panduan Pengajaran 3 75
4.8 Persoalan Kajian 2 76
4.9 Rumusan Dapatan Kajian Bagi 80
Persoalan Kajian 1
4.10 Rumusan Dapatan Kajian Bagi 80
Persoalan Kajian 2
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Bagi 81
Persoalan Kajian 3
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 83
5.2.1 Rumusan Bahagian A 83
5.2.2 Rumusan Bahagian B 84
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 85
5.3.1 Persoalan Kajian 1 86
xiii
5.3.2 Persoalan Kajian 2 87
5.3.2.1 Kesesuaian Ayat 87
5.3.2.2 Kesesuaian Isi Kandungan 89
5.3.2.3 Kesesuaian Illustrasi 90
5.3.2.4 Kesesuaian Pendekatan 92
5.3.3 Rumusan Keseluruhan Bahagian B 93
5.3.4 Rumusan Bahagian C 94
5.3.5 Persoalan Kajian 2 95
5.3.5.1 Panduan Pengajaran 1 95
5.3.5.2 Panduan Pengajaran 2 95
5.3.5.3 Panduan Pengajaran 3 96
5.3.6 Rumusan Bagi Analisis Persoalan 96
Kajian 3
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.5 Kesimpulan 97
RUJUKAN 99
LAMPIRAN A – B 103
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 9
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 36
3.2 Rangka Kerja Kajian Tahap 1 37
3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis 38
3.4 Rangka Kerja Penilaian Sumatif 49
4.1 Pembinaan 3 Panduan Pengajaran 43
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Prosedur Model Jigsaw 18
2.2 Prosedur Model Team-Assisted Individualization 19
2.3 Prosedur Model Students Teams-Achievement 20
Division, STAD
2.4 Prosedur Learning Togather 22
2.5 Prosedur Group Investigation 23
2.6 Rumusan Model Koperatif dan Kolaboratif 24
2.7 Perbezaan P&P Tradisional dan P&P Koperatif dan 25
Kolaboratif
3.1 Taburan Responden Yang Dipilih Berdasarkan Institut 31
Pengajian Tinggi
3.2 Pekali Alpha Conbach 32
3.3 Nilai Alpha Bagi Setiap Panduan Pengajaran 33
3.4 Prosedur Model Group Investigation 35
3.5 Pengkelasan Skala Lima Mata 40
3.6 Markat Skala Penyelidik 40
3.7 Perubahan Markat & Skala 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 45
4.4 Kategori Nilai Min 46
4.5 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian ayat bagi 47
Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita Mengandung &
Ibu Bersalin
4.6 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian ayat bagi 49
xvi
Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian
4.7 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian ayat bagi 50
Panduan Pengajaran 3: Hidangan Kanak-Kanak Tadika
4.8 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Isi Kandungan 52
bagi Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita
Mengandung & Ibu Bersalin
4.9 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Isi Kandungan 55
bagi Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian
4.10 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Isi Kandungan 58
bagi Panduan Pengajaran 3: Hidangan Kanak-Kanak
Tadika
4.11 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Illustrasi 61
bagi Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita
Mengandung & Ibu Bersalin
4.12 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Illustrasi 62
bagi Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian
4.13 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Illustrasi 63
bagi Panduan Pengajaran 3: Hidangan Kanak-Kanak
Tadika
4.14 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Pendekatan 64
Koperatif dan Kolaboratifbagi Panduan Pengajaran 1:
Hidangan Wanita Mengandung & Ibu Bersalin
4.15 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Pendekatan 66
Koperatif dan Kolaboratifbagi Panduan Pengajaran 2:
Hidangan Vegetarian
4.16 Taburan Responden Mengikut Kesesuaian Pendekatan 68
Koperatif dan Kolaboratifbagi Panduan Pengajaran 3:
Hidangan Kanak-Kanak Tadika
4.17 Kesimpulan Keseluruhan Persoalan Kajian 1 Bagi 71
Ketiga-Tiga Panduan Pengajaran Mengikut Min dan
Peratus
4.18 Ulasan Responden bagi Panduan Pengajaran 1 72
xvii
4.19 Ulasan Responden bagi Panduan Pengajaran 2 73
4.20 Ulasan Responden bagi Panduan Pengajaran 3 73
4.21 Cadangan Responden bagi Panduan Pengajaran 1 74
4.22 Cadangan Responden bagi Panduan Pengajaran 2 74
4.23 Cadangan Responden bagi Panduan Pengajaran 3 74
4.24 Ujian t Antara Pengalaman Mengajar Dengan 76
Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita Mengandung &
Ibu Bersalin
4.25 Ujian t Antara Pengalaman Mengajar Dengan 77
Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian
4.26 Ujian t Antara Pengalaman Mengajar Dengan 79
Panduan Pengajaran 3: Hidangan Kanak-Kanak Tadika
4.27 Purata Min Bagi Ketiga-Tiga Buku Panduan 81
Pengajaran Bagi Persoalan Kajian 1
4.28 Purata Min Bagi Ketiga-Tiga Buku Panduan 81
Pengajaran Bagi Persolan Kajian 2
5.1 Rumusan Bahagian A 83
xviii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
P & P Pengajaran dan Pembelajaran
K & K Koperatif dan Kolaboratif
SPSS Statistical Package Of Social Science
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendekatan koperatif dan kolaboratif adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara kumpulan kecil di mana setiap pelajar diberi tanggungjawab yang
berlainan dalam kumpulan (Slavin,1990). Semasa menjalankan aktiviti dalam
kumpulan, pelajar dapat mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang
sesama mereka mengaplikasikan nilai-nilai murni sesama ahli dalam kumpulan dan
menyelesaikan masalah bersama. Guru berperanan melatih kemahiran sosial dan
memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif kerja dalam
kumpulan dan mengekalkan hubungan positif sesama ahli kumpulan.
Johson dan Anderson (1976) telah mendefinisikan pengajaran koperatif dan
kolaboratif sebagai satu kaedah pengajaran di bilik darjah di mana pelajar belajar
bersama-sama menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan
saling membantu dan tidak bergantung kepada guru semata-mata.
Sharan (1980), Slavin (1987) dan Webb (1982),pula menyatakan pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif memberi tumpuan kepada interaksi
2sesama pelajar dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu
di dalam proses pembelajaran.
Di dalam kajian yang lain pula, Johnson dan Scott (1978) menakrifkan
pengajaran koperatif dan kolaboratif dengan membezakannya dengan kaedah
pembelajaran individu. Pengajaran koperatif dan kolaboratif berlaku apabila pencapaian
seorang pelajar bergantung kepada pencapaian rakan sekumpulan. Sebaliknya di dalam
pembelajaran individu, pencapaian seorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian
pelajar lain.
Strategi juga memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif merupakan satu proses
pengajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang
diberikan oleh guru (Slavin, 1990). Cohen (1994) menakrifkan pengajaran koperatif dan
kolaboratif sebagai satu konsep kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu
kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugasan yang diberikan tanpa
penyeliaan guru secara langsung.
Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, pendekatan
koperatif dan kolaboratif ini dikatakan memberi penekanan kepada pembangunan
kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat
pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar. Manakala
guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.
Guru atau pendidik merupakan tunjang pelaksana yang paling utama untuk
menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu guru patut didedahkan dengan budaya pengajaran
3secara koperatif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi
kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti (Wan Mohd Zahid, 1994).
Walaupun pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif adalah
mudah dan mempunyai kelebihan tetapi ia juga tidak terkecuali daripada kelemahan.
Kadang-kala hasil sesuatu kumpulan itu sangat memuaskan tetapi kejayaan itu hanya
berpunca daripada pelajar-pelajar yang pandai dalam kumpulan tersebut. Pelajar yang
cekap dan mahir terpaksa membuat kerja yang lebih demi prestasi kumpulannya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) adalah salah satu kursus yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar yang mengambil Program Sarjana Muda Teknologi serta
Pedidikan (Kemahiran Hidup). Subjek Penyediaan Makanan (SPL 2122)
memperuntukkan sebanyak dua kredit dan ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
teori dan amali. Peruntukan masa bagi kursus ini adalah empat jam seminggu.
Pengajaran teori dijalankan selama sejam dan amali pula diperuntukan masa 3 jam
seminggu. Teori sejam meliputi tajuk-tajuk seperti pengenalan subjek, pemakanan
untuk vegetarian, pemakanan warga tua, pemakanan wanita mengandung serta ibu
bersalin dan pemakanan pesakit kencing manis. Makanan berasaskan ikan , daging dan
susu juga termasuk dalam tajuk pengajaran teori, di samping tajuk seperti makanan
bekalan, snek dan minuman, telur dan diet bagi atlet.
Manakala pengajaran amali selama tiga jam pula berasaskan kepada tajuk-tajuk
seperti pengenalan kepada pengurusan kumpulan dan etika meja, hidangan pastri,
hidangan pesakit darah tinggi, hidangan makanan bekal, hidangan warga tua, roti,
4hidangan wanita mengandung serta ibu bersalin, hidangan vegetarian, snek dan hiasan
kek.
Pelajar haruslah cekap dalam pembahagian tugas dan masa kerana terdapat
tugasan sampingan selain dari memasak seperti penyediaan peralatan, pengambilan
bahan, pengemasan tempat memasak, penyajian makanan, pembersihan peralatan dan
kawasan bekerja dan lain –lain lagi. Setiap amali masakan menjalankan semua aktiviti
yang dinyatakan di atas supaya bengkel masakan sentiasa bersih dan terlindung daripada
sebarang pencemaran. Selain daripada itu pelajar juga dilatih supaya memasak dalam
masa yang diberikan. Amali masakan dilakukan secara kumpulan kecil agar pelajar
dapat berkongsi idea antara satu sama lain.
Hasil temubual dengan salah seorang pensyarah kursus Penyediaan Makanan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (Skudai), pensyarah-pensyarah yang
mengajar kursus ini tidak menggunakan panduan pengajaran khas bagi mengajar kursus
Penyediaan Makanan (SPL 2122). Masalah ini membawa kesan negatif bagi pensyarah
yang baru mengajar kursus ini.
“Kursus Penyediaan Makanan memerlukan beberapa orang pensyarah baru.
Panduan Pengajaran yang dibina dapat membantu pensyarah-pensyarah baru dalam
mengendalikan kursus ini. Selain daripada itu Panduan-Panduan ini juga dapat
menyelaraskan proses Pengajaran dan Pembelajaran dikalangan pensyarah baru baru
dan pensyarah lama” (Pensyarah: Cik. Sarimah Bte Ismail)
Berikutan dengan itu panduan pengajaran yang menggunakan pendekatan
koperatif dan kolaboratif perlu dibangunkan agar dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pensyarah dalam mata pelajaran Penyediaan Makanan (SPL 2122).
Pendekatan koperatif dan kolaboratif dapat membantu pensyarah mengawal kelas
dengan baik , mengurangkan masa pensyarah membuat persediaan rancangan mengajar,
5tidak perlu mengambil kira perbezaan antara individu, tidak perlu mahir
mengendalikan alat bantu mengajar yang pelbagai, tidak berlaku percanggahan idea,
tiada masalah pembahagian tugas, pelajar tidak keliru dengan pemberian tugasan, mudah
membuat penilaian terhadap hasil kerja atau sumbangan daripada pelajar.
Elemen koperatif dan kolaboratif membawa pelbagai penambaikan kepada
golongan guru dan pelajar. Pelajar yang tinggi pencapaiannya boleh berkongsi
kemahiran mereka dengan pelajar yang lemah. Dengan pengajaran secara koperatif dan
kolaboratif pelajar berkeyakinan memberi idea dan merasai dirinya penting dalam
sesebuah kumpulan kerana setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab tersendiri
dalam tugasan dan aktiviti kumpulan.
Walaubagaimanapun pendekatan pengajaran ini juga mempunyai kelemahannya.
Konsep koperatif dan kolaboratif dapat mewujudkan guru yang kurang
bertanggungjawab terhadap pelajar dan kelas. Contohnya guru hanya memberi fokus
kepada aspek yang asas iaitu pengajaran secara tradisonal sahaja. Sementara pelajar
yang pandai terpaksa membantu pelajar yang lemah dan kebanyakan tugasan dlam
kumpulan dibuat oleh pelajar tersebut.
1.3 Penyataan Masalah
Kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan koperatif dan kolaboratif
telah pun digunakan di Institut Pengajian Tinggi bagi menyampaikan ilmu dan
pengetahuan kepada pelajar.
6Pendekatan pelajaran ini telah digunapakai dalam pengajaran kursus
Penyediaan Makanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Malangnya, semua pensyarah yang mengajar kursus ini tidak mempunyai panduan
pengajaran bagi membantu mereka mengajar kelas teori dan amali pengajaran mereka
hanya berbantukan sukatan pelajaran.
Disebabkan permasalahan di atas, kajian ini dijalankan untuk membina panduan
pengajaran Penyediaan Makanan dan menilai sejauh manakah kesesuaian penggunaan
panduan Pengajaran yang dibina (Panduan Pengajaran 1: Hidangan Wanita Mengandung
dan Ibu Bersalin, Panduan Pengajaran 2: Hidangan Vegetarian dan Panduan Pengajaran
3: Hidangan Kanak-Kanak Tadika) sesuai digunakan sebagai panduan pengajaran dalam
mata pelajaran Penyediaan Makanan (SPL 2122).
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Membina tiga Panduan Pengajaran berorientasikan pendekatan koperatif dan
kolaboratif bagi mata pelajaran Penyediaan Makanan iaitu:
Panduan Pengajaran 1 : Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif dan
Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran Hidangan Wanita
Mengandung Dan Ibu Bersalin
Panduan Pengajaran 2 : Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif dan
Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran Hidangan
Vegetarian
7Panduan Pengajaran 3 : Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif dan
Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran Hidangan Kanak-
Kanak Tadika
ii. Menilai kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina bagi
pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan.
iii. Menilai kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina untuk
pengajar kursus Penyediaan Makanan merentas pengalaman pensyarah.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat pernyataan masalah yang hendak dikaji. Antaranya
ialah :
i. Apakah tiga Panduan Pengajaran yang dibina menggunakan pendekatan koperatif
dan kolaboratif?
ii. Apakah penilaian oleh penilai ke atas ketiga-tiga Panduan Pengajaran
menunjukkan ia sesuai untuk digunakan sebagai bahan Pengajaran dan
Pembelajaran?
iii. Apakah terdapat perbezaan status kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang
dibina berdasarkan pengalaman mengajar penilai?