psv estetika dan kanak-kanak

Upload: kiu-boon

Post on 01-Jun-2018

291 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    1/7

     

    70OUM

    TOPIK 6ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

    PENGENALAN 

    Menurut Koster (2001) kefahaman mengenai karya seni merupakan sebahagian daripadapengajaran pendidikan seni visual. Beliau menjelaskan lagi bahawa kefahaman ini pentingkerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak menggunakan visualsebagai medium komunikasi. Justeru kemahiran menghayati nilai kecantikan dan estetikaperlu di dedahkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan kepelbagaiancabang dan aliran seni. Selain itu pengetahuan nilai estetika seni membantu merekamenjadi peka terhadap hasil karya seni dan bagaimana mereka bertindak terhadapsesuatu karya seni. Topik ini akan membincangkan persoalan estika dalam pendidikan

    seni dan bagaimana guru pendidikan seni visual boleh membangunkan kemahiran estetikkanak-kanak.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

    1. memahami definisi estetik di dalam pendidikan seni visual;

    2. mengetahui makna dan huraian estetik; dan

    3. memahami aplikasi penerapan estetik ke atas kanak-kanak.

    6.1 DEFINISI

     Apakah tafsiran anda tentang nilai estetik atau estetika? Nyatakan nama-nama objek di persekitaran anda yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

    Istilah estetik atau estetika mula digunakan buat pertama kalinya oleh ahli falsafahJerman, Alexander Baumgarten sekitar tahun 1744 (Abdul Shukor Hashim, 1991).Perkataan estetik  diambil daripada perkataan Greek iaitu  aisthetikos  yang merujukkepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria. Secara ringkasnya estetikmelibatkan penggunaan semua deria. Ilmu estetik merupakan sebahagian daripada ilmucabang falsafah yang mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yangterdapat pada hasil seni. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu daripadakualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Bagi Bates (2000), beliau menterjemahkanestetik sebagai satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan. Gazalba (1978)mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai

    kecantikan dan kebaikan. Manakala Lankford (1992) menghuraikan estetik sebagai satukonsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    2/7

     

    71OUM

    TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembanganartistik dan penghasilan produk.

    Ragans (2000) pula menjelaskan bahawa menilai hasil karya bukan sahaja dilihat padakecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya,iaitu dari segi penyampaian dan gaya penghasilan. Sesuatu karya mungkin tidak nampakcantik namun ianya dikira berjaya daripada aspek penyusunan dan reka letak imej danobjek karya tersebut yang menjadikan ianya berjaya dan unik. Sebagai contoh, terdapatkarya yang mengganggu emosi apabila dilihat dan karya ini masih dikategorikan sebagaikarya yang baik dan berjaya.

     Apabila seseorang menghayati karya, individu terbabit akan bertindak balas dengan karyatersebut dan proses ini dikenali sebagai Tindak balas Estetik ( Aesthetic Response).Tindak balas estetik merujuk kepada reaksi semula jadi manusia yang tercetus apabilaseseorang melihat karya seni. Sebagai contoh, kekaguman seseorang apabila melihat

    hasil karya yang cantik dan mempesonakan.

    Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakanmerangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dansebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepadaperbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni.Kaitan pendidikan dan estetik dijelaskan oleh Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihatsetiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik.

    Dengan mempelajari nilai estetika dalam pendidikan, guru pendidikan seni visual bolehmenggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yangdihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentinganmenghargainya.

    6.2 PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

     Adakah penting bagi seseorang guru pendidikan seni visual untuk menilaisesuatu karya seni dari aspek kecantikan?

    Suatu masa dahulu, seni sering dikaitkan dengan kecantikan. Namun ahli estetik tidaklagi bersetuju dengan pendapat ini. Apabila ilmu estetik dijadikan satu entiti kajian yangberlainan pada pertengahan kurun ke-18, ahli-ahli falsafah mula membuat pencariantentang makna dan konsep kecantikan dalam seni. Tetapi makna kecantikan itusebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang abstrak, subjektif dan orientasimengenai kecantikan itu berbeza mengikut budaya. Sebagai contoh, di zaman Greekpurba, tujuan utama seni adalah memaparkan idea dan konsep kesempurnaan dari segikecantikan fizikal. Justeru tidak hairanlah banyak arca patung dibina sebagi manifestasimakna kecantikan

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    3/7

     

    72OUM

    TOPIK 6ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    Pada zaman Byzantin pula, konsep kecantikan diterjemahkan dengan kepercayaan kuatterhadap pegangan agama lalu dipamerkan melalui imejan berunsurkan keagamaan. Dibarat pula walaupun ramai artis bergantung kepada konsep kecantikan sebagai luahan

    ekspresi, ianya hanyalah sebagai salah satu pendekatan sahaja. Terdapat ramai artis lainyang menggunakan konsep yang bertentangan dengan kecantikan dalam penghasilankarya. Sebagai contoh, ada artis yang mendapat ilham dan idea daripada kesankekejaman peperangan, kemiskinan dan pembunuhan sebagai tema utama karya dan isukecantikan dalam karya ini tidak lagi tidak lagi berkisar kepada keadaan yangmempesonakan.

    Walaupun begitu, isu kecantikan masih lagi menjadi titik perbincangan mengenai estetiksehingga ke hari ini oleh ahli falsafah. Secara ringkasnya, terdapat dua cara konvensionaluntuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist  dan konsep objektivist. 

    6.2.1 Konsep Relativist  

    Konsep ini percaya bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaanpendapat mengenai kecantikan. Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budayaserta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa. Ini dapat menjelaskan mengapapengkritik seni, walau berpengetahuan tinggi, masih lagi gagal menghargai bentuk senikerana dibelenggu oleh faktor sezaman pada ketika itu.

    Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif danabstrak. Golongan ini percaya bahawa kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasamempengaruhi persepsi seseorang terhadap kecantikan. Dalam erti kata lain,penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi

    seseorang.

    6.2.2 Konsep Objektivist  

    Konsep objektivist   sangat bertentangan dengan konsep relativist . Konsep objektivistpercaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni danbukan terletak pada persepsi seseorang. Teori yang berakar umbi dari zaman Greekklasik ini menjelaskan bahawa kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentuseperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni,rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.

    Aktiviti 6.1

    Pilih satu karya dan nilai karya seni ini dengan menggunakan konseprelativist   dan kemudian konsep objektivist . Daripada aktiviti ini, adakahanda dapati takrifan ‘kecantikan’ pada karya tersebut telah berubah?

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    4/7

     

    73OUM

    TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    6.3 ESTETIK DAN KANAK-KANAK

    Banyak kajian yang telah dijalankan mengkaji bagaimana manusia terutamanya kanak-

    kanak melihat dan mentafsir kecantikan. Tidak kurang juga kajian yang mengkajiperkembangan dan tindak balas estetik di kalangan kanak-kanak. Terdapat hipotesis yangmengatakan bahawa manusia secara semula jadi sememangnya mudah tertarik denganobjek dan perkara atau sesuatu yang luar biasa dan pelik.

    Bagi kanak-kanak, perasaan mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan merekasebagai golongan yang unik dan luar biasa kerana perkara-perkara luar biasa dan pelik inimerupakan perkara baru bagi mereka. Pengalaman estetik kanak-kanak diperolehi melaluipenglihatan, pengalaman dan eksplorasi.

    Lowenfeld (1975) percaya bahawa perkembangan estetik kanak-kanak tidak bolehdipisahkan dengan perkembangan kreativiti. Ini menurut beliau, adalah kerana kedua-duanya dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dancorak pemikiran mereka. Lowenfeld juga turut menambah bahawa pendidikan yangmelibatkan tindak balas estetik turut melibatkan spektrum yang lebih luas iaitupengalaman menghasilkan karya seni dan bentuk karya yang dihasilkan. Ini bermakna,dua elemen iaitu penghasilan karya dan bentuk karya turut penting di dalam pendidikanestetika kerana ia merupakan asas kepada huraian dan tindak balas terhadap karya.

    Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman sertalatar belakang dan budaya. Faktor umur mempengaruhi kanak-kanak dari segikematangan dan kebolehan untuk mengolah gambar dan objek. Sebagai contoh, kanak-kanak lebih berminat untuk memilih warna-warna yang lebih cerah, terang dan berwarna-

    warni dan karya yang dihasilkan kebanyakan berbentuk abstrak, sukar difahami selaincara kanak-kanak menghasilkan karya mengikut perkembangan artistik mereka.

    Faktor pengalaman pula merujuk kepada pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki olehkanak-kanak untuk membezakan sesuatu karya. Sebagai contoh, kajian yang dijalankanoleh Howard Gardner dan Ellen Winner (1976). Dapatan yang diperolehi oleh Gardner danWinner mendapati bahawa kanak-kanak berumur dari empat hingga tujuh tahunberanggapan bahawa hasil karya yang di tunjukkan kepada mereka adalah menarik danmudah untuk dihasilkan. Mereka juga beranggapan bahawa semua orang mampumenghasilkan karya dan karya tersebut dianggap siap apabila ianya memenuhi ruangkertas lukisan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak juga mempengaruhi tindak balas estetik kanak-kanak terhadap karya.

    Latihan 6.1

    1. Bagaimanakah budaya mempunyai impak yang signifikan terhadapnilai estetik seseorang? Berikan pendapat anda.

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    5/7

     

    74OUM

    TOPIK 6ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    6.4 TINDAKBALAS ESTETIK ( AESTHETIC RESPONSE ) 

    Pernahkah anda sendiri mengalami tindak balas estetik? Sekiranya ya,apakah kesan tindak balas estetik terhadap diri anda?

    Tindak balas estetik adalah tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melaluihasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam. Selalunya, tindak balas estetikberlaku apabila terdapat dua elemen yang tercetus semasa seseorang itu mengamatikarya. Elemen pertama adalah aspek kualiti yang terdapat pada karya dan yang keduaadalah aspek makna pada karya. Aspek kualiti pada karya merujuk kepada perkara-

    perkara dan elemen yang berkaitan dengan kualiti lliteral, kualiti rekaan dan kualitiekspresif.

    (a) Kualiti Literal atau Imitanionalism Kualiti literal atau imitasi merujuk kepada keupayaan pengkarya untuk menghasilkankarya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling selain daripada kualiti realistikyang dipamerkan. Bagi sesetengah pengkritik, karya yang dikategorikan berjayamempamerkan kebolehan peniruan objek atau imej. Aspek ini menitikberatkantentang imej yang dilukis secara realistik melalui proses peniruan alam sekeliling.Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistik penunggang kuda, kualitiliteral pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang

    ditonjolkan secara realistik.

    (b) Kualiti Rekaan atau Formalism Kualiti rekaan merujuk kepada komposisi iaitu kaedah menyusun elemen dan prinsipseni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkaryamengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.

    (c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi Aspek ini menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindakbalas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya. Sesetengahpengkritik menjelaskan bahawa karya yang diklasifikasikan sebagai berjaya adalahkarya yang berjaya membangkitkan emosi dan perasaan penonton. 

    6.5 MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAKBALASESTETIK KANAK-KANAK

    Koster (2001) menyarankan bahawa perkembangan estetik kanak-kanak perlu dirangsangdengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetikyang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. Peranan gurupendidikan seni visual amat penting bagi memastikan program pengajaran yang dirancangmeningkatkan dan memperkayakan tindak balas estetik kanak-kanak apabila melihat danmengamati karya seni. Bagi merangsang perkembangan kreativiti pemilihan karya bagi

    pelajar untuk memberikan respon perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut.

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    6/7

     

    75OUM

    TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    (a)  Memilih Karya BerkualitiKarya seni perlu mempunyai standard   dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.Mempunyai keaslian dan dihasilkan melalui kerja tangan teliti dan terbaik serta

    dikenali. Karya sebegini mudah didapati di galeri seni dan biasanya karya-karya inidisusuli dengan komentar dan penulisan.

    (b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan TeknikKarya yang dipilih perlu mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya. Inibagi memastikan pelajar mempunyai perspektif pelbagai mengenai hasil karya. Guruseni boleh meluaskan pemilihan karya dengan memilih karya arca, kolaj, lukisan dantidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.

    (c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan ArtisPemilihan karya perlu melihat faktor yang boleh memperkayakan persepsi pelajarterhadap alam sekelilingnya. Faktor seperti latar belakang dan budaya artis atau

    pengkarya yang menghasilkan karya perlu diberikan perhatian. Disarankan gurumemilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagaietnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.

    (d) Mempamerkan BudayaKarya yang dipilih perlu mengambil kira mengenai kemampuan sesuatu karyamempamerkan identiti dan budaya murid. Karya seni yang dipilih juga mestimencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luasmengenai budaya dan kepelbagaiannya.

    Latihan 6.2

    1. Di dalam merangsang perkembangan dan tindak balas estetika kanak-kanak, pemilihan karya-karya yang dihasilkan oleh pelbagai etnik danlatar belakang dapat menajamkan persepsi dan perspektif kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

    6.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK

    Kepentingan kanak-kanak mengetahui dan mempelajari mengenai estetik bukan sahaja

    dilihat daripada sudut membina perkembangan artistik sahaja, ia turut membantuperkembangan emosi dan kognitif murid. Mempelajari estetik dapat membantu muriddalam pelbagai aspek.

    (a) Menghidupkan Suasana Aktif PembelajaranPembelajaran pendidikan seni akan lebih aktif kerana pengalaman estetik diterapkandi dalam aktiviti penghasilan karya di dalam kelas. Proses pembelajaran estetik jugamenggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaranlebih menyeronokkan.

    (b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa VisualProses estetik memerlukan satu kefahaman mengenai laras bahasa tampak.

    Mempelajari estetik akan membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak danmemperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.

  • 8/9/2019 PSV Estetika Dan Kanak-kanak

    7/7

     

    76OUM

    TOPIK 6ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 

    (c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama LainMempelajari estetik dapat membantu murid memahami bahawa karya yangdihasilkan mempunyai makna berbeza. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran

    bahawa tidak semua orang melihat dan memahami sesuatu perkara itu dengan carayang sama dengan orang lain.

    (d) Meningkatkan Keupayaan PemikiranProses interpretasi karya melibatkan penggunaan deria dan proses kognitif. Justerumelalui proses penghayatan karya, pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaanmenganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan dayapemikiran mereka.

    Latihan 6.3

    1. Setelah mempelajari bab ini, adakah estetik dan kecantikan merupakankonsep yang sama?

    2. Bagaimanakah estetik berbeza dengan kreativiti?

    RUMUSAN

    Peranan guru di dalam proses mengembangkan pengalaman estetik adalah penting. Iniadalah kerana proses perbincangan mengenai karya bagi mendapatkan maklumat perlu

    dibantu agar murid benar-benar dapat mengamati dan berjaya membuat perbandingan,menganalisa kepelbagaian jenis karya . anda telah didedahkan juga dengan pengertianestetik dan kaedah merangsang estetik kepada murid seperti pemilihan karya,perkembangannya dan kepentingan mempelajarinya.