psikomotor halus rekod berterusan

8
1 MENILAI PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS KANAK-KANAK PRASEKOLAH Oleh BAYREI BIN ASRIN ROHAYA BTE KAMIS ROSEIDAYU BTE ELIAS JERED YUTUI FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 9 OKTOBER 2008 1.0 PENGENALAN Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak- kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid namun apa yang penting adalah menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid. 2.0 REKOD BERTERUSAN 2.1 Definisi Menurut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang

Upload: afi-le-feu

Post on 07-Jun-2015

4.125 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

1

MENILAI PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

Oleh

BAYREI BIN ASRIN

ROHAYA BTE KAMIS

ROSEIDAYU BTE ELIAS

JERED YUTUI

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

9 OKTOBER 2008

1.0 PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-

kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod

perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti

mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk

memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat

pelbagai kaedah merekod perkembangan murid namun apa yang penting adalah

menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan

ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

2.0 REKOD BERTERUSAN

2.1 Definisi

Menurut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Rekod berterusan

merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas

individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut

jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum

balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang

Page 2: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

2

diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Setiap

pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang

tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan

dalam tempoh 3 hingga 5 minit.

2.2 Kelebihan

Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad

kepada suatu aspek atau kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi

mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada pada setiap

murid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru

boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian yang

dibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir

dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan

perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam

penilaian.

2.3 Kekurangan

Rekod berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan

setiap tingkah laku murid yang dikaji dan ini memerlukan masa yang

banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat.

Selain itu, guru juga akan mengalami kesukaran bagi mencatatkan setiap

kejadian yang berlaku dalam pemerhatian secara terperinci. Rekod

berterusan juga, lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu

kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.

Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-

kanak yang diperhati bagi mengelakkan gangguan tumpuan ataupun

berlaku tingkah laku yang lain daripada tingkah laku sebenar kanak-kanak

yang diperhatikan.

Page 3: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

3

3.0 KAJIAN

3.1 Fokus

Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan ini, fokus pemerhatian

adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus responden. Pengkaji

menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan psikomotor

halus kanak-kanak dan melalui aktiviti ini juga, pengkaji akan merekod

segala tingkahlaku responden dan mengenal pasti sama ada aspek

psikomotor halus dan koordinasi mata tangan responden sudah

mempunyai perkembangan yang sesuai dengan umurnya.

3.2 Objektif kajian

• Mengenal pasti tahap perkembangan psikomotor halus kanak-

kanak yang diperhati.

• Mengenal pasti aktiviti yang sesuai bagi meransang perkembangan

psikomotor halus kanak-kanak dan

• Dapat membantu meransang perkembangan psikomotor halus

responden.

3.3 Sampel kajian

Nama : Mohd Faizal bin Tajuddin

Umur : 6 tahun

Alamat : No 74 Kampung Balun, 35820 Slim River, Perak.

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Balun, 35800 Slim River,

Perak.

3.4 Limitasi kajian

Page 4: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

4

Dalam menjalankan pemerhatian ini, terdapat beberapa masalah yang

pengkaji hadapi. Pertama, pengkaji menghadapi kesulitan untuk mencari

kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti yang kami sediakan. Masalah ini

disebabkan pengkaji perlu mencari kanak-kanak yang hampir dengan kami

bagi memudahkan pengkaji menjalankan pemerhatian di luar waktu

kuliah. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji memilih kanak-kanak di

Slim River kerana mudah untuk menjalankan pemerhatian ke atas kanak-

kanak tersebut pada hujung minggu dengan menginap di rumah salah

seorang ahli kumpulan di Slim River.

Disebabkan pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River, maka

pengkaji berhadapan dengan masalah jarak dan pengangkutan untuk

membolehkan kesemua ahli kumpulan kami menjalankan pemerhatian ke

atas kanak-kanak tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji

membahagikan tugas dimana 2 orang menjalankan pemerhatian dan

selebihnya menjalankan kerja yang lain bagi melengkapkan pemerhatian

ini. Hasilnya akan pengkaji bincangkan bersama di dalam kumpulan pada

perjumpaan berikutnya. Selain itu, pemerhatian ini juga memerlukan masa

yang banyak. Jadi pengkaji menghadapi masalah untuk mencari masa

yang sesuai memandangkan jadual waktu kuliah yang tidak sama. Untuk

menyelesaikan hal ini, pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River

kerana boleh memperuntukkan cuti hujung minggu bagi menjalankan

pemerhatian ini.

Sebelum menjalankan pemerhatian, pengkaji juga berhadapan

dengan masalah pemilihan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak

tersebut. Oleh itu, pengkaji menyediakan beberapa pilihan aktiviti bagi

membolehkan kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan

lancar. Disebabkan rekod ini memerlukan pengkaji mencatatkan kejadian

dengan terperinci, oleh itu, pengkaji mengambil inisisatif dengan

Page 5: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

5

menonton semula video rakaman bagi mengemaskini pemerhatian yang

telah dijalankan sebelumnya.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pemerhatian ini dijalankan oleh 2 orang pemerhati ke atas seorang kanak-kanak

(responden). Pemerhati menjalankan kajian selama lebih kurang 10 minit bagi

setiap sesi menggunakan rekod berterusan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan

lima aktiviti dimana segala pemerhatian dan ulasan dicatatkan dalam rekod

berterusan tersebut. Selain itu, pemerhatian ini melibatkan rakaman video semasa

pemerhatian dijalankan disamping beberapa gambar sebagai bukti pemerhatian.

Dalam pemerhatian ini, pengkaji menggunakan 5 aktiviti semasa pemerhatian

dibuat.

4.1 Aktiviti mewarna

Responden diminta untuk mewarnakan perkataan “selamat hari raya” yang

telah disediakan. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan

motor halus dan koordinasi mata – tangan ketika mewarnakan perkataan

tersebut.

4.2 Aktiviti menggunting

Responden diminta untuk menggunting beberapa keping gambar dan

perkataan dari pelbagai saiz. Responden perlu menggunting gambar yang

bersaiz besar dahulu kemudian diikuti dengan gambar yang lebih kecil.

Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan

koordinasi mata - tangan semasa menggunting.

4.3 Aktiviti menampal

Page 6: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

6

Responden diminta untuk menampal gambar dan perkataan yang telah

digunting pada kertas tebal yang telah disediakan. Kemudian responden

diminta untuk menampal hiasan lain seperti bintang dan bulan bagi

mencantikkan lagi kad yang dihasilkan. Objektif aktiviti ini adalah untuk

melihat kebolehan responden menampal gambar serta hiasan tersebut.

4.4 Aktiviti melukis dan melorek

Responden diminta untuk melukis mengikut bentuk acuan yang disediakan

iaitu bentuk bulan dan bintang. Kemudian menggunakan pencil warna,

responden diminta mewarnakan lakaran tersebut. Objektif aktiviti ini

adalah untuk melihat penguasaan kawalan jari serta koordinasi mata dan

tangan semasa mengikut bentuk acuan tersebut.

4.5 Aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang

Responden diberikan benang untuk dimasukkan ke dalam lubang-lubang

kecil yang telah disediakan pada tepi kad yang disediakan. Objektif

aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan

koordinasi mata - tangan semasa memasukkan benang ke dalam lubang-

lubang tersebut.

5.0 DAPATAN KAJIAN

� Rujuk pada lampiran

6.0 ULASAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, serta rekod berterusan yang telah

dibuat, pengkaji mendapati responden masih belum menguasai kemahiran

psikomotor dengan baik namun sesuai dengan umurnya. Namun begitu, terdapat

Page 7: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

7

aktiviti yang mampu responden siapkan dengan kemas. Bagi aktiviti mewarna,

rekod menunjukkan responden semakin cekap semas mewarna namun kelama-

lamaan, responden seolah-olah hilang tumpuan semasa mewarna kerana semakin

menunjukkan ketidakkemasan pada hasil kerjanya. Bagi aktiviti menggunting

pula, rekod menunjukkan hasil guntingan responden agak kemas. Ini

menunjukkan koordinasi mata tangan responden agak baik.

Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti menampal. Rekod menunjukkan

responden mengambil masa agak lama untuk menampal semua gambar dan hiasan

yang disediakan. Selain itu, responden juga masih agak kurang mahir dalam

menggunakan gam untuk menampal. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti melukis

dan melorek. Rekod menunjukkan responden mahir melukis mengikut acuan dan

juga kreatif dalam menggunakan pelbagai jenis warna semasa mewarna

lakarannya. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti memasukkan benang ke dalam

lubang pada kad yang disediakan. Aktiviti ini agak sukar bagi responden kerana

memerlukan koordinasi mata tangan yang baik. Responden memerlukan masa

yang lama semasa memasukkan benang ke dalam lubang namun berjaya

menyiapkan kad hari raya yang dihasilkan.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan kanak-kanak dan rekod

berterusan merupakan salah satu kaedah yang baik walaupun terdapat beberapa

kekurangan pada kaedah rekod ini. Dalam pendidikan prasekolah, aspek merekod

amat penting dan berguna kepada guru dan juga ibu bapa bagi membantu

perkembangan kanak-kanak. Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan ini

membantu mengesan tahap perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan

tindakan susulan perlu dibuat bagi meningatkan lagi tahap kemahiran kanak-

kanak tersebut. Kesimpulannya, rekod berterusan ini amat membantu dan dengan

adanya kefahaman guru terhadap tahap kemahiran murid, akan membantu guru

Page 8: Psikomotor Halus Rekod Berterusan

8

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai

dengan tahap murid-muridnya.

BIBLIOGRAFI

Penilaian melalui pemerhatian. Diperolehi pada 26 september 2008 daripada

http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm

Sukatan peperiksaan penilaian tahap kecekapan . Diperolehi pada 25 september 2008

daripada http://apps.emoe.gov.my/bppk/sukatan/pdf/772%2003.pdf

Surayah Zaidon. Satu tinjauan literatur penggunaan portfolio kanak-kanak prasekolah.

Diperolehi pada 26 september 2008 daripada http://www.ipislam.edu.my/

uploaded/file/surayahzaidon.pdf

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 25 september 2008

daripada http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb3.pdf

Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diperolehi pada 27 September 2008 daripada

http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id7.html