pendekatan dakwah dalam menangani gangguan makhluk halus

51
Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin Ruqiyyah Islamiyyah 10 Mei 2014

Upload: rasyadan-hussin

Post on 24-Jul-2015

72 views

Category:

Spiritual


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin

Ruqiyyah Islamiyyah

10 Mei 2014

Page 2: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Perkara GhaibiyyatKonsep Perubatan IslamRuqiyyah Syar’iyyahDakwah dalam Ruqiyyah IslamiyyahPengenalan Makhluk Halus

Page 3: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:

Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa)

Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa)

Ketiga: Gabungan kedua-duanya

Seiring dengan perkembangan semasa gabungan Perubatan Alopati dengan Perubatan Ruqyah perlu diperkasakan.

Perubatan Ruqyah tidak dikenali sebagai Perubatan Alternatif tetapi dikenali sebagai Perubatan Komplementari

Page 4: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

4

Page 5: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Keimanan terhadap perkhabaran-perkhabaran ghaib yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya beriman terhadap hari Akhirat, alam barzakh, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya

Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya :

Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka

sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".

Page 6: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

6

Page 7: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

7

Asas perubatan mengandungi dua perkara, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri adalah lebih baik daripada merawat penyakit.

Setiap penyakit ada ubatnya. Allah yang menjadikan penyakit. Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap penyakit yang Allah berikan adalah ujian untuk kita.

Ujian Allah Sebagai Kaffarah

Kaffarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya. Ujian Allah itu boleh berlaku yang mungkin melibatkan kematian orang yang tersayang, kehilangan harta benda atau penyakit yang kritikal.

Page 8: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

8

Dalam menghadapi ujian Allah kita diminta bersabar, seperti firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab” (az-Zumar: 10)

Sayyidatina Aisyah RA berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa”

Dalam hadith, daripada Suhaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang Mukmin, kerana segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang Mukmin. Apabila memperoleh kesenangan, dia bersyukur, yang demikian itu baik baginya. Dan apabila tertimpa kesusahan dia jugabersabar, yang demikian itupun baik baginya” Hadith riwayat Muslim dalam sahihnya [Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq no.hadith 7500]

Page 9: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

9

Ajal Ditentukan Oleh Allah

Allah yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan.

Doa dan Rawatan

Allah menyuruh hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya. Orang yang berdoa bererti dia mengingati Allah. Setiap amalan yang dibuat mesti niat kerana Allah supaya amalan tersebut dikira sebagai ibadat termasuk amalan rawatan

Page 10: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

10

TawakkalTaw

akka

l

Ikhtiar / Doa

Page 11: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

11

Page 12: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Bacaan jampi untuk sembuhkan penyakit Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun

doa. Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat-

syarat tertentu.

Page 13: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Ruqyah yang dibenarkan (Ruqyah Syar’iyyah) mempunyai beberapa syarat menurut pandangan ulama.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sesuatu jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan Nama-Namanya

2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mu'asyirah, 1/189].

Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya dan bebas dari unsur-unsur syirik.

Page 14: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah s.a.w :

Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “ BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI ARQIKA “ ~

Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu.

Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.

Page 15: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan sabdanya :

Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar Jabir Bin Abdullah berkata : “Seorang lelaki daripada kalangan kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya ! “.

Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya, Kitab As-Salam : 4076 .

Page 16: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata :

“ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w : Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa !“.

Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).

Page 17: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma’ad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.

Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim (amal al-Muawwizat sebelum tidur)

Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim: (Kisah Said al-Khudry)

Page 18: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

18

Page 19: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah

Menyeru dalam erti kata membina asas Islam dalam diri manusia dan meruntuh anasir jahiliah di dalam dirinya.

Dakwah juga adalah satu proses perubahan dan transformasi dari segala rupa kebobrokan kepada pencerahan jati diri hingga terbentuk satu ummah islamiah.

Page 20: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi

perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada

Allah)!”. ( Fushshilat, 33)

Page 21: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Terdapat 3 pendekatan penting dalam gerak kerja dakwah iaitu:

1)al-Hikmah

2)al-Maw’izah al-Hasanah

3)al-Mujaadalah bi al-Husna

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” (an-Nahl: 125)

Page 22: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Hikmah:

Kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhatikan realiti setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan Islam dengan cara yang paling sesuai; kepelbagaian cara bercakap dan isi kandungan yang bersesuaian dengan kadar akal dan pemikiran sasaran dakwah, tanpa memberatkan mereka dengan perkara yang belum mampu dipikul mereka. Ia tidak dilakukan di atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga terkeluar dari orbit al-Hikmah.

Pertama:

Kenalpasti siapa sasaran dakwah kita

Kedua:

Sampaikan dakwah dengan cara yang paling sesuai dengan tahap sasaran dakwah

Page 23: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Syarat-syarat seorang Perawat (Raaqi) menurut Sheikh Abdullah Ibn Jibreen :

1) Membaca al-Quran dengan baik dan faham maknanya

2) Beraqidah dengan aqidah sahihah

3) Beramal soleh

4) Tidak semestinya mempunyai ilmu khusus atau ilmu yang mendalam (Kisah Said al-Khudry)

5) Niat yang ikhlas untuk bantu orang bukan semata-mata untuk dapatkan upah

[Al-Lu'lu' al-Makeen min Fataawaa Ibn Jibrin, ms. 22].

Page 24: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Page 25: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

PERTAMA:Tanya latar belakang diri dan keluarga. Dapatkan maklumat tentang penyakit; di mana, bila, bagaimana dll.

KEDUA:Jelaskan konsep rawatan dan penyembuhan dalam Islam. Menyakini bahawa Allah adalah penyembuh dan ubat / kaedah rawatan adalah asbab dan wasilah untuk sembuh.

KETIGA:Memberi kefahaman tentang ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Sakit adalah salah satu bentuk ujian yang Allah timpakan kepada orang Mukmin. Setiap ujian perlu ditempuhi dengan sabar.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (al-Ankabut: 2)

Page 26: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

KEEMPAT:Memberi nasihat agar menjauhi kaedah rawatan yang menyalahi syariat dan yang meragukan. Seperti pengamal perubatan yang menggunakan khidmat jin, menjalankan rawatan dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah (perawat lelaki merawat pesakit perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi) dan sebagainya.

Barang siapa mendatangi ‘arraf (dukun) dan bertanya kepadanya akan sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam. (Riwayat Muslim)

Barang siapa mendatangi ‘Arraf (dukun) atau Kahin dan dia membenarkan ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (al-Quran). (Riwayat Ahmad)

Page 27: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Adapun perbuatan mengunjungi dukun atau kahin yang menyeru makhluk selain Allah dalam perubatannya, ada dua hukum:

a. Dia telah syirik jika sekadar ingin tahu mengenai penyakitnya, dalilnya," sesiapa yg mendatangi bomoh/dukun untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari. (HR Muslim)

b. Dia menjadi kafir jika bertanya dukun dan meyakini berita dukun tersebut.

(Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)

Page 28: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

KELIMA:Mengajarkan kepada pesakit agar beramal dengan Ruqyah Syar’iyyah dan juga istiqomah dalam mengamalkan doa dan zikir yang diajarkan oleh Nabi SAW dan para ulama. Contohnya: al-Mathurat, Zikir Pagi & Petang, Doa dari Hisnu al-Muslim, Hizib dan lain-lain.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah“. Ketahuilah! Dengan "dzikrullah“ itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Ra’du: 28)

Page 29: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

PERTAMA:Perhatikan keadaan jin tersebut sama ada a)Tenang : Perawat boleh berbincang dan gunakan kaedah yang lembutb)Agresif : Perawat boleh bertindak kasar (tetapi perlu dahului dengan amaran)

KEDUA:Selidik latarbelakang jina)Punca mengganggu manusia (dihantar, dizalimi, menzalimi, suka dll)b)Berapa bilangan (tidak semestinya betul)

Page 30: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

KETIGA:Serulah kepada Islam. Sekiranya jin tersebut tidak mahu masuk Islam, jangan paksa.

KEEMPAT:Nasihatilah dengan cara yang baik agar jangan menzalimi manusia dan makhluk lain. Akan tetapi jangan kita gunakan kaedah merayu, kerana jin akan bertambah sombong sekiranya manusia merayu kepadanya.

MEMBUNUH JIN

“membunuh jin tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana diharamkan untuk membunuh seorang kafir” - Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab “Idah al-Dalalah fi ‘Umum al-Risalah” Menurut Ibnu Abbas, ”membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang manusia “

Page 31: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

HUKUM BERDIALOG DENGAN JIN

"Bercakap dengan Jin tanpa sebab untuk mencarinya tidaklah ditegah, bahkan adalah baik untuk mengajak mereka (jin) kepada agama Allah dan patut kepada syariah, sepertimana yang dilakukan berdakwah keatas manusia.

Tidak digalakkan membaca buku atau membaca ayat Al-Quran bagi tujuan ini, kerana al-Qur'an tidak diturunkan untuk melakukan perkara ini; ia diturunkan secara nur dan petunjuk didalam penghidupan seorang Islam, agar orang Islam dapat mengikutinya, mematuhi arahan dan mengelak dari apa yang dilarang“

Pandangan Sheikh Abdul al-Kareem al-Khudayr

Page 32: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

PERTAMA:Memberi kesedaran tentang haramnya sihir dalam konteks syirik dan menzalimi manusia.

KEDUA:Serahkan urusan kepada pihak berkuasa

KETIGA:Doakan semoga pesalah insaf dan bertaubat

KEEMPAT:Tidak digalakkan untuk membalas (menghantar semula) sihir yang dilakukan. Rujuk kisah Nabi disihir dan kisah Abdullah as-Saji.

Page 33: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

33

Page 34: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

34

Makhluk halus ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan.

Mereka hidup di alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada:

1)Cahaya, iaitu malaikat, 2)Api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Page 35: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

35

HIKMAH DICIPTAKAN MAKHLUK HALUS

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

Page 36: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

36

iii. Untuk menguji iman manusia agar tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia

Page 37: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

37

Kalimah Jin adalah satu nama jenis dan berasal dari perkataan “Janna” yang bermaksud:

1)Tersembunyi : Jinan2)Tertutup : Junun3)Tidak dapat dilihat : Janin

Jinan: Hati yang tiada siapa dapat meneka isi hati seseorangJunun: Gila yang mana akal telah tertutupJanin: Anak di dalam kandungan

JIN

Page 38: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah RA:

ق�ل و�خ� ن�ار� من� ارج� م� من� ان� ال�ج� لق� و�خ� ن�ور� من� ال�م�ال�ئك�ة� ت لق� خ�. ل�ك�م� و�صف� ا م' م آد�م�

Terjemahannya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tsa’labah al-Khusyna RA:

اء و� اله� في ون� ي�طير� ة3 نح� ج�أ� م� ل�ه� ن�ف3 ن�افص ص�

أ� ث�الث�ة� ن� ال�ج. ي�ظ�ع�ن�و�ن� و� ل�و�ن� ي�ح ن�ف3 و�ص ارب3 و�ع�ق� ي'ات3 ح� ن�ف3 و�ص

Terjemahannya: “Jin itu ada 3 (tiga) macam jenis: (1) Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, (2) jenis ular dan kala jengking, serta (3) jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

Page 39: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dari Mujahid, beliau berkata: “Ketika aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding hingga aku mendengar bunyi jatuhnya. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu”. Aakam al-Marjan, hal. 137.

Mujahid berkata: “Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian

sebagaimana kalian pun takut kepada mereka”. Dan diriwayatkan juga dari Mujahid, beliau berkata: “Syaitan itu lebih takut daripada salah seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”. Aakam al-Marjan, hal. 137.

Page 40: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

40

Jenis-jenis Jin

1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan2. Al-Syaitan iaitu syaitan3. Al-Maraddah iaitu peragu-ragu, was-was4. Al-Afrit iaitu penipu5. Al-A’waan iaitu pelayan-pelayan6. Al-Tayaarun iaitu penerbang-penerbang7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan (kawan)10. Al-Ummaar iaitu pemakmur

Page 41: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

41

Gelaran Jin dalam Istilah Melayu

1. Pontianak2. Orang Bunian3. Jembalang Tanah4. Pelesit5. Polong6. Hantu Raya7. Langsuir8. Penanggalan9. Harimau Jadian

Page 42: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

42

AL-JINN

JINNI

JINNAH

SYAITAAN

IBLIS

IFRIT

Ertinya:

Roh-roh Jahat Lagi Kotor Yang Melakukan Kejahatan Secara Tersembuyi Memusuhi Dan Menakutkan Anak Adam Dengan Berbagai-bagai Kemudaratan

Page 43: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

43

SYAITAN – SYAYATIN

JINN – JINNAH

QAREEN

IBLIS

IFRIT

AL-KHANNAS

88 KALI

39 KALI

12 KALI

11 KALI

1 KALI

1 KALI

Page 44: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

44

AS-SUNNAH MENYEBUT:(SELAIN DARIPADA YANG DI ATAS)

1. Ummus Sibyan

2. Khinzab3. Aamir4. Ammar5. Alwalhan6.

Mukhannath7.

Mukhannathun8. Dan Lain-

lain

Page 45: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

45

Nama Surah Bilangan No. Ayat

Al-Baqarah 2 14, 23, 24, 34, 36, 102, 168, 169, 208, 256, 257, 268, 275

Ala Imran 3 14, 36, 155, 175, An-Nisa’ 4 38, 51, 60, 76, 83, 117, 118, 119,

120Al-Maidah 5 60, 90, 91,Al-An’am 6 43, 68, 71, 100, 112, 121, 128,

130, 142 Al-Aa’raf 7 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 20,

21, 22, 27, 30, 38, 175, 179, 184, 200, 201

Page 46: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

46

Al-Anfaal 8 48, 11, Huud 11 119,Yusuf 12 5, 42, 100 Ibrahim 14 22, Al-Hijr 15 6, 17, 18, 27, 39An-Nahl 16 36, 63, 98, 99, 100 Al-Israa’ 17 27, 53, 61, 62, 64, 65, 88Al-Kahf 18 50, 63Maryam 19 44, 45, 68, 83Toha 20 116, 117, 120 Al-Anbiaa’ 21 82, 83Al-Hajj 22 3, 4, 52, 53Al-Mu’minuun 23 25, 70, 97, 98 An-Nuur 24 21Al-Furqan 25 29As-Syuraa 26 27, 95, 210, 211, 212, 221,

222, 223, 224

Page 47: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

47

An-Naml 27 10, 17, 24, 39Al-Qasas 28 15, 31Al-Ankabut 29 38Luqman 31 21A-Sajadah 32 13Sabaa 34 8, 12, 13, 14, 20, 21, 41, 46Faatir 35 6Yaasin 36 60, 62As-Saffaat 37 7, 8, 9, 10, 36, 65, 158Saad 38 37, 38, 41, 74, 75, 76, 77, 87, 79,

80, 82 Az-zumar 39 17

Fussilat 41 12, 19, 20, 25, 29, 36Az-Zukhrof 43 36, 37, 38, 62Ad-Dukhan 44 14Al-Ahqaaf 46 18, 29, 30, 31, 32, 119

Page 48: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

48

Muhammad 47 25Az-Zariat 51 39, 52, 56, 57At-Tuur 54 9Ar-Rahmaan 55 40, 14, 15, 26, 31, 33, 39, 41, 56,

74Al-Mujaadalah 58 10, 19Al-Hasyr 59 16, 17Al-Mulk 67 5Al-Qalam 68 51Al-Jinn 72 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12,

13, 14, 15, 16, 17, 18, 19At-Takweer 81 22, 25Al-Falaq 113 2, 4, 5An-Naas 114 4, 5, 6JUMLAH KESEMUA AYAT

216

Rujuk Kertas Kerja Makhluk Halus Menurut al-Quran dan as-Sunnah ( TG Dr Haron Din)

Page 49: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

SENTIASA BERDOA DAN BERWIRID

1) Sentiasa berdoa dan berwirid

2) Jadikan Taqwa sebagai benteng

3) Rajin beribadat wajib / sunat

4) Jangan melakukan dosa / maksiat

5) Selalu bertaubat

6) Pelihara amalan wajib / menutup aurat dengan sempurna

Page 50: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

1) Ruqyah adalah salah satu ruang dakwah yang besar untuk kita jelaskan aqidah yang benar khususnya kepada masyarakat yang masih percaya kepada Bomoh.

2) Ruang untuk menasihati pesakit supaya melakukan ketaatan kepada Allah dari sudut ibadat

3) Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap tidak boleh ialah ghulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti, hendaklah kita berdo'a dan berikhtiar dengan mencari Doktor yang pakar di dalam rawatan penyakit tersebut.

4) Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah melakukan ruqyah keatas orang yang sakit.

Page 51: Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus

1) Realiti Dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith-hadith Tentang Pendekatan Dan Kaedah Rawatan Nabi Saw Merawat Penyakit Sihir. Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). 2013

2) Rawatan Islam Di Nusantara: Analisis Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan. Khadher Ahmad, Sedek Ariffin, Thuraya Ahmad, Norhasnira binti Ibrahim.

3) http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/02/buang-perangai-takut-hantu.html

4) ahkam.net

5) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, al-Soorimu al-Battar fi at-Tasoddi LilSihrati al-Asyraar (terj)

6) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, Wiqayatu al-Insani Min al-Jinni wa asy-Syaitani (terj)

7) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir

8) Dato’ Dr Haron Din, Pengenalan Makhluk Halus

9) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Rohani

10) Dato’ Dr Haron Din, Konsep Perubatan Islam

11) Dato’ Dr Haron Din, Makhluk Halus Mengikut al-Quran & as-Sunnah