prsnt permainan tradisi

10
MURID DAN ALAM BELAJAR PERMAINAN TRADISIONAL

Upload: noratika-asnawi

Post on 20-Jun-2015

388 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prsnt permainan tradisi

MURID DAN ALAM BELAJAR

PERMAINAN TRADISIONAL

Page 2: Prsnt permainan tradisi

Pembentangan Tutorial Pilih satu permainan tradisional,

demonstrasi cara permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosialemosi dan fizikal kanak-kanak

Page 3: Prsnt permainan tradisi

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, menglibatkan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkn imaginasi (Pellegrini, 1995)

Page 4: Prsnt permainan tradisi

PERMAINAN TENG-TENG

Page 5: Prsnt permainan tradisi

CARA PERMAINAN Semua pemain harus mengundi giliran Cara mengundi ialah “lai lai li tam plong” Untuk memulakan permainan, pemain

pertama harus mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangi petak

Pemain lain juga harus melakukan perkara yang sama

Giliran tamat jika gundu tidak berada tepat di dalam petak selepas dibaling

Page 6: Prsnt permainan tradisi

Sekiranya gundu dapat dibaling dengan tepat, pemain harus melompat dari petak pertama ke petak yang terakhir dan melompat balik ke tapak permulaan sambil mengambil semula gundu yang telah dibaling

Pemain hanya dibenarkan melompat dalam petak dengan menggunakan satu kaki sahaja

Sekiranya melalui dua petak yang bersebelahan, pemain harus melompat menggunakan kedua-dua kaki mereka

Pemain pertama yang menghabiskan semua petak adalah pemenang

Page 7: Prsnt permainan tradisi

PERKEMBANGAN INTELEK Melompat atas petak yang telah

dilukis memerlukan kanak-kanak untuk berfikir kerana mereka harus melompat ke atas petak mengikut urutan

Mereka akan terlatih untuk berfikir secara teratur

Page 8: Prsnt permainan tradisi

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Pergaulan antara kanak-kanak yang bermain akan membantu perkembangan sosioemosi mereka

Dalam permainan ini, mereka akan berkomunikasi dan masing-masing mematuhi peraturan permainan

Ini membantu mereka untuk mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka

Page 9: Prsnt permainan tradisi

PERKEMBANGAN FIZIKAL Permainan ini melibatkan pergerakan

fizikal atau aktiviti fizikal yang banyak. Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak

- Meningkatkan kemahiran fizikal seperti melompat- Meningkatkan kemahiran mengimbang

Page 10: Prsnt permainan tradisi

Sekian….Terima Kasih