prs

30

Upload: jeya-don

Post on 21-Feb-2016

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

prs

TRANSCRIPT

Page 1: Prs
Page 2: Prs

Isi Kandunga

Isi Kandungan Muka Surat

Kata Alu–aluan Menteri Pelajaran Malaysia. 3

Kata Alu–aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 4

Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah 5

Pengenalan Program Pembimbing Rakan Sebaya 6

Visi, Misi, Matlamat PRS 7

Peranan PRS 8

Etika PRS 9

Carta Aliran Pelaksanaan PRS Sekolah Rendah 10

Carta Aliran Pelaksanaan PRS Sekolah Menengah 11

Carta Organisasi PRS 12

Jawatankuasa PRS 13

Rangka Modul Latihan PRS 14-15

Lampiran i-vi

2

Page 3: Prs

Kata Alu–aluan

Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha ke arah ini melalui beberapa program bimbingan yang terancang.

Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu mencungkil potensi pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkembangan kanak-kanak dan juga remaja sering dipengaruhi oleh rakan sebaya.Di sinilah letaknya keperluan remaja sebagai pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap rakannya.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu pelajar melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar mereka dapat mempengaruhi rakan mereka ke arah yang diingini.

Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan program ini dengan berkesan melalui perancangan yang sistematik agar pelajar yang dilatih dapat menjadi pemimpin yang dicontohi keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat memudahkan pengurusan guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.

3

Page 4: Prs

Kata Alu–aluan

Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan itu, kita perlu mendidik pelajar-pelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri, masyarakat dan negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan pelajaran kepada pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu berjalan lancar dan matlamatnya tercapai dengan berkesan.

Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu usaha untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru Penasihat PRS untuk memulakan perancangan program, seterusnya melaksanakan program-program yang telah dirancang. Apabila perancangan telah dijalankan dengan baik,maka kesan yang diharapkan juga sudah tentu akan membawa kesan yang positif. Diharapkan dengan terhasilnya buku panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan diri dan disiplin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum. Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah dapat mengatasi ketandusan dokumen penting dalam bidang ini.

Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan nilai-nilai murni yang harus dicontohi oleh generasi kini yang semakin ketandusan penghayatan nilai-nilai murni. Semoga para pelajar dapat menjadi insan yang penyayang dan bertanggungjawab.

Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga kita memperoleh kejayaan jua.

4

Page 5: Prs

Kata Alu–aluan

Pengarah Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia.

Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan,termasuk usaha melatih pelajar untuk menjadi pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang sama, merupakan satu langkah yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Dengan usaha yang dijalankan dengan teracang oleh guru bimbingan dan kaunseling terhadap sebilangan pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakan-rakan sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut. Melalui program Pembimbing Rakan Sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat menggalakkan budaya kasih mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru penasihat PRS khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara sistematik dan berkesan. Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai maklumat pengurusan PRS dan disusun mengikut kesesuaian perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berharap buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah displin dan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan remaja kini.Dengan bermatlamatkan “Membantu Diri Untuk Berupaya Membantu Orang Lain” sudah pasti mampu menjadikan PRS di sekolah sebagai golongan yang harus dicontohi dalam membimbing diri sendiri dan rakan sebaya.

Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penulisan buku panduan ini.

Terima kasih.

5

Page 6: Prs

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1988.

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

1.2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

6

Page 7: Prs

VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISIMembentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan

falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

MATLAMAT

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.

Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

7

Page 8: Prs

Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

PERANAN PRS

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.

Sebagai Role Model kepada pelajar lain. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan

percaya diri, berasa selesa dan berempati. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat

beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan

mengambil langkah positif. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh

diatasi. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi

masalah biasa/normal. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan

mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

8

Page 9: Prs

ETIKA PRS

9

ETIKA PRS

Amanah dan menyimpan

rahsia.

Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri

Merujuk kes rumit kepada

Kaunselor/Guru

Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek

Tahu batasan dan

keupayaan

Menerima dan menghormati rakan

dan orang lain

Mematuhi peraturan sekolah dan norma

masyarakat dan agama.

Page 10: Prs

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PRS SEKOLAH RENDAH

Mula / Promosi

Isi Borang Permohonan

Pemilihan Temuduga

TidakSesi Temuduga

LULUSYa

10

Page 11: Prs

Mengikuti Kursus Asas Modul Tahap 1

TidakUjian Bertulis

LULUSYa

Ditauliahkan sebagai Tunas PRS

Tamat

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PRS SEKOLAH MENENGAH

11

Page 12: Prs

Mula / Promosi

Isi Borang Permohonan

Pemilihan Temuduga

TidakSesi Temuduga

LULUSYa

Mengikuti Kursus Asas 2 Tahap 1,2 dan 3

Ujian Bertulis , Ujian Lisan dan Asas Sesi Kaunseling Tidak

12

Page 13: Prs

LULUS DITAULIAH SEBAGAI PRS MUDA

Ya

Mengikuti Latihan Lanjutan

Tidak

Ujian Bertulis dan Praktikal

LULUS

YaDitauliahkan Sebagai PRS Senior

Tamat

CARTA ORGANISASI PRS

Penaung (Pengetua)

Penasihat(Guru Kaunseling)

Pengerusi(Pelajar Tingkatan Lima)

Naib Pengerusi(Pelajar Tingkatan Empat)

Setiausaha(Pelajar)

Naib Setiausaha(Pelajar)

Bendahari(Pelajar)

13

Page 14: Prs

Naib Bendahari(Pelajar)

AJK

Biro Akademik Biro Publisiti Biro Kerjaya Biro Latihan

Biro Kebajikan Biro Lawatan

Wakil Tingkatan

JAWATANKUASA PRS

Penasihat (Guru Kaunseling)

Pengerusi(Pelajar Tingkatan Lima)

Naib Pengerusi(Pelajar Tingkatan Empat)

Setiausaha(Pelajar Tingkatan Lima)

Naib Setiausaha(Pelajar Tingkatan Empat)

Bendahari(Pelajar Tingkatan Lima)

14

Page 15: Prs

Naib Bendahari(Pelajar Tingkatan Empat)

AJK

Biro Akademik Biro Publisiti Biro Kerjaya Biro Latihan

Biro Kebajikan Biro Lawatan

Wakil Tingkatan 1 - 5

Modul Latihan PRS

Asas 1 (Sekolah Rendah)

Tahap 1

Kesedaran Kendiri

15

Page 16: Prs

Kemahiran Asas Kaunseling

Kemahiran Asas Komunikasi

Ujian

Tunas PRS

Asas 2Sekolah Menengah

Tahap 1Kesedaran Kendiri Lanjutan

Tahap 2

Kemahiran KomunikasiKemahiran Kaunseling

Tahap 3

KeremajaanUjian

16

Page 17: Prs

Pentauliahan PRS Muda

Modul Latihan PRS Lanjutan

Membuat KeputusanKemahiran BelajarPengurusan Masa

Mengendalikan MesyuaratMengatasi Tekanan

Tutor SebayaMengurus Tekanan

Kemahiran Lain Yang DiperlukanUjian

Pentauliahan PRS Senior

17

Page 18: Prs
Page 19: Prs

Borang PRS 1.1

Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Nama :………………………………………………….. Ting. :………………………

Jantina : ………………………….. Kaum : ……………………

No. K/P : …………………………………………………. No. S.B : ……………………

Tatikh Lahir : …………………………………………………. Tempat Lahir: ………………

Alamat : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sebab anda berminat untuk menjadi PRS :

…………………………………….potong di sini……………………………………… BORANG PRS 1.2

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK/SK .............................................................

Ruj. Kami : Bil. ( 07 ) dlm. SMK ……./02/02/006 Tarikh : ______

JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ……………………………….

Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Tugas,…………………………………………( )Kaunselor Pelajar/Guru BimbinganSMK / SK

Borang PRS 2.1

i

Page 20: Prs

Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________

Telefon/ Fax :……………………… BORANG CADANGAN KEAHLIAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)Pengetua,SMK / SK ___________________(U.P. Penasihat UBK)

Tuan/Puan,

Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun _______________

Bil. Nama Jant. Ting. No. KP * Kriteria Pencalonan

Ciri –ciri calon PRS :1 .Suka menolong 2. Bertanggungjawab 3. Peramah & mudah mesra

4. Boleh dipercayai 5. Mudah diterima oleh rakan sebaya

Sekian, terima kasih.

Tanda tangan

…………………………………. Tarikh : ………………………

Guru Kelas / Guru tingkatan

Borang PRS 2.2

ii

Page 21: Prs

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK X, X Telefon/ Fax : 06-4317317

BORANG TAWARAN KEAHLIANPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SK Tarikh : 06 Mac 2014

Kepada:

…………………………………………………Kelas. ……………………………

Saudara /Saudari,

TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun ………………. di sekolah ini.

2. Diharap saudara/saudari dapat memberi komitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.

3. Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Tugas ,

…………………………………………( MARIA BINTI MAMAT )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSK X, X N.S.D.K

Borang PRS 2.3

iii

Page 22: Prs

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK X, X Telefon/ Fax :06-4317317

SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPAPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SK Tarikh : 06 Mac 2014

Kepada:

Ibu Bapa/Penjaga

Tuan/Puan

MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 2014Nama Pelajar : ____________________________________________No. K.P. : ______________________________Kelas : ______________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

2. Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan dikehendaki lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

3. Sokongan dan komitmen daripada tuan/puan amatlah diharapkan .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Tugas ,

…………………………………………( MARIA BINTI MAMAT )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSK X, X N.S.D.K

Borang PRS 2.4

iv

Page 23: Prs

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK X, X Telefon/ Fax :

SURAT JAWAPAN PENERIMAANPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SK Tarikh : 06 Mac 2014

……………………………………………………..

(Nama ibu/bapa/penjaga)

Alamat : ………………………………………….

Kepada :

Pengetua,SK X

(U.P. Penasihat UBK)

Tuan/Puan,

SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 2014.

Bahawasanya saya, ……………………………………………………….. bersetuju /tidak bersetuju anak/jagaan

saya yang bernama ………………………………………………………….. kelas

…………………………………………….. menjadi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun

……………………………………

Sekian, terima kasih.

Saya Yang Benar,

…………………………………………( )Nama Ibu/Bapa/Penjaga

Borang PRS 2.5

Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________

Telefon/ Fax :………………………

v

Page 24: Prs

SURAT PANGGILAN KURSUS ASASPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :

Kepada:

Saudara / Saudari,

Nama : ………………………………………………….Ting. : ……………………………………

Saudara / Saudari,

KURSUS ASAS PRS TAHUN ………………………………..

Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ……………………………….

2. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di talian : …………………………………….

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Tugas ,

…………………………………………( )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSMK /.SK

vi

Page 25: Prs

vii