prs

3
SMK TAWAU II PETI SURAT 1980 91044 TAWAU, SABAH. KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) “ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN” 2014

Upload: azrini-adam

Post on 22-Jul-2015

68 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

SMK TAWAU II

PETI SURAT 1980

91044 TAWAU,

SABAH.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBIMBING

RAKAN SEBAYA (PRS)

“ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”

2014

1.0 PENGENALAN

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Ini adalah kerana hubungan di

antara pelajar dengan pelajar berbentuk tidak formal dan dijangka dapat memahami

curahan perasaan rakan mereka dengan lebih baik. Maka, mereka lebih mudah

memahami rakan sebaya mereka. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran

asas menolong sangat penting untuk menguatkan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling.

2.0 Matlamat

Membina satu kumpulan PRS yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan

membimbing diri sendiri serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 Objektif

3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya

mempraktikkannya dengan rakan, guru, keluarha dan orang lain.

3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling

supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka terhadap perasaan

rakan.

3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan

kelemahan diri.

3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan

kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri

dan rakan dalam membina matlamat hidup yang positif.

3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu hormat,

dan kasih mesra antara rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar yang berminat dan berkelayakan :

Kumpulan Perintis – Pelajar tingkatan 2 dan 3 yang berminat, hadir temuduga,

menjawab soal selidik IPS dengan kuota 35 orang.

Guru pembimbing adalah Pn. Azrini Adam

5.0 Input Kursus Dan Modul

Modul Muda

1. Konsep kendiri

2. Komunikasi

3. Psikologi remaja

4. Asas kaunseling

5. Penilaian

6. Anugerah

7. Skema pemarkahan

Kaedah Pelaksanaan Modul

5.1 Setiap PRS mesti menjadi PRS sehingga tingkatan 5

5.2 PRS juga hendaklah menerima watikah pelantikan pada setiap tahap yang

dilalui.

5.3 Dicadangkan watikah diadakan pada bulan Jun setiap tahun.

5.4 Sebelum penganugerahan watikah tersebut, setiap PRS hendaklah

memperolehi atau mencapai markah sebanyak 80% dari keseluruhan latihan

dan ujian setiap tahap. Sekiranya gagal mencapai markah tersebut, jurulatih

PRS perlu memberi kerja atau projek tambahan bagi mencukupi markah

tersebut.

6.0 Jangka Masa Kursus/ Tarikh Pelaksanaan Kursus

Kursus ini akan dilaksanakan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 15 jam. Satu

sesi akan dilaksanakan dalam tempoh 2 jam dan diadakan pada hari Jumaat setiap

minggu.

7.0 Sumber Kewangan

7.1 Sumber kewangan dari PCG Bimbingan dan Kaunseling.

7.2 Sumbangan pelajar yang dilantik sebagai PRS

7.3 Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

7.4 Mana-mana sumber yang sesuai

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bagi tahun 2014, kursus melatih PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja

dan dikendalikan oleh kaunselor sahaja. Oleh itu, hanya keperluan untuk membeli

peralatan tulis sahaja yang diperlukan. ( Tertakluk kepada perubahan dan keperluan ).

9.0 Penutup

Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ini amat penting dalam membantu guru

Bimbingan dan Kaunseling dalam membentuk peribadi dan sahsiah diri mrid melalui

sokongan mereka yang terlatih. Semangat saling membantu dan bekerjsama dalam

kalangan ahli PRS dan pelajar lain dapat dipupuk. Hal ini seterusnya dapat

membentuk suasana yang aman dan harmoni dalam sesebuah sekolah. Diharap

penubuhan badan PRS ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................... ..............................................

(AZRINI BT ADAM) (NORLIZA BT MUSTAFA)

Kaunselor Pengetua

SMK Tawau II SMK Tawau II