protokoltemubual-140911000439-phpapp01

Upload: al-battar-al-dzulfiqar

Post on 06-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Temu Bual

TRANSCRIPT

PROTOKOL TEMU BUALNama Guru : Pn. Rohani binti HamidJawatan: Ketua Panitia Matematik, SK TemiangTarikh : 16 Julai 2014Masa:

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan masalah penolakan dengan mengumpul semula yang melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Temiang ini. Sebagai makluman cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini.

Senarai SoalanSoalan Pengenalan1. Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik di Sekolah Kebangsaan Temiang. Boleh ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu sepanjang memegang jawatan ini?2. Berapa lama cikgu memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik di sekolah ini?Soalan Transisi1. Sepanjang mengajar subjek Matematik, pernahkan cikgu menjumpai murid-murid yang mempunyai masalah melibatkan penolakan?2. Apakah masalah tersebut?Soalan Kunci1. Temu bual pada hari ini berfokuskan kepada masalah yang murid hadapi dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Apakah masalah yang murid hadapi semasa melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?2. Pada pendapat cikgu, mengapakah murid menghadapi masalah dalam melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?3. Apakah kaedah intervensi yang cikgu gunakan bagi mengatasi masalah ini?4. Pernahkah cikgu mendengar tentang kaedah Kiraan Cepat? Jika (ya) : Terangkan kaedah dan kelebihan teknik tersebut. Soalan Penutup / Refleksi1. Ada apa-apa lagi yang cikgu ingin tambah atau kongsikan? PROTOKOL TEMU BUALNama Guru : Pn. Aziedawaty Idayu binti Zainal AbidinJawatan: Guru Subjek Matematik Tahun 3 KejoraTarikh : 16 Julai 2014Masa:

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan masalah penolakan dengan mengumpul semula yang melibatkan murid Tahun 3 Kejora. Sebagai makluman cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini.

Senarai SoalanSoalan Pengenalan1. Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu mengajar subjek Matematik bagi Tahun 3 Kejora. Boleh ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu dari segi pencapaian dan juga minat murid dalam subjek ini sepanjang mengajar Tahun 3 Kejora?Soalan Transisi1. Adakah murid Tahun 3 Kejora mempunyai masalah dalam menguasai subjek Matematik?2. Apakah masalah tersebut?3. Adakah murid Tahun 3 Kejora mempunyai masalah dalam penolakan?Soalan Kunci1. Temu bual pada hari ini berfokuskan kepada masalah yang murid hadapi dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Apakah masalah yang murid hadapi semasa melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?2. Pada pendapat cikgu, mengapakah murid menghadapi masalah dalam melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?5. Apakah kaedah intervensi yang cikgu gunakan bagi mengatasi masalah ini?6. Pernahkah cikgu mendengar tentang kaedah Kiraan Cepat? Jika (ya) : Terangkan kaedah dan kelebihan teknik tersebut. Soalan Penutup / Refleksi2. Ada apa-apa lagi yang cikgu ingin tambah atau kongsikan?