protokol_dan_penampilan_diri.pdf

49
PROTOKOL DAN ETIKET

Upload: nurul-syakilla-nabila

Post on 10-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • PROTOKOL

    DAN

    ETIKET

  • PROTOKOL Definisi (Kamus Dewan)

    Peraturan-peraturan dalam Istiadat

    Rasmi seperti sambutan kepada tetamu.

    Peraturan-peraturan yang telah diterima

    oleh semua pihak sama ada dalam

    hubungan hariannya dengan masyarakat

    atau dalam pelbagai istiadat atau majlis

    rasmi dan bukan rasmi.

  • MATLAMAT

    Mewujudkan jurang perbezaan.

    Mengamalkan sopan santun

    Memudahkan pengendalian majlis.

    Memberi penghormatan yang sewajarnya.

  • KEPENTINGAN

    Memelihara sistem atur cara dan adat

    istiadat Negara/Negeri.

    Cara bagaimana kita menghormati

    seseorang .

    Mengelakkan kita merendahkan martabat

    seseorang

  • KOMPONEN PROTOKOL

    Susunan keutamaan

    Anugerah darjah kebesaran

    Susunan tempat duduk

  • PERINSIP PENENTUAN TARAF

    A. Pegawai awam

    Jenis jawatan

    Gred jawatan

    Darjah kebesaran

    Gaji

    Kedudukan dalam organisasi

    B. Orang awam

    Darjah kebesaran

    Kedudukan dalam masyarakat

  • JENIS-JENIS PROTOKOL

    Panggilan/sebutan

    hormat

    Peraturan gelaran

    Susunan tempat duduk

    Tertib di meja makan

    Cara menggunakan

    napkin

    Cara duduk

    Cara menggunakan

    kutleri

    Cara mengadap

    Cara berpakaian

    Susunan atur cara

    Susunan kata-kata aluan

    dalam ucapan

    Pengibaran bendera

    Lain-lain

  • YANG AMAT BERHORMAT

    YANG AMAT BERBAHAGIA

    YANG BERHORMAT

    YANG BERBAHAGIA

    YANG BERBAHAGIA

    YANG BERBAHAGIA

    YANG AMAT BERHORMAT

    YANG AMAT DIHORMATI

    YANG BERHORMAT

    YANG DIHORMATI

    YANG BERUSAHA

    PERSEKUTUAN

    NEGERI

    PERATURAN GELARAN

  • PERATURAN GELARAN

    Dato

    Datin Paduka

    Datin Dato

    Isteri pertama sahaja boleh memakai

    Datin Dato

    Kematian boleh diguna selagi tidak bernikah dengan orang lain

    Sekiranya cerai hidup, tidak boleh gunakan

    Datin Dato .

  • ETIKET

    DAN

    PEMBENTUKAN

    PERIBADI

  • ETIKET Definisi

    Etiket merupakan peraturan-peraturan

    tingkahlaku atau sopan santun sama ada

    dalam kehidupan harian, dalam hubungan

    antara satu sama lain atau dalam majlis

    yang berbentuk formal atau tidak formal

  • PENAMPILAN DIRI

    1) Tertib Perkenalan

    a) Prinsip Perkenalan

    i) Perkenalkan lelaki kepada wanita.

    ii) Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.

    iii) Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.

    iv) Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

  • b) Keberkesanan Dalam

    Perkenalan

    i) Kedua pihak bersedia untuk diperkenalkan dan untuk menerima perkenalan.

    ii) Sebut nama dengan jelas dan betul.

    iii) Perlakuan yang tertib.

    iv) Pandang ke arah mata orang yang diperkenalkan.

    v) Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui.

  • c) Tertib Memperkenalkan

    i) Izinkan saya memperkenalkan .

    ii) Puan ., inilah Encik .

    iii) Boleh saya memperkenalkan.

  • d) Cara Menjawab Yang Sopan

    i) Apa khabar?

    ii) Bertuah dapat berkenalan dengan

    tuan/puan

  • 2) Berjabat Tangan (Bersalam)

    Pelbagai cara :

    - Kasar dan aggresif

    - Mengawal

    - Hujung jari sahaja

    - Tarik

    - Sejuk

    - Erat dan mesra

    * Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh keadaan biasa, kira-kira lima (5) saat.

  • 3) Perbualan Sosial

    a) Contah tajuk perbualan sosial yang sesuai

    adalah seperti berikut:

    i) Hobi

    ii) Sukan

    iii) Muzik

    iv) Makanan

    v) Kesenian

    vi) Kebudayaan

  • b) Tertib Perbualan Sosial

    i) Kedua-dua pihak berminat

    ii) Pandang ke arah orang yang bercakap

    iii) Dengar dengan teliti

    iv) Bercakap dengan nada yang biasa

    v) Tempoh bercakap bersesuaian (tidak terlalu lama)

    vi) Bercakap secara bersahaja

    vii) Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap

    viii) Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam satu kumpulan

  • 4) Cara Berdiri

    Gaya berdiri yang baik ialah:

    - Tubuh badan (posture) hendaklah berdiri betul iaitu dada ke hadapan dan perut ke dalam

    - Tangan di sisi badan

    - Air muka menampakkan ketenangan

    - Sentiasa memberi senyumam dan keadaan selesa

    - Kaki terbuka sedikit

  • 5) Berjalan

    - Gunakan bahagian dari punggung ke bawah bila berjalan

    - Kuruskan bahagian badan (tidak kaku)

    - Setiap langkah mengikut bayangan garisan lurus

    - Hayun tangan seberapa sentimeter ke hadapan dan belakang

    - Gerakan tangan berlawanan dengan kaki

  • 6) Naik Tangga

    - Bila menaiki tangga, badan tidak terlalu membongkok

    - Hanya bongkok sedikit sahaja dari bahagian punggung

    - Gunakan kaki kanan untuk naik ke anak tangga pertama dan seterusnya diikuti dengan kaki kiri

    - Seluruh kaki kanan diletakkan di atas anak tangga pertama

  • 7) Duduk Di Kerusi

    - Bila duduk dikerusi rapatkan kaki dan lutut

    - Bagi wanita, letakkan kaki menyurung ke

    sebelah kanan atau kiri

    - Bagi lelaki, rapatkan kaki dan lutut sahaja

    - Elakan jari kaki/sepatu dari melunjur ke

    atas atau ke bawah

    - Elakkan diri dari menggoyangkan kaki

    - Elakkan duduk secara cross-legged atau

    paha di atas paha

  • 8) Berjalan Di Tepi Jalan

    Apabila suami isteri bersiar-siar di sesuatu tempat dan sedang berjalan di tepi jalan, suami hendaklah:-

    - berada di kawasan merbahaya

    - sentiasa awasi kenderaan-kenderaan yang lalu lalang

    - memberi bantuan menyeberangi

    jalanraya ataupun lorong jalan sekiranya perlu

  • 9) Masuk dan Keluar Kereta

    - Apabila masuk ke kereta , bermula dengan

    punggung

    - Apabila keluar dari kereta, bermula dengan

    kaki

    - Dalam keadaan biasa, suami hendaklah

    keluar dahulu dan diikuti oleh isteri dari

    pintu yang sama, jika kedua-duanya duduk

    di sebelah belakang

  • 10) Masuk dan Keluar Lif

    - Masuk atau keluar dahulu sesiapa yang

    berhampiran dengan pintu.

  • TATA RIAS

    KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI DAN

    PEREMPUAN BAGI PELBAGAI MAJLIS

    MAJLIS PEREMPUAN LELAKI

    1) Bankuet

    Negara atau

    Negeri

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    Mess Kit/White

    Tie/Baju Kebangsaan

    Rasmi dengan

    Darjah Kebesaran

    2) Jamuan Makan

    Malam Rasmi

    oleh Ketua

    Negara atau

    Ketua Kerajaan

    a) Baju Kurung

    berselendang

    b) Baju Kebaya

    Labuh

    berselendang

    a) Baju

    Kebangsaan

    Hitam

    b) Black Tie

  • 3) Jamuan Makan

    Malam Formal

    a) Baju Kurung

    b) Baju Kebaya

    Labuh

    a) Baju

    Kebangsaan

    b) Black Tie

    4) Jamuan Makan

    Malam

    Baju Melayu Moden Baju Batik Lengan

    Panjang

    5) Jamuan Makan

    Tengahari Tidak

    Rasmi

    a) Baju Kebaya

    b) Baju Kurung

    a) Baju Batik

    Lengan Panjang

    b) Lounge Suit

    c) Pakaian Kerja

  • 6) Jamuan Makan

    Tengahari Tidak

    Rasmi

    Baju Melayu Modon Baju Batik Lengan

    Panjang

    7) Jamuan Teh

    Rami

    a) Baju Kurung

    b) Baju Kebaya

    Labuh

    a) Baju Batik

    Lengan Panjang

    b) Lounge Suit

    c) Pakaian Kerja

    8) Pengurniaan

    Darjah

    Kebesaran

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Pakaian Istiadat

    b) Baju Kebangsan

    Rasmi

    c) Baju

    Kebangsaan

    HItam

  • 9) Istiadat

    Pertabalan

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Pakaian Istiadat

    b) Baju Kebangsan

    Rasmi

    10) Hari Ulang

    Tahun

    Kemerdekaan

    a) Baju Kurung

    b) Baju Kebaya

    a) Baju Batik

    Lengan Panjang

    b) Bush-jacket

    c) Pakaian Kerja

    11) Pembukaan

    Persidangan

    Parlimen

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Pakaian Istiadat

    b) Baju Kebangsan

    Rasmi

  • 12) Mengadap

    Tuanku

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Lounge Suit

    gelap dan

    bersongkok

    b) Baju

    Kebangsaan

    13) Cocktails dan

    Receptions

    a) Baju Kebaya

    b) Baju Kurung

    a) Baju Batik

    Lengan Panjang

    b) Lounge Suit

    14) Musabaqah Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Baju Kebangsan

    b) Baju Batik

    Lengan Panjang

    c) Lain-lain

    pakaian yang

    sesuai

  • 15) Pengebumian Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    Baju Kebangsaan

    16) Majlis anjuran

    agensi (siang)

    Pakaian Kerja Pakaian Kerja

    17) Majlis di luar

    dewan seperti

    Perasmian

    Sukan

    Baju Kurung Baju Batik Lengan

    Panjang

  • 18) Anugerah

    Sastera Negara

    dan Anugerah

    Negara

    Baju Kurung atau

    Kebaya Labuh,

    berselendang dan

    tidak sedondon

    a) Baju

    Kebangsaan

    Hitam

    b) Lounge Suit

    warna gelap

  • 1) Kesesuaian Pakaian Wanita

    i) Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari

    ii) Elakkan daripada memakai satu warna sahaja

    iii) Elakkan melebihi empat warna pada satu masa

    iv) Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan

    v) Elakkan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai

    vi) Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap peluh tetapi tidak jarang

  • vii) Bila gunakan alat solek, jangan keterlaluan

    viii) Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau

    yang kuat

    ix) Rambut hendaklah tersisir rapi

    x) Semua bahagian rambut tertutup dan diikat

    kemas jika memakai tudung

    xi) Jika memakai mini telekong, warna tudung

    hendaklah bertentangan dengan warna baju

    xii) Bila gunakan sarung kaki pilih warna

    bersesuaian dengan warna kulit

  • 2) Hiasan

    Kesederhanaan adalah paling sesuai dan ia

    adalah sebahagian daripada pakaian

    menambah seri. Hendaklah dipadankan

    dengan baju yang dipakai.

    Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

  • Talipinggang

    - Jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

    Selendang dan Skaf

    - Dipakai dengan pakaian kurang formal atau

    formal seperti di majlis rasmi dengan cara

    disangkut di bahu

    - Dipakai di majlis keagamaan

    - Dalam menziarahi kematian selendang menutupi

    seluruh kepala

  • Beg Tangan

    - Beg tangan yang sesuai mengikut keadaan seperti:

    i) kegunaan harian di pejabat

    ii) kegunaan pelbagai

    iii) kegunaan majlis rasmi

  • 3) Minyak Wangi

    Pilih yang lembut supaya ia tidak melemaskan atau

    memeningkan

    i) Minyak wangi tulen

    - Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit

    sahaja

    ii) Eau de toilettee

    - Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah.

    Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana

    baunya tidak pekat

  • iii) Semburan badan

    - Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan

    tidak pekat

  • 4) Kesesuaian Pakaian Lelaki

    i) Kurang sesuai berbaju lengan pendak jika

    bertali leher

    ii) Sematkan semua butang baju jika tidak bertali

    leher

    iii) Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan

    panjang

    iv) Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan

    panjang

    v) Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke

    bahagian kepala tali pinggang

  • vi) Sesuaikan warna tali leher dengan baju

    vii) Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa

    corak

    viii) Elakkan memakai pakaian berjalur keseluruhan

    ix) Badan kurus dan gempal hendaklah pakai

    singlet

    x) Sesuaikan warna stokin dengan seluar

    xi) Kasut hendaklah bersih dan berkilat

    xii) Stokin putih tidak sesuai dalam majlis

    xiii) Gunakan cologne dan deodoron yang lembut.

    Jika bergaul dengan orang ramai sapukan

    cologne di kedua belah bahu

  • xiv) Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi

    jangan kelihatan singlet tersebut

    xv) Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna

    dan bahan (material)

  • TERTIB DI MEJA MAKAN

    1) Adab (Asas) Jangan mula makan sebelum tuan rumah makan

    Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan

    Apabila mengunyah makanan, mulut/bibir hendaklah ditutup

    Kurang manis kiranya bercakap dengan mulut yang penuh makanan

    Penggunaan alat-alat seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising

    Jauhkan dari menungkat dagu/meletak kedua belah siku di atas meja

  • Apabila duduk di meja, tas tangan (bagi wanita)

    tidak diletak di atas meja walaupun tas itu kecil

    Elakkan dari merokok

    Sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja

    Selepas habis makan alat-alat seperti pisau,

    garpu, camca hendaklah disusun rapat

    Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila

    hendak mengeluarkan makanan yang terselit di

    gigi

    Ketika batuk/bersin mulut hendaklah ditutup

    dengan napkin

    Elakkan sendawa kekenyangan kuat-kuat

  • Tidak manis dipandang jika mengoerek

    hidung, telinga, menggaru badan, mengeliat,

    mematah jari tangan dalam majlis jamuan

    Jangan bergendang atau bermain sudu garpu dan

    lain-lain

  • 2) Cara Menggunakan Napkin

    i) Letak di atas peha

    ii) Bucu boleh ke dalam untuk mengelakkan jatuh

    iii) Jangan menyelitkan napkin pada kolar/tali

    pinggang/antara butang kemeja

    iv) Elakkan dari menyapu mulut

    v) Lekapkan napkin pada bibir sahaja

    vi) Apabila selesai lipat dan letakkan napkin di

    sebelah kiri tempat duduk

    vii) Letakkan napkin di atas kerusi jika anda keluar

    sebentar/akan kembali

  • 3) Cara Menggunakan Kutleri

    i) Kontinental

    - Garpu sentiasa dipegang ditangan kiri

    - Pisau ditangan kanan

    - Bahagian runcing/tangan garpu menghala ke bawah

    ii) Amerika

    - Garpu dipegang dengan tangan kiri

    - Pisau ditangan kanan

    - Pisau berfungsi sebagai pengawal iaitu setelah memotong, pisau diletakkan dan garpu ditukar ke tangan kanan dan menunding ke atas ketika menyuap

  • iii) Mulakan dengan peralatan dari luar masuk ke

    dalam

    iv) Apabila selesai, sudu dan garpu hendaklah pada

    kedudukan rapat dan menghala ke depan/atas

    v) Jika belum selesai, sudu dan garpu hendaklah

    diletakkan bersilang

    vi) Jangan menjangkau terlalu jauh

  • SEKIAN

    TERIMA KASIH