proses penghasilan

17
BIDANG MENGGAMBAR 1) Bidang Menggambar: Teknik Pensel Bahan : Kertas Lukisan Alat : Pensel, pemadam Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, pemadam dan kertas lukisan. 2. Membuat lakaran ringkas lukisan yang ingin dilukis 3. Seterusnya, setelah lakaran ringkas siap, lukis garisan luar pada lakaran dan jelaskan lagi struktur lukisan yang ingin dibuat. 4. Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk lukisan. 5. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian lukisan dengan jalinan pada lukisan.

Upload: mohd-hafiz

Post on 02-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dv

TRANSCRIPT

Page 1: proses penghasilan

BIDANG MENGGAMBAR

1) Bidang Menggambar: Teknik Pensel

Bahan : Kertas Lukisan

Alat : Pensel, pemadam

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, pemadam dan kertas

lukisan.

2. Membuat lakaran ringkas lukisan yang ingin dilukis

3. Seterusnya, setelah lakaran ringkas siap, lukis garisan luar pada lakaran dan

jelaskan lagi struktur lukisan yang ingin dibuat.

4. Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu

arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk lukisan.

5. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian lukisan dengan jalinan pada

lukisan.

Page 2: proses penghasilan

2) Bidang Menggambar: Teknik Pensel Warna

Bahan : Kertas Lukisan

Alat : Pensel warna, pensel, pemadam

Proses Penghasilan:

1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, pensel warna, pemadam

dan kertas lukisan.

2. Seterusnya, lakar lukisan yang ingin diwarnakan menggunakan pensel warna.

3. Setelah lukisan siap, warnakan lukisan dengan pensel warna.

4. Setiap ruang yang ada pada lukisan hendaklah dipenuhi dengan warna-warna

menggunakan pensel warna.

Page 3: proses penghasilan

3) Bidang Menggambar: Teknik Krayon

Bahan : Kertas Lukisan

Alat : Krayon, pensel dan pemadam

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, krayon, pemadam dan

kertas lukisan

2. Seterusnya, lakar lukisan yang ingin diwarnakan menggunakan krayon.

3. Setelah lukisan siap, warnakan lukisan dengan krayon.

4. Setiap ruang yang ada pada lukisan hendaklah dipenuhi dengan warna-warna

menggunakan krayon.

Page 4: proses penghasilan

4) Bidang Menggambar: Teknik Pen

Bahan : Kertas Lukisan

Alat : Pen

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pen dan kertas lukisan.

2. Membuat lakaran ringkas lukisan yang ingin dilukis menggunakan pen.

3. Seterusnya, setelah lakaran ringkas siap, lukis garisan luar pada lakaran dan

jelaskan lagi struktur lukisan yang ingin dibuat.

4. Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu

arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk lukisan.

5. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian lukisan dengan jalinan pada

lukisan.

Page 5: proses penghasilan

5) Bidang Menggambar : Teknik Cat Air

Bahan : Kertas Lukisan, Cat Air

Alat : Pensel, Pemadam, Berus Cat Air

Proses Penghasilan:

1. Lakar lukisan yang ingin diwarnakan dengan cat air terlebih dahulu.

2. Pilih warna yang bersesuaian dengan menggunakan berus air.

3. Mulakan mewarna menggunakan berus air dengan warna yang paling

terang iaitu cerah terlebih dahulu.

4. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan

bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.

5.  Perinci bahagian lukisan dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti

hijau gelap atau campuran biru gelap.

Page 6: proses penghasilan

6) Bidang Menggambar : Teknik Kolaj

Bahan : Kertas Lukisan, Kertas warna

Alat : Pensel, Pemadam, Gam, Gunting

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat kolaj seperti pensel, pemadam, gam,

kertas lukisan, gunting, dan kertas warna

2. Buat lakaran pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel.

3. Gunting kertas warna dalam saiz yang berbeza mengikut jumlah yang diinginkan

untuk melakukan kolaj.

4. Setiap kertas warna yang telah digunting menjadi kecil akan ditampal pada

lukisan sehingga memenuhi ruang pada lukisan yang dilakar.

5. Gunakan gam supaya kertas warna tersebut akan terus melekat pada lukisan

sehingga memenuhi lukisan tersebut.

Page 7: proses penghasilan

7) Bidang Menggambar : Teknik Mozek

Bahan : Kertas Lukisan, kertas warna

Alatan : Pensel, pemadam, gam, gunting.

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik mozek seperti pensel,

pemadam, gam, kertas lukisan dan kertas warna

2. Buat lakaran pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel.

3. Gunting kertas warna dalam saiz yang sama mengikut jumlah yang diinginkan

untuk melakukan kolaj.

4. Setiap kertas warna yang telah digunting sama saiz akan ditampal pada lukisan

sehingga memenuhi ruang pada lukisan yang dilakar.

5. Gunakan gam supaya kertas warna tersebut akan terus melekat pada lukisan

sehingga memenuhi lukisan tersebut.

Page 8: proses penghasilan

8) Bidang Menggambar : Montaj

Bahan : Kertas lukisan, kertas majalah

Alatan : Pensel, pemadam, gunting, gam.

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik montaj seperti pensel,

pemadam, gunting, gam, kertas lukisan dan kertas majalah

2. Pilih gambar-gambar yang sesuai pada kertas majalah-majalah.

3. Gunting bahagian gambar yang dipilih pada setiap kertas majalah.

4. Setelah menggunting gambar-gambar yang dipilih, susun gambar-gambar yang

dipilih untuk dihubungkaitkan menjadi satu gambar yang baru.

5. Gunakan gam untuk menampal gambar-gambar yang dipilih untuk membentuk

satu gambar yang baru pada kertas lukisan.

Page 9: proses penghasilan

9) Bidang Menggambar : Teknik Guntingan

Bahan : Kertas Lukisan, Kertas Warna

Alatan : Pensel, pemadam, gam

Proses Penghasilan:

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pensel,

pemadam, gunting, gam, kertas lukisan dan kertas warna.

2. Teknik ini dapat dilaksanakan dengan melukis atau melakar bentuk atau gambar

pada kepingan kertas warna. 

3. Kemudian, murid-murid menggunting mengikut lakaran motif.

4. Dengan itu, hasil guntingan akan menyerupai lakaran tersebut.

5. Setelah itu, hasil guntingan tersebut akan ditampal pada kertas lukisan yang

disediakan.

Page 10: proses penghasilan

10) Bidang Menggambar : Cerminan

Bahan : Kertas Lukisan cat air

Alatan : pensel, pemadam, palet, roller

Proses penghasilan :

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pensel,

pemadam, palet, cat air dan kertas lukisan.

2. Lipat kertas lukisan kepada 2 bahagian

3. Lukiskan sebahagian lukisan pada sebelah kiri lipatan kertas lukisan

4. Warnakan bahagian lukisan di lipatan kiri dengan menggunakan cat air.

5. Warnakan secara basah supaya cat air tidak mudah kering.

6. Seterusnya lipat kembali kedua-dua bahagian kertas lukisan.

7. Akhir sekali lipatan kanan akan mendapat hasil cerminan daripada warna cat air

yang membentuk gambar yang baru.

Page 11: proses penghasilan

11) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Teknik : mozek

Alatan : gunting, pensel, pemadam

Bahan : kertas lukisan, kertas warna

Proses penghasilan:

1. Lukis motif tapak dam pada kertas lukisan.

2. Seterusnya, gunting kertas warna dalam bentuk yang sama dan saiz yang

sama.

3. Kemudian, tampal menggunakan gam kertas warna yang sudah siap

digunting mengikut motif dam yang tersedia.

Page 12: proses penghasilan

12) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Teknik : Lukisan

Alatan : Pen pelbagai warna dan pensel

Bahan : Kertas lukisan

Proses Penghasilan:

1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pen

pelbagai warna, pensel dan kertas lukisan.

2. Kemudian, lukis motif penuh menggunakan pensel.

3. Seterusnya dengan menggunakan pen pelbagai warna seperti merah, biru dan

hitam lukis bentuk haiwan seperti burung pada setiap ruangan kosong pada motif

penuh yang telah dilukis.

4. Setiap lukisan mempunyai warna pen yang berlainan digunakan.

Page 13: proses penghasilan

13) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Teknik : Cetakan

Alatan : Daun, pensel, berus, palet

Bahan : Kertas lukisan, cat air

Proses Penghasilan:

1. Sediakan alatan dan bahan seperti daun, pensel, berus, palet, kertas lukisan dan

cat air.

2. cat pada bahagian belakang daun dengan cat air menggunakan berus.

3. Seterunya tekapkan pada motif sendeng yang telah dilukis menggunakan

pensel.

4. Setelah itu, tanggalkan daun tersebut dan cat air akan membentuk rupa bentuk

daun setelah ditanggalkan.

5. Lakukan proses ini secara berulang kali menggunakan warna cat air yang

pelbagai sehingga memenuhi motif sendeng yang dibentuk.

Page 14: proses penghasilan

14) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Teknik : Catan

Alatan : Pensel, berus, pemadam, palet

Bahan : Kertas lukisan, cat air

Proses Penghasilan :

1. Sediakan alatan seperti pensel, berus, pemadam, palet, kertas lukisan dan cat

air.

2. Seterusnya lukisan motif turun separa pada kertas lukisan dengan menggunakan

pensel.

3. Menggunakan berus , lukis dan warnakan bentuk bunga menggunakan cat air

pada ruangan motif turun separa yang telah dilukis.

4. Lakukan proses ini secara berterusan sehingga siap.