proses peluasan

Upload: syafiq-zain

Post on 07-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Proses Peluasan

    1/3

    Proses Peluasan

    1. Terdapat beberapa jenis peluasan.Antaranya ialah

    a. Peluasan frasa nama sebagai subjek

    b. Peluasan frasa predikat

    c. Peluasan dengan kata hubung

    d. Peluasan melalui proses komplementasi

    a. Peluasan frasa nama sebagai subjek

    - Boleh diluaskan melalui proses relativisasi iaitu proses pemancangan ayat ke

    dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang

    menerima pancangan.

    - Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang .Sebagai

    contoh,

    Budak itu adik saya

    Budak itu membaca buku

    = budak yang membaca buku itu adik saya

    - Proses relativisasi boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama

    itu supaya serupa atau berindentiti sama.

    b. Peluasan frasa predikat

    - Dalam peluasan yang melibatkan subjek frasa nama yang hendak

    direlativisasi,mestilah berfungsi sebagai subjek.- Frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai

    subjek dalam ayat yang akan dipancangkan.Contohnya,

  • 8/6/2019 Proses Peluasan

    2/3

    Ali mengusik budak itu

    Budak itu cantik

    Relativisasi = Ali mengusik budak yang cantik itu.

    c. Peluasan dengan kata hubung

    -boleh juga berlaku melalui proses pengabungan ayat yang melibatkan dua

    konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung

    seperti,dan,tetapi,kerana,jika,walaupun dan sebagainya.

    - contohnya

    Ali berbasikal ke sekolah

    Osman berbasikal ke sekolah

    = Ali dan Osman berbasikal ke sekolah

    Fatimah hendak ke pasar

    Lucy tidak mahu ke pasar

    = Fatimah hendak ke pasar tetapi Lucy tidak mahu pergi

    d. Proses komplementasi

    - Proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama dan

    memancangkan pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan

    kepada ayat tersebut.

    a. Dia melaporkan sesuatu

    Ali sakit tenat

    = dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

  • 8/6/2019 Proses Peluasan

    3/3

    b. Polis menafikan (sesuatu).Pejahat itu telah menyerah diri.

    = Polis menafikan bahawa penjahat telah melarikan diri.